Wednesday, May 14, 2014

Suamiku

Aku rasa macam nak share je feeling lovey dovey dengan husband ni. Ini gara-gara si padilah yang komen kat fb aku sangat tak menahan. Nak tumbuk-tumbuk muka dia. HAHAHA

Maybe for some peole akan rasa annoying gila kot but who is care? Sebab tu aku cakap hanya orang yang LDR je akan faham feeling aku rasa ni. Tambah pulak kalau dapat suami jiwa layan lagu rock kapak, jiwang leleh 80-an. Muka nampak macam gangster tapi dalam hati.......hahahaa

Itulah suamiku yang comel. hahaa 

Aku rasa ni semua gara-gara LDR kot. Dia punya feeling rindu tu lain macam tau. Macam zaman bercinta dulu dan sekarang macam takde beza. Ok, tipu la, ada la beza sebab apa-apa hal tanya hal anak dulu. Hubster memang jenis yang ayat jiwang punya orang, so bila kahwin aku bersyukur sangat dia jenis tak berubah, still macam tu. So, aku pun layankan aje, atleast attitude will stay forever kan. Duit boleh habis, tapi habit akan kekal selamanya. Eh, apa pulak melalut ni. hahaha

Kisahnya, hari Isnin baru ni aku share this picture kat IG and FB. Then hubster komen syahdu macam selalu. hahaa Ni belum aku tunjuk printscreen WhatApp lagi. Mau pitam kalau orang baca. So let keep it as privacy between us. hiks



Komen hubster kat gambar ni:

Rindunyalah ayah kat Naurah ni. Semakin membesar anak ayah. Alhamdulillah berkat mendapat isteri yang menjadi ibu kepada anak ayah. Syukur pada nikmat yang diberikan.


T_T AMIN HUSBAND DARLING.



Hahaha Itu suami aku. Nak nangis baca. Bukan sebab terharu, tapi nak tergelak. Dah bini jiwa rockerkan, aku selalu duk buli husband aku kalau dia kasi ayat syahdu kat WhatApp. Bila ingat balik, jahatnya aku. Maybe setengah orang inginkan suami yang pandai ambik hati macam ni tapi aku siap duk buli laki aku lagi. hahaha Bukan ape, saje je sebenarnya usik-usik dia. Aku memang suka pun dia macam ni, kalau aku merajuk tak balas WhatApp or pick up called sure bertalu-talu WhatApp ayat memujuk masuk. Misscalled pulak tak payah cakaplah. Memang amat menyenangkan hati yang tengah marah dan mengada-ngada nak kena pujuk ini.
Bawah ni pulak, dia post gambar wish Hari Ibu. haha

 Ni pulak si Intan duk cakap husband aku sweet. Kalau intan tengok husband aku mesti tak nampak gaya sweet gini. Muka ganaslah katakan. kehkeh Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Fyn Jamal pulak tuju kat lakiku.

Lirik Lagu 150 Juta – Fynn Jamal


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

 2 perenggan aku bold. Sangat mendalam ok. Indeep. hehehee


 
Yang ni minggu lepas husband upload gambar. rindu katanya, 2 minggu dah tak jumpa. HAHAA



 So, itulah suami aku. Dah kenapa nak cerita kat orang siap up entry kan? Eh, aku punya sukalah. kahkah Tak, tak, sebenarnya aku tengah merindui suamiku ini. tsk. Harap suamiku baca entry, pulanglah. (Rasa nak nyanyi lagi PULANGLAH , lagu raya dari Aisyah) kahkah. 


Dear kekanda yang berada di perantauan,

Kekanda sihat? Adinda dan anakanda sihat seadanya. Adinda harap boss kekanda tidak membebankan kekanda di hari minggu ini dengan kerja-kerja yang merepek itu (BAHAH!) dan kekanda berupaya untuk pulang meraikan hari minggu bersama-sama adinda dan anakanda.

Dari adinda yang merindui mu.



KAHKAHKAH



K.BYE!!






THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. aku suka kutuk laki aku..

    tp sebenarnya aku sayang gila kat dia..
    aku rasa terharu sangt bila dpat tahu dia sebenarnya syg aku tp tak pandai luahkan..

    ReplyDelete
  2. So sweet both of u!

    Life. Selalu kita 'berpasangan' dengan seseorang yang contradict dengan kita. Tapi part romantik / ayat jiwang; both of us lebih kepada plastik sikit. Got one day, time tak sihat tiba-tiba husb whatsapp tanya "sayang ok". Iols jawab, "haha. dah kenapa?" KuiKuiKui. Al maklum kami ni macam kawan-kawan je "kite awak, saya awak". Ngeh3.

    Eh panjang lak. I feel u Hana. Huhu.

    ReplyDelete
  3. sedihnya hana... kena jauh2 ngn husband... T__________________T

    tp lin nampak gak yang post husband hana wish motherday tu.. ala... syahdu... tu yang tak terkomen tu...

    bak kata orang tua2... sayang isteri di tinggal2kan... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. alahai sweetnye family korang ni hana.. moga dipermudhkn urusan n moga2 pasni dh dpt duk skali ya dear.. very strong ibu naurah!

    ReplyDelete
  5. hahahaha jahat lah mu ni na! na! laki aku jenis xreti nk romantik2 gini.aku je yg romantik.alaaa terbalik lak.ahahaha

    ReplyDelete
  6. Wah! Romantik gituww yaww!!! You deserve each other....be good to one another. May the relationship stays like this forever or become more romantic by by day...aaamiin.
    p/s: Naurah jgn nakal2 -Auntie Ninie-

    ReplyDelete
  7. alahaiii sweet. tapi kalau i jadi u (n nana farhana), i rasa i tak boleh... hahaha

    ReplyDelete
  8. So sweet. Bestlah dpt suami romantik mcm ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...