Monday, September 8, 2014

macam-macam Naurah

Petang semalam bawak Naurah pergi ukur grill rumah. Agak lewat petang jugak. Tapi dia ok jelah duk main. Ke hulu ke hilir berlari. Seronok sangat, janji dapat main kat luar rumah. Nasib baik BS dia ada. So bolehlah temankan while aku follow orang ukur grill. Sibuk je. hahaha

So balik rumah terus mandikan Naurah. Masa tu around pukul 7 lebih, dekat Maghrib macam tu. Baringkan dia nak pakaikan pampers.

"kakakk"

"Apa? kakak?"

"Tuuuu kakakkk" - sambil muncung mulut tunjuk kat atas siling.

Aku terus pandang atas.

"mana ada kakak"

"Tuuuu kakak kat situ" - kali ni tunjuk dengan tangan pulak.

Ok, mak is seram. Tapi nasib baik mak dia nak jenis boo layan hantu benda, just takut kat manusia namanya perompak, pencuri je. 

"Takdela. kakak dalam blik" (doll kerinting dia nama kakak).


So, siap pakai pampers, aku ambik doll dia dalam bilik. Then dia main. Tapi dia siap lambung kakak. Dengan gaya dia berdiri, sambil lambung "kakak" then macam duk cakap kat somenone, kenalkan doll dia tu as kakak.

"Ni kakakk... ni kakakkkk"

"Tu kakak kan?" - try nak yakinkan dia yang dia pegang tu adalah kakak. Mana ada lagi kakak kat atas hah.

Again.

"tuuu, kakak kat situ" -walaupun doll "kakak" kat tangan tapi dia tetap tunjuk dengan muncung mulut ada kakak kat atas siling rumah.

So aku ignore je. Aku ambil towel pergi mandi. Janji dia tak melalak. Aku rasa Naurah kuat semangat macam aku kot. hehehe

Doll kerinting. Nama KAKAK. Fav dia ni. Selepas wujud Baby, dia abaikan KAKAK ni. haha
 Then cerita kat hubs. Hubs cakap tulah banyak sangat mainan patung dalam rumah. Erk, tiba-tiba. Dah tu je Naurah nak main. Dia suka main doll, masak-masak. So nak buat macam mana. Lagipun aku takde beli doll banyak-banyak. Mana yang ada adalah ada orang bagi dan sedia ada dari zaman aku bujang lagi.

Antara mainan Naurah hari-hari:

Nama BEARBEAR.

BEARBEAR BECA. (besar) T_T
BEARBEAR SAYANG. Sebab dia leh kiss. Ada magnet kat mulut dia.. Ni ibu punya. Ayah hadiahkan dulu. haha So kalau satu hilang, usaha la dia cari. Dia takkan main satu-satu. Kalau nak main bear2 ni wajib dua-dua kena ada. T_T
 
AAMINA. Her all time fav. Kalau main ni, Aamina ni watak dia macam mak-mak. While others baby lain tidur, dia akan remind Aamina, tengok baby kejap, Naurah nak g mandi. So dia pun pura-pura pergi masuk bilik, ambil towel, pergi mandi. Comel sangat main pondok-pondok. Hahaha

BENNY. Actually ajar sebut Bearmany. End up jadi Benny. hehe
ELEPHANT. Not her baby, it is her pet. haha
Monkey. And one more her pet is cat. Lupa nak snap picture. Cat yang warna orange letak bateri kat dalam tu.
New in family. She called BABY. Got from Intan sebab Acha tak layan doll. Sah-sah this baby is girl kan but she named this doll as BABY LUWISH. Boy's name. LUWISH tu nama betulnya DARWISH. Kadang-kadang BS jaga anak kawan dia nama Darwish. So Naurah suka sangat la. Jadilah baby boy muka jambu macam perempuan, pakai baju pink, botol susu pink bertukar jantina jadi male. T_T
So lepas main, dia akan masukkan sume family dia dalam beg (my beg yang dapat masa birthday). She claim that is her bag. Whatever la Naurah.

 So, tulah mainan dia hari-hari. Satu hilang menangis la cari. Wajib kena pegang hari-hari. Kalau satu tertinggal rumah BS, kalut dia cari. Dah puas cari, dia tanya mana yang hilang tu, so bila bagitau kat rumah BS, baru dia lega. Haih, kalut macam anak kena culik je gayanya. Comel. ;-))


Kisah tikus.

Dua minggu lepas kot berlaku. Baru teringat nak cerita. Rasanya dah beberapa kali cerita, Naurah si pencinta haiwan a.k.a tak takut kat haiwan ni berjaya halau tikus dalam rumah. Don't get wrong. Tidaklah aku bela tikus walaupun ada bayangan yang aku cerita sebelum aku memang pemalas nak mengemas tapi tidaklah sampai tikus merata dalam rumah ok.

