Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha ke-3 untuk Naurah

Tahun ni kami tak balik beraya kampung. Cutinya 3 hari saja. Memang buat penat badan la nak balik kampung dengan jem tak usah cakap. Kawan aku bertolak balik pagi semalam dekat pukul 11 malam baru sampai. So memang amat tepat dengan keputusan tak balik kampung tu. Dan plan terakhir nak pergi beraya ke KL tapi malangya, husband sampai pukul 9 malam hari sabtu tu sehari sebelum raya. Jalan jem plus hujan lebat sangat katanya. Nak marah pun tak sampai hati.

Kesian gila budak ni. Dari pagi tunggu ayah balik tak sampai-sampai. Kejap-kejap tanya mana ayah. Mak sedih nak oii. Dahlah tak dapat balik kampung, sehari sebelum raya tu duk terperuk dalam rumah je. Kalau kampung tu sehari sebelum raya dah sibuk rebus nasi impit. So bagi la dia main kat dalam pagar. Dia duk main masak-masak. Kutip daun-daun rumput isi bekas. Sebak mak pandang dari jauh. hahaa


Nasib baiklah Tunas Mart tak tutup lagi. Kalau tau mau di pagi hari raya kami bantai telur dadar je. hehe So dalam hujan lebat pun, husband cepat-cepat paksa aku bersiap, takut tgk muncung bini panjang sedepa. hahaa Maka beli ayam sekor untuk buat rendang dan lemang 2 batang. Jadilah dari takde kan.

 
Malam raya duk godek rendang. Mesti angin je jiran dengar aku blender bahan-bahan rendang pukul 10 lebih. haha

Berayalah kami tiga beranak di Kuantan ni. Sedih gila kot. Sebak je dengar takbir raya. Well, maybe bagi orang lain raya Aidiladha ni biasa-biasa je kot but not for me yang dah biasa sambut raya Aidiladha ni sama meriah dengan raya puasa. Lebih-lebih lagi tak berkumpul bersama family sebak gila. Pastu kesian pulak tengok Naurah takdan nak beli baju baru kat dia. Tu yang muncung panjang je dengan hubster sebab dia janji sehari sebelum raya tu nak keluar pergi bandar Kuantan cari selai dia baju raya kat Naurah tapi haremmmmmm. Dah sampainya pukul 9 mana sempatnya hah nak pergi ke bandar dengan malam tu aku nak buat rendang lagi, dengan hujan lebat kilatnya lagi, tak kuasa hah. Naurah pakai baju raya recyle je. Dia ok jelah tapi aku jelah rasa sedih. Ingat lagi aku ni asal nak raya je, tak kiralah raya puasa ke, raya haji ke, mak akan siapkan 3,4 helai baju baru dari kecik sampailah sekarang. Tiba-tiba kat Naurah aku macam tak prepare apa. Kalau tau husband kena kerja lagi sabtu tu, baik aku pergi beli sendiri je. Padahal minggu sebelum raya tu duk ulang alik pi bandar siap pergi beli baju Naurah kat parkson lagi semata-mata nak bawak dia tengok wayang (next entry akan cite), bolej aje alang-alang cari baju raya kan. Ni pasal menaruh harapan setinggi gunung la ni kat husband. T_T

Eh, terpanjang pulak bebel. 

So pagi raya tu, husband pergi surau kat taman solat sunat raya. Then aku kat rumah siap-siapkan Naurah dan diri sendiri. Siapkan makanan dihidang atas meja. Husband balik sempat makan kejap. Eh aku punya sentap dengan laki tu, lupa pulak nk bersalaman. T_T sedih pulak ingat balik. Nak bergambar bertiga pun takde mood. Maka, gambar raya tahun ni takde. huwaaa Nyesal tiada guna sekarang. Ikutkan sangat bisikan syaiton kan. T_T

rendang pun sayu je rupanya hah. Daun limau purut habis, daun kunyit habis bila pergi beli malam tu. Nasib baik ayam je ada lagi. Lemang ni pun satu hal. Aku nak jugak makan lemang, laki pun sanggup la redah hujan beratur nak dapatkan 2 batang lemang. Punyalah ramai orang beli lemang.

Lepas jamah lemang tu, BS ajak pergi beraya rumah jiran-jiran yang buat makan. Owh btw, tengah aku siapkan makanan, anak-anak jiran terus kidnap Naurah lepas dia orang tengok Naurah main kat pagar tunggu ayah dia balik solat. So pukul 9 lebih kami pergi rumah jiran yang ambik Naurah tu dulu (rumah Kak Ila). Makan nasi minyak, ada ketupat daun palas, rendang daging, ada tapai. Aku jamah nasi minyak je. Pasal dah kenyang makan lemang kat rumah. Then pergi pulak rumah jiran no.2 (rumah K.Ani). K. Ani masak lontong, tapai, ketupat manis. Bestnya makan ketupat manis tu sebab susah nak jumpa ketupat tu. Biasa kat Kuantan ni dia org buat ketupat daun palas tawar dimakan dengan rendang. Banyak jugak aku makan ketupat tu.

