Thursday, August 7, 2014

1st Syawal, Naurah turns two

Kiranya raya kali ini aku agak excited sebab pada 1 Syawal Naurah genap 2 tahun ikut kalendar masihi. Awal-awal aku planning macam nak buat birthday party kecil-kecilan gitu. Saja suka-suka ajak budak-budak joint game simple like berebut gula-gula, pecah belon dan macam-macam lagilah. Eh, silap, bukan la planning tapi angan-angan. Hahaha

Tapi angan-angan jelah. Last-last kelaut semuanya. First sebab, spoil tang kek birthday. Aku google beberapa bakery and orang yang boleh buat kek macam aku nak. Alaaa yang buat kek fondant comel-comel tu tapi sayangnya semua dah fully booked sampailah raya ketiga. So aku macam beriya nak jugak, kot boleh ambik sehari sebelum rayakan, dia orang cakap dah full. Mana tak fullnya orang kahwin bersepah ok musim raya tu. I is so sad. 

So, daripada hal kek yang spoil, membawa kepada kemalasan aku nak buat birthday party dah. Aku pun tak tau kenapa nak emo sangat pasal kek. Padahal beli kek biasa-biasa pun ok kan, budak-budak bukan tau apa pun. Makan jugak. Aku memang downlah, nak-nak pulak teringat kek birthday Naurah last year, pun spoil. Tu rasa nak tebus balik tahun ni beli kek yang super comel then bila semua orang taknak ambik tempahan dah aku rasa gila stresssssssssssssss. HAHAHA laki aku naik heran, birthday siapa sebenarnya ni. kahkah Mak biasalah over.

Then husband cakap tak payah buat birthday party just beli kek biasa-biasa je sambut among family je. Aku pun ikut jela, kang ada raya nanti aku sebak. Tu pun malam raya, aku dah sedih gila tenung muka dia tengah tidur, siap mintak maaf sebab tak dapat beli kek macam aku janji kat dia. Eh, aku memang emo lah pasal kek. Laki aku siap pujuk bagai, dah mak menangis beriya. haha

Rupanya, mak emo terlampau sebab 2 hari lepas tu, bendera merah berkibar. HAKHAKe

Pada sebelah malam, dah relaks sikit semua, dah mandi barulah sesi potong kek. Naurah suka sangat ok tengok kek tu, siap mulut tu muncung-muncung nak tiup kek. Mana entah dia tengok orang tiup kek. Lilin tak pasang lagi. Yang lawak dia tanya "mana api?" hahaa comel betul. memang ada beli pun lilin cuma dia tak dan-dan nak tiup lilin.

Memanjang senyum nampak kek dia.

Kek ni aku beli kat bakery pekan kampung aku. Kek kat kedai tu kek biasa-biasa je. Ada corak kek untuk budak-budak pun kartun doraemon. Tapi keknya coklat. aku tak gemar sangat kek coklat. Aku ambik kek blueberry. Haruslah ikut tekak mak khennn. Nak bagi nampak comel sikit aku tabur sendiri bintang tu. Dalam design kek yang KONON aku nak tempah tu pun memang ada bintang, bulan, ada animal sikit-sikit just like Naurah suka.

Dia kemain suka kek ni, "eeee star, star. Kek star" Excited sangat. Kalau keluar malam-malam, benda pertama dia akan cakap after keluar dari pintu rumah iaitu "mana star? tuuuu star" "mana bulan? tuuuuu bulan". hehe
Minah kerinting tak sabar-sabar nak tiup kek. Aku siap belikan baju nak pakai sambut birthday dia tapi dia nangis-nangis taknak tanggalkan baju tu. sabor jelah.

