Monday, October 13, 2014

#foodhuntingbyhana : Nasi Air Berlauk

Lately aku memang agak malas memasak. Kadang-kadang je datang mood masak, bolehlah sediakan dua tiga lauk. Last aku masak sup tulang untuk Zan masa raya haji (kot??). Penat, stress macam-macam lah yang buat aku rasa sangat malas. Tau-tau balik rumah nak fokus kat Naurah je (sambil layan korea sikit). 

Tau-tau jelah kan, kalau jadi temporary single mom ni, 24/7 kena handle anak sorang-sorang. Kalau weekend oklah, boleh rehat-rehat jugak. Kalau balik dari kerja terkejar-kejar nak masak lagi, mana nak jaga anak lagi memang penat amat. Baru je ambik periuk nak basuh beras, Naurah dah kedek-kedek datang nak dukung. Sibuk nak tengok aku buat apa. Kang umpan la jelly dalam peti ais tu. Kang baru nak siang ayam, sayur atau nak potong sayur ke bawang ke, datang lagi nak dukung. Penat ok, penat. 

Maka, sebab tu lately aku tak masak. Dan masalah ini merebak sampailah ke tahap kemalasan menyediakan makanan Naurah di waktu pagi. Sejak seminggu dua ni, aku dah tak masak. Aku bagi je lauk or duit kat BS, so pandai-pandai la dia masak untuk Naurah.

Naurah ni tak cerewet pun makan. Ok je. Aku perasan selera dia macam aku. Kami penggemar makanan berkuah. Seperti sup, nasi air, mee sup dan macam-macam lagi. Kalau weekend Zan tak balik, asyik benda samalah aku masak iaitu sup ayam/sup tulang then masak bubur nasi. Untuk tambah selera aku, aku akan potong cili bagi pedas sikit. So senang, masak satu lauk je. Lagipun dua beranak je kot.

Kalau tak buat makanan berkuah pun paling simple, masak nasi panas-panas, goreng ayam kunyit, makan macam tu je. Lagi nak simple dan merepek pulak, masak nasi panas-panas, goreng kubis dengan telur. Tapi kubis tu kena potong halus-halus macam ulam tu then pecahkan telur atasnya, nanti telur tu melekat-lekat kat kubis. Naurah suka sangat. Dia claim kubis tu ialah mee. haha Food trick bagi dia makan sayur. Then nasi tu dikacau-kacau dalam kubis tu makan panas-panas. Nak bagi pedas aku potong cili. So feeling makanan korea sangat aku ni. Kacau-kacau dalam bekas terus ngap. kehkeh

Biasa waktu petang aku akan tapau makanan sama ada mee sup, nasi tomato, nasi ayam kat taman ni. Nasib baik sedap. Naurah suka makan nasi yang berempah ni. Senang kerja aku. Share jelah makanan dengan dia.

Baru-baru ni aku jumpa satu kedai Nasi Air kat Panching. Jiran-jiran la yang duk cerita. So ajak la BS cari kedai tu. Memang puas hati. Kena dengan selera aku dan Naurah, si penggemar nasi air. Rasanya sedap dan harga memang murah. 1st time kot jumpa version nasi air macam ni. Tukang masaknya pure thai kata jiran. Orang lelaki, well orang lelaki ni kalau pandai masak memang sedapkan? Kalah perempuan. Nasib baik Zan tak reti masak. Nanti kang berebut dapur dengan aku. Sebab dalam banyak-banyak bahagian dalam rumah, dapur je aku tak bagi dia usik/kemas. Hak milik mutlak aku. Well, this is Hana THE FOOD LOVER k. Selain dari makan-makan, aku juga suka masak-masak. HAHAHA *masak jela, sedap belum tentu*

Nak share jelah ni the food kat Restoran Nasi Air. Walaupun gambar tidak memuaskan tetap nak share jugak. behee

 
Tempat pilih menu apa kita nak.
 For the 1st time kita datang dan tak tau nak makan lauk apa, so boleh pilih kat depan kaunter lauk yang belum masak. Cakap je nak ayam, ikan bilis, telur masin or apa-apa nanti pandai-pandailah dia masak style dia orang.

 Masa first time datang, aku pilih menu yang jiran recommend.


Sambal bilis goreng garing. wajib order ni. sedap sangat.


Telur masin masak apa entah. wajib order juga.



 
Kailan ikan masin. pun sedap


Ayam maska halis. Wajib order ni. sedap. naurah suka sangat.

 
Beginilah cara makannya. Jangan gaul-gaul semua lauk dalam nasi air tau, tak nikmat nak rasa lauk pauk tu. behee

 Untuk kali pertama makan beserta dua air hanya RM18 sahaja.

Kali kedua datang, aku tetap order benda sama kecuali sayur ditukar kepada taugeh pulak.

 
Taugeh masak ape entah tapi sedap ok. Taugeh dia masak takde lembik-lembik over cooked pun. just nice.

 Kali ketiga aku pergi, order petai masak sambal campur ayam, sotong kering masak apa tak tau dan lupalah apa lagi, semua sedap ok. Last time pergi dengan group jiran dalam 5 orang makan tak sampai RM50 pun.


Naurah punya. Naurah mesti nak makan sendiri. Lauk dia just ayam masak halia (she love mushroom macam aku) dan ikan bilis goreng garing pun dia makan sebab tak pedas sangat.

For those yang datang Kuantan nak try makan nasi air lain dari tempat lain, senang je jalannya. Kat simpang 3 traffic light batu 10, menghala je ke arah Panching, restoran tu sebelah kanan selepas sekolah Wira dan berada betul-betul dihadapan penghunjung pagar kem tentera. Kedai ni sebelum kuarters baru tentera. Dia beroperasi petang pukul 5 sampai pukul 2 pagi. Kalau pergi after Maghrib, tengok kereta banyak tepi jalan tu, memang itulah kedainya. Kena banyak bersabar sikit nak pergi kedai ni sebab ramai orang. Dahlah satu meja tu bukan satu lauk order, so agak lama. Aku siap ambik no.telefon dia hari tu. So lepas ni nak pergi boleh order dulu. So sampai-sampai je tak payah tunggu lama sangat. While hari rabu kedai ni tutup.





 Till then.



THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. knp kt KL(to be spesific kt area umah aku) xde kedai cenggini huwaaaaaaaaaaaaa.nangis meraung di sudut aa gini. dh la tgh lapo. sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada2 sedapp.. Sye lupa nama kedainya tp ala2 thai nye kedai.. Lokasi depan UniKL (cross jalan) sedapp kat situ..

      Delete
  2. hoih! aku puasa,tapi gigih nk baca jugak entry ko! kat kg baru ada gak kedai mcm ni,tapi mahai nk mampos! tp sedap.bubur nasi dia bau wangiii je.

    ReplyDelete
  3. ni kdai fav iols tiap kali demam! haha

    asal demam je, tao dah,
    xde tempat lain nk tuju, sure g cari nasi air kt sni, hehe
    cume sejak ade anak kecik ni, jarang g sana,
    sbb situ port lepak pacik2, org2 muda ngn mat2 askar yg masing2 seme merokok, pernah bwk skali je yg kecik ni mkn kt sana, dgn peluh2, ngn asap rokok, trus mati nafsu dah, adehhhh ksian kt anak je. ikotkan hati, nakg sokmo..kuikuiii...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...