Friday, May 16, 2014

Close to nature : Pulau Tioman

Hi all,

Kind of excited nak publish entry kat Pulau Tioman. Actually aku ke Pulau Tioman bukanlah pergi bercuti walaupun akan ada gambar nampak pergi bercuti lebih dari bekerja (T_T) tapi jangan salah faham. Aku hanya manusia biasa, sambil menyelam minum air. Rasanya setelah hampir 2 tahun menjadi ibu, aku baru sahaja menikmati the so-called "me time", without anak, husband or family. Just being me and myself. Betul-betul single time and enjoy there.

Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk aku buat keputusan tinggalkan Naurah selama 3 hari 2 malam. First time kot. Walaupun sebelum ni BS Naurah dah pernah mintak bawak dia balik kampung or stay overnight kat rumah dia satu malam pun jadilah tapi sebahagian diri aku tak izinkan. Terlalu rindu nak berpisah dengan anak walaupun tak sampai 24 jam.

Aku pun tak sure macam mana aku boleh buat keputusan dalam masa 2 jam untuk ikut serta officemate out station ke Pulau Tioman bagi menggantikan this one officemate yang ada problem tak dapat ikut serta. Kiranya aku ni pengganti orang. Cuma gerak hati aku terdetik, sudah tiba masanya aku perlu ajar Naurah dan diri aku untuk berpisah buat sementara waktu, bagi peluang kat BS untuk bermalam dengan Naurah (BS dah lama mintak nak bermalam sebab ada petua dari orang tua katanya kena bawak anak asuhan bawak tidur malam dalam usaha untuk dapatkan anak sendiri). Then aku just whatsApp husband, minta izin then he reply yes if BS dont mind nak jaga Naurah. So ya, no problem with BS also suami dah bagi izin, maka there i goooooooooo... Pulau Tioman.

Just share pengalaman pergi sana. Tak pandai sangat nak review tapi its kinda a best place to go kalau yang sukakan pantai and aktiviti pantai. Dan, aku rasa Pulau Tioman ni berbaloi pergi selain dari pantai yang cantik, boleh mingle dengan fish skin to skin, then makanan takdelah mahal nau macam orang cakap tu plus ada banyak je chalet bajet like rm80 semalam.


Jumaat.

Jumaat tu kami bertolak dari Gambang dengan kereta bos around 8 am. Singgah makan kat Ubai jalan ke Pekan. Kedai makan kat Ubai ni sangat glamer dengan nasi dagangnya. So siapa-siapa yang lalui jalan Kuantan-Pekan make sure singgah tau. Ada macam-macam jenis makanan, sedap pulak tu. Tepi jalan je. After breakfast terus gerak menuju ke Jeti Tanjung Gemok. Feri dari Tanjung Gemok ke Pulau Tioman adalah pukul 11 pagi. So dari Gambang ke Tanjong Gemuk dalam 2 jam lebih. Actually ada 2 jeti yang nak ke Pulau Tioman. Salah satunya Jeti Tanjung Gemok dan satu lagi Jeti Mersing. Kalau dari Pekan, kita akan melalui Jeti Tanjung Gemok dulu then barulah jeti mersing.

Kenapa kami naik kat Jeti Tanjung Gemok adalah kerana feriya ada banyak pilihan waktu. Menurut kawan aku, feri kat sini ada pukul 11, pukul 2 dan petang pun ada. While kat Jeti mersing ada 2 waktu je kot, one is awal pagi pukul 6.30 pagi then satu lagi 6.30 petang. Betulkan kalau aku silap.

Sampai je kat Jeti around 11am, memang sangt ramai orang. Sebab kami pergi secara rombongan, so kena berkumpul dulu supaya senang untuk agih tiket feri. Mesti korang tertanya-tanyakan out station apalah sampai berseronok di pulau tu kan? hehee Lets make it clear. Actually, program ni kembara this one institusi media dengan tempat kerja aku. So kami bawak student untuk aktiviti kemasyarakatan and this one is salah satu cara mempromosikan intitusi pendidikan yang aku kerja ni kepada masyarakat luar. Dan, untungnya aku joint aktiviti this year pulak, tahun ni kan tahun melawat Malaysia, so aktiviti akan menjelajah ke tempat-tempat pelancongan yang menarik di Pahang. Like last month ke Bukit Fraser. Ikutkan aku kena joint but then BS Naurah ada hal. Tak silap lepas ni akan mendekati masyarakat di sekitar Taman Negara Pahang pulak.

