Wednesday, September 10, 2014

Meet the bloggers

Sebenarnya nak cerita pasal jumpa kawan-kawan blogger ni dari tahun lepas lagi tapi sindrom kemalasan update blog melampau-lampau last year. Tengok la berapa entry je last year. heh

Tak sangka ada blog rupanya boleh tambahkan kawan. Betul ni. Tak sangka. Buat blog dari 5 tahun lepas sebab suka-suka je. Feeling perasan sendiri nak bebel panjang-panjang. Lepas tu ulang baca semula. Dah tau melalui blog dapat jana pendapatan (Tq Nuffnang), suka lagi hati hamba nak berblog. Eh kena rajin la sikit update. Pastu malas semula. Pastu dapat jumpa kawan-kawan, rajin semula. Pastu malas semula. Pastu tak tau nak cerita macam mana dah. hahaa merepek. 

Aku ni agak socially awkward person. Rasa kurang konfiden gitu nak jumpa kawan baru. Segan. Entah apa nak segan pun tak tau. Lagi-lagi bila LDR, lagi susah nak bergerak pergi gathering kat mana-mana. So alang-alang kenal blogger kat Kuantan ni, boleh la pergi. Dan, bolehlah ajak BS temankan. 

Satu benda yang aku suka berkawan dengan blogger ni aku rasa dia orang ni best. Best dalam kategori, suka share benda-benda best (resepi, info pasal anak, house decoration, hobi menjahit, melancong tempat-tempat best etc). Pastu agak-agak kalau aku blur apa dia orang share, takdelah segan silu nak tanya lagi detail. Sebab dah kenalkan.

First aku jumpa kawan blogger adalah masa Birthday Party Ayish turns one. Anak blogger Nana cantik gebu macam Emma Maembong. HAHA Gila gelabah aku nak pi jumpa dia orang. First time. Malu tapi mahu. haha So kat sana jumpa blogger Fadhilah (mak sarah ariana. Idola aku ni. HAHAHA), Intan (si pandai menjahit dan decoration. Mak kepada Aisha Aman) dan Atia (mak Aleescha. like mother like daughter. lembut je mereka berdua ni).

Dah jumpa, relaks je borak pasal anak. Lor, sia-sia je aku punya gelabah. Sampai tak boleh tidur malam. Memang tak boleh blah. haha

 
Gambar ni buruk sikit tapi orang-orangnya cantik belaka. hahaa Masa ni aku kurus lagi. kehkeh

Masa ni kurus lagi. So confident je nak pakai peplum. Naurah masa tu lagi beberapa bulan nak genap setahun.

Masa 2nd birthday party Ayish this year, aku tak dapat datang. Kemain beriya nak jalan-jalan rumah baru nana tapi hubs tak boleh cuti. BS pulak tak dapat teman sebab balik kampung tak silap. Susahlah sikit aku nak drive berdua ke Kemaman dengan Naurah. Tq Nana jemput kami.


2nd time jumpa blogger adalah last year juga masa Open House Raya rumah blogger Kina (mothers of two now- Shahadah Cinta dan Shafiyah). Ni first time jumpa Kina. Beriya nak pergi sebab nak jumpa blogger lain yang dah pernah jumpa kat rumah Nana tu. So kurang la segan sikit walaupun dengan tuan rumah tak kenal lagi. hehe

dari kiri : yours truly, nana, kina, mila, nadia & intan. Aku godek-godek album dalam pc, jumpa gambar ni je. Jadiklah dari takde. haha

Owh, kat rumah Kina ni 1st time aku jumpa Nadia (mama Adam). Mila (Mama Zahra) pulak 2nd time jumpa. 1st time terjumpa kat Giant. Dia cam Naurah, so dia datang tegur kita orang. Bila mila kenalkan diri, nasib baik aku cam, kalau aku cakap tak kenal, mesti Mila kecik hati. wakaka. Eh, betul kenal, bukan tipu tau. haha Kelakar je rasa. So lepas pada tu start contact each other. Masa datang rumah Kina, aku pick up Mila. 

 Then third time jumpa blogger masa House warming rumah si arkitek, Intan. hehe Intan ni dah biasa contact so takde dah perasaan segan tu. Kali ni pergi rumah Intan, lagi ramai yang aku dapat kenal. Antaranya Kak Yati, (bakal besan- Naurah berkenan kat abang adam hensem hahaha dan adik Adam iaitu Aisy), mimi putih melepak (mama Yaya), Cikgu Dyll (mama Yayan, kata suara dia macam petir, aku jumpa depan-depan nape lembut je. hahaha) dan Sarah (baru kenal, rasanya follow ig tapi boleh aku silap orang. kahkah malu)

dari kiri : Kak yati (menantuku & Aisy), yours truly, nana, mimi (yaya), intan (acha), dyll (yayan), mila (zahra), sarah & Padilah (nana)
dalam blik Aisya Amani.
Konon dah hilang segan lagi ni. Tu gambar pun banyak sikit.

Kali keempat jumpa blogger adalah Open House cum Akikah Shafiyah cum birthday Shahdah anak Kina. Baru-baru ni je. Anak-anak pun dah besar. Kina dah bertambah seorang lagi anak. Yang lain sedang memboyot anak kedua. Aku memboyot lemak aje. tsk.

Masa ni tengah nak potong kek. Tukang ambik gambar adalah padilah.
Dengan baby Shafiyah.
Like always. Gambar ramai-ramai adalah wajib.

Terbaru jumpa blogger adalah last week kat rumah intan sempena Birthday Bash Aisya Amani turns two. Kali ni first time jumpa Put (mama Ilman). Walaupun baru 1st time jumpa Put tapi takdelah segan sangat sebab selalu borak kat WhatsApp group. Dalam group kita orang, Dyll je tak dapat datang. While Mila tak sempat jumpa sebab kita orang datang lewat. 

Intan siap buat play corner lagi kat luar. Kalau tak sure kali ni budak-budak ni duk serbu bilik Acha lagi.

With birthday girl.




Eh, actually macam rasa nak tulis something yang more important pasal jumpa blogger ni tapi lepas breakfast nasi dagang tadi terus terlupa ingatan. Haha Dah macam takde point pulak update ni. haih.



Till meet again.




Naurah pun happy dapat jumpa kawan-kawan.







THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. wah tetibe rajin update yang taun lepas sekali.ciss

    ReplyDelete
  2. Best kan jmp kwn2 blogger nie... Kalu geng dr pantai timur nie liza penah jmp Intan, Nana ngn Put je...Tue pn jmp kt Kl... Yg lain2 blm brkesempatan lg nk jmp..

    ReplyDelete
  3. yg penting i ada di setiap event...gambar ku ada di merata2...wakakakaka...kiranya byk kali gak la kita dh jumpa kn? hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya dpt jumpa gang blogger. Meriah.

    ReplyDelete
  5. u xnk jumpa i kewww? sampai haty u! hahaha.untung lah ada whatsapp group.hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...