Friday, May 2, 2014

quick life update.

Hi,

Bila bukak Nuffnang, tengok ada dua BE baru masuk then income pun dah bertambah. Rasa sayang je nak cash out. So kumpul dulu. Then baru rasa kesiannya orang bukak blog tapi baca benda sama je. Eh! Macam perasan pulak haa, hahaa Hakikatnya keyword yang orang cari adalah  resepi makanan baby sebenarnya. Thanks ya. 

Btw, busy sangat dengan kerja office. Aku memangku tugas bos aku yang dah bersalin. Bulan 6 ni baru dia masuk. Rasa macam tak terkejar je nak settlekan semua. Well, bab kerja ok, fun. And fyi, baru-baru ni aku pergi out station kat Pulau Tioman. Selama memasuki 5 tahun dunia pekerjaan ini, ini adalah out station paling best sekali dalam hidup aku. Will update with one entry. 

Cut about work, tentang married life pulak im fall in love. Hari-hari merindui suami yang busy kemain tu. Masa mula-mula kahwin, start PJJ then stay bersama-sama sekejap, then PJJ balik. Apa yang boleh aku simpulkan, pro and cons PJJ ni adalah:

Pro

- lovey dovey mesej setiap hari. Feeling macam zaman bercinta. 

- Perasaan rindu, cinta yang teramat sukar diungkapkan. Hanya orang yang PJJ je kot faham

- Aku rasa aku jadi seorang wanita yang sangat independent. Semuanya boleh buat sendiri. Ok, tak semua, BS naurah pun banyak tolong sebenarnya. hehe

- Bila hubster balik kan, aku sedaya upaya layan dia like a king. Then dia pun sedaya upaya layan aku like a queen. Last-last masing-masing tergelak sebab yang sorang tak bagi husband dia tolong basuh baju, yang sorang suruh bini dia berehat. HAHAA aku kesian kat dia sebenarnya sebab duk PJJ hidup macam orang bujang. Kena masak sendiri, basuh baju sendiri. So bila dia balik 2,3 minggu sekali biarlah aku buat semua tu. Campak baju dalam mesin je kot. Tapi husband pulak nak aku berehat. Lucu pulak rasa.

- Husband balik, berebut the one and the only hero we had dengan Naurah. Ketiak kanan dapat kat bini, ketiak kiri dapat kat anak. Peha kiri dapat kat bini, peha kanan dapat kat anak. begitulah sebaliknya. Sweet sangat rasanya hidup ini. hehe

Cons

- Siapalah yang bercita-cita bila kahwin nak tinggal berasingan dengan suamikan? Apa aje benda yang tak best terpaksa lalui sorang-sorang tanpa kehadiran suami di sisi adalah sangat menyedihkan.

Tapi aku take positive je semua tu. Janji kami rasa bahagia, caring and loving each others. Perasaan merajuk like zaman bercinta dulu. Called husband tapi dia tak pick. So merajuk. Then he called me back, aku tak pick. Merajuk konon. Husband risau gila. Siap wassap merayu bagai. Dia meeting je kot pagi tu tapi terlupa nak bagitau aku. Dah aku saje ngada-ngada merajuk. Tapi best bila ada orang pujuk and masih layan sifat ngada-ngada ni. Hehehe Tulah kot kuasa PJJ. Allah dah tetapkan setiap ganjaran dalam sesebuah perkahwinan kan.


Things about Naurah pulak...... Phewwww anak itu membesar dengan sihat dan bijak sangat. Alhamdulillah. Penat kot kalau nak senaraikan. Just rujuk instagram je progress dia kalau aku rasa nak flashback. Sebab kat IG tu siap ada mention what she did and what age she is masa perkara tu berlaku. Thanks to IG. The one thing yang aku cukup banggakan sekali, at this stage rasa macam anak dah cukup besar apabila dia memahami apa-apa yang kita cakap or suruh. Kalau merajuk dengan ayah dia, sure aku menangis punya. Depan-depan Naurah pulak tu, sambil mengadu depan Naurah apa yang aku tak puas hati. Dia dah pandai sangat datang lap air mata, hug ibunya and say sorry. OMG, i am feeling blessed. Now, dia dah setahun 9 bulan. lagi 2 bulan lebih je nak masuk 2 tahun. Owh,t his year, her birthday jatuh pada raya pertama. Wahhhh kind of excited gitu. Tak tau nak celebrate malam raya ke atau pada hari raya. OMG!! This time ibu akan buat kek betul-betul untuk Naurah. T_T


About 2nd pregnancy. Dont get me wrong. I am not pregnant yet. Cuma nak cakap untuk conceive 2nd pregnancy nanti, rasanya not this year. Sebab Naurah tahap clingy semacam. Matilah kalau aku sorang-sorang nak layan dia without husband help kan. Kalau husband kerja kat sini or family stay berdekatan, sure this year terus aku pregnant. Aku memang nak sangat baby tapi bila fikir balik pro n cons, we need a good plan on it. Walaupun ramai yang cakap lain baby lain rezekinya. Maybe for 2nd baby, ada rezeki baby, ayah dia dapat kerja kat Kuantan, who is know, right? yes, aku percaya dengan rezeki itu. Tapi aku rasa rezeki itu datang bukan bergolek perlu usaha jugakkan. Then rezeki pulak bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit. Dapat anak yang sihat walafiat pun kira rezeki jugak. Entahlah, malas nak cakap banyak sebab tak semua orang akan faham posisi kita. Maybe next year while naurah reach 3 years old. She too big already masa tu. For now, aku tumpang happy kat kawan-kawan plus kawan-kawan blogger yang lain like Anis, Padilah, Kina, Intan, Dyll, Linda, Umie, Ctmah, Leenda, Ros Anis, Etty........... OMG, kan aku dah cakap ramai gila ok proses anak tahun 2014. hehe Ada dalam 20,30 orang aku rasa. HAHAHA 


Others thing is aku makin gemuk. Aku pelik sangat ni. Timbangan dah turun tapi shape tu tetap tak berubah, Terbonjol sana sini. Haih. Masalah betul. Aku dah kurang makan malam. Membantulah jugak bila berat badan dah turun cuma bentuk tu rasa like....... pitam ok kalau nak cerita. Aku tengah mencuba ni walaupun husband cakap ok dah, baru seksi daripada sekeping dulu. Ok, nampak nau nak ambik hati. hehehe 


Last but not least,


On labour day yesterday. main sorok-sorok dalam toto.





Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. Salute dgn org yg ber PJJ ni.

    Suka tgk keletah naurah. Memang budak bijak ☺

    ReplyDelete
  2. Ko memang independent woman jah. Mak tabik ok! Kalo aku duduk berdua je ngan nana sah2 air mata sebaldi. Hahahaa

    Bab 20 30 org tu ober ok. Kehkeh. Chillax hana. Enjoy je semua benda ni. Allah dah olan terbaik utk mu. ;)

    ReplyDelete
  3. I feel you.

    InsyaAllah Hana. Perancangan Allah pasti tidak akan sia-sia. Rindu jugak masa PJJ dulu. Bercinta laki bini. Merindu laki bini. Hehe.

    Btw Hana, you can do it. Inilah aturan Nya.

    ReplyDelete
  4. yatt skrg brcinta jauh.. dah kawen hrap tak jauh la..huhu.. mcam xbole je..hehe..

    btw.. naurah sangat comel..suka mata die..cpat je besarkna.. dari baby sampai skrg tengok naurah mmbesar..walaupun dlm alam maya je :)

    ReplyDelete
  5. aku sgt faham! rindu,nangis,gelak.semua dh sebati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...