Thursday, September 11, 2014

Happy workplace anniversary

Gituuuuuuuuuu tajuk..

Aku terlupa (like always), 1 September bukan sahaja tarikh untuk wedding anniversary tetapi juga tarikh aku mula lapor diri kat tempat kerja sekarang. Almost 5 years aku kat sini. Kejap je masa berlalu. 

Dulu, masa orang sibuk tengah study final exam, aku sibuk cari kerja. Risau la takut menganggur. haha Aku degree of art (major in history). Ingat boleh jadi lecterur? memang tak la. Kalau nak jadi pun kena futher study, jadi tutor dulu. Aku ni tak menyabar nak kerja terus. So kalut la apply kerja masa tu. Aku dapatkan surat sokongan dari Dekan yang menyatakan aku bakal pemegang ijazah yang akan konvo bulan 7 nanti. Masa tu bulan 5 tengah study week. Banyak jugak la position aku apply. Sebab aku tau untuk degree aku selain dari Arkib, sesuai juga untuk HR. So belasah hantar.

Yang best, masa apply job sekarang, aku ingat penerbitan ni relate dengan latihan ilmiah yang aku duk hadap berbulan-bulan tu, like buat research, kena tulis tesis, artikel, kena ada foot note bla bla bla. Kind of excited la. Aku suka je. Sekali position tu more pada penerbitan korporat. Bukan penerbitan ilmiah yang aku belajar masa tu. Ok fine. Dah dapat pun bersyukur.

So, bermulalah dari budak History bertukar kepada mass communication. So apply bulan Mei, hujung bulan 6 dipanggil interview (two or three week before convocation kat UM kot), then one week before convocation, dapat surat tawaran kerja. Alhamdulillah. While others friend lepas tu further study kat UPSI, jadi cikgu. Ramaiiiiii. Kalau aku sabar sikit masa tu, Insya Allah jadi cikgu jugak kot. Tapi dah takdirkan. Takpe.

Masa apply tak fikir pun dapat kerja kat mana. Bila dah dapat, rasa sedih pulak. Dapat kat negeri yang belum pernah aku jejak, takde saudara mara rapat dan rasa keseorangan. Alahaiii sedihkan bunyinya? Orang yang kerja oversea relaks je. Aku tercampak kat Pahang je kot. hahaha

Susah jugaklah nak sesuaikan diri kat sini. Dah biasa hidup kat KL, dulu Shah Alam lebih kurang sama je asyik naik turun KL-Damansara lepak-lepak dengan kawan. Pastu sedih kena jauh dari BF (now hubster) hiksss. Drama sangat. Masa tu berjanji kat BF nanti cari kerja kat KL. Kat sini tak best. Janji tinggal janji. Sampai dah kahwin, beranak segala still kat sini.

So, 5 year aku kat sini, what can i say is i am totally happy. Syukur sangat. Dekat sikit nak balik kampung. Jalan tak jem, nak balik jumpa anak pun cepat. Kerja pun ok. Fun. Aku suka je belajar benda baru. Excited is aku macam tak percaya dah berzaman tak buka kamus dewan & tatabahasa dewan but now i need to use all that in my work. Tiba-tiba dah jadi pakar bahasa melayu. Padahal masa belajar dulu duk belek buku sejarah british. Erk.. jauh nau lari. Patutnya kawan aku yang ambik Akademik Pengajian Melayu yang kena kerja macam aku sekarang. hahah But it is ok. I suka. Aku suka tulis rencana. News kurang gemar sikit. Pastu suka interview orang.

Tambah seronok, posisi sekarang yang berada di main office kat institusi ni, buat aku belajar banyak perkara. Walaupun tak banyak, sikit pun jadilah. Like pengurusan majlis, HR, corporate services, branding etc. Aku suka, ustaz ceramah last week, patutnya aku kena manfaatkan tempat aku kerja sekarang. Sebab aku kerja di gedung ilmu. Tempat elok. Tempat sebarkan ilmu. Dah dapat sikit share saham akhirat kelak. Kata ustaz tu. Make my day. 

But, of course la walaupun best kat tempat orang, still aku rasa nak balik kampung sendiri jugak. Sekarang dah takde cita-cita nak cari kerja kat KL (tempat yang aku duk sanjung dulu haha). Harap ada rezeki dapat kerja kat kampung nanti.

Enough with job skop. While with colleague pun ok. Mula-mula masuk kerja tu biasalah a bit tense for me. Kan dah kata aku ni penyegan gila. Macam tak pandai nak bergaul pun ye. Time by time sekarang rasa selesa. Staff tak ramai pun kat office aku. 

I don't have a very spesific picture nak terangkan pasal kerja aku, melainkan duk depan PC doing an editing work for news, article, check others deparment's magazine bla bla bla publication work you know, kena hadap paper and PC. sometimes rasa sakit badan. But i am happy with this job.

Here, a few photo masa Hari Raya Celebration in my office. We share money to buy some food and invite others department to celerabte Raya with us.

Selfie everywhere


We just love doing this. bahah

Balik-balik muka sama je kan? haha dah ni je colleague nya.


Triplet in our unit. Unit paling sikit orang. haha


On that day we had : super yummy lontong, soto, ketupat daun palas, rendang daging, rendang ayam, pulut kuning.. cont.


apam, kek, buah, nasi hujan panas combine with ayam masak merah + daging dendeng (gila sedap. buat aku jatuh cinta dengan tukang masak daging dendeng ni. haha), sate. And also pasembor not in picture sebab sampai lambat. Owh, ada jgak cocktail, kuih muih etc.


So, ya that is my colleague. eh, macam takde orang lelaki pulakkan? Actually ada je tapi takkan la iolls nak selfie with guys kan. I kan pemalu. wakaka Sila jangan percaya. Malas nak tepek. Kalau ada rupa macam Abg zill baru i tepek eh. kahkah



And, last but not least.....



Yours truly. 

;-)




Till then.

Hana.


THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. belih kurang aku je tempoh kerjanya itu... yang penting kita enjoy bekerja. Kenapa Interior Design???

    ReplyDelete
  2. Your seeking job experience was very interesting. Sebelum grad dah dapat. 5 years rasa kejap kan.

    ReplyDelete
  3. 0 Pray for mommy and baby. TQ. ^_^


    Katenye kannnn. hahahaha
    5 taun da ko keje jah. untungnye lahai.
    rezeki dah kat kuantan jah. kalo x tak dapat kenal aku yang osem ni.wkakakaka

    ReplyDelete
  4. waaaaahhh terharu lak tulis pasal tmpt keje.. i pun xpenah tulis lagi..hahahah...

    ReplyDelete
  5. Mcm best je keje u ni. ok apa keje tu. xyah ngadap jem yg maha gila kt kl. kos sara hdup pn xtggi. ok la tu..mkn pn selalu aku tgk meriah makanan hahaha

    ReplyDelete
  6. ko mst creative kan na.aku suka lah keje ko.ada kosong lg x.tp aku x sentanding ko.aku ada diploma jeee.bila lah nk sambung degree.huaaa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...