Monday, October 20, 2014

Ke pegang anjing sebab comel macam gula kapas??

Pada aku la kan, isu pegang anjing ni kan macam tak patut diadakan. Berbalik pada tujuan program sebabnya nak bagi hilangkan rasa takut pada anjing, nak pupuk sifat kasih sayang pada anjing. Anjing pun makhluk ciptaan Allah SWT jugak. Ye betul tu. 

Lepas tu ada pulak ditambah dalam artikel-artikel aku baca program ni dibuat jugak sebab haiwan ni dilayan dengan teruk sampaikan ada orang pi pukul dengan kayu. Sampai mati dibuatnya. Memang la tak baik kan aniaya haiwan macam tu.

TAPI kena ingat satu perkara..

Kenapa kita (mostly Melayu dan Islam) takut akan anjing? Ada ke orang saje suka-suka pi pukul anjing? Biasa kita takut kat anjing yang berkeliaran, tidak bertuan, berpotensi nampak macam nak membaham kita. Biasanya potensi anjing yang kita takuti adalah anjing liar. Sebab tu, kalau nampak anjing di jalanan, kita pandang serong.

"Anjing ni kejar aku ke tak hah?"

"Kenapa anjing ni pandang aku?"

Lalu laju je kita jeling-jeling sekeliling cuba capai kayu, untuk pertahanan diri kalau anjing tu cuba dekati kita incase nak gigit ke apa kan. Sebab setahu aku takdenya anjing cuba dekati kita nak gesel-gesel macam kucing. Kalau dia dekati tak lain tak bukan nak gigit or kejar kita. Tu lah anjing yang aku jumpa selama ni berkeliaran di jalan-jalan.

So kita takut anjing ada sebab. Dan orang takkan gila-gila pi pukul/halau/cederakan anjing tanpa sebab. (walaupun kucing binatang paling tidak berbahaya pun ada yang gila sanggup bunuh semata-mata tak suka kucing berak merata). Ini kan pula anjing liar yang berpotensi mencederakan kita, lagilah kita berwaspada dan extra takutkan? 

Maka, kenapa nak bina sifat tak takutkan anjing pada orang Melayu? Orang Melayu suka sangat ke pukul anjing? Orang Melayu suka sangat ke bunuh anjing? 

Memang tak la kan? So buat apa nak ajar beranikan diri dengan anjing? No point ok. Ke sebab ko geram tengok anjing kiut miut sebab tu ko rasa macam nak gomol-gomol, pegang-pegang?

Weh, aku pun geram ok tengok anjing gebu-gebu macam gula kapas tu. Kalau anjing tu sama tarafnya dalam Islam macam kucing, confirm aku bela sekor. Kalau la babi kaler pink (which is pink kan kaler kegemaran sesetengah wanita) tak haram disisi Islam, sure aku bela sekor sebab geram la kaler pink, gemuk2, best apa buat peluk.

KALAU EH. KALAU TAK HARAM!

Tapi terang-terang benda tu haram, so kenapa nak halal kan sangat? Ok aku bukan ustazah dan alim pasal agama tapi dah terbukti ada fatwa, so sila pi baca dan dalami betul-betul. 

Ko mesti tau sangat kan kisah seorang pelacur yang lepaskan anjing tersepit sehingga melayakkan wanita itu menjadi penghuni syurga? Ko jangan la samakan kisah ko pegang anjing ni halal dan sama taraf dengan pelacur yang tolong anjing tersepit tu. Dua situasi berbeza. Mudahnya, tak haram pegang anjing kalau waktu darurat. Niat pelacur tu pegang anjing sebab untuk menyelamatkannya dari terseksa.

Dah ko, pi pegang anjing untuk suka-suka kenapa?? So lepas ni kira ko dah tak takut anjing lah eh? Kiranya ko jumpa anjing terbiar tepi jalan, ko dah cukup berani nak pi usap-usap pegang dia eh? Macam tu? Memang tak r aku rasa.

