Wednesday, October 8, 2014

Anak perempuan saya. #naurahrayyani

Semalam Naurah dijaga oleh ayah dia. Hubs masih cuti. Eh, cop ada orang tanya aku hubs nama apa? sebab dah berkawan berzaman tapi tak tau nama laki aku. Aku ni kalau bercerita kat kawan-kawan mesti aku ckp "laki aku" takpun "husband aku". yelah husband aku, takkan husband ko lak kan? kikiki sebabnya aku dah berzaman tak panggil nama dia. macam kekok pulak nak sebut nama dia. Kalau depan family ke, depan sape-sape ke, aku memang akan panggil "biey" stand for hubby k. 

Oklah, aku akan biasakan kat sini, nanti lama-lama kalau bercerita dengan kawan-kawan boleh lah aku dah start cakap "zan kan...." hahaha  macam kawan-kawan aku cerita la panggil nama laki dia "wahidi kan.." "pudin kan..." "sari kan..." "fahmy kan..." KAHKAH dah aku bagi contoh nama laki mak timor leste pulak. Kenapa? Ampun korang. Suka pulak dengar korang sebut gitu, bila korang cerita tu, aku dapat menjiwai situasi yang berlaku antara korang and laki korang. hebat tak imaginasi aku dengan hanya bayangkan nama? KAHKAH *tetiba drama sangat*

Ok, lets continue and start.

Semalam kan, Zan (laki aku tau HAHAHA) jaga Naurah, tiba-tiba dia whatsapp aku cakap badan Naurah panas. Ah, sudah! dah kenapa tiba-tiba kan? Tapi Zan cakap Naurah makan jelah nasi dengan sup aku masak pagi tu. Selera aje. So semalam kul 5 je aku cepat-cepat balik. Bawak pi klinik. Memang demam la. Maybe duk usung tengah panas masa g kenduri kat Temerloh tu. Dahlah topi dia tak bawak, payung satu pun takde dalam kereta, parking jauh pulak tu. Musibah betul. Tu nasib baiklah aku patuh cakap Zan supaya cancel je plan bawak Naurah main air kat Kubang Gajah. Panas terik kot Isnin tu.

Jiwa aku tak tenang je kat opis ni mikir kat Naurah. Pagi tadi Zan dah pergi semula. So kena hantar Naurah kat BS. Ni pun BS wassap badan panas semula lepas habis kesan ubat demam dalam badan. Dah takkan tiap kali panas nak bagi ubat demam kan? kan overdose lak. Ada 3 x sehari jadilah 5 or 6 kali. Harap Naurah cepatlah sembuh.

Nak-nak semalam pulak bibir dia terkopek dan berdarah sebab terjatuh. Zan baring, dia pi loncat atas perut ayahnya. Zan pulak takdan nak sambut. Meraung jugaklah tapi kejap jelah. Pastu sambung main balik. Pagi ni nampak biru lebam la sebelah bibir dia tu. Haih lah anak.

Walaupun penat malam balik kerja semalam, gigihlah masuk dapur buat sup lagi. Zan memang gemar makan sup aku buat (habis takkan dia suka sup bini orang lain buat pulakkan? asah parang kang!! HAHAHA), maka aku bersilatlah kat dapur buat sup tulang lagi. Ada lagi balance tulang jiran bagi yang korban tu. Naurah pun bukan main makan je.

Nasi lembik + sup tulang = NASI AIR namanya. Resepi campak-campak je yang penting bawang kena goreng sendiri barulah nikmat amat. Potong-potong cili, perah asam limau. Meleleh gitu.

Balik kerja kang, kena la hadap anak sorang-sorang. Back to normal again. Takpe, takpe. Dah biasa sangat. Bukan kali pertama ni Naurah demam aku kena handle sorang-sorang. Dah biasa sangat. Syukurlah Naurah ni hanya demam badan panas je, takde batuk-batuk. Kalau batuk-batuk sampai ada kahak buat dia tak boleh tidur malam tu mesti aku macam tension gak hadap sorang-sorang. Mana tak cukup tidur lagi nak jaga anak kan? Agaknya nilah habuan aku kena jaga anak sorang. Alhamdulillah atas segala ujian dari Allah.