Agak lama jugak tunggu feri tiba. Sebab orang ramai sangat yang naik kat jeti Tanjung Gemok tapi ruang menunggunya selesalah. Ada kerusi, so no hal kan. Lagipun ramai je yang bawak anak-anak siap ada stroller bagai lagi. Tak leceh pun. Around 12pm feri tiba, this time kena alert sikit bila dia orang jerit-jerit feri no. berapa. Sebab ada dalam 2,3 feri sekali sampai. 

Aku bawak bagpack, katanya senang nak bergerak tapi ramai je yang bawak bag roda. Tak adalah susah mana pun. Bila sampai kat feri tu, pekerja feri akan ambik beg letak di bahagian depan feri. Kalau nak bawak masuk dalam feri pun boleh tapi ruangnya sempit, tak ada tempat nak letak bag. Tapi memandangkan aku bawak bagpack, aku bawak je masuk ke dalam feri, boleh letak celah kaki. Kalau beg roda memang tak muatlah nak letak celah kaki.

Perjalanan untuk sampai ke Pulau Tioman agak lama, memakan masa 2 jam atau lebih kot. Actually Pulau Tioman ni besar tau. Dia ada banyak kampung. Sebelum pergi tu aku ada baca-baca blog orang lain tempat best kat pulau ni. Nanti feri akan berhenti di setiap jeti kampung-kampung kat pulau tioman. So kena dengar betul-betul eh kampung ape. sebab jarak antara kampung agak jauh. Kalau silap turun, kena naik teksi air ke tempat yang betul. Yang pastinya teksi air ni berbayar ye tapi tak sure berapa cas dikenakan.

Untuk kali ini, kami pergi ke Kg. Tekek yang merupakan jeti kedua last kat Pulau Tioman. Jeti paling last dan jauh adalah Kg. Salang. Sebenarnya kalau nak pergi bercuti, seeloknya pilihlah menginap di Kg.Salang sebab pantainya cantik sangat. Nanti aku tunjuk gambar. Sebab kami menginap di Kg. Tekek ialah untuk mendekati masyarakat di Pulau Tioman. Kiranya Kg. Tekek tu adalah pusat bandar kepada pulau Tioman dan penduduk ramai di kawasan tersebut, terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah, klinik kesihatan, mesin ATM, lapangan terbang.

Kami tiba di Kg. Tekek around 2pm lebih. Kami disambut dengan alunan kompang JKKK Kg. Tekek. Daripada jeti kami berarak dengan para pelajar seramai 30 orang selama 5 minit je. Sekolah agak dekat dengan Jeti. Sampai je di Kompleks Pendidikan Pulau Tioman, which is yang terletaknya sekolah menengah dan rendah, kami mulakan aktiviti pertama iaitu mengagihkan student kami kepada penduduk kampung dalam program anak angkat. Para pelajar akan stay dengan keluarga angkat mereka selama berkampung di sana. While staff pulak akan menginap di homestay yang berdekatan. 

Selain pengagihan around 4pm, kami terpaksa menaiki kereta yang telah disewa untuk ke homestay. Tips : kalau menginap di Kg. Tekek memang perlu sewa kenderaan sama ada motor atau kereta sebab dari jeti nak ke resort tu agak jauh jugak. Dengan cuaca panas terik memang tak larat nak jalan. Tapi kat Kg. Tekek juga ada satu resort 6 star yang dikatakan cantik dan mewah jugak iaitu Berjaya Beach Resort if tak silap. Bagi sesiapa yang menginap di sana tak perlu risau masalah pengangkutan dari Jeti ke resort sebab dia orang sediakan shuttle bus. Tapi dengar kata nak menginap kat sana mahal oii. hehe So bagi sesiapa yang nak percutian bajet tapi tetap enjoy menikmati keindahan pantai better g to Kg. Salang. Resortnya berhampiran aje dengan jeti then nak cari kedai makanan pun senang je.