After dia tiup lilin, kami sembur ape ke namanya tu haaaa macam snow and tali-tali tu, kemain terkejut dia. hehe

Dengan ayah. Ibu is malas nak pakai tudung sebab pakai baju kelawar je, so nan ado gambar bersama ibu. hehe
Dah  rupa macam birthday ayah je. Excited dari anak haaa.
Ya Allah, tengok la rambut dia tu macam ape dah. hahaha Actually lepas potong kek, aku rasa geram pulak nengok isi keknya coklat. I tot kalo blueberry haruslah kek vanilla kan yang dilapisi dengan cream blueberry. Nasib baik rasa blueberry nya sedap. While birthday girl enjoy  makan kek, habis satu slice setengah untuk dia saje.


 So, genap umur Naurah 2 tahun ni, dah banyak sangat pencapaian dia so far. Well sesuai dengan umur dia la kan. Rata-rata apa dia buat or say something pun sama je macam rakan-rakan sebaya yang lain. Cuma bila balik kampung hari tu, kemain susah nak suruh dia salam dengan makcik-makcik, even my friend sekali pun. Before this elok je suruh salam, dengan sesiapa pun dia salam. Pantang nampak budak-budak sama ada sebaya dia, baby or kakak-kakak laju je je nak join main sama-sama. Langsung lupa nak makan, minum susu. Itu yang badan susut sangat. 

A few thing yang rasa nak share kat sini: 

- So many word yang dia boleh sebut dan faham penggunaan perkataan tu. Boleh buat communication dah. Like "ibu lapar la." then dia akan balas balik "ibu lapar? ibu nak kopok (fav dia. kerepek pun belasah dia panggil kopok)".

- Kuat melatah. T_T Ikut sape la ni. Like "eh, jatuh, jatuh, jatuh"... bila terpegang benda panas "eh, panas, panas,panas"... "Eh, sakit, sakit,sakit"

- Suka mengadu. Kalau dia pi main kat luar dengan anak-anak jiran, nanti ada budak nangis, dia cepat-cepat datang, masuk dalam rumah. Dari luar rumah tu dah boleh dengan dia panggil, "ibuuu, ooooo ibu... kakak tiok (nangis). bla bla bla bla (bersungguh cerita nape kakak nangis.)" entah apa dia cerita pun tak faham. hahaha

- Suka menjeling. Ni laki aku cakap perangai ibu la ni suka menjeling. hahaha memang pun. aku kuat menjeling kalo tak puas hati. KAHKAH Same goes with Naurah, kalau ayah dia tak bagi main apa-apa or sentuh apa-apa, dia akan tengok ayah dia dalam beberapa saat, then kalau ayah dia balas pandangan dia, that time sure dia akan bagi jelingan maut terus pusing belakang ignore ayah dia panggil dia. hahaha My bad la, kalau dia ikut i gini. Ish, memang kami ajar la dia cakap tak baik jeling gitu. Tapi since dia budak-budak, orang-orang tua kat kampung ketawa je geli hati tengok lagak dia. hahaha

- Rajin. As you know, her mum yang berat bontot ni, since Naurah dak kenal banya benda, memang aku selamba suruh dia ambik apa-apa. Kat kampung ada tangga nak ke ruang tamu or bilik. lepas aje dia mandi, aku lupa nak ambik pampers, so aku suruh je dia masuk blik kejap ambik pampers, pastu tunggu la dia terkedek-kedek bawak pampers. Rajin menyepahkan barang pun ye jugak. Pendek kata semua benda dia rajin. T_T

- Sangattttttttttt kegadisan, keperempuanan. Mainan dia main hari-hari is mainan pondok-pondok. Pegang doll, bebear just like dia tu mak, beranak 5 orang. Siap susun lagi anak-anak atas bantal, bobok anak-anak patung dia, siap bagi susu tetek lagi. Mana dia belajar pun aku tak tau. Lepas anak tidur (imagine doll dia tu), dia capai la apa sahaja konon masuk dapur sibuk masak-masak pula. Dah siap masak, suapkan makanan kat anak. T_T

- Suka sangat mekappppppppppppp. Pantang aku letak beg mekap (ada pun bedak, eyeliner, lipstick je pun) di tempat rendah sikit which is dia boleh capai, siap kau habis dia main. Pandai je dia bukak case bedak compact aku tu, lalu dia pun mekap. 

