Friday, August 22, 2014

Naurah : "bottle-free" dan gigi yang retak

Err, kalau yang follow IG aku, sure tau pasal gigi retak Naurah yang membawa kepada dia menolok untuk minum susu menggunakan botol. So dalam usianya genap 2 tahun sebulan gitu, dia dengan sendirinya "bottle-free" setelah berlakunya kemalangan kecil yang menyebabkan kedua-dua gigi kapaknya retak. T_T

Kisahnya, last Thursday dia naik her Hello Kitty basikal kat rumah BS then entah macam mana dia tersungkur terkena gigi. Tapi kata BS nangisnya kejap je. So BS takde la syak gigi dia retak or what so ever. Berdarah pun tak. Siap sambung main basikal semula. Macam biasa, budak ni mana serik kalau sakit sikit-sikit.

Then balik dari kerja petang tu around 5.30 sampai rumah, aku ambik dia dari rumah BS. Biasanya balik dari rumah lepak-lepak depan tv, dia akan mintak susu. Aku tunggu je dia mintak susu sampailah membawa ke waktu dinner pukul 7 lebih, pun dia takde mintak susu. Dan, dia taknak makan jugak. Bila aku tanya nak susu tak?

"taknakkk. Sakitt" 

Sampai pukul 10 malam time dia nak tidur, aku tanya sekali lagi, nak susu ke tak? still memberi jawapan sama. Aku dah susah hati. Dia sakit apa sebenarnya. So sapu minyak angin kat perut. Kotlah dia sakit perutkan. Kebetulan pulak dia poo poo 2 kali petang tu, so aku syak dia sakit perut. Ok, fine. Maka malam tu dia tidur dengan letak ibu jari di tepi bibir. Macam biasa, tanda dia nak menyusu akan letak jari kat tepi bibir. So dalam dia mamai, aku bancuhkan jugak susu satu botol dalam 5oz gitu. Ingatkan bila mamai dia nyonyot je susu tapi dia siap campak, marah sangat gamaknya.

Ok. Fine.

Malam tu macam biasa, aku lakukan rutin tiap hari dengan kelebet mulutnya untuk sapu tooth mousse. Terkejut bila tengok gigi kapaknya crack.

 
Nampak tak retak tu?

Malam tu la aku whatsApp BS tanya pasal gigi dia. Then BS cite macam aku cite kat atas tu. Tak adalah aku nak salahkan BS sebab Naurah memang boleh tahan lasaknya kalau duk dengan aku pun. Cuma aku rasa sedih sebab dia sakit sehingga tak dapat makan dan minum.


So esok harinya (Jumaat), still taknak minum botol. So aku pesan kat BS kalau dia taknak botol bagi je dia minum dalam cup macam dia minum air kosong tu. Cuma kurangkan jumlah buat dalam 2 or 3 scoop je. Kalau dalam botol mau 6 or 7 scoop sekali hadap. 

Alhamdulillah, dia minum bila letak susu dalam cup. 

So sampailah ke hari ni, sudah seminggu kes gigi crack tu, dia tetap reject botol susu. Dan aku perasan kalau dia gigit something like keropok or ayam (yang keras sikit) dia mesti akan gigit guna gigi lain jadi senget-senget mulut hah. Not sure lah gigi yang crack tu goyang ke apa. Ngeri pulak aku nak pegang. Sapu tooth mousse malam-malam pun slowly je buat.

Aku rasa naurah ni jenis cepat fobia kot. Eh, i mean fobia tang menyusu ke ape. Sebab kalau fobia jatuh memanjat tu macam tak je sebab she keep doing walau berkali jatuh. 

Contoh macam BF dulu. Dia wean off dengan sendiri masa umur dia setahun lebih tak silap. (maaf cepat betul lupa sejak ada anak ni). Dia wean off dengan sendiri pun gara-gara tergigit masa nak BF sambil baring. Then aku menjerit dengan kuat sebab breast berdarah. Since that, dia taknak dah BF. Dia fobia dengar mak dia menjerit kot. 

So, "bottle-free" ni pun macam mudah je dia tinggalkan.

Mula-mula tu memang aku sedih gila. Dia sedikit kurus bila kurang minum susu. Berapalah sangat dia minum walaupun buat dalam cup. Mesti ada balance dia tinggalkan susu dalam cup. Dah scoop susu makin berkurangkan. Aku rasa macam bersalah pulak, ke tuhan hukum aku sebab merunggut Naurah kuat menyusu? Bayangkan sebelum ni dia menyusu punyalah banyak dan kerap, sampaikan 600g/1 paket susu boleh habiskan dalam 3 or 2 days. So bayangkan dalam sebulan aku kena beli berapa paket. Tu yang dari susu Enfagrow aku dah tukar kepada dugro. Boleh pokai kalau tetap bagi Enfagrow.

