Thursday, May 15, 2014

Jumpa Dentist

Aku rasa last aku jumpa dentist adalah masa pregnant Naurah 2 tahun lepas. Tu pun sebab terpaksa dan hanya untuk check up je. Masa check kat KK tu dentist dah suruh tampal lubang kat gigi geraham tapi aku rasa macam ngeri je, so aku cakap next appointment saya datang. Sampailah bersalinkan Naurah sehinggalah budak tu dah nak masuk 2 tahun hah, aku abaikan aje gigi berlubang tu.

Nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas, gigi geraham yang berlubang tu sakit sangat. Dia punya sakit tu datang sikit-sikit tau. Lebih parah masa malam cuti Hol Day of Pahang tu, kemain hazab nak tidur. Terpaksalah telan pil tahan sakit. Dapatlah lelap kejap. Terjaga lagi pukul 3 pagi, sakit gila kot. Esoknya dah berazam kena beranikan diri pergi jumpa dentist. 

Keberaniaan tu dah ada tapi salah timing. Hol Day of Pahang semua klinik gigi tutup. So, menanggunglah ko sakit seharian. Nak tahan makanlah ubat sakit gigi jenama hurix yang aku beli kat Guardian. Walaupun dah makan ubat still sakit lagi. Ikutkan esok hari Khamis kena pergi kerja sebab ada bengkel tapi hidup ni rasa dah terseksa sangat. So whatsApp bos cakap terpaksa cuti untuk dapatkan rawatan gigi. Nasib baik awal-awal before cuti masa sakit sikit-sikit tu, dah terbuka hati google klinik gigi kat kuantan ni.

So, pagi tu around 10 aku called Klinik Pergigian Faridah untuk tanya ramai customer tak pagi tu. Nasib baik pukul 12 dentist tu takde appointment lagi. So laju-laju aku cakap nak datang. Aku memang aim dentist perempuan. Malu aih nak nganga depan dentist lelaki. hahaha

5 minit before 12pm aku dah sampai. Tengok ada patient lelaki. Bila dia siap, dr. mintak masuk bilik rawatan then baring atas kerusi yang disediakan. Berdebar gila kot. Tapi daripada perasaan takut, sakit gigi tu lebih mengatasi lagi, so aku redha jelah. Yang aku tau tolonglah hilangkan sakit gigi ni cepat-cepat.

Masa rawatan, dr. tanya a few question lepas tengok keadaan gigi aku tu. 

"Dah lama ke rasa sakit?" - dentist

"Minggu ni baru rasa sakit sangat-sangat. Before this kalo termasuk makanan je rasa sakit sikit-sikit." - aku

"Sebab lubang dah besar, macam dibiarkan lama je ni." - dentist

"hurm" - aku (terpaksalah mengiyakan)

"Sebenarnya ada 3 jenis rawatan yang boleh dilakukan. (sambil ambik gambar rupa bentuk gigi). Pertama, tampal balik lubang ni. Tapi dalam sesetengah kes kalau berlubang dah lama macam awak cakap, takut kuman dah terkumpul kat bawah gigi dalam gusi. So kalau ditampal makin sakit lepas ni. Sekejap saya ketuk-ketuk gigi lain ada rasa sakit tak? kalau sakit mean memang ada kuman dan takut merebak ke gigi lai." - dentist (sambil ketuk-ketuk gigi lain)

"ha ah yang ni rasa sakit" - aku. (gigi geraham kan ada 4 bahagian yang bercantum. So bla satu dah berlubang, ada 3 bahagian lagi. then bila dr.ketuk, aku dapat rasa 3 bahagian lain pun rasa ngilu dan sakit.)

Rujuk animasi gambar di bawah (seingat aku la yang dr. terangkan)





"kalau rasa sakit bila saya ketuk, seperti kuman dah terkumpul di bahagian bawah gigi. Takut merebak ke gigi lain pula." - dentist

"Habis tu macam mana ni dr.?" - aku (cuak gila)

"Satu lagi cara kalau tak nak cabut gigi ialah buat pembedahan saraf. Kalau awak tengok gambar ni, di bahagian sini ada saraf, kat sini kita akan buat pembedahan. Cost pembedahan saraf adalah RM800 tapi saya tak buat pembedahan tu. Awak kena g klinik lain." - dentist

"satu lagi option dr." - aku (bila bunyi je operation plus dengan harga beratus-ratus tu terus macam ok malas nak dengar penerangan efek lepas ni ke apa. Option 3 pleaseee

"Kena cabut gigi untuk selamatkan gigi lain." - dentist

"Errr, sakit tak cabut gigi?" - aku

"Taklah. mana ada sakit. kan kita dah bius nanti. Tak rasa apa-apa pun. Cost RM70." - dentist

"Ok. saya nak cabutlah" - aku (dengan penuh bergaya dan yakin. Sangat!) haha


Aku pun pilih option 3. cabut gigi geraham.

