Monday, June 9, 2014

mix feeling

Almost 1 week Naurah stay dengan ayah dia kat rumah, petang semalam ayah dia dah berangkat pergi kerja. Sebelum ayah dia berangkat tu, tengah bersiap-siap, dia ikut je ke mana ayah dia pergi, ayah dia bersiap dalam bilik pun dia ikut, pergi dapur dia ikut. Macam tau-tau je ayah dia nak keluar. Dah angkat beg letak kat ruang tamu, kemain dia mintak ayahnya dukung. So, nak taknak kenalah bawak dia naik kereta pusing taman sekejap. Dah siap tu, barulah nak kat ibu then salam ayah.

Yang sedihnya bila ayah dia dah pergi, dia masuk bilik macam cari ayah. Aik, dah lupa ke tadi dia bye-bye, tak sampai setengah jam kot. Dah pandai cakap, "mana ayah?" Its make me wanna cry a lot. Sedih gila kot. :'(

Malam tadi dia tidur, kejap-kejap bangun panjat aku. Biasa kat sebelah ada ayah, dia macam tercari-cari gitu, pandang kiri kanan. Alahai anak ibu, sedihnya. Now teringat kat dia, rasa cepatlah masa berlalu. Tak sabar nak balik peluk cium. Pagi tadi memang nangis hantar ke rumah BS. 

Tiba-tiba jadi sedih bila ingat balik. Padahal nak cerita aktiviti weekend je kot. sigh.

Memandangkan tiap hari Naurah dah keluar pi main kat playground and indoor game dengan ayah dia sepanjang ibu bekerja, so weekend tu banyak stay kat rumah. Waktu petang je bawak pi main kat pantai. Well, mana lagilah yang boleh pergi kat kat sinikan, selain dari pantai. Tapi takpe, memang kami suka pantai pun. tehee

Naurah ni pantang nampak air. Aktiviti paling dia suka. Asyik pergi Teluk Chempedak je kan, kali ni kami bawak dia pergi Pantai Sepat. Dia punya excited nampak air tu, sebab ombak tak kuat sangat, dia berlari macam apa tau. Pastu aku pulak lupa nak bawak swimsuit dia, so mainanlah air dan pasir dengan dress. hahaa Kesian pulak.

 Here, a few picture.















 Bila tengok gambar-gambar Naurah ni, tiba-tiba rasa sedih pulak. Macam mana la kalau petang nanti dia tanya mana ayah lagi. Semalam, hubs tak pakai pun perfume dalam rumah sebab aku pernah cerita masa dia balik 2 minggu lepas, Naurah masuk bilik dan terbau perfume ayahnya, then Naurah cari-cari ayah kat luar. Dia ingat ayah ada. See, anak kecik pun dah pandai cam bau perfume ayah. Then biasanya hubs ni, kalau bersiap petang ahad nak pergi dah tu, dia akan letak baju kat bakul dalam bilik. Nanti bila Naurah masuk bilik ternampak baju ayah dia dalam bakul mesti dia ambik baju tu, dia cium pastu dia peluk, dia datang tunjuk kat aku, "baju ayah, anginyaaa (wanginyaaa)".

Aku cerita kat husband last two week, sedihnya lahai ayah dia. So this week dia sanggup sembur perfume dalam kereta, then baju tu dia terus letak dalam bakul sebelah washing machine. Punyalah taknak bagi anak cari dia. Sedih gila rasa. 

Last week semangatnya balik kerja nak masak untuk husband. Hari ni rasa macam lemau je. Otak dah fikir balik karang nak buat ape. Err, macam tak biasa pulakkan duk berdua dengan Naurah. Saje jelah cakap betapa sedihnya kan tapi balik karang sure aku layan drama korea lagi haa. HAHAHA Cuma bila hubs ada jangan harap lagi waktu maghrib tu nak layan cerita korea. kofkof

Sigh.

Sedih ni. Asyik mengeluh je dari pagi tadi. 

Err bukan tak suka hari isnin tapi nak mula semula hari tanpa husband tu macam susah la pulak. Husband cuti seminggu tu dah dikira lama gila kot. Tu lain macam je rasa. 

Bertabahlah hati. Demi anak. 


:'(



Till then.

Sad mom.







THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. hana..pesal rasa touching sgt ni..sedihhh..kim slm peluk cium naurah..untie rindu!!

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii...sedih plak membacanya. Siannya naurah. Tercari2 ayah dia yerp.

    ReplyDelete
  3. Hana. Yatie doakan semoga korang cepat2 boleh duduk sebumbung lagi. Lebih sedih bila anak dah besar dah pandai dah mengerti ni kan. :'(

    ReplyDelete
  4. i kagum u LDR ni. bertabahlah mommy. husband u mesti double sedih rindukan mommy and anaknya

    ReplyDelete
  5. sedihla aku baca.. kau ni....iskkkk..
    kesian naurah.huhu..

    hannah so far if time tjaga tdo je ttbe dia tye papa? papa ne? pdhl bapak dia bgn tgh pagi buta buat keje kt luar bilik. haha

    kesian la naurah..sobs

    ReplyDelete
  6. kesian nye naurah..sedihnye lah aku baca T_T

    SABAR ye hana..ku doakan cepatlah korang dapat duk satu bumbung satu hari nanti..aminnnnn

    ReplyDelete
  7. pandainya naurah..bau perfum ayah pun die kenal..shahadah so far tak igt pn kat papa die kl x mau mama die meraung gak..huahua..moga Allah balas pengorbananmu ini dgn maldives nanti..:P..eh..supaya tak pjj lg..

    ReplyDelete
  8. sedehhh jah. sian naurah. sian ibu jugak. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...