Thursday, September 4, 2014

House progress - baru dapat kunci rumah

Semalam baru dapat kunci rumah. Lambat sangat. Ada yang dah duduk kot. Aku baru terhegeh ambik kunci rumah. Pemaju so slow sangat. Haih geram rasanya nak cerita. But I must blog this. Kenangan. Macam tak percaya ada rumah sendiri. Walaupun kecik je pun. Heh

Actually kisahnya aku nak beli rumah ni since last year sebab ada ura-ura untuk pinjaman perumahan kerajaan akan diperketatkan. Aku pun tak sure ketat macam mana, susah macam mana lepas ni, just dengar-dengar je. Tapi bila officemate lain mula cari rumah aku pun turut serta. Bagus jugak pengaruh beli benda elok ni. Kira macam suka-suka jelah beli. Sebabnya niat asal nak bina rumah kat kampung. Taknak lah sampai ke pencen duk jauh dengan family.

So nak dijadikan cerita, masa tengah cari tu aku terjumpa rumah yang dibeli sekarang melalui intan. So first visit (masa tu rumah dah siap) aku terus suka. Satunya sebab lokasi rumah berada di main road nak ke tempat kerja sekarang, ke tempat kerja baru kat pekan, ke rumah bs dan bandar. Then 2nd is harga dia murah dari mana-mana rumah yang keluasan lebih kurang sama sahaja macam rumah aku beli. Harga reasonable sangat. I am lucky dapat rumah ni sebab ada pembeli loan banknya tak lulus. 3rd yang aku suka sebab design rumah ni.  Kena kat hatilah orang kata. Hehe

Bila dah suka then discuss dengan hubs. Hubs ok je. So bayar deposit then pemaju uruskan semua pinjaman perumahan kat government. Loan lulus januari this year. CF rumah dapat beberapa hari before raya. Cuma yang buat aku marah sikit, pemaju lantik dealer yang kat sini slow and susah nk berhubung. Tak profesional langsung.  Kemain payah nak pick up call. Sakit hati. Dahlah aku tak menyabar nak keluar dari rumah sewa.  Haha

Dan banyak lagilah episod geram dengan pemaju ni. Malas pulak nak cerita. Spoiled my mood je.        

 I am happy right now.  Aku target nak masuk rumah bulan Oktober nanti. Boleh la bersenang lenang dulu sementara duit rumah tak kena potong lagi. Then duit sewa rumah pun tak perlu bayar. Weeee

So next step adalah buat grill. Dah jumpa contractor yang akan grill. Grill tu yang palin penting. Safety kan. Bab design pulak aku tak fikir sangat. Janji dapat masuk dulu pun okay. Any renovation memang takde. Cuma nak buat table top and kitchen cabinet je. Tapi kena tengok kewangan jugaklah. Sebab tu aku tak beriya sangat nak deko or tambah apa-apa, there is a lot of money will use. Harap maklum, kalau duit kurang. So nak deko kena ukur baju sendiri. Bahah!

Slowly but surely. Kan? Nak duk rumah tu bukan kejap. So slowly la deko-deko. 

So here a few pic yang sempat aku snap. Then nanti aku compare ruang kosong tu dengan deko rumah contoh masa aku pergi melawat tu. Boleh la jadikan guidline. Simple je deko then ada yang benda aku berkenan. 

 Living and dining hall.

Hall. Ada tiga bahagian. Depan tu boleh buat living hall, tengah tu maybe letak divider or biarkan kosong then hujung sekali dekat pintu masuk dapur boleh jadikan dining hall.

 Rumah contoh.

Macam ni la posisi susun atur kedudukan meja makan dekat dengan pintu masuk dapur. So aku rasa lebih kurang macam ni kot aku susun nanti. Cuma divider je aku tak cari lagi. Tapi risau pulak kot Naurah usik-usik barang. Maklumlah rumah sekarang mana ada perhiasan ni. haha
Tu kedudukan sofa dari pandangan dining hall.

Dapur

Dapur ni tak besar pun. Kalau nak buat KC pun kena buat I shape kot. L shape macam tak sesuai je. Aku pulak dah ada rak dapur, almari letak barang dapur dengan pinggang mangkuk. So kalo buat KC macam kena let go je semua tu. Takut tak muat letak semua kat dapur. Err, tapi selagi takde bajet lebih, aku guna jelah mana yang ada. hahaa


 Dapur rumah contoh.


 
Rumah contoh ni adalah rumah Semi-D so ada tingkat kat depan tu kan. So bayangkan rumah tengah takde tingkap boleh la bina KC. See, table top dia pun bentuk I kecik je. Ruang tak besar mana.

 
Sebelah table top tu dia letak peti ais. Pun aku suka buat macam ni.


 Then bilik tu macam bilik lain-lain jugak. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Just nice boleh muat katil king size, almari baju, almari solek etc. Bilik ada 4, bilik air ada 2.


I think tu je kot dulu nak share kat sini. Harap urusan rumah dapat settle dengan segera dan dipermudahkan. I just can't wait. Tak tahan dah tengok kotak-kotak kat ruang tamu rumah sekarang. hehee

 Dan deko-deko too. But don't expect more. Just apa yang aku mampu.

Ya, in slowy mood but surely have decoration.  Kihkih






Till then.

Hana.






THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. hana beli rumah katneeeeee.. bestnye ade rumah baru hihihi

    ReplyDelete
  2. wah.. bestnya.. sorang lagi dapat rumah... uhuhuh rumah aku bila nak dapat ni...T_T

    ReplyDelete
  3. tahniah..mesti excited sngt nak pindah rumah baru kan..then excited sngt nk deko-deko kan..have fun!!

    ReplyDelete
  4. unsabarrrr nkg house warming, hikss

    ReplyDelete
  5. Hana! Bestnye. .. nak rumah sendiri jugak😢

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt beli rumah baru... :)
    dah lama tak jengah blog nie...
    semoga akak sekluarga dilimpahkan rezeki yg banyak dan sihat selalu..


    bila lah sy dpt beli rumah mcm nie....kalau nak beli rumah baru banyak pesaingan...borang pun baru jer submit tak tahu lah dpt ke tak... doakan sy ye...:)

    ReplyDelete
  7. yeahh kt pekan boleh singgah..selalu gok g pekan umah tok sedara..

    ReplyDelete
  8. yeay! boleh jemput aku dtg umah ko kan kan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...