Lepas tu pergi surau kat taman untuk tengok orang korban lembu. Dengar khabar 7 ekor lembu ditumbangkan. Tapi sayangnya sekor pun aku takdan nak tengok dikorbankan. Terlewat sampai. Duk makan-makan dan borak dengan jiran. Sampai-sampai je dia orang tengah melapah daging. So duduk la kat surau jap. Lepas lepak kat surau, kita orang pergi beraya kat rumah mertua jiran (nama K.Zie) kat Panching. K.Zie masak laksa johor, sate, lemang, rendang, tapai dan entah apa lagi aku lupa. Aku makan laksa johor. 

Dalam pukul 1 lebih baru gerak balik. Dan baru perasan Intan ada whatapp suruh pergi rumah MIL dia. Beraya sampai tak perasan ke telefon. So balik rumah kejap, berehat, mandi, solat. Dalam pukul 3 aku pergi rumah intan. Terharu gila Intan siap simpan perut muda kat aku. Sebelum ni dia pernah tanya aku nak apa-apa tak bahagian lembu sebab keluarga MIL dia korban seekor lembu. Ofcourse la benda-benda rare sikit aku yang aku nak, sebab kalau kat kampung pun memang benda tu la aku suka makannya. Daging kan dah bahagi-bahagi kat orang. Biasanya mak akan masak air asam perut atau perut muda tu cicah sambal, lidah + ekor goreng kunyit, sup kaki lembu, sup gearbox. Sedap gila kot. Kat rumah MIL intan, aku makan asam pedas daging best gila. Banyak gila kot MIL intan masak, ada nasi dagang, sup, gulai ikan tongkol, eh banyaklah nak senarai tapi takdan nak makan sume sebab dah kenyang. Jamah la sikit-sikit. Nak ambik gambar pun tak dan sebab macam dah penat sangat. Nak kena pergi rumah orang lain lagi lepas tu. Singgah kejap je.

Lepas Asar tu baru boleh berehat kat rumah. Malam tu tak sabar-sabar nak makan perut muda lembu ni, aku terus rebus, sekali masak sup tulang sebab husband tak makan perut. Tulang dan daging jiran yang bagi. Banyak jugak. Dengan intan lagi kasi daging. Terima kasih semuanya.

Rendang ayam + air asam perut muda + sup tulang + kobis goreng kunyit


Ni je pun gambar raya yang ada bersama-sama jiran-jiran muda-muda. Aku la paling kakak depa panggil. haha

 
adik-adik bersama mak anak sorang. haha nampak geng la kan? ahkak takde la tua sangat kan. kikiki




 Gambar bersama anak dan suami nan-hado. Laki pakai baju Melayu warna purple (raya Aidilfitri baru-baru ni), aku pakai blouse (mak je baju baru hahaha), Naurah baju raya tahun lepas. haha


 
Raya ke-2 (semalam)

Pagi-pagi dah bertolak ke Temerloh sebab kawan husband kahwin kat Kampung Awah. Pukul 2 lebih balik dari kenduri, husbter bawak pusing bandar Temerloh. Hubster nak bawak makan ikan patin kat satu kedai di medan selera, katanya paling sedap kt situ tapi lupa dah nama kedai tu, malangnya tutup. Ko dah kenapa raya kedua orang makan lembu lagi weh. hahaha beriya aku nk makan patin. kehkeh Lepas tu plan nak bawak Naurah main air kat Kubang Gajah tapi bila tengok kete orang parking banyak gila, terus cancel. Dengan panas terik lagi masa tu, husband cakap tak payah, boleh balik awal sikit ke Kuantan. Baiklah. Naurah ok jelah.Bukan dia faham apa. Tau2 masuk kereta dia tidur. hahahaa Sampai kat Gambang semalam dalam pukul 5.30 petang. 

 Baru sempat ambik gambar dengan laki tapi tak perfect lagi sebab Naurah duk sibuk main dengan kawan-kawan. Tu suka je dari pagi duk rumah penganti sebab ada ramai kawan. 


sangat tak duk diam. Maka ni je pun gambar bertiga yang ada. haha



Maka, begitulah berakhirnya raya Aidiladha pada tahun ini. Kalau aku cuti kat kampung ni mau seminggu duk berjalan dan makan-makan saja. Takpe hana, kata nak kuruskan. Nasib baik tak balik kampung.hahaha *ayat redha* 


Lat but not least, some photo Naurah untuk raya kali pertama till this year.


Tahun 2012 - age dalam 3 bulan lebih rasanya.
Tahun 2013 - 1 year 3 months

This year. Ni je pun gambar dia yang ada. Tu pun kena tanya mana inai Naurah yang cantik? Sambil tunjuk inai bolehlah ambik gambar.  - 2years 2months.




Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. alahaiiii ko ni,buat aku sedih je baca,aku pon x de baju raya,aku geng ngan naurah,aku sempat cr baju princess je selai,pas tu pg raya balik pahang.aku mlm sblm raya tu demam,sedih gila.aku terigin gila nk mkn rendang.balik pahang mkn rendang,tapi xkena dgn selera aku.tapi tetap makan jugak.aku pon xde cite pasal raya Haji,sobs!

    ReplyDelete
  2. olololo kiter pun sedih tk balik raya jugak :( redho je la hahaha nak buek camno nak balik sama la takut jam sbb last minit mmmm hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...