Actually depan rumah (dalam pagar rumah) adalah dalam 4 or 5 rumpun pokok serai. Penyewa sebelum ni yang tanam. Rajin kan? Mula-mula masuk rumah dulu, rajin jugak aku ambik serai kat situ. Tak payah susah-susah beli serai lagi. Tapi Lepas hubs cabut satu pokok serai sebab dah kering kontang masa musim kemarau haritu, hubs perasan ada tikus jadikan pokok serai tu sebagai rumahnya. Hubs terus tak kasi ambik serai tu. Yang kelakarnya, bila aku suruh buang semua serai-serai tu (dalam usaha nk musnahkan rumah-rumah tikus tu), hubs cakap serai-serai lain cantik lagi, tak kering. Adoiiiiiiiiiiii. 

MOTIFF? Kalau cantik pun tapi tak bagi aku ambik serai sebab takut kotor dah jadi tapak rumah tikus tu, apa guna bieyyyy? Baik buang je. Sayang tapi tak boleh guna buat ape? Menyemak je. Ke nak jadikan tikus as our pet. T_T So ignore jelah tikus tu.

Nak jadi cerita. Satu malam. Beberapa minggu yang lepas. Pukul 10 malam. Naurah dah tergolek depan tv. Aku tengah main hp kat sofa. Tiba-tiba terjeling satu benda hitam besar masuk melalui celah pintu rumah. Lepas masuk dia terus masuk bawah rak tv. Hati aku dah terdetik tikus tu. Automatik kaki aku terangkat atas sofa. Aku buat-buat bunyi "syuuhhh" konon nak halau bagi tikus tu keluar semula la tuh. Sekali tikus tu lari dengan laju masuk bawah sofa aku duduk. Aku punya menjerit takut macam kena histeria, i tell u!

Maka terjagalah Naurah dengar jeritan aku. Dia pun terpinga aku duduk berdiri atas sofa. Naurah relaks kat bawah atas tilam dia.

"Naurah, tikus. tikus. Ibu takut"

Tak semena tikus tu lari semula pergi ke rak tv. heh

Naurah pun nampak tikus tu.

"ibuuu, ibuu.. apu. apu..(penyapu)"

Kes tertengok ibu halau lipas dengan penyapu la ni.

Aku takut gila nak turun dari sofa, takut tikus kejar aku. haha bodoh je statement aku ni. haha

Tiba-tiba tengok Naurah terkedek-kedek pergi dapur, masuk bilik stor, bawak keluar penyapu. Dia pergi masukkan penyapu bawah rak tv. 

"Jangan-jangan. Bagi ibu penyapu." dalam usaha nak halau tikus dari jarak jauh. Konon aku duk atas sofa, so nak jolok-jolok penyapu kat bawah rak tv dengan harapn tikus tu keluar. Tapi memang tak la. Sebab budak kecik tu tak bagi penyapu kat aku. Dia tetap jolok penyapu sampailah tikus tu lari keluar kat celah pintu rumah.

Owh, masa tengah kalut tu, aku called husband cakap ada tikus. Aku takut. Masa tulah Naurah terkedek-kedek pergi dapur. Macamkan husband leh tolong kan. T_T

"habiss." ayat dia bila settlekan sesuatu.

Aku cepat-cepat pergi ambk kain buruk untuk tutup lubang kat pintu tu. Aku perasan pintu tu macam ada lubang sikit. Ingatkan tikus takleh masuk. agaknya tikus tu nampak besar bulu dia tebal kot. Eeee sumpah geli gila!

Tengah aku sumbat-sumbat kain kat lubang pintu, boleh pulak Naurah sakat aku.

"eeeeeeeeeeee, ibu. tuuuuu..tuuuuuu" 

Mau aku terus menjerit sekali lagi macam kena histeri. Ingatkan Naurah nampak lagi sekor dalam rumah. Sumpah terkejut. aku berlari atas sofa.

"Ambik ibu niiiiiii"

Selamba dia pedajal aku.





Anak bertuah.






Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. kah kah kah kah kah..sib baik lom kul 1.. kalau x mau aku ketawa kuat2 ni..hahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  2. aku rasa seram kalau budak tunjuk2 benda yg aku x nampak okey..
    ishk..
    bnyk juga mainan dia..
    yg baru nama lurwish tu aku seram bila bc entry ni..

    ReplyDelete
  3. hahaha naurah comel jer dia plak lagi berani.. :)

    ReplyDelete
  4. serammnyaa naurah ckp tu kakak..tu kakak..hahaah

    Gud girl sgt naurah ni..dh xsbr nak jd kakak ni..ibu kasi la adik cepat, kekeke

    ReplyDelete
  5. Hehehee pandai naurah. Mcm bodyguard ibu ni :)

    ReplyDelete
  6. Ekekeke...lawak lah naurah ni. Tapi berani. Bagus 3x.

    Part 'kakak' tu agak seram sket.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...