Thursday, April 3, 2014

Wean off

Assalamualaikum and Hi!


1st of all nak cakap, panas gila kat office. Menitik-nitik peluh kat dalam kain ni haa. Sungguh tak ayu dah rasa. Aircond rosak. Katanya dah buat aduan semalam tapi lambat gila orang datang baiki. Aku tengok officemate lain relaks je buat kerja. Aku sorangkah yang rasa panas. Maybe lemak aku terlebih tebal kot. Sigh!



Back to the story. 

Lama dah tak BF Naurah. Lupa bila dia fully guna formula milk. Cuba nak ingat balik.....maybe sejak dia tumbuh gigi atas and bawah kot. Sekarang umur dia setahun 8 bulan. 

Sebelum wean off tu, Naurah consume Enfagrow kat rumah BS, while at night baru dia BF. But since dia tumbuh gigi (maybe dia gatal gusi / maybe dia buat perangai) dia kerap tergigit bila BF sampai aku jadi fobia pun ye. Sakit gila kot tergigit time BF.  Kerap jugaklah aku terpekik kalau dia tergigit. Sampaikan dia pun terkejut sama. Sorry Naurah. 

Rasanya (cuba nak ingat) start dia tak nak BF jugak bila satu malam tu, aku BF dia sambil baring depan tv (tengok drama korea lettew! T_T), Naurah mengiring sebelah kanan sambil BF. Posisi mengiring agak lama sampai dia bosan kot, then dia cuba nak mengiring sebelah kiri, but then dia terlupa yang dia tengah BF, so time dia nak tukar posisi tu dia gigit "i punya"... OMG!!!! Sampai berdarah ok (ok, darah sikit je tapi sakit gila!). Ko bayangkan dia sentap beberapa saat tu dengan laju. Dia ingat, dia tengah hisap botol ke apa, boleh dia golek-golek kiri kanan.

Bila aku menjerit, serta merta dia bukak mulut and aku bangkit sambil gosok-gosok *tett* diiringi air mata. Muka Naurah masa tu blur gila. So start malam tu, dia nak tidur, aku bagi susu botol. Tengok dia minum susu botol pun kemain suka je sebab dapat pusing kiri dan kanan dengan bebas. 

Walaupun sakit, tak adalah tahap aku serik nak BF malam berikutnya. Sebelah lagi masih elok. The sad is, malam tu Naurah tolak badan aku bila nak BF dia. Siapa yang fobia sebenarnya? Dia fobia dengar aku menjerit, KAH? T_T

Puas pujuk malam tu untuk BF sampai dia mengamuk nak tidur. So ibu mengalah, terpaksa bagi botol. Maka bermula dari situ kot, Naurah wean off dengan sendirinya.

Sedih. *sobs*

Maka, persoalan sampai hari ini setelah berbulan-bulan Naurah tak BF, susu aku masih lagi banyak dan pekat dan tidak pula rasa masam macam basi bila aku pam. Yelah, aku ingat kalau susu terbiar lama tak dikeluarkan ia akan jadi masam, basi or beku kat dalam tu kan. Tapi susu badan aku tak macam tu pulak. Tu aku musykil.

Lagi musykil ialah bila susu nak stop eh? Bukan tak bersyukur dengan rezeki Allah bagi ni tapi since Naurah dah tak BF (pernah aku try pam dan bagi EBM kat dia, dia tetap baling botol tu. Maybe lain benar rasa dengan susu formula), kadang-kadang rasa breast macam berdenyut-denyut je especially lepas makan banyak. Kadang-kadang breast jadi bengkak sikit pun ada. Risau pulak.

Since "ia" sudah tidak diperlukan oleh bayi kat rumah tu, maka bolehlah "ia" berkhidmat untuk bayi godang pulak kan (KAHKAH ter"18SX" pulak!). Bila ada susu lagi, kesian kat bayi godang ni. Wakaka Sampaikan bayi godang cuba takutkan aku, katanya kalau susu membeku dan dibiarkan boleh menyebabkan breast cancer. Serius cuak!

So, persoalan kedua after kenapa susu masih tak kering walaupun tak BF berbulan-bulan lamanya ialah MACAM MANA NAK KERINGKAN SUSU?

Aku tanya mak aku, dia pun tak tau. Katanya susu akan kering sendiri kalau dah sebulan dua anak tak BF. But in my case, susu cukup meriah. (Alhamdulillah) Kalau nak continue anak kedua dalam masa terdekat ni, takdelah aku fikir sangat nak keringkan susu tapi rasanya for 2nd baby macam lambat lagi, so aku risau dengan keadaan sekarang, tambah-tambah dikaitkan dengan breast cancer, what so ever kan.

So, aku google. Terjumpa kat forum Perkahwinan.com.my. Adalah beberapa petua dia bagi kat situ.

One of the way is ambik daun cili, tumbuk dan tepek kat breast. Ulang dalam 2,3 hari, Insya Allah susu akan kering. Err, macam ngeri pun ada ni. Daun cili tu tak panas ke. Kang menggelupur aku nanti.

