Thursday, February 27, 2014

Little writing about holiday

Jujurnya, banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia yang belum aku lawati. Langkawi, Cameron Highland pun tak pernah. Pitty me, right? hahaha This is not about money. Ala langkawi and cameron je kot, bukan habis 5k-10k pun kan. Cumanya, tak ada kesempatan dan keinginan lagi.

Asal ada cuti panjang sikit (in 2014) like Chinese New Year (in February),  Labour Day till Hol Day of Pahang (in May), Nuzul Quran (in July), National Day (in August), Malaysian Day (in September), Hari Raya Korban, Deepavali (in October), Christmas (in December) mesti hati rasa nak balik kampung je.

It is simply because aku ni anak perantau. Ye, nama aje stay kat Pahang, pantai timur jugak, apalah sangat dengan Kelantan tu kan. Hoii, so-called-apalah-sangat tu memakan masa 6-7 hours ok nak drive balik kampung, from Kuantan to KB. Tu belum masuk musim perayaan, cuti sekolah or cuti panjang apa-apa kena hadap jem kan.

So, daripada teringin nak pergi jalan-jalan tu tapi bila cuti panjang je tiba-tiba hati rasa lamanya tak balik kampung jumpa family. Tok ma pun hari-hari called nak sembang dengan Naurah.

Bila stay jauh dengan family ni, buatkan kita rasa rindu sangat nak balik kampung. Very the homesick ok. Kalo dapat kalendar tahun baru tu, siap mark ok, CNY nak balik kampung berapa hari, Hari pekerja berapa hari, raya berapa hari nak balik kampung. Dah kejenya goverment cuti hanya 25 hari. So kenalah pandai-pandai agihkan cuti untuk setahun. 

Aku tak pasti kalau orang lain rasa tak macam aku rasa. Kalau boleh tiap weekend nak balik kampung tapi kenangkan kena redah hampir sepanjang hari drive kereta tu macam tak berbaloi kot. Sabtu bertolak balik kampung, ahad dah nak balik Pahang, then isnin kerja. Oh, no way man! Sebab itulah kena tunggu cuti panjang baru berbaloi balik kampung.

Pulak tu cuti hubs sangat terbatas, so agak susah nak plan cuti. Kadang-kadang aku balik kampung pun BS Naurah yang temankan. Nasib baik dia orang KB, so alang-alang aku cuti tu, dia pun boleh tumpang balik kampung dia sekalikan. Nak tunggu hubs cuti balik kampung sama-sama memang time raya jelah kot. Hubs susah sangat nak dapat cuti. Again, double pitty me! :'( ngeee

Macam Chinese New Year Holiday hari tu, 2 days before CNY aku dah apply cuti. While hubs still kena kerja termasuklah hari CNY tu. So ajak BS balik kampung sama-sama. So, aku lah yang drive selama 6 jam tu, while BS boleh la jaga Naurah kan. Hubs pulak dapat cuti hari ahad sampai selasa je. Ikutkan dia nak drive sorang-sorang balik kampung tapi memang aku tak kasi punya. (There is a story aku tak cerita sampai sekarang. Dah setahun lebih tapi masih segar dalam ingatan). So, he took the bus straight away to KB malam hari Sabtu tu. Dapat spent time kat kampung kejap je. Hari selasa malam dah kena naik bas semula bertolak balik sebebnya hari Selasa dah kena kerja. Pitty him also. 

So, ya, tulah aku susah sangat nak pergi bercuti. 

Bagi aku, dapat balik kampung pun dah best gila. Tak ada tempat kat dunia ni paling best selain daripada kampung sendiri. hehe Trust me, i am the kampung girl. For me the best place is where the family is around. So the answers is kampung. No others place than that.

Btw, nak cerita sedikit pasal CNY holiday hari tu. Agak lama aku cuti. About 7 days gitu. Dah lama sangat tak jumpa family. Kali terakhir jumpa was last year, masa cuti Hari Raya Korban. Dah lama sangat kan. Masa tu cuti krismas tak dapat balik sebab cuti tahunan tinggal lagi 2 hari tak silap, plus dengan musim hujan lebat, takut balik kang stuck dalam banjir je. So, i miss my hometown badly. :"((

Owh, back to the story, balik awal dari CNY hari tu sebab cousin kahwin. Makcik aku ditugