Monday, July 14, 2014

Football and me

Haaaa world cup dah habiskan pagi tadi. Aku tak tau pun ada final match today. kiki Memang sah-sahlah aku tak tau sebab bukannya ambik port sangat pasal bola. Tidak minat pun. Tapi tadi bangun sahur, aku bukak tv, saje klik arena sekali tengok ada bola. Then sambil makan online FB kejap, tengok kawan-kawan update final Germany vs Argentina still 0-0. Lol

So dari  OneHD aku alih siaran ke Arena semula. Saje. Kejap je aku alih siaran Gemany jaringkan 1 gol. Aku takde rasa apa-apa pun. Apalah perasaan tengok bola sambil tv takde suara. Takut Naurah terjaga kan. Dia tu pantang dengan bunyi kuat sikit. 

Sambil dia orang bersorak aku pun teruskan makan nasi dengan sup tulang sahur tadi. haha Sup lebihan berbuka malam tadi. Hampir-hampir nak tukar siaran lain  sebab macam boring kot tengok bola, tendang bola ke sana ke mari. Eh, serius, tak kena dengan jiwa aku. Tapi tangan jadi kaku bila terpandang muka budak tengah bersedih. Someone try nak tenangkan dia then reaksi dia macam marah je. kiki Aku rasa dia penyokong Argentina. Tiba-tiba aku sebak sama. Menahan air mata jatuh. HAHAHA

Then tertengok sampailah habis match. Sedih pulak tengok penyokong  and player Argentina menangis. Aku pun nangis sama. Bila masa entah aku sokong Argentina, nak tumpang sebak semacam. hahaha Kan dah cakap aku ni hati tisu. Pantang tengok orang nangis, mulalah aku turut serta. Tu asyik kena tegur kat Naurah je, "ibu nangis. kesian ibu". begitulah dialog dia tatkala melihat aku menangis. hahaha

Ni kalau pasukan German kalah pun, aku mesti nangis kalau dia orang tunjuk penyokong atau player sedih-sedih gitu. bahah! Teruk nau.

So pendek kata, aku memang tak layan football atau mana-mana sukan. While hubs kalau dia balik mesti tak habis-habis tengok channel sport. Aku pun tak faham ape yang best. Agaknya man and game memang tak boleh dipisahkan. 

Thats all story football, world cup and me. beheee




Till then. tata.




THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. lol... jgn la sedih... bahahaha kelakau sangat ok.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum hana.. Ni linda..ingat lg tak? Hehee sihat? Lama x dgr kahbar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...