Thursday, May 22, 2014

Budak-budak

Balik kerja semalam BS cerita Naurah kena gigit kat anak sepupu dia. Budak tu lelaki. Umur dalam 2 tahun lebih. Besar sikit daripada Naurah je. Kata BS Naurah ambik mainan kereta budak lelaki tu, lepas budak lelaki tu gigit dia, for sure la Naurah akan nangis. Tambah-tambah sekarangkan musim manja sangat-sangat. And sakit pun ye kan. Masa kejadian tu, BS dengan borak dengan cousin dia. Sebaik dengar je Naurah nangis, tengok kepala budak tu kat bahu Naurah, mak budak tu terus marah anak dia and kena cepuk sekali. Mesti la budak tu melalakkan. Naurah terus stop nangis bila budak tu melalak dengan kuat tiba-tiba. Mesti dia terkejut. haha 

Naurah memang macam tu, nangisnya kejap je, tambah-tambah kalau dilayan tanya sakit mana, ambik minyak sapu. Lepas tu BS cakap elok pulak mainanya lepas masing-masing nangis. Hahaa Budak-budak memang macam tu kan, kelakar je. 

So, aku tak ambik port sangatlah. Just dengar cerita je. Ikutkan Naurah pun boleh tahan suka buli rakan-rakan sebaya dia ni. Tambah-tambah kawan dia, nama Piya tu. Kalau Piya datang rumah, main mainan dia, ya Allah punyalah dia susah taknak share mainan tu. Biasa budak tu akan berkeras nak main jugak mainan dia, mula-mula mereka akan tarik-tarik mainan tu, kalau episod tarik menarik lama sangat, sama ada Naurah atau kawan dia tu akan naik tangan dulu pi ketuk kepala atau pi gigit tangan. As parent, kena leraikan mereka dan pesan main sama-sama. Budak-budak kan? Aku just tinggikan suara jelah, takde lagi sampai naik tangan. Harap dia faham.

Tapi malam tadi, masa dia menyusu nak tidur, tangan kiri pegang botol susu, tangan kanan pegang bahu. Maknya layan tengok cerita Korea. Sambil-sambil tu bobok la bontot dia.

Tiba-tiba
"amik, minyak" - Naurah. Sebutan minyak tu sangatlah jelas sebab malam-malam benda wajib buat sapu minyak kat perut. Satu lagi "madu dan ubat" pun benda wajib sebut malam-malam. Sebelum tidur, makan madu dulu. Lepas mandi sapu ubat (actually krim) kat kaki sebab kaki kering.

"hah, nak buat ape minyak?" - ibu

"apu ini, akit. amik minyak" - Naurah. (sapu sini, sakit.) Sambil pegang bahu

"sakit ke? meh ibu tengok" - ibu. selak lengan baju, tengok ada 2 kesan gigit, biru lebam. Kat lengan satu, kat bahu satu.

Then aku ambik minyak, sapu tempat lebam tu. Sedih pulak. Biasalah mak-mak kalau anak sakitkan, plus kena buat dek orang lain. Kalau dia jatuh sendiri tu lain cerita. Tapi malas la nak WhatsApp BS bagai malam-malam. Just bagitau ayah dia je. Tapi memang silap besarlah mengadu kat ayah dia kalau melibatkan hal anak ni. Siap suruh bagitau BS lagi lain kali kalau anak sepupu dia datang, jangan bagi Naurah main bla bla bla. T_T Ayahnyaaaaaa biasalaaaaa. Ibu malas ambik port sangat. hehe

Perihal budak-budak ni kan, bila difikir balik, benda ni antara punca aku  berat hati nak masukkan Naurah ke taska tahun depan. Bukan sebab BS dah taknak jaga tapi opis akan pindah ke Pekan. Memang sangat jauh dari rumah then jarak antara rumah aku ke rumah BS tu pun jauh, kena u-turn bagai. Agaknya kalau nak hantar kat BS, pukul 6.40 ke macam tu kena keluar dari rumah dah. Mean kena bangun awal ye. Sekarang kalau bangun pukul 6.30 pun sempat lagi nak pergi kerja kul 7.30.

Aku bukan berat hati kenapa, sama ada budak buli Naurah atau Naurah yang buli budak. Risau je aku. Rasanya umur 2 tahun lebih pun sangat budak-budak lagi, kalau marah beriya pun bukan dia fahamkan. Kalau budak buli dia gigit-gigit yang tak memudaratkan biasalahkan budak-budak, jangan sampai dia asyik nangis taknak g school tu yang tak best. Lagi satu, jangan pulak dia yang buli budak, aku takut cikgu cepuk dia nanti. hahaha Tak pun nanti dia takde kawan. haih, macam-macam aku fikir ni. Risau je aku ni fikirkan keadaan ini. Normal kot kan mak-mak fikir macam tu.

Entahlah, tengoklah nanti macam mana. Ikut plan asal nak hantar dia masuk school umur 4 tahun. Tapi keadaan bakal berubah next year. Will see. Harap temui jalan terbaik.

Pagi ni, Naurah bangun pukul 6 pagi sebab dia poo poo. So bukak baju, bukak seluar, tengok kesan gigit kat tangan dah merah. Bila aku tanya kena tangan tu, dia jawab kakak buat. hahaha Satu lagi Naurah ni, walaupun abang ke kakak ke, semuanya dia bahan kakak.

"Bukan kakak, abang. abang buat eh?" - ibu

"abang uat. akit" - naurah

"Ye ke sakit? ye keeeeee" - ibu. This question "ye kee" with intonasi yang soft je boleh tau sama ada dia saje-saje cakap sakit atau betul-betul sakit. 

"hehehehe" - naurah. Seee, dia gelak. So ibu tau lah dia saje je, bukan sakit betul. Bukan macam malam tadi bila ibu tanya "ye keeeee" sikit pun dia tak gelak. muka dia serius, mean betul-betul sakit. 

"Kenapa abang gigit" - ibu

"Abang gigit" - Naurah

"Naurah ambik kereta abang eh?" - ibu

"amik ete (kereta)" - naurah

"Ibu cakap ape? Kalau nak ambik mainan kawan, kena mintak kan. Naurah kena cakap nak pinjam, boleh?" - ibu

"nak injam, oleh?" - naurah

"Ha ah, cakap nak pinjam, boleh? Main sama-sama ye abang" - ibu

"main ame-ame,abang" - Naurah

"Pandai. Cakap macam tu eh" - ibu

"eyak, ucuk" - Naurah. (berak, busuk.) sambil tutup hidung


HAHAHAHA

Ibu lupa nak basuh berak dia. Sibuk ambik gambar kesan gigit tu.


Here few photo taken this morning.

Kat lengan.

Kat bahu.




Budak-budak kan? Cute but "dangerous". HAHA




Till then.







THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. anak kita kalau kena camtu mmg tak best rasanya... tapi nak mara2 pun semua budak2... kita tegur je la baik2...

    ReplyDelete
  2. Siannya naurah. Memang sedih bila tgk badan anak ada macam2 kesan. Tapi tu lah...bila dah hantar nursery ni kena tawakal jer. Tak blh nak salahkan cikgu 100% sbb ramai budak yg dorang kena jaga.

    ReplyDelete
  3. alahai budak2 ni...mmg xleh lari dari bergaduh tu...ada je karenah diorg..hehe

    ReplyDelete
  4. biasela budak2..huhu..sllnye if ade kesan lebam ke apa kdg i xsdr pn. i ni sll lupa nk cek tiap kali amik dr nursery. sll husband i yg prasan.dia lg emo dr i.huhu. i xreti la nk sound marah ke apa. tkt kang slh ckp kang mana tau cikgu trase lg dia buat tah ape2 kt anak kite mana i tau kan.
    hannah ni pulak if jatuh ke luka ke apa dia xbgtau cikgu unless truk sakit benar. so cikgu xpasan kdg2.
    so far cikgu2 bgtau n mintak maaf if hannah jatuh ke rebut mainan ke dgn kwn2. tp i anggap mcm biasela bdk2.. unless truk benar tu mmg i mrh la kot heeee..

    ReplyDelete
  5. pandai naurah ckp banyak dah.. bella belum pandai lagi ckp bnyk rakam la vid naurah letak kat ig teringin nak dengar suara comel dia... if tak silap umur brp bulan dia dah start ckp kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...