Thursday, May 29, 2014

awkward moment

28 Mei 2014, naurah genap 1 tahun 10 bulan. Aku ada upload kat IG gambar masa bawak dia jalan-jalan kat Zoo weekend baru ni dengan caption:


Reach 1 year 10mo today. 1 month to go will turns to 2y. How time flies so fast. Still health and cute baby!

Tapi bila intan tanya sebulan ke 2 bulan lagi? Krikkkk krikkkkk

Kalau birthday Naurah nanti jatuh pada 28 Julai 2014, mean ada lagi 2 bulan eh? Sebab aku hanya kira bulan Jun, tak kira julai, tu confident aku cakap lagi sebulan je. T_T Maafkan saya. Saya memang ada sindrom matematik sejak bangku sekolah lagi. tsk.

Satu lagi nak cakap Stay health and cute baby. Tapi macam mana ter"eja still. Jauh bezanya. Maafkan saya. T_T


Memasuki usia lagi sedikit ke 2 tahun ni, makin hari makin "cerdik". Bukan sahaja perlakuan, tapi petahnya berkata-kata. Orang cakap time ni best nak layan borak. Kalau aku tanya soalan panjang sikit, mesti dia buat muka blur nak menjawab. Last-last dia ada 2 pilihan nak jawab. Sama ada angguk atau geleng kepala. Aku pulak ketawakan dia. Geli hati sangat rasanya dapat kenakan anak sendiri. Sudahnya dia ikut aku ketawa. Agaknya dia pun lucu tengok maknya gelak sakan. Macam tulah tiap hari rutin aku.

Sebelum cerita jauh, sedikit dulu gambar Nur Naurah Rayyani.















Baru-baru ni, Naurah sudah tambah kosa kata baru dalam kamus bahasa dia. 1st time aku dengar ni. Lebih indah, her new word ni aku dengan husband dapat dengar sama-sama. Kami betul-betul tercenggang bercampur gembira. 

Kisahnya...


Till now aku rasa hidung aku kembang kuncup je kalau ingat detik dalam kereta masa nak pergi dinner birthday aku. Feeling proud pun ada as her mum. Im feeling blessed ok.

Masa keluar nak pergi dinner, kita orang sengaja keluar pukul 7 macam tu supaya cepat sampai kat restoran, takut ramai orang. So memang plan solat kat masjid. So dalam 7.15 macam tu masa bunyi azan, kami masih dalam kereta, bajet nak stop kat masjid kat bandar, suddenly:

bunyi azan mendayuuu

"hah, bang! (azan)" - naurah, sambil buat muka terkejut.

"ape naurah? abang?" - ayah tengah drive

"smayang,ayah (sembahyang, ayah)" - Naurah

krikk krikkk krikkk

What?  

bang tu azan. Maklum BS orang Kelantan. 


Kami macam terlopong. Aku nak nangis rasa bila anak cakap macam tu. I feel like.......... Anak ibuuuuuuuuuuuu, hug and kiss her.

Terus ayah dia berhenti kat masjid permatang badak. kahkah terkesan di hati bila anak dah pandai suruh sembahyang bagai. Patutnya nak solat kat masjid bandar, macam jauh lagi nak sampai, terus syahdu semacam.

 Lepas pada tu, nampak je bumbung masjid bercahaya pada waktu malam, dia terus cakap "masjid, aji (mengaji)" sambil tangan tunjuk-tunjuk ke arah masjid.


Aku syak sebab dia selalu ikut BS pergi mengaji kat masjid.  Kalau naik kereta tu, lintasi je masjid tempat BS dia mengaji mesti dia akan cakap, "masjid, acik aji. (acik mengaji)"


Terima kasih BS, ajar Naurah perkara elok-elok. T_T Maknya jahil. Biasa kat rumah nak dengar azan susah sikit, sebab kalo ingat baru aku bukak Indahnya Iman (Astro Oasis) waktu maghrib tu, kalau tak aku letak channel Baby TV (bukan ape, senang aku nak pergi mandi kejap while dia tengok tv). Kat rumah BS memang hari-hari dia dengar azan zohor atau asar, BS suka pasang radio IKIM. Terima kasih la atas jasa beliau. T_T

Terharu lagi ni. Sebab tu sejak dari petang semalam, ibu bukak Astro Oasis je. Nak pulak, sepanjang masa ada alunan ayat-ayat Al-quran. Kemain dia suka, siap tadah tangan bagai. Dengan Aamina sekali, dia tolong tadahkan tangan. T_T Maafkan ibu sebab asyik layan Cheongdam-Dong Alice (walaupun cite tu pernah main, ulangan je pun). Khilafnya ibu. T_T


Sebak ni. 


Rasa nak nangis.



Rasanya minggu ni minggu beremosi je.




Nak period ke?





Kby!





THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. 28 july juga birthday luth.
    skrg luth sudah 10 buln.

    ReplyDelete
  2. hehehe..kalau aniys sebut aauhubak.. sbb dia selalu dgor org kt umah ckp..nanti...wan smyng..nanti ayah smyg..dia sebut..ayahhh angunnn smyg...

    ReplyDelete
  3. mmg hana... klu anak pandai kita parent happy sangat. lg2 bab agama.
    hafidh klu dia buat perangai cerdik dia, lin dengan D tersipu sipu senyum... dalam hati bunga2....

    ReplyDelete
  4. Pandainya naurah. Yg tukang baca ni pon rasa touching. Petah dah bercakap yer hana.

    ReplyDelete
  5. good girl, bijak n pretty...

    happy 1 year and 10 months naurah.

    ReplyDelete
  6. same case here huhuhu. cuma hannah sebut "mak(mosque) awohbal(allhuakbar)". hehe. lps tu kene shhhhh.n suh angkt tgn doa if dgr kt radio azan. hrp2 smpi besar.pttla ustaz i sll kata dlu,ms kcik suci,dh bsar makin lalai.huhu.hrp2 berterusan la diorg ni ye.
    happy 22months Naurah :)

    ReplyDelete
  7. You're a good mother...I believe so.

    ReplyDelete
  8. aiyoooo....anak dara sangat dah gaya nye!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...