Bukan senang nak jaga anak sorang-sorang walaupun sorang anak je. Penat jangan cakap. Tapi yang paling sedih bila dia dah makin besar, makin pandai bercakap, asyik tanya mana ayah. Bila aku balik kerja, nanti dia cakap, "yeayyy ibu balik keje. mana ayah? ayah tak balik keje?" Pelik agaknya, ibu hari-hari pergi keje, hari-hari balik, ayah pergi keje sampai seminggu dua tak balik. Nasiblah tiap kali ayah balik dia cam muka, takde takut-takut taknak kat ayah dia.

Walaupun penat macam mana, aku tetap akan jaga Naurah sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang ada jugak hilang sabarnya. Contoh macam Isnin baru-baru ni, kan balik dari Temerloh tu aku kemas-kemas dapur, basuh baju, while Zan berehat depan tv, Naurah duk main dalam bilik. Tau-tau dia keluar dari bilik ada taik bertempek kat bontot. Terkejut aku tengok. Terus menyirap darah. Zan pun takkan la hidung tak bau taik, padahal Naurah duk ulang alik dari depan ke dalam bilik. Ralit sangat tengok sukan. Hidung aku ni dah kalis sangat, baru je naurah kedek-kedek datang kat dapur, aku dah bau taik. Cepat-cepat aku tanya dia berak ke. Kelibut pusing lari-lari dalam bilik. Dan-dan tu aku nampak taik kat bontot dia. Apa lagi mula la aku menyinga, marah kat Zan and Naurah. Yang sorang tak endah anak, yang anak ni dah pandai bukak pampers. Bukan setakat dia bukak pampers, dia pi gulung pampers tu macam selalu aku buat kalau nak buang pampers. Pandai pulak dia gulung-gulung pampers ada taik, letak atas meja solek dalam bilik, pastu dia ambik baju atas katil yang tak lipat lagi dia g lap bontot dia bertaik tu. Ya Allah. Aku dengan penatnya, laju je tangan g pukul peha dia. Tapi dia nangis kejap jelah, terus ayah dia ambik bawak g mandi. Menyirap je aku tengok. Siap aku kena kutip lagi taik dia yang tercicir atas lantai. Dia ni taknak pakai pampers dah ke? Tapi beraknya takde cakap ke aku. Eeee.. tu time ayah dia ada. Kalau dia buat perangai time ayah dia takde, macam manalah. Siapalah nak tenangkan keadaan. Kerap sangat dah dia bukak pampers. Tapi ni baru pertama kali melibatkan taik. 

Malam tu dia tidur, aku tengok kat peha ada 4 kesan jari aku peha dia. Berbilau jugaklah. Sebak pulak. Aku bau minyak mestika, mesti ayah dia dah sapu. Nak tidur tu, baru Zan tegur aku, jangan buat Naurah macam tu lagi. Aku mulalah sebak gila, berjurai air mata. Rasa bersalah sangat. Aku harap lepas ni aku makin bersabar.

Sebak pulak rasanya. 
Baru nak sambung cerita bawak Naurah pergi tengok wayang.




K.Bye!




THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. Sian naurah. Sob sob. Tp klu aku pun hilang sabo jgk klu kita tgh penat. Anak buat hal. Abah dia sedap je tengok hp. Grrr

    ReplyDelete
  2. oh my...memang aku imagine aku pun akan bagi piap piap kat hamza kalau dia bukak pampers bertaik tu. penat+marah..
    memang cepat je naik tangan kan

    memang dah kena pun debik ngan aku kat kaki si hamza ni pasal dia suka bila berak, dia korek pulak berak tu....haaaaa tak ke menyinga. bukannya apa takut kena rotavirus pulak kan pastu satu hal nak kena sanitizer segala segenap rumah ntah mana dilapkan nya...

    so, i feel u babe...tenang2 sabar2..hahaha dont feel bad, you are a good mother.

    ReplyDelete
  3. Aku tak keruan dah nak cerita pasal anak lelaki ku itu, baru nak tulis dah lap peluh... haha

    ReplyDelete
  4. ala sian naurah i plak rasa nak nangis baca... teringat bella pagi tadi crancky tak tentu pasal pilih antara 3 sliper pun nak nangis i marah jugak tghari rasa sedih terus call dia say sorry n i love u :(

    ReplyDelete
  5. tegedik2 rasa nak buat sup tulang jugak!!!!

    ReplyDelete
  6. sedih aku baca naurah kene piap2 kt bontot. huhu. tp aku paham ketaksabaran tu. aku pn sll geram. tp plg kuat mulut aku je bebel haha.tgn kdg2 je tp tu pn cm xkuat kt kaki.huhu.. kdg geram dgn laki,ank yg kene kan. huahuahua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...