- Suka berkawan. Pantang pergi mana-mana jumpa budak-budak dia akan tarik aku nak pergi dekat budak tu. Pernah aku pergi kenduri kahwin tengah aku ambik bubur, tengok-tengok dia takde dah ke kaki aku. Rupanya dia pergi tegur budak-budak yang tengah tengok bird. Tambah-tambah ada budak lelaki handsome, pandai weh dia memilih, harus dia pi pegang tangan budak lelaki tu tak lepas. hahaha Serius ni, BS sendiri cakap, masa ikut BS pergi masjid, ada anak makcik sorang tu lelaki umur 3 tahun macam tu, sikit punya handsome, naurah suka la menepek kat dia, siap pegang tangan, sampai budak lelaki tu takut kat Naurah. hahaha 

Eh, terbanyak pulak senarai. Ikutkan banyak lagi lah peel naurah yang aku nak share tapi naik lenguh pulak tangan nak menaip. hahaha

Akhir cerita, masa raya hari tu, ramai sangat la orang duk tanya aku bila nak bagi adik kat Naurah ni. Tak kurang jugak yang tanya aku "eh, pregnant ke?" "Naurah nak dapat adik ke?" Kecik hati mak. Mentang-mentang badan mak macam ni kan. T_T

Aku pun tak reti nak jawab apa dah. Jujurnya, aku rasa rindu nak pangku baby. Rasa macam dah sedia kot nak second. Terasa macam nakkkkkkk je. Tapiiiiiiiii bila fikir-fikir balik, bincang dengan husband (yang mana husband aku, kecik tapak tangan, malam kang jugak dia nak bagi aku pregnant T_T huahahaha) aku rasa takut pun ada. Bukan takut nak bersalin, takut tak dapat handle Naurah dan baby sorang-sorang. Tapi kang nak tunggu husband dapat pindah sini pun tak tau bila, kang usia makin lanjut pulak. So, aku plan, tunggulah opis aku pindah ke tempat baru dulu, boleh la tolong-tolong dia orang angkut barang opis yang berat-berat, nanti takde susahkan siapa-siapa, pastu tunggu masuk rumah baru jugak. ;-p Nampaknya "plan tunggu" tu akan berlaku next year. So will see kot raya tahun depan bakal menambah ahli baru. HAHAHAHA Will see yaaaa...


Last but not least, gambar Naurah 1st year old and two years old.

 
Macam tak banyak beza je kan. Tapi makin kurus sikit tengok. rambut tu makin lebat la sikit. hahaha Aku takde nak harapkan apa-apa pun, cuma dalam setiap doa aku, satu je aku mintak semoga Naurah sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. AMIN.






 Till then.

with love,
Hana



THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. happy besday naurah.... anak dara sangat tau posing tu

    ReplyDelete
  2. eh mak dia yg lebih2 nk kek cmne. lol. pdhl naurah sebat je kek ape pn. hahahaha. happy 2yrs old Naurah :)
    satu je part hannah xsama, dia xske berkawan rmai org hahaha. sorg dua je dia mau. if rmai dia lg lari kat mak pak dia adela. lone ranger huhu..

    ReplyDelete
  3. aunty pn pnh birthday jatuh 1 syawal..lupa tahun bape..tp on tht day aunty sakit perut je..xfeeling sgt..awk suka menjeling ye..sama mcm shahadah lahh..

    ReplyDelete
  4. mak kau mmg selalu over naurah oiii! hahaha.wehhh preggy lah cepat! hahaha

    ReplyDelete
  5. jom preggy sesama! haha

    naurah kuat melatah comel! hehehee bab bagi susu kat baby tu kan, faiq buat kat men dia haha.. sebelah dia nenen.. sebelah lagi spiderman nenen kat ibu kah3

    ReplyDelete
  6. happy birthday naurah semoga jadi anak yang solehah berjaya dunia dan akhirat

    bella pun sama suka sangat star tu pg beraya kalau ada cookies yang bentuk star keje dia la mengutip cookie nya kita plak kena mkn hihih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...