Tuesday, May 20, 2014

2 months to go

Semalam bawak Naurah check up untuk 1year 9 months. Lagi 2 bulan she will turn to 2 years old. Cepatnya masa berlalu. Perasaan aku? entah, biasa je kot. haha Cuma rasa seronok tu bila dah ada geng sembang kat rumah, suruh apa-apa pun faham.

"naurah tolong ambikkan ibu remote astro" - ibu-berat-bontot

"nah, memot ato (remote astro)" - anak-yang-rajin (^_^)

"naurah, tolong ambik telefon ibu kejap" - ibu-berat-bontot

"nah, apon (telefon)" - anak-yang-rajin

"naurah, ibu nak satu cekodok tu (sambil tunjuk atas meja makan, while maknya duk atas sofa)" -ibu-berat-bontot

"nah, dodok (cekodok)" - anak-yang-rajin


Alhamdulillah. Peneman ibu kat rumah.

Semalam pergi check up kat KK, alhamdulillah tukar tempat baru ni servisnya laju, nurse baik-baik, tak ramai orang. Aku kan check up Naurah kat klinik kerajaan so ikut jadual check up, walaupun tak ambik suntikan imunisasi tetap kena datang check up untuk lihat tumbesarannya.

Makin tinggi, cuma berat turun, dari 13kg masa umur (err lupa last check up haritu umur berapa) kepada 11.5kg. Sebabnya this 2 weeks naurah is having diarrhea. 1st week kena tu, siap muntah pukul 3 pagi. Aku rasa macam dia silap makan kot. Then berlarutan sampailah semalam. Risau je takut kena rotavirus ke ape sebab baca blog Pet share anaknya Hamza kena rotavirus tu. Tapi rasanya Naurah tak demam dan muntah pun 2 kali je. So aku steril semua botol susu, tukar susu, basuh bekas susu, end up still cirit birit. Nak kata cacing, ubat cacing dah bagi last few months ago. Then selera makan pun berkurang, kena paksa-paksa makan barulah makan 2,3 suap. Tapi susu acap kali mintak. 

Aku guna pampers murah je jenama Hey Baby, RM24 untuk 58 keping (sebab Naurah takde masalah alergik pampers, so boleh jimat di situ *angkat kening*), biasanya boleh tahan 1 minggu lebih tapi since dia cirit ni, seminggu kena sedia 2 pek. Nasib baik pampers murahkan. hehe

So, semalam jumpa doc, dia cakap maybe dia ada masukkan something kotor dalam mulut. Biasalah budak-budak suka kutipkan. Cuma nasib baik dia tak demam dan muntah tak berlarutan, mata tak cengkung dan aktif. Then doc kasi antibiotik untuk bunuh kuman yang sebab dia cirit dan air garam. Naurah susah sangat makan ubat, aku kena balut badan dia dengan kain tuala then pegang muka dia. Kesian tapi terpaksa. Nak psiko hampir setengah jam memujuk siap tawarkan lepas makan ubat boleh naik kereta (her fav now) tapi boo layan. So, i have no choice, anak!

Enough with that. 

Lama kot tak share peel Naurah yang semakin membesar ni. As i said earlier, dia dah cukup faham setiap arahan (yang simple-simple), dah faham orang marah. Dan, lately dia sangat-sangat menjadi seorang toddler yang "attention seekers". Like, 

1. Nak kena hadap dia main (padahal before this dia boleh main sorang-sorang while ibu sidai baju or masak. Kalau hadap dia main pun bukan dia nak main sama-sama dengan ibu. Ada ke dia duk borak-borak dengan Aamina so ibu kena perhatikan je)


