Monday, August 4, 2014

Raya Aidilfitri 2014

While in mood rayakan, meh la update moment raya this year. Sure will miss a lot this moment. Plus, Naurah makin lama makin besar, makin banyak ragam, gaya. So last year raya lain, this year pun lain walaupun total of family tak berubah dan tempat sambut raya pun still kat kampung aku. heh. 

Raya kali ni, aku cuti selama 11 hari. Lamakan? Tapi termasuk sabtu and ahad la. Takdenya aku nak apply annual leave sampai 11 hari. Kang raya haji nanti habis cuti. hahaa So aku apply hari Khamis dan Jumaat sebelum raya. Ingat husband boleh cuti jugak, sekali dia kerja lagi. Aku nak pergi opis dah malu, siap salam, laga pipi dah hari rabu petang tu, so Khamis dan Jumaat tu aku bertapa jelah dalam rumah dengan Naurah sambil tunggu ayah dia balik. haha

Jumaat malam around 7pm ayah dia sampai. Pukul 9 malam sebelum bertolak balik kampung, hubster ajak pergi stadium, tengok apa-apa yang best. Jem gila jalan. Around 1.30 pagi baru bertolak balik kampung. Kental gila husband nak drive pagi-pagi buta. Dah cakap bertolak esok pagi je, tapi dia taknak. Nasib baik jalan tak jem. Sampai rumah pukul 8 pagi. Tu pun pukul 3.30 pagi berhenti rehat kat RNR Bukit Besi, pukul 5 baru bertolak semula.

Basiclly raya kali ni, agak kelam kabut sikit preparation. Baju pun tak sempat nak jahit ikut tema yang menjadi pilihan iaitu emereld green. Dah masuk bulan puasa, tukang jahit takmau terima tempahan dah. hahaha Mak aku la yang jahit baju. Punya baik hati, dia cakap baju raya dah siap 2 bulan sebelum puasa tapi dia jahit kain warna purple. Baru aku ingat, kain tu aku beli last year lagi tapi tahun ni baru dia jahit. T_T Terima kasihlah mak, jadi penyelamat poket saya. haha Nasib baik husband tak beli lagi baju melayu warna hijau masa tu. Baju raya Naurah pun tokma dia dah jahitkan siap-siap, lebihan kain baju aku. Mula-mula ingat baju Naurah nak beli yang siap je. Ada sepasang baju kurung moden tu aku minat sangat, siap booked dah rm50 dari harga rm110. Bila bagitau tokma dia, kena marah pulak. Cakap membazir, budak pakai kejap je. Sebenarnya aku tak kisah pun takde baju raya and spent more kat baju anak tapi bila difikirkan balik, ada betul jugak cakap tokma tu. Nasib baik tuan yang jual baju tu baik sangat. Aku cakap tak jadi beli sebab tokma dia dah jahitkan, so dapatlah balik duit booked rm100. Sehelai lagi aku booked untuk anak perempuan makcik aku. Kira nak bagi dia sedondong la dengan naurah. hehe Kalau aku beli juga melayang duit bonus RM500 untuk 2 helai baju budak saje. *pitam*

Biskut raya pulak, this year aku tak buat langsung macam tahun lepas. Atleast tahun lepas sempat aku buat biskut semperit, biskut arab, popia dan biskut kacang. Tahun ni ada la cita-cita nak buat tapi malas nak punggah balik oven dan perkakas baking dalam stor, maka beli jelah biskut siap. Berlambak kot orang jual. Lagi best, hubs rajin nau beli biskut tahun ni. dekat 20 balang dia beli. Sabar jelah. Dahlah satu jenis biskut tu dia beli 2,3 balang. Biskutnya ada 5,6 jenis je tapi disebabkan dia ambik satu jenis tu berbalang-balang, maka banyaknya lahai. Angin jugak la aku mula-mula tau. hahaha Konon aku suka sangat semperit, nak-nak tahun ni aku tak buat semperit, kemain dia beli semperit sampai 4 balang. T_T Nangis laju-laju aku ngadap semperit. Biskut sarang semut dia beli 3 balang, Almond london 2 balang, biskut lidah kucing 2 bekas, popia nestum 2 bekas, ape entah satu jenis lagi. Dahlah aku beli jugak biskut raya 10 jenis. Bayangkan, biskut raya lagi meriah dari baju. T_T

Juadah pagi raya pulak, aku masak nasi Arab Mandy. Hari tu kirim kat Nana. Mak buat nasi impit dengan kuah kacang dan tapai. Manakala menu lain aku makan kat rumah jiran-jiran like sate, nasi dagang, laksa penang, rendang dan macam-macam lagi. Cuma tahun ni agak kecewa takde sorang pun yang sudi buat pulut bakar. Aku ni dah teringat-ingat dah nak makan pulut bakar. T_T

Antara gambar posing yang sempat snap aku share kat bawah. Pergi beraya memang tak sempat nak ambik gambar, duk tengok makanan je. So sebelum anak dara comot, maknya berlendir dengan peluh, ambik gambar dulu di halaman rumah sebelum keluar beraya dan pergi kenduri kahwin. Owh ya, kalau kat kampung aku dan aku rasa rata-rata kat tempat lain juga, time raya ni ramai kot orang buat kenduri kahwin. Aku attend kenduri dari hari raya ke-2 lagi sampailah raya ke-6. pergh, puas hati hari-hari makan gulai kawah. 

Let's enjoy the picture. Banyak ni. ;-P
Raya pertama

 
Family potret kononya. Gila gemuk aku. hahaha

 
Bersama anak dara i. Inilah baju mak aku jahit. Jubah untuk aku dan baju kurung untuk Naurah. Shawl RM8 beli kat stadium sebelum balik kg. kikiki

Rasa nak tukar profile picture fb je guna gambar ni. hahaa setahun sekali aku tukar profile picture FB. Yang guna sekarang gambar bertiga dengan Naurah, gambar raya last year. Tahun ni gambar berdualah feeling nak sambut anniversary bulan September nanti. kikiki

Macam biasa, lepas je kat luar, bunga tokma la jadi mangsa. Suka sangat petik bunga. Sangat kegadisan gittewwww. hahaha
 
Baju raya sangat simple tahun ni. Takde manik-manik macam tahun lepas. Plannya nak buat mini jubah kat dia. Aku tengok satu design baju kanak-kanak kat fb. Nak beli terlampau mahal. Alang-alang tokma boleh jahit baju, kemain aku curi idea orang. Tapi last-last idea kelaut. hahaha

Raya pertama biasanya kami berada di sekitar rumah je, menunggu jiran tetangga dan saudara mara datang beraya. Kalau nak pergi beraya pun ke rumah jiran-jiran je. Lepas zohor dah stay kat rumah. Sebab biasanya sebelah petang saudara mara yang jauh sikit akan datang sampailah ke malam.

Raya Kedua.

Raya kedua pada belah pagi pergi beraya rumah saudara mara terdekat. Tengah hari sampai petang pulak memenuhi undangan perkahwinan di dua tempat. Oleh kerana aku takde beli baju raya, ingatkan pakai ulang baju kurung yang mana ada, rupanya mak aku jahitkan baju kurung cotton yang aku beli tahun lepas. hahaa Bagus jugak beli kain banyak-banyak ni tapi tak jahit-jahit. LOL While Naurah pulak tokma dia jahitkan dress lebihan baju cotton aku. Siap letak lace lagi hah.

Inilah dress kain cotton tokma jahitkan. Lebihan dari baju kurung ibu.

Siap sanggul rambut. Naurah ni memang jenis susah nak bagi sikat rambut dia. Dia lagi suka rambut serabai gitu. Naik rimas aku tengok. Tapi bila kat kampung je, elok aku panggil nak sikatkan, siap boleh duduk atas riba lama lagi semata-mata nak bagi aku sanggul rambut. Terkejut mak noks.

Raya ketiga

Pun pergi beraya rumah saudara dekat-dekat lagi. Tapi belah pagi stay kat rumah dulu tunggu kawan datang. Tengah hari tu pergi kenduri kahwin. Dah lewat petang sikit singgah rumah saudara kejap. Penat tapi seronok dapat makan-makan. BAHAH! Sebab takde sangat baju baru, so aku pinjam jubah mak pulak. lagi 2 helai baju baru nak pakai pergi jalan rumah saudara yang jauh sikit. haha While Naurah memang belikan baju raya kat dia banyak, so boleh la dia melaram. This year aku banyak belikan dia dress and skirt. Tahun lepas banyak seluar. Kebetulan masa pergi The Mines last month, ada satu kedai tu (lupa namanya) ada buat sales dress for girl. Cantik di mata aku dan harga murah gila kot.

 
Percaya tak aku cakap baju ni harga RM15? hahaha aku beli kat the mines ni. Bagi aku, tak kisahlah baju beli kat pasar malam ke, takde jenama ke, janji cantik di mata aku. Jahitan pun takde teruk nau senget benget, nampak benang berterabur ke. Kain pun takde keras. Lagipun budak-budak cepat membesar, nanti beli baju mahal-mahal jadi basahan jugak. hahaa Oklah kan, aku berbelanja ikut bajet, yang pasti ramai tanya beli baju kat mana, berkenan katanya. hahaha Memang saje cari baju lengen pendek gitu, sebab kat kampung panas, habis kat belakang Naurah naik ruam. Kesian dia.

Kaki sebelah dia angkat ke belakang tp sayang mak tak pandai ambik gambar, nampak kaki satu. hahaha kemain bila aku suruh dia posing, siap angkat kaki ok. Dia ni ikut mood kalau nak bergambar. Ni sebelum keluar pergi beraya.

