Wednesday, September 3, 2014

3rd Anniversary

So here how we celebrate our 3rd anniversary.  Nothing fancy pun just bawak anak pergi picnic. Hubs balik hari sabtu malam. Ikutkan nak pergi picnic pagi ahad tapi hubs cakap dia penat. So we postponed ke waktu petang pulak. Nasib baik cuaca elok je. Risau la jugak petang-petang biasanya hujan kat sini. 

So bila nak pergi picnic I memang plan nak masak-masak sikit. Tapi masak something simple jelah. Nasi putih, sambal sotong, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Just special sikit ialah kek coklat.

Gigih buat kek pagi-pagi hari. Hubs bagi hint dari hari tu lagi. I ni pergi kelas buat kek tapi sekali pun tak pernah buat kek untuk dia. Then nasib baiklah jumpa resepi yg simple. Tq nana share resepi. Siap layan I tanya macam-macam. Tak kira siang malam. I ni namanya pernah g kelas buat kek tapi balik-balik tetap lupa. Lagi satu yg I suka buat kek ni sebab tak perlu guna oven. Barang-barang nak baking semua I dh simpan elok-elok dalam kotak kat dalam stor. So malas nak geledah takut terjumpa lipas. Haha then bila jumpa resepi kukus-kukus je suka sangatlah I.

Yang kelakarnya pagi tu hubs tengah tidur i kalut pi kejutkan. Gara-gara tak jumpa penutup periuk pengukus.  Siap whatsapp kawan and jiran nak pinjam penutup periuk. Hubs cari baru jumpa. Naurah bawak main letak dalam almari baju dia. See? Teruk nau rumah aku sepahnya. Haha

So pung pang pung pang pukul 2 siap buat kek dan masak lauk. Pukul 3 keluar pergi  picnic kat pantai sepat. Suka pergi pantai sepat sebab pantainya landai. Ramai gila orang. View dia cantik. Pokok-pokoknya pun cantik. Dahan-dahan tu liuk likuk sesuai sangat nak bergambar. 

Meh la layan gambar yang sempat snap. Banyak ni. hiksss

 
Sampai aje, hubs nampak ada orang jual layang-layang. So sempat bawak keluar barang picnic, dia ajak pi beli layang-layang dulu. Sempat la Naurah beli kipas tu.


Sebelum makan haruslah ambik gambar dulu. Gigih aku pinjam monopod kawan hah nak bergambar. haha Nampaknya kena beli satu ni monopod. Naurah pun kemain suka tengok batang monopod tu, senang kerja ibu nak bergambar. hikss












Lepas makan kek, hubs dah tak sabar-sabar nak main layang-layang. So dia dengan Naurah pi main layang-layang. Tinggal i melantak cempedak goreng sorang-sorang. hikss



 Dah lepas main layang-layang barulah dia orang ni reti lapar. Baru datang cari ibu mintak nasi. Haih dua beranak ni.


Sambal sotong, ayam goreng dan telur dadar. Ini je i sempat masak. hee

 Lepas masing-masing kenyang perut, kita orang kemas-kemas barang masuk kereta. Sebabnya nak temankan Naurah main air pulak.




 Naurah ni suka main air tapi dalam masa yang sama dia takut kat ombak. So bagi dia main kat pantai yang landai je. Ada susur alur air laut masuk. Suka la dia, jauh sikit dari ombak. Pastu terjumpa pulak dengan starfish. Suka sangat dia.

Agak lama jugak teman dia main air tu. Dalam pukul 6 baru kami balik. So begitulah kisahnya cerita picnic kami.

Eh, tapi nak cerita kek special i buat tu tau. Husband ni penggemar kek coklat. I pulak kurang suka. So saje jelah buat kek coklat kat dia. 

Buruk tau i deko-deko. Tak tau nak deko macam mana. Wording tu pulak bila pergi bakery, ingat adalah wording happy anniversary ke ape. Bila tak jumpa timbul idea nak buat huruf guna white chocolate. Jadilah ada huruf besar gedabak 3rd Anniversary.

1. Mula-mula cairkan white chocolate guna kaedah double boiling, then dah cair masukan dalam acuan wording tu. 2. then kukus kek, sejukkan baru keluarkan dari loyag. 3. Masak topping. 4. Gigih parut white chocolate untuk deko. 5 & 6. kek dah sejuk then topping dah sejuk baru curah kt atas kek, tu pun comot-comot lagi sampai meleleh ke tepi. Tu yang kena sapu semula bagi rata. Then dah rata baru deko.

Macam nilah rupanya kat dalam tu.

Sedap ke tidak? Entahlah. Haha Sebab satunya aku kurang gemar kek coklat. Lagi satu, aku tak suka rasa kek yang padat dan lembap (eh ke moist eh?). Aku suka jenis kek span gitu, rasa lembut-lembut. So bila makan rasa nak tercekik sebab moist sangat ke ape. hahaa Tapi hubs and naurah suka la.

Bila makan ia jadi gumpalan macam ni. Moist ke ape ni? Tekak aku tak berapa suka la.


So siapa yang suka kek moist mesti layan je kek ni.

Tengok la dia suka sangat. Dapat kek duduk diam.


Our family. 3 years of married.


Untuk tiga tahun ini, takde apa yang nak diperkatakan. Masih awal. Rasa masih baru. Masih segar segalanya dalam ingatan. Saat disatukan. Saat menerima Naurah. Harap perasaan ini kekal untuk selamanya. Many years to go. I am happy enough have them in my life.


Syukur.





THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. best gak celebrate anniversary sambil picnic kan..

    ReplyDelete
  2. kalau aku ngandung ni..mau ngidam..terliur plak nengoknye kek..hehehehe

    ReplyDelete
  3. berseri2 muka mummy pegi picnic. your cake look delicious. i suka moist choc cake jugak. jarang2 jumpa orang suka kek span ni. Tapi i rindu sangat kek yang mak masak jenis zaman dulu punya masak pakai oven butterfly. kek rapuh pastu lapis jem. rindunyaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...