Then bila jadi macam ni, aku rasa sedih pulak. Rasa diri bersalah sebab banyak sangat merunggut. Kan tuhan dah bayar cash anak kurang menyusu. T_T

Walaupun sedih dia sedikit kurus sekarang dan kurang minum susu, but jauh dalam hati aku tetap bersyukur jugak tengok selera makannya makin bertambah-tambah. Aku sendiri macam tak percaya tengok dia makan. Biasa kalau tanya nak nasi, confirm tak bagi respon, tau-tau kita suap nganga lah dia. Tu kalau dia nak. Kalau taknak janganlah paksa.

Lately, dia siap mintak lagi nak nasi. So wajib bagi nasi or makanan berat waktu breakfast, lunch, petang dan dinner. Selang antara waktu  makan tu, dia suka mintak biskut, keropok (bukan jajan ye) or roti. So semua stok tu mesti ada kat rumah. Dulu bagi sekeping kek Apollo tu, satu pun tak habis, siap bagi kat aku mintak habiskan. Sekarang, satu keping tak cukup ok. Sekali makan sampai 4 kek Apollo. *Pitam* Padahal baru lepas makan nasi tu. Biskut jangan cerita lah. Tambah-tambah kalau dia tengok mak dia cicah biskut dengan air teh. Mulalah dia mintak buat susu dalam cup, pastu cicah-cicah dengan biskut kering. :-)

Oklah tu, makin bertambah. Orang cakap kalau kurang susu, makan akan banyakkan. Tengok ganya macam tulah.

So, kali ni malas nak merunggut lebih-lebih. Kang tuhan tarik nikmat makannya lagi haru.

I just take positive all what happen. Ada hikmahnya. Now i can see it.

Maybe, lepas ni boleh ajar tak pakai pampers pulak. Poo poo dah pandai bagitau. Cuma wee wee je tak lulus lagi, dah wee wee baru bagitau ibu. T_T


Lates picture of Nur Naurah Rayyani.



muka demam.


Latest, (yesterday) bersama abang katang. hikss Geram aunty tengok abang ni. Pemalu nak main dengan Naurah. Comel aje.


Actually, semalam and hari Rabu aku tak kerja. Naurah demam. Nasib baik hari ni dah ok. Kalau still demam, confirm aku cuti lagi hari ni. Semalam nampak je motor aiskrim, kemain dia nak. Dari 2 hari lepas dia nak aiskrim, dahlah demam, memang tak la aku nak bagi dia makan kan. Nak-nak pulak petang-petang hujan, ada jugak alasan munasabah aku bagitau dia kenapa tak boleh makan aiskrim.

"bu, nak aiskrim." - naurah

"kan hujan ni. mana aiskrim datang" - ibu

"aiskrim takut kilat?" - naurah

"ha ah." - ibu


Phewwwwwwwww




With love,
Hana.



THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. hahha aiskrim tkt kilat. ok la tu dia nk makan byk. biarkan je.huhu. hannah pulak minum susu kuatttt. smpi aku pulak ngeluh kata asik mnum susu. ngucap balik. nt kene tarik nikmat tu huhu. nasi susah skit dia nk mkn. if rmai2 br dia mcm nk mkn.asik makan kerepek je. huhu.hannah pntang nmpk duit , ckp beli aiskrim haha

    ReplyDelete
  2. Phewwwwwww. Hehe.

    Betul sangat. Pasti ada hikmah. Dah bottle free. Makan pun banyak haa. Alhamdulillah.

    Baik betul naurah cepat fobia. Arissa puting koyak yang mencederakan lidah dia pun dia sanggup nangis2 sambil nyonyot. Huhuhu.

    Suka tengok naurah. Stylo.

    ReplyDelete
  3. Sian naurah. Retak gigi yerp. Ok lah dah tak nak guna botol. Ni anak dara kita ni dah 4 tahun masih membotol lagi. Tak tau mcm mana nak stop nih.

    Smoga demam naurah cpt sembuh.

    ReplyDelete
  4. Hehehe naurah comel kuat makan. Pasal gigi retak tu ermm faiq pulak gigi mcm patah sekerat. Camne tah nak describe

    ReplyDelete
  5. alaa sian naurah. jgn risau naurah. naurah ada geng. gigi kapak shaheem pun sopek. gara2 jatuh tersingkir atas lantai kecik2 dulu. ada hikmah la tu naurah dah bottle free. lama2 hisap susu dalam botol pun x elok juga kan utk gigi dia. alhamdulillah sbb dah makan banyak. good girl naurah! :)

    ReplyDelete
  6. Wah. Hee sungguh hensem abang katang itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...