Then satu cara lagi ialah, JUMPA DOCTOR. aku ras this is the best way. Tapikan, ni kena jumpa doktor macam mana ye. Aku rasa klinik panel aku kebanyakan medical doctor. Dia orang tau ke pasal lactation ni. Tapi yang best, kat forum tu ada mention which pil yang ok dan tidak. Aku just copy paste kat sini.


Masalah yang berlaku jika tidak menyusukan bayi

Ibu yang tidak menyusukan bayi mungkin menghadapi masalah kerana buah dada akan membengkak kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit dan ketidak-selesaan pada ibu tersebut.

Oleh itu, ibu yang tidak menyusukan bayi perlu mengeluarkan susu menggunakan alat pengepam susu yang banyak didapati di farmasi dan kedai-kedai bayi. Bagaimanapun ini mungkin menyebabkan komplikasi lain atau acute mastitis. Ketulan merah mungkin berlaku pada buah dada. Kawasan ini mudah dijangkiti oleh kuman.

Pemberhentian susu boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. Antara ubat yang popular ialah ubat yang mengandungi bromocriptine (boleh didapati hanya di klinik atau farmasi). Bagaimanapun, penggunaan bromocriptine (seperti Parlodel dsb) untuk tujuan ini tidak lagi digalakkan. Sebaliknya ubat yang mengandungi metergoline seperti Liserdol lebih disyorkan. Ubatan ini boleh didapati di klinik atau farmasi sahaja.




Err, kalo makan pil untuk stop susu, kelak ada effect tak rasanya? Risaulah jugak, kot kesannya sampai dapat anak 2nd nanti, terus susu tak meriah macam sekarang.


Ini dia, budak yang taknak BF tu. Tapi tetap membesar dengan jayanya. kofkof





Till then.

In worried.






THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. hehe... susu memang takkan basi dalam badan kita. kena breast cancer pun tak mungkin...sebab dia tetap cair dalam badan, takkan berketul.

    lama-lama nanti dia akan kering jugak.i dulu pun mcm tu, dalam 2 bulan gitu trus takde dah sbab kalau u amik pil ke apa takut nanti effect production susu u... untuk next baby.cuma cara yang natural...

    ReplyDelete
  2. Auucchhhh...dapat ku rasakan kesakitan itu. Qhalif klo BF pon kekadang sesuka hati dua jer nak tarik tau.

    Masih byk lagi susu yer. Slalunya klo dah lama tak BF memang akan kering sendiri. Cari anak susuan lah...hehe...

    ReplyDelete
  3. ERRKKK. aku tatau pulak if susu dlm bdn lama bole jd masam. haha.
    tp yg if x ada org hisap(express) tu bole jd cancer ha yg tu aku pn xtau. betul eh? aku xde experience nk ckp sbb errr ms Hannah dh xnk bf, aku jd EP mom pn skjp je lps tu terus kering and susu bdn aku ttbe je trus xde smpi skrg -_-
    aku rs kes aku pelik haha.

    baby besar? eeeeeeeeekkkk 18sx hahaha

    ReplyDelete
  4. susu basi?? kahkahhh..
    still pam kah? still kua la,
    jgn risau la, lama2 nanti dia akan mengurang2 sedar2 dh xde..
    iols lg trauma ok nyusu ke anak bujang yg super ganaz ritu smpai dia 2y, dh mcm chewgum nipple maknye kne kunyah, mkn, geget, cincang??? huhuhu

    ReplyDelete
  5. bayi godang tu tergelak i baca haha..takutnya bila anak i dah gigi nanti camne..:|

    ReplyDelete
  6. hana....murah rezeki awka dan naurah. erna pulak sebak sebak membaca ni. setiap orang rezeki beza beza kan?

    pendapat erna, direct jumpa doktor la kalau betul nak stop. sebabnya bila erna baca kes awak ni..macam tak kering-kering je. rezeki betul...

    ReplyDelete
  7. Macam saya letak kobis sejuk dlm bra, pam pon kurangkan. Mcm dulu pam 30 mins ke, kurang kan padal 15 - 20 mins je.

    Lama2 tu kering. Tak lama la kering, dalam 2 3 minggu.

    ReplyDelete
  8. Oh Hana.. I pulak rasa jeles sebab Naurah stop bf dengan sendirinya. I ni struggle gila nak wean-off kan Hana i tu. Bagi botol dicampaknyer. Pastu menangis2 meraung dekat sejam pun camtu gak. Bab menggigit tu, ouchhh. Sakit nak mam*** kan. Tapi i jerit pun Hana sibuk nak nenen balik. Sabo yolah. Maybe sebab Naurah duduk dengan BS so senang sikit ye tak. I tak kerja so memang dia ngadap i hari2. Dah tak tahu mcm mana nak buat dah ;(((

    ReplyDelete
  9. anak kwn sy lagi la kak, langsung taknak minum susu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...