Monday, June 2, 2014

Love at first sight : Frozen

Hari sabtu baru ni, aku tengah layan ulangan Doctor Stranger, then tiba-tiba Naurah tertekan remote keluar iklan lagu tema cerita Frozen, Let it go. Dia tengah main basikal masa tu. Dia cakap, "bu, kakakkkkk. Antiknyaaaaa (cantiknya)" Then dia terus kayuh basikal laju-laju dengan menggunakan kaki (T_T) meluru depan tv. Siap nyanyi lagu let it go. Tapi bunyinya "leeegooooo... legoooooo" BAHAH! Sampailah habis lagu tu.

I tertanya-tanya, inikah cerita pertama yang akan dia layan? Because sebelum ni, this minah kerinting mana layan kartun, baik upin ipin, boiboiboy, apa lagii hah kartun. Dia suka tengok iklan je. Iklan terbaru, yang kucing hilang, sedih aje panggil comelllll, then mak dia masak sup ayam guna kiub knorr tu (knorrr ke meggi?). Apa kaitan entah. Dia pun sibuk panggil dengan suara sedih "comelllllllllll". Pastu dia buat drama tambahan, sibuk-sibuk cari kucing dalam kotak mainan, bila jumpa kucing mainan tu, dia pun cakap "ni, comellllll". HAHAHA Yelah, jap lagi mak ko g buat sup ayam. lol

Panjang pengenalankan. 

So, hari Sabtu petang tu, aku pun tergerak hati langgan cerita Frozen kat Astro Best. RM10 je. Sementara Frozen nak main, dia naik basikal pusing-pusing ruang tamu. Bila dah start, dia duk perhati dari jauh atas basikal lagi. Keluar je lagi You Want To Build A Snowman, cepat-cepat turun dari basikal, menapak depan tv sampailah raja pergi belayar. Lepas tu, pandang aku sengih-sengih. hahhaa

 Sungguh ibu tak faham apa maksud senyuman dia tu. 

Now you know, cerita kartun best eh Naurah? 

So far, sepanjang Frozen main, dia takdelah statik depan tv, dia ada main benda lain jugak tapi takde nak pergi main merata dalam bilik ke. Dia main pun depan tv. Bunyi je lagu Olaf nyanyi untuk summer tu, dia bangun semula tercegat depan tv. Pendek kata kalau ada muzik and lagu dia tertarik sikit. 

1 to 10, bagi aku cite Frozen tu Naurah layan about 7/10. Ada part dialog je dia tak pandang. Almost dalam cerita tu bunyi muzik, so dia akan tengok kat la. Tak sia-sia ibu langgang nak oi. Langgannya sampai hari ni je. 

So, hari ni, aku download je lagu dari Youtube, lagu Elsa nyanyi, Let it go, then You Want Build A snowman, then lagu Olaf nyanyi, Summer, satu lagi lagu Princess Anna dengan Kristoff ala-ala wedding dengan Troll tu, ape entah tajuknya.

Pheww.

Cerita lain.

Then semalam, aku rasa rimas nau tengok rambut dia panjang mencucuk masuk mata. So aku potong sikit bahagian depan. Pandai pulak dia tunduk duduk diam bila aku cakap nak potong rambut. Agaknya dia pun bersyukur, mak dia faham akhirnya, dia rimas dengan rambut panjang kat depan tu. Maafkan mak, nak. Mak ingat rambut simpan panjang itu "hot". Maklumlah rambut belakang u kan curl, so kat depan kena la straight kasi panjang, baru cun kan?  T_T

Macam pendek sangatkan aku gunting? hahaa

Macam biasa, buku ape ibu pegang, sure dia akan rebut. Gaya membaca tu, alahai macam nak masuk dalam buku. T_T



Malam tadi, pergi makan-makan kat rumah jiran. Not sure dia buat makan-makan sempena apa. boleh gitu? hahaha Kemain seronok la anak dara ni dapat keluar malam. Ramai abang-abang dan kakak. Actually, aku ni bukanlah jenis peramah nau dengan jiran tetangga. Memang jenis aku, balik kerja, berkurung dalam rumah. Mengantuk satu, lapar satu hal, nak tengok cerita korea yang ulangan tak sempat tengok malam tadi pun ye jugak. Haaa, banyak sangat alasannya kan. haha

So, untung la ada BS, yang rajin bawak Naurah jalan-jalan pusing taman. Secara tak langsung kalau aku pergi kedai dengan Naurah, orang pun kenal aku. kahkah

Antaranya laaa..

"Owh, ni ke mak Naurah?" - seorang kakak ni tegur, jumpa kat kedai

"akak duk lorong berapa" - dah rasa malu tak kenal kan.

*******

"Naurah! Naurah!" - ada budak tu jerit-jerit lari ke arah naurah.

Dalam hati aku, dah sape pulak ni.

"Acik mana?" - mak budak tu, tanya kat naurah BS mana. 

Kesian gila, aku ni anti sosial betul. ada berapa kerat nama je aku kenal kat taman tu.

******

"Naurah beli ape ni?" - kakak kat taman. pun aku tak kenal.

"beli pampers, acik" - aku tolong jawab bagi pihak Naurah. T_T

Dah, takkan aku nak cakap beli telur, bawang kan. Dia tanya Naurah. Bukan tanya mak naurah. Agaknya mak Naurah pun baru dia tengok macam mana rupanya. T_T

*********

Lagi parah, keluar je dari kereta, naurah dah menggeletis nak berlari ke arah seorang budak ni, nasib baik aku pegang tangan dia. Rupanya dia kenal budak tu. Budak tu pandang dia, terus berlari pegang Naurah.

Mak budak tu datang tegur aku.

"esok, datang main basikal dengan abang lagi eh" - kata kakak tu

Rupanya-rupanya budak kat lorong rumah aku, petang-petang dia main basikal dengan Naurah. 

T_T 

Sekian laporan,
mak anti sosial.









Till then.








THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. hahhaa... ok la tu org kenal naurah femes dia :)

    ReplyDelete
  2. hahaha tergelak aku baca kisah mak anti sosial tuh..ekekkee banyak kawan naurah..dari budak sampai ke mak budak..ekekeke..

    ReplyDelete
  3. uiii...budak2 skrg suka benor dgn cite frozen tu kan...siap hafal lirik lg...kita dolu2 hafal lagu 3 kupang je haha

    ReplyDelete
  4. try jugak bagi aisya tgk frozen tu tapi takk dilayann... dia suka hi5 je.takpela...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...