Rawatannya pula :

- mula-mula dr.suruh kumur. Lepas tu dia akan suruh nganga luas-luas sebab nak cucuk kat dalam mulut guna jarum panjang gila. Mula-mula dia cucuk kat tengah-tengah tempat berlubang rasanya. Tak sakit pun. Tak rasa apa-apa. Tempat kedua dia cucuk ialah di bahagian isi dalam mulut, macam dekat dengan rahang macam tu. Rasa sakit sikit je.

macam ni la rupa jarum untuk bius tu. Aku ambik kat google image. hee

- Sebaik disuntik ubat bius, terus aku rasa separuh bibir, dagu, tulang pipi, lidah dan muka terasa kebas. Then dia suruh tunggu dalam 10 hingga 15 minit macam tu bagi ubat bius meresap betul-betul. Perasaan lepas bius, rasa macam kena strok sebelah muka. Langsung tak dapat rasa apa-apa. Rasa macam bibir bengkak melampau tapi sebenarnya tak pun. Perasaan je. hehe Bila dr.tanya dah rasa kebas sangat-sangat ke, nak bercakap bukak mulut pun susah. 

- Almost 15 minit macam tu, doktor suruh bukak mulut. Pembantu dr. tolong pegang dagu bawah untuk support sebab aku rasa macam susah je nak bukak mulut luas-luas sebab bibir dan rahang tak rasa apa-apa. Hanya sebelah muka je tau kebas. Doktor guna penyepit cabut gigi, dia goyang-goyang gigi tak sampai 5 minit dah tercabut gigi aku. Dr. letak gumpalan kain kasa rasanya dalam mulut then suruh aku gigit kuat-kuat. Tak rasa sakit langsung. 

Macam nilah rupanya masa nak cabut. Cuma aku gigi bawah. Gambar ihsan google image. hehe

 Dah siap tu, dr. tak bagi bangun terus takut pening ke apa. Duduk atas kerusi dalam 5 minit, baru berdiri. Alhamdulillah tak rasa pening sebab aku drive sendiri masa tu, takde siapa-siapa teman pun. Then dr. bg MC 1 hari, bagi ubat tahan sakit. Ada 2 jenis ubat tahan sakit. Kalau ubat pertama makan, sakit tak tahan lagi, makan ubat yang lagi kuat. 

Dr.Faridah baik sangat. Macam mak-mak je bercakap, lembut. Rasa macam best je buat rawatan gigi. So next time aku rasa nak datang lagi klinik dia untuk penjagaan gigi sebelum rosak macam gigi yang kena cabut tu. Dia cakap ada gigi yang kena simen, maybe tunggu 2 bulan lagi baru datang pulak. Maybe boleh scaling ke cuci gigi ke.

Owh, btw, for those yang kat Kuantan nak pergi ke Klinik Pergigian Faridah ni, dia sebelah KFC jalan besar tu, tapi tingkat atas. Senang je carinya. Dalam pada mulut, muka rasa kebas, aku tengok sebelah ada KFC, balik tu, terus masuk KFC dengan mulut tersumbat kapas. Sebabnya tak ramai orang, so kurang sikit rasa malu. Yang jadi cashier tu pun pangkat adik-adik, selamba aku cakap sambil herot-herot mulut, duk order take away KFC. Tergelak je adik tu. confident level kena tinggi ye hahahaa

Lapar ok. Pagi tu aku tak sempat makan sebab berdebar punya pasal plus gigi rasa sakit. So nasihat aku, before pergi cabut gigi baik makan dulu. Lepas tu dah susah nak makan.

Tapi disebabkan lapar, sampai je kat rumah dalam sejam lebih macam tu, aku buang kapas dalam mulut. Walhal darah ada lagi keluar, dengan separuh muka kebas yang amat, aku makan nasi ayam dengan sup kosong, sumbat dalam mulut main telan je. Tak leh nak kunyah. Agaknya dengan darah-darah aku telan sama. Lapar gila ok. Dah kenyang, bantai tidur.

Almost 3 jam kot ubat bius tu bertahan. Lepas bangun tidur, barulah rasa sakit berdenyut-denyut gusi tu. Rahang pun rasa sakit. Nak nganga pun susah. Aku makan ubat tahan sakit yang dr. kasi. Beberapa jam pertama rasa sakitnya lahai. Lewat petang tu rasa macam nak suruh BS bawak balik Naurah je malam tu. Biar Naurah bermalam kat rumah sebab aku rasa haru biru sakit cabut gigi tu. Sampai badan rasa panas sejuk nak demam. Macam tu sekali aku rasa. Tapi sebaik pukul 7 lebih macam tu, elok dah rasa. Dah tak rasa sakit-sakit lagi. Darah pun dah stop. So dah boleh makan baki ayam KFC beli tadi, dah boleh kunyah-kunyah dan ambik semula Naurah dari rumah BS. hiksss


Begitulah panjang lebar pengalaman aku cabut gigi bila usia menginjak dewasa dan menjadi seorang ibu ni. Aku rasa ni semua pengaruh buruk dari cerita-cerita tak best dan sakit melampau bila jumpa dentist sampaikan aku terpengaruh dan biarkan gigi aku terseksa sehinggalah tak dapat diselamatkan lagi. Kesian gigi. hehee

So, korang jangan takut jumpa dentist ok. Dentist baik sangat-sangat dan tak sakit pun buat rawatan gigi. Selepas ni, aku nak didik Naurah mencintai dentist. kikiki Aku taknak Naurah takut macam aku nak jumpa dentist. Maybe 2, 3 bulan sekali boleh bawak Naurah check gigi untuk biasakan diri dia dengan dentist. Sure ke Klinik Pergigian Faridah lagi aku akan pergi. Terima kasih dr.


Till then.

TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. i memang takut dentist. cerita la betapa baiknya dentist tu, tetap takut. penah gak kena cabut gigi, 1st time masa umur 25 kot... sakit kejap je... hehe....tp tu la doc suruh datang lagi nak scalling, i tak datang.takut punya pasal...

    buruk perangai...hehehe

    ReplyDelete
  2. X boleh makan aiskrim dah la....pastu kacang dh xleh kunyah...hehe. bg naurah je mkn sumer tu.

    ReplyDelete
  3. beb, apa perbezaan lepas cabut gigi geraham? macam rasa kosong ke atau makan jadi x sedap ke..hehehe...aku ni lagi kesian.. muda2 gigi depan aku dah rosak..semakin hitam...last2 aku buat root canal treatment and sarung dengan crown...gigi pelesu aku ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Sambil baca sambil senyum. Iols takut nak jumpa dentist. Memang ada gigi yg tgh berlubang ni. Tapi biar kan jer. Takut katakan. Sakit jgn cakaplah. Ni mungkin sbb dah lali. Tak rasa sakit dah. Esok2 mesti dlg balik nih. Memang kena cabut gamaknya.

    ReplyDelete
  5. takut nya doktor gg.

    biar baik mcm mana pun..
    haha.

    ReplyDelete
  6. Hana, i mcm u. lps doc detect gigi dpn,atas i lubang, i mcm errr sy pospon lps beranak tp trus xdtg hahaha. so far tu jela 1. tp tkt nk g cek tkt simen. i prefer cabut dr simen. xleh thn aaa kene simen nyiluuu. kau kata cucuk bius xsakit???? weii tgk jarum pn dh tau sakit. aku rs mcm kejam gile dia cucuk bius dgn jarum panjang tu kt gusi. arghhh.dlu ms skolah just kene gigit mcm chewing gum tu je kasi kebas. heee seriau la jmpe dentist smpi skrg hahah

    ReplyDelete
  7. aku baru lepas tampal awal tahun haritu beb.hmm pas ni nk bwk priness pulak.

    ReplyDelete
  8. saya baca stop-stop sebab ngeri hehe...

    tapi saya kira beberapa kali ke dentist, tampal gigi. cabut gigi xpernah lagi.

    ReplyDelete
  9. sakit perot gelak besar bc entry ni,
    kahkah sabor je la pempuan neh -_-
    nway, na pon bru last week g cek gg, sbb nk tampal, dia ckp dh kne urat saraf tu gak, so nk bt rawatan, bunyi mcm seram je, suruh cabut je, tp doc lak beria2 ckp gg ni elok lg, sudahnye smpai skrg duk bertahan, tsk -_-

    ReplyDelete
  10. kfc jln besar kt mane eyh?yg dkt benteng tu ke?i da pernah cabut gigi 3 kali kt gv tp yg last wat i tak0t nk cabut lagi sebab gigi i time tu kuat just berlubang then dr g0yang cabut bagai ttb patah 2.so kena belah la nk ambik gigi yg tertinggal.bius xrasa sgt pulak masa tuh.hadooii haru bt0l s0 ni nk try swasta la.u kata ok nk try k0t.kt mana ya klinik tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...