Pastu boleh pulak ada point program tu ada ilmu. Ilmunya lepas pegang anjing, akan ada ilmu belajar samak. Apa yang aku baca dalam blog la. Kot ada ke tak pengajaran ilmu pada hari kejadian tak tau lah kan. Benda simple je aku rasa, kot ye ko nak belajar or mendalami ilmu samak tu, perlu ke ko pegang anjing dulu pastu baru kena belaja? Apa kat sekolah dulu dalam kelas fardu ain, ustaz/ustazah tak ajar ke?

Habis tu kalau ko nak belajar solat taubat, perlu la ko buat dosa tu? berzina ke, bunuh orang ke, barulah ko belajar buat solat sunat taubat dulu, macam tu ke? 

Ko tak payah pegang anjing pun, ko boleh belajar samak tu macam tu je. Kotlah secara TIDAK SENGAJA TERPEGANG ANJING OR TERKENA NAJISNYA. Tak perlu ko DENGAN SENGAJA PEGANG baru ko nak belajar samak k!

Pulak tu, ko confirm ke masa ko duk pegang anjing tu, keadaan ko dan anjing tu sama-sama kering? confirm ke dalam tempat terbuka, dengan ramai orang (cuaca aku tak pasti panas ke tidak), ko tidak berpeluh? Ko yakin 100%?? dan ko yakin ke bulu-bulu anjing tu tak terkena setitik pun air liur dia (anjingkan lidahnya terjelir, walau tak semua anjing gitu tapi ada some of that dan mungkin juga ada anjing yang suka jilat bulut dia) pastu ko main pegang je. So bukan ke haram tu kalau dah tersentuh time basah?

So aku ragui motif utama program ni, betul ke nak didik kita jgn takut pada anjing? Pada aku, dari ko buat program jemput dog owner (yang memang memiliki haiwan-haiwan jinak plus comel ni), baik ko pi tangkap anjing berkeliaran dan liar di jalanan, ko panggil persatuan apa-apa yang boleh handle tangkap anjing or yang beri perlindungan kat anjing-anjing liar ni DAN biar mereka ajar HOW TO HANDLE A WILD DOG supaya ko tak pi pukul anjing tu semasa kecemasan (i mean kot lah anjing liar nak kejar ko kan). Better ko bagi ilmu macam tu. Macam mana nak hadapi situasi berhadapan dengan anjing garang. Aku percaya anjing tu takkan cuba kejar kita tanpa sebab. Maybe dia lapar or rasa terancam. So better ajar cuba tenangkan diri bila nampak anjing tepi jalan, cuba jangan lari, kalau ada makanan yang tengah kita pegang, just bagi je pada anjing. Aku rasa tu more useful UNTUK KITA FAHAMI ANJING DAN JANGAN TAKUT PADA ANJING.



Haih, macam-macam la sekarang.


Semoga Allah SWT sentiasa lindungi umat Islam.


Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. stuju sgt dgn point akk tu..

    makin merapu cara mereka tu.. walau niat asal baik..

    ReplyDelete
  2. Still xblh hadam sebab nak adakan prog mcm ni..uhukk..kalau anjing polis tu xtkut ke?sbb tgok semua anjing yg cute2 jek derang pegang..huhu..

    ReplyDelete
  3. tak tahu apa mentaliti diorang ni.. kalau HARAM, hukumnya tetap HARAM...

    ReplyDelete
  4. ahh you've said it all and you've said it well. babe, macam aku cakap dulu mak ayah aku bela german shepherd. serius aku tak takut anjing langsung.

    tapi lepas kejadian kena kejar anjing masa nak pi sekolah (time form 5) keliling kereta sampai aku panjat kereta tu AND keting aku berparut kena gigit...sejak tu la bila nampak anjing je aku menikus...

    sampai tahap aku pi farmasi aritu tetiba ada anjing tu elok lalu lalang depan tu..aku sanggup tunggu dalam kereta sampai anjing tu blah...hahaha
    tapi macam ko ckp la...setakat anjing comel2 takde pehal...kisahnya ni wild dogs, stray dogs...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...