Friday, September 19, 2014

Gigi yang hilang.

Tengok tajuk pun dah tau kan nak cerita pasal gigi Naurah yang patah baru-baru ni. Bagi yang follow IG aku mesti dah tau pasal benda ni.

Memang menjadi rutin penjagaan gigi Naurah, tiap pagi aku mintak BS dia berus gigi. Aku bekalkan berus gigi dan ubat gigi kodomo lion perisa strawberry. Biasanya Naurah memang susah nak gosok gigi. Tapi aku tak taulah dengan BS dia ok ke tak. Tengok ubat gigi tu luak je. Mean gigi digosok lah kot. Lagipun gigi Naurah takde rosak pun. Karies pun takde lagi. 

Then malam pulak turn aku gosokkan gigi dia. Memang susah dia nak bagi. Dia lebih suka gosok sendiri. Tapi bila bagi berus gigi bukan dia gosok gigi tapi gosok lidah. Sambil makan ubat gigi tu. T_T So caranya aku akan suruh dia baring, then aku akan himpit badan dia guna kaki, while tgn dia aku pegang kuat-kuat. Sounds sangat kejam kan? haha Tapi kena paksa. Kalau tak gigi cepat rosak. 

Naurah ni suka sangat main air. So kalau nak gosok gigi aku akan isi satu cawan air kosong dan satu bekas dia ludah. Aku tak berani gosok gigi dalam blik air dengan menggunakan air paip. Confirm dia akan pi telan air paip tu. So bila dia tengok ada air dalam mug, lajulah dia datang kat aku. Aku suruh kumur dulu, then aku baringkan dia. Melalak kejap jelah. Dah agak2 aku gosok gigi atas bawah, aku bagi berus gigi tu kat dia bagi dia main.

Lepas gosok gigi dia main, then nak tidur minum susu. Macam no point pulakkan gosok gigi bersih-bersih lepas tu minum susu. T_T Well, budak-budak kan. Dah tu je benda dia nak hadap time nak tidur. Tapi takpe. Sebaik dia terlelap dengan lena (mulut sedikit terbukak) aku akan sapu tooth mousse kat gigi dia. haha Google please macam mana rupa tooth mousse tu. Aku beli perisa tutti fruiti tak silap. Kalau bagi dalam keadaan sedar, Naurah mengamuk-ngamuk nak makan benda alah tu.

Dah berapa bulan kot aku amalkan benda yang sama.

Walau bagaimanapun, suatu hari (beberapa minggu yang lepas) gigi Naurah retak sebab terhantuk kena basikat. Sejak daripada kejadiaan tu dia akan lari bila nak gosok gigi. Kali ini umpan dengan sebesen air pun untuk dia main pun tak menjadi. Sebab dia tau trick mak dia, ape hal kat tengah-tengah ruang tamu aku aku angkut air. Tak lain tak pun untuk tujuan berkumur selepas berus gigi. T_T

Maka, sejak itu tidak gosok gigi. Tambahan ngeri ok tengok makin lama gigi yang retak tersebut makin goyang. Mula-mula perlahan, lama-lama makin kuat. Mak is ngeri. Hanya tooth mousse lah penyelamat keadaan. Sapu malam-malam waktu dia tidur dan waktu pagi BS akan sapu selepas dia kekenyangan. So far walaupun tak gosok gigi beberapa minggu, gigi dia still putih, takde kuning atau karies. Terima kasih tooth mousse.

Nak dipendekkan cerita, hari ahad baru-baru ni, sedang aku suapkan nasi minyak gigi tersebut telah hilang.


"gigi dah habis" permulaan ayat Naurah

"gigi habis???"

Sambil tersengih dan di'park'kan lidahnya di tengah-tengah gigi yang patah tu dia berkata,

"naurah makan"

T_T

Aku terkejut, lalu terus sambung makan nasi. Tak tau nak ketawa ke nak menangis. Yang pasti selera makan aku tak mati saat itu. Tetap makan.


Ye, Naurah dah termakan dua serpihan gigi dia tu bersama-sama dengan nasi minyak. 

 
Btw she looking enjoy with her new teeth. Asyik la hulur lidah kat tengah-tengah gigi tu tunjuk kat ibu. T_T

Cerita kat hubs sebab rata-rata kawan mintak bawak pergi jumpa doctor, mintak pendapat doctor what we should  do dengan gigi dia tu. Sakit mata ibu tengok dia senyum. :( But, hubs cakap jangan buat apa-apa. Hubs risau kalau aku terlampau obses dengan gigi naurah takut aku timbul idea nak tampal or tambah gigi palsu, dia cakap confirm sakit tu kalau nak dapatkan rawatan seperti itu. Ye tau, tau. Takkan la aku gamak nak buat treatment menyakitkan kat Naurah.

Lagi pun tu cuma gigi susu je kot. Nanti satu hari akan rosak dan tercabut jugak. Cuma terkilan tu sebab cepat sangat cabutnya. Dahlah tercabut bukan disebabkan gigi yang rosak. Rasa sayang je. Di kala budak lain gigi masih ok, Naurah pulak dah ronggak depan. haha Dahlah take time jugak tu nak bagi gigi baru tumbuh. 

Takpelah Naurah, your smile is still sweet for me. And keep brush your teeth ok. Takde dah alasan tak nak gosok gigi lepas ni. Gigi goyang yang ngeri tu dah hilang. haha




 Till then.
:((





THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. sian naurah :(
    tp xpe.. maintain comels :)
    kat mana nak beli tooth mousse tu ek

    ReplyDelete
  2. Hana, qhalif bley gang ngan naurah. Susah nak gosok gigi. Kita pon buat mcm tu jugak. Kepit tangan dia. Tapi dpt gosok sikit jer. Ntah apa yg susah sgt nak gosok gigi pon tak tau lah. Gigi pon dah rosak...huhuhu...Tapi tak per lah, akan tumbuh gigi baru kan nanti. Even gigi tak cantik, tapi senyuman tetap comel ☺

    Tak per naurah, klo naurah tgk gigi qhalif lagi kesian tau. Tapi naurah tetap comel ☺

    ReplyDelete
  3. Ok statmen obses ngn gigi btul2 kena atas batang hidung ku..nk tampal gg aisy nk tampal gg aisy.. hehe.

    ReplyDelete
  4. aku pon xtau nk gelak ke hape.tapi aku pon gosok gigi princess mcm ko.aku kan mandi ngan princess,dia dh tau dh.baring kat aku.nt aku gosokkn.ala xpe naurah.still sweet bila senyum.org tgk bulu mata je.lain lainx tgk dah.hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha kelaka laaaa naurah mkn gigi sndri haha. tu mcm mimpi aunt. aku sll mimpi gigi aku patah semua n aku tertelan gigi2 tu. kruk krak kruk krak. lps tu bgn tdo rs semua gigi ade lg ke x haha horror!
    hannah pn sama je. dhla suh kumur tp telan air tu.nsb air masak.mmg seksa nk suh gsk gigi.dihisap2 gigit2 berus smpai jahanam berus.kdg i pkai kain basah je.tp geram sgt i buat cara u tu ha. kepit kaki tgn n gosokkan. nangis pun nangis la haha

    ReplyDelete
  6. hihi...takpe naurah...awak tetap comeyy tau..abg arai sukaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...