 Raya keempat

 Raya keempat ni, ada 3 jemputan kahwin. Salah satunya, pakcik aku kahwin. Agak kelam kabut sikit raya keempat. Tak sempat nak ambik gambar. Agaknya terlampau penat, Naurah bangun punyalah lewat pagi tu. Aku pakaikan baju mak aku jahit. Bila nak ambk gambar, dia lari. Wahahaa Mesti dia tension mak dia suruh bergaya. kiki 


Raya kelima

Macam biasa, aktiviti memenuhi undangan kahwin dan alang-alang tu terus pergi rumah saudara yang jauh sikit. Kenduri raya kelima ni makanan paling best kot. Sampai sekarang aku ingat-ingat lagi gulai kawah, kerabu jantung pisang, pencuci mulut aiskrim pulut, bubur kacang hijau campur durian, best gilaaaaaaaa. Sebab dia buat macam kenduri kesyukuran dan sekali harung macam open house, pengantin sempoi takde berarak segala, just jumpa-jumpa salam dengan tetamu, so kami lepak lama kot situ. Aiskrim pulut 4,5 kali aku tambah. hahaha 

 
Ni pun baju beli kat the mines. Tak silap RM19 je kot. HAHA Minah kerinting ni bukan main suka pakai kasut cousin dia, kasut tumit tinggi lagi.
 
Mak kan cheapskate, haruslah cari baju murah-murah. Kebetulan kawan beli baju ni besar sangat dengan dia, aku laju ambik sebab dia bagi harga rm25 je kauuuu. cuba cakap mana nak dapat jubah harga RM25? hahaa
 

 
Ehemmmmmmmmmm. Nak cakap, walaupun mak pakai baju jubah murah hari tu, tapi kat kepala mak tudung mahal wooii. HAHAHA Ada orang bagi hadiah birthday kat mak. ( you know who u are). Terima kasih darl. Merasa mak pakai bokitta. Mak suka sangat, sarung aje, dah jadi cun. (Cunn keeeee?) hahah perasan mak. Mak pasang angan-angan nak beli bokitta nanti. maka tiap bulan mak kena menabung RM30 sebulan. Cukup 4 bulan baru boleh beli satu. HAHAHA

Raya keenam

Last day raya kat kampung. Pun pergi kenduri kahwin dan memenuhi udangan rumah terbuka. Pendek kata, musim raya adalah projek besar besaran menternak lemak. Lemak sedia ada pun tak mampu turun dalam masa sebulan puasa, ni bertambah-tambah lagi. T_T

Macam biasa, sebelum rambut dia serabai, baju dia kotor kena makanan, cekak hilang entah campak ke mana, baik suruh dia posing dulu sebelum keluar. heheh Maka, hasilnya sangat bagus. Pendek kata raya ni agak senanglah suruh dia posing. Katanya jap lagi nak naik kereta pergi jalan-jalan, kemain patuh cakap ibu. hahahaa
Owh ya, baju ni pun beli kat the mines. Harga pun bawah RM20. Hiksssssss Sebab tokma dia pun jahitkan 3 pasang dress, maka baju yang beli kat the mines tu ada lagi 3 pasang tak pakai. Dah kata murahkan, haruslah mak borong lebih sikit. hikssssss
 
Kebetulan pulak mak aku jahit baju kurung cotton ni (pun dari tahun lepas aku beli T_T), pastu aku belikan Naurah dress warna biru tua campur peach gitu. So ngam la kira baju raya mak and anak. hehehe

Kalau suami aku tak dengki, aku rasa ni gambar terbaik aku dan naurah. Tengok la anak gadis ibu senyum kemain nak bergambar tapi sayang, ayahnya kaki dengki, ambik gambar tak nampak muka. T_T
 
Begitulah sahaja berakhir raya di kampung. Lupa nak bagitau, shawl yang matching dengan baju cotton ni dihadiahkan oleh kawan opis jugak. Terima kasih bagi shawl ni.


 Raya ketujuh

Dah bergerak pulang ke Kuantan dengan selamat. Hari ni dah kerja. Begitulah berakhirnya sambutan raya pada tahun ini kat kampung. Tunggu raya haji pulak.


Selamat hari raya for those yang baca blog ni, walaupun kita kenal atau tak, saya mohon maaf andainya apa yang saya share kat sini ada mengguris hati dan perasaan sesiapa. Kosong-kosong ye. :-)



Till then.



With love,
Hana.




THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. ramai plk pakai purple tahun ni..

    ReplyDelete
  2. Wei gmbr laki kau tu kelaka!!! Naurah dh elok posing bole pulak muka kau xnmpk! Sighhhhh hahaha. Alaa naurah sng je nk berikat rmbut. Hannah ni xbg lgsg pegang apatah nk ikat grrrr . Slmt hari raya babe. Gigih bc pnjg2 ha haha

    ReplyDelete
  3. She's so cute... lovely dresses. Pandai mamanya pilih.

    Selamat Hari Raya dear sister. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. kemain pagi raya buat nasi arab...hehe

    bibir tu bibirrr! hahaha

    lawa mu hana...meriah raya @ pakai bokitta tu sgt cun!! btw nmpk hana makin kurus

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya hana & family.

    Bestnya. Mak jahitkan baju. Nampak kemas. Tahun ni kita buat 2 jenis kuih jer. Selebihnya kuih tunjuk. Cantik tudung bookita tu ☺☺

    ReplyDelete
  6. pesal murah dan lawa baju naurah oii..haishh..

    kasut raya sama dengan zara sepp! rm20 jee..hehe

    ReplyDelete
  7. cantikla ibu naurah :)

    berseri2 sangat :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...