2. Nak makan kena suap. (Rasanya sebelum ni aku ada share kot yang Naurah langsung taknak aku suap dia, sampaikan aku rasa sedih gila-gila. Like tidak diperlukan lagi. Hampir berminggu-minggu kot dia nak makan sendiri. Now, fasa nak makan sendiri dah habis. Tuhan dah makbulkan doa aku nampaknya. Dia mintak disuap seperti sebelum ini. Cuma cabaran sekarang, perlu disuap EXTRA layanan. Kalau nak buang something dalam mulut, ibu kena ambik kat lidah dia ok. Kalau mulut comot sikit, ada sebijik nasi, "oouch, oouch, acikkkk, ambik buu". Dah macam tak boleh nak buang sendiri. Siap pandai bagi arahan kat ibu, lap mulut. Sabor jelah T_T)


3. Kerap merenggek dari mengadu. (aku rasa benda ni aku kerap kot share kt IG, like dia jatuh then ada luka sikit pun tak nangis kan. Dia just approach aku then tunjuk ada luka kat mana, so aku kena tiup-tiup sikit, sapu ubat, settle. Now asal bebear, nama bear dia jatuh atas kaki sikit pun nak melalak ok. Like what? bear tu ringan kot. Plus sikit pun takde luka. Ya ampun. Kalau dia nak bukak seluar, tapi sangkut kat kaki, melalak macam sakit ok. Padahal sebelum ni pandai je duk tarik-tarik seluar dan bukak baju sendiri. So how??)


4. Nak tidur kena dilayan bak puteri sangat. (ni tak boleh blah. sebelum ni kalau bagi susu sebotol tu, dia akan minum sampai tertidur sendiri. Now, nak kena bobok bontot selama setengah jam, sebelah tangan lagi usap dahi slow-slow, kalau kuat-kuat sakit katanya T_T. Kalau ada tempat gatal, biasa kat lengan atau perut, kena garu-garu sampailah dia terlelap. Non-stop ok. Agak-agak kalau dia tido-tido ayam tu aku stop garu-garu, sure dia akan bukak mata pastu nangis-nangis. Geram je rasa. Pernah hampir sejam aku duduk hadap dia sambil duk usap-suap lengan dia. T_T)


5. mum was around so i can do anything i like. (Selalu macam ni kalau outing dengan BS. BS pun pelik sebab kalau dia orang keluar sama-sama, naurah sangat dengar kata BS. Contoh every Tuesday and Thursday BS akan pergi mengaji kat masjid, so Naurah very behave sampai makcik-makcik lain pujilah senang jaga budak macam ni. Tak macam budak-budak lain berlari-lari dalam masjid. Dia just sit sebelah BS then kalau tengah hari tak tidur, bila BS pergi mengaji around 2pm, BS siap-siap bawak bantal, susu, dia akan take nap dalam masjid. Kat klinik pun sama bila ikut BS check up monthly, dia akan duduk atas kerusi dengan BS, kalau nak berjalan tegur budak lain pun, yang berada berhampiran dengan dia je tegur, tak de jalan merata. Itu kalau dengan BS. Like semalam pergi KK, dah maknya ada, subhanallah, dibuatnya klinik macam bapak dia punya. Berlari macam kat playground. Budak lain tengok je dia lari-lari. Nak joint kang mak marah agaknya. Semua budak or baby dalam klinik tu dia pi sapa. Aku tarik tangan, dia pi rebahkan badan atas simen. Sikit lagi aku nak cubit peha dia. BS pun terkejut. Lain macam perangai kalau aku ada. Kerja aku ni duk joging dalam klinik je semalam. No wonder baju kurung loose sedikit hari ni T_T. Bila BS tinggikan suara sikit, suruh duduk terus melalak ok. Tak sempat nak mencebik,terus melalak. Tapi melalak kejap je, lari balik. Sebab tulah aku tak boleh keluar berdua dengan dia. Tak terkejar ok.)


6. Pantang tinggikan suara terus melalak (Yang ni sangat mengundang kesabaran aku. Ofcourse some part yang dia buat salah, aku tegur tapi dalam intonasi tegas supaya dia faham dan takut sikit kan. Tapi belum habis ayat, dah mencebik menangis ok. Dah kenapa, sakit ke? ke dia rasa bersalah sebab buat aku marah. Aku betul-betul konfius. Kalau dulu susah gila kot nak tengok dia nangis. marah macam mana pun dia boo layan ok.)