Kat Kg. Tekek, kami menginap di RNR Global, homestay yang ada beberapa bilik. Agak selesa di sana. Petang tu kami berehat, solat jap then around 5 pm, kami keluar untuk check lokasi ceramah agama yang akan diadakan pada sebelah malam bersama-sama penduduk kampung.

Inilah tempat kami tinggal. Bilik bawah staf lelaki punya, kami perempuan just tiga orang duk di tingkat atas.




  
 Petang tu pusing-pusing Kg.Tekek.

Malam tu aktiviti solat berjemaah di masjid Kg. Tekek di samping ada jamuan dengan penduduk kampung, then lepas makan-makan terus pergi ke Dataran Kg. Tekek untuk bersama-sama dengar ceramah agama yang sememangnya terkandung dalam jadual program ini. Ceramah habis around 11pm, kami terus balik ke homestay then tidur.


Sabtu

Pada hari kedua ni aktiviti sangat padat sebenarnya. Antara aktiviti yang melibatkan student kami ialah lukisan mural di dinding sekolah, sukaneka rakyat, larian pantai dan pelbagai aktiviti lagi. Memandangkan aktiviti sangat padat sampai ke petang, kami pecahkan staf yang bertugas ikut giliran. So pagi tu dapatlah aku buat aktiviti bebas sedikit iaitu snorkeling.

Haaa, part snorkeling nilah aku excited sangat nak share. Sebenarnya aku ni jenis takut aktiviti air sebab aku tak pandai berenang tapi ada hati pulak tu nak ikut staff lelaki pergi snorkeling. Kami sewa bot dengan seorang brader ni untuk 6 orang dalam RM380 kot. Dia siap bagi setiap sorang life jacket, set snorkeling, cuma kaki itik je tak dapat. Then makanan untuk ikan pulak bos kami belikan. hehe Bot ni bos kami kawtim dengan brader ni petang hari pertama sampai tu. Sebenarnya banyak je bot yang menyediakan khidmat sewa untuk mengelilingi pulau untuk snorkeling trip. Cuma kena pandai pilih harga yang berpatutan jelah.

So, after breakfast nasi lemak sebungkus, roti canai telur sekeping kat depan jeti Kg Tekek, kami tunggu bot sampai.

Lets the pic tell the story.

first place kita orang pergi snorkeling trip adalah kat Genting Bay (Teluk Genting). Teluk ni memang dalam tapi memandangkan pakai jaket, apa ada hal kan? hahaha Berdebar jugak nak turun mula-mula tu tapi macam seronok pulak semua orang turun. Yang penting time aku pergi ni bulan April, langsung tak ada ombak ok. air tenang macam dalam kolam renang. Warna air biru hijau, cantik gila kot. 

tabur roti bagi ikan makan. Ikan cantik-cantik ok, siap boleh sentuh-sentuh lagi.

Nampak tu ikan belang-belang kiri kanan depan belakang aku. Allahuakhbar. Cantiknya. Dalam pada takut, rasa tak nak naik atas bot. Best sangat.

Yang lawaknya, ada sorang officemate aku ni, perempuan la mula-mula taknak ikut tau pergi snorkeling trip sebab tak reti berenang sama macam aku. Tapi aku duk paksa-paksa temankan aku jugak barulah ada gengkan. Tapi bila dah turun dalam air, dia lagi berani dari aku k. 20 minit pertama, tangan aku asyik pegang pada tangga bot. Punyalah pengecut. Member yang takut tu siap berenang-berenang dah tengok coral kat dasar laut. Nangis aku tengok. Kalau nak tengok coral kan, kedua-dua tangan aku pegang tangga bot then aku selam muka kat air, so nampak la dengan bantuan google tu. kikiki Dia orang betul-betul tak puas hati tengok aku pegang tangga. Siap nak tarik aku ke tengah jauh dari bot tapi aku merayu tolong jangan aniaya aku. HAHAHA Aku belum ada kekuatan nak berenang walaupun dah ada life jacket. kahkah Coral sangat cantik. Selama ni tengok dalam tv je kan.

nampak tu ikan belang-belang kat depan aku. Member duk atas bot tabur roti kat sekeliling kita orang. Yang member aku cakap mula-mula taknak ikut tu yang duk tarik pegang tangan aku. tengok dia kemain jauh dari bot tapi aku duk pegang bot. kahkah


Setelah hampir 30 minit kat Genting Bay, destinasi kedua pemandu bot bawak kami ke Malang Rock (Batu Malang). Lokasi antara tempat snorkeling ni jauh jugak. Malang rock ni air dia lagi dalam dan lagi masin dan ikan lagi cantik dan coral lagi cantik hokey. Kat Malang Rock jugak orang yang nak diving akan buat latihan kat sini. Bestnya aku tengok dia orang berlatih. Btw, Malang Rock ni air makin cantik dan jernih sangat. Kuasa tuhan, ada batu besar-besar kat tengah-tengah lautan. Cantik sangat. Pastu ada pulak burung warna putih bertenggek atas batu.


Masa ni aku dah ada confident level dah berenang keliling bot, so dapat la ambik gambar berlatar belakangkan Malang Rock tu. hehe

Bagi yang tak pandai berenang macam iolls ni, jangan risau. Kan ada life jacket. Cuma kuakkan tangan dan kaki ala-ala orang berenang tu dengan sendirinya kita boleh bergerak ke depan, pusing. Tu pun sebab ombak tak ada. Kalau ombak ada aku risau gak di bawanya ke ombak. hehe




Ikan duk lompat-lompat depan muka aku. Risau iolls. hehe

Kemain girang iolls dapat berenang dengan ikan. Terus lupa merindui anak. hehe

Setelah habiskan masa di Malang Rock, kami bergerak ke Pasir Panjang pula. Patai Pasir Panjang ni, subhanallah cantik yang amat. Aku rasa macam tak percaya je dapat jejak kaki ke tempat cantik macam tu. hahaha Over. Masa kat pantai Pasir Panjang, ada a few parents bawak anak kecik mereka macam sebaya Naurah je, comel je pakai life jacket, ada yang tengah bagi susu kat anak. Sedih pulak teringat kat Naurah. One day aku nak bawak Naurah datang main air kat sini. Naurah suka sangat main air. Tambahan pantai ni jernih, cantik, nampak jelas ikan berenang di pesisir pantai.


nice view kan kat pantai Pasir Panjang








Pegang gamat.

Lepas dah puas bermain-main di Pasir Panjang, sepatutnya kena pergi lagi 2 tempat snorkeling tapi masa tu dah tengah hari, takut tak sempat pulak sebab ada event pukul 3 petang, so kami cancel je trip pergi ke 2 tempat lagi. Katanya satu tempat tu boleh snorkeling dengan baby shark.

Sebelum balik ke Kg. Tekek, kami singgah lunch di Kg. Salang. Kampung yang paling ramai pelancong.


Pesisir pantai Kg. Salang. Cantik sangat. Ada resort atas bukit tp tak silap resort tu takde orang duduk, maybe pembinaannya tak lulus piawaian keselamat kot sebab kat lereng-lereng bukit. Pandai je aku. hahaha


Ni kat jeti Kg. Salang. Air cetek pun dah boleh nampak coral.


Lunch kat Restoran Salang Indah rasanya, mengadap laut.


Aku makan Nasi Goreng USA. Harga RM6. Rasa standard je harga, tak mahal pun. Kawan-kawan lain makan nasi goreng ikan masin, tomyam, sedap n murah je.


Saje snap untuk rujukan kot nak datang next time. Ni rate harga sewa bot kat Kg. Salang.


Banyak lagi tempat tak pergi

TIPS : Aku rasa snorkeling trip, round island and boat service yang disediakan kat Kg. Salang ni dia akan campur-campur dengan orang luar tau. I mean dengan pelancong lain. Which is aku rasa macam tak selesa or what, and kena ikut rule dia orang kot, spent time kat tempat tu berapa lama, macam pergi berkumpulankan, so kena la ikut rule kan. So pada pendapat aku, kalau pergi dengan family, aku rasa better sewa je boat persendirian. Aku rasa lagi jimat dari pergi ikut kepala yang perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh kalau nak pergi snorkeling berkumpulan (friend or family), kalo ambik pakej kat Kg. Salang tu, seorang dalam RM70 kot. 

contoh:

RM70 x 6 orang = RM420. (RUJUK JADUAL HARGA KAT ATAS. 3 tempat snorkeling)

Tapi kami sewa boat khas, so total untuk RM380 (untuk bot muat 6 orang) dapat pergi 5 or 6 tempat snorkeling. kena pandai-pandai kawtim dengan drebar boat. Lagipun kalau jenis yang suka bergambar macam aku ni, mesti kita akan bawak kamera bagai. Kalo ada boat khas kita sewa, macam selamat je nk tinggalkan beg dengan drebar tu sebab sah-sah drebar bot tu je yang ada atas bot, while kita tengah syok-syok snorkeling kan. Lepas tu, dalam masa sama macam drebar tu pun sporting je, siap boleh mintak tolong ambik gambar lagi. So kena pandai-pandailah cari boat untuk disewa. Kalau kat Kg. Tekek rasanya banyak je bot sewa persendirian. Kalau kat Kg. Salang macam kena ikut harga satu kepala. So pandai-pandailah cari. Just my 2nd cent.

TIPS : Bagi yang tak ada underwater camera, jangan risau. Kat Kg. Salang ada perkhidmatan sewa underwater camera. RM60 or RM80 tak silap. Masa kat Kg. Tekek, aku dah cari-cari tempat sewa underwater camera tapi bila tanya drebar bot, dia tak tau pun. Bila singgah makan kat Kg. Salang baru perasan ada. So macam rugi je tak sewa. 


Lepas lunch, kami balik ke Kg. Tekek, mandi, solat zohor dan berehat sekejap. Pukul 2.30 turun ke Komplesk Pendidikan untuk sesi motivasi pelajar untuk calon UPSR dan SPM. Kali ni giliran aku pulak bertugas, while yang kerja pagi tu dah boleh santai sikit petang. Cuaca sangat panas, tak ada hujan. 


AHAD

Pagi tu ada aktiviti bersama penduduk Kg. Tekek. Aku jadi juri pertandingan masakan. Ya ampun, sedap-sedap okay orang kampung tu masak. Aku ingat lagi keenakan lauk kampung masa jamuan kat masjid sabtu malam tu. Kali ni jadi juri pun pening nak pilih pemenang.


Tempat pertama : Ikan Patin tempoyak dengan belimbing buluh. Sedap gilossss


Tempat kedua : Sotong goreng telur masin dengan Sos Markisa. Sedap ok. Aku lupa nak tanya macam mana dia masukkan teluar masin dalam sotong tu dan resepi sos markisa. Sedapnya.


Tempat ketiga : Siakap goreng cili padi. Cili padi tu tak terlampau pedas dan rasa sedap. haih, terliur pulak tengok gambar.


Ada 12 hidangan tak silap, semuanya sedap, susah nak pilih pemenang. Lepas kenduri rakyat tengah hari tu, kami bersiap-siap balik ke homestay untuk ambik kemas barang sebab feri pukul 2. Agak terkejar-kejar jugak masa tu, majlis penutup program pukul 1 petang. 


So, tulah kisahnya pengalaman out station paling best setakat ni. Teringat keindahan pantai Pulau Tioman. Better pergi macam waktu aku pergi dalam bulan April dan Mei. Laut tengah tenang je. Naik feri pun takde rasa nak muntah or pening bagai. Aku pernah baca review dari blog lain, ada tu siap muntah dan pening-pening lagi. Maybe ada yang pergi awal tahun sewaktu laut tengah bergelora after musim tengkujuh. Macam officemate pergi untuk dapatkan tinjaun tak silap hujung bulan Feb atau awal Mac, siap muntah bagai, ombak kuat katanya. 




Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. omaigod hanaaa kau sama mcm aku tak reti berenang. tapiiii kire kau berani nk turun pegang bot. hahaha. dlu aku kt krabi br turun kt tangga bot dh naik balik. rugi je tgk kr swim sorg2 hahaha.tapiiii entry kau ni buat aku rasa nk try balik snorkel.gigil2 excited ha smbil baca entry kau. excited. heheheheh

    ReplyDelete
  2. lama da tak tgk laut cantik camni...

    ReplyDelete
  3. wah. Hee nampak sungguh meriah pulau tioman itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...