Tuesday, September 2, 2014

Morning drama.

I must blog entry 3rd anniversary patutnya hari ni. Bukan la beriya nak cerita pasal sambut anniversary ketiga yang biasa-biasa tu tapi my effort buat kek fav hubs tu yang i rasa tak sabar nak share. 1st time kot buat kek dengan tangan sendiri.

 Tapikan bila datang kerja hari ni, hati betul-betul tak senang bila tengok Naurah nangis terpekik-pekik macamkan sakit je bila BS ajak masuk rumah. Dia siap jerit-jerit nak ibu, nak ibu! Sedihlah. Nak nangis ni. Spoil terus mood hari ni. 

Benda ni berlaku since lepas naik cuti raya. Kan cuti raya seminggu kat kampung then after cuti raya Naurah seminggu duk dengan ayah dia, lepas pada tu baru hantar kat BS semula. Sejak dari tu la dia asyik nangis pagi-pagi. Kadang-kadang dia siap duduk atas jalan tar depan rumah BS bila i nak tarik dia masuk dalam rumah BS. Huwaa sedihlah. Pagi-pagi mesti rasa sebak, sampai i nak nangis. Cepat-cepat i lari masuk kereta, tiap-tiap hari tu jugaklah i menangis dalam kereta. Sebak sangat.

I syak Naurah bosan kot duk rumah BS. Sebabnya pernah BS balik kampung, i hantar ke rumah kawan BS, dia suka je. Pagi-pagi takde nangis, siap salam-salam then bye-bye lagi. Salah satu sebab rumah kawan BS tu ada cat, dia suka sangatlah. And one more thing ada kawan dia nama Piya tu. Lagi dia suka. So i just sedapkan hati jelah, she will be ok. BS cakap dia nangis pun kejap je. Kadang-kadang BS bawak dia keluar pergi rumah kawan dia tu. 

I thought makin lama, makin dia besar, makin dia boleh biasakan diri tapi nampak gaya makin teruk je. Patut ke hantar dia pi school tempat i kerja ni? Kawan-kawan pun ramai. Ok ke dia nanti? Ke tetap nangis? Serius sedih. Tak sampai hatilah tengok dia nangis beriya pagi-pagi. Kadang-kadang i takut BS tak tahan dengan perangai ngada-ngada dia tu. Dahlah lately dia nangis bukan setakat teriak je tau, siap ada intonasi menengking gitu, macam mengamuk. Harap BS tak annoying la dengan perangai Naurah. T_T








 Later share story 3rd anniversary. 
:-((


 

THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Sama la ngn Sofiyya..lately nie dia ssh sgt nk mandi ngn mkn ubat pagi2... Pdhal dr kecik lg I dh ajar dia bgn tdo, mandi and mkn ubat sblm pegi umah nenek dia... Dh besar nie ssh plak nk ajak mandi pagi...menangis menjerit mcm apa je...

    ReplyDelete
  2. Memang tak senang hati hana kalau anak nangis masa kita hantar nursery/pengasuh. Teringat². Rasa nak cepat balik rumah jer.

    ReplyDelete
  3. boring kot dia nak berkawan, bella nasib baik ada sorang budak sthn lebih stay ngan dia skali kat BS tak la bosan... tp pun next year start hantar taska Inshallah... nk bagi dia bergaul n belajar skit-skit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...