Tu yang aku ingat buat masa sekarang. 

Pendek kata at this stage, parenting skill yang perlu aku belajar ialah SABAR. Aku rasa bukan aku sorang kot hadapi cabaran ni. Cuma bila hilang kesabaran tu (biasa, end up aku lepek peha dia sikit, tak pun buat-buat nak cubit peha dia, haruslah dia terus melalak) itu membuatkan  hati aku rasa sedih sangat. Patutnya bila ibu marah, ayah kena pujukkan, vice versa. Tapi benda ni aku kena lalui sorang-sorang. Takde sape nak tolong pujuk dia nangis or layan tantrum dia tu. Sebak pulak rasanya.

Bila discuss dengan hubster, so kena buat macam ni:


 "Naurah dah buat ibu marah tadi. Sebab tu ibu pukul. Lain kali jangan buat macam ni lagi eh." - ibu

".... "  - Naurah, sambil nangis.

"minta maaf dengan ibu." - ibu

"sorry" - sambil salam, kiss tangan, mulut, pipi and hug ibu.

"Dah, jangan nangis lagi." - ibu

Then lap air mata.

So, till now, dia dah faham, kalau dia buat salah then aku mematungkan diri sambil mata tak berkelip pandang dia, dia dah tau dia buat perkara yang salah dan harus say sorry kat ibu. Kalau mood dia baik, dia dengan sendiri akan datang say sorry, hug aku. Kalau aku rasa macam penat nak mematungkan diri (HAHAHA) aku akan cakap "ibu tengah marah ni", so dia datang dekat aku say sorry and hug. 

Tapi ada waktu-waktu yang dia boo layan aku tengah marah, aku kena capai telefon then called her dad mengadu geram kat Naurah, nanti buat loud speaker, ayah dia akan cakap kat Naurah dont do that, dont do this kat ibu. heee Entah faham ke tidak la budak tu tapi atleast Naurah akan reply ok, angguk-angguk kepala. Terhibur hati ibu tengah marah. Father daughter relationship sangat berkesan rasanya. After finish phone conversation Naurah back to normal (i mean behave for a while. HAHAHA)

"ibu, nak g mandi kejap, main dengan aamina eh." - ibu

Dia ikut ibu selangkah. 

"ayah cakap ape tadi? kalau ibu nak buat kerja, naurah kena main dengan aamina kan, jangan nangis-nangis kan?" - ibu

Angguk-angguh kepala. Pusing semula capai aamina sambil tekan-tekan button aamina then sing along.

HAHAHA  



Thats my girl.






yesterday.




Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. Good girl naurah.. goood!

    Mommy : kael, tlg amik beg awak tu.
    Kael : nanak!

    Pfftttt -,-

    brg kali itu bezanya anak lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  2. Naurah n Aisya sebaya... milestone pun almost sama.

    semoga membesar jadi anak yang baik ye Naurah...

    ReplyDelete
  3. Budak bijak. Nak masuk 2 tahun dah yerp.

    Yg no 5 tu. Selalunya memang mcm tu. Nak perhatian lebih dan nak manja2 ngan ibu ☺

    ReplyDelete
  4. gaya naurah sgt anak dara dah.. be a good girl ye naurah.. padahal dlm ati tgh sedih sbb aniys dh nak 2 thn... kene update blog la gini..heheeh

    ReplyDelete
  5. she's so cute...alhamdulillah, growing very fast.

    sriously sis, terasa cepat sgt masa berlalu, dulu baca blog sis time mengandung... skrg anak dah berlari.

    ReplyDelete
  6. pandai naurah.. haih.. i am not alone..Hannah pn sama je.. cma part tantrum if xdpt hp tu i tgh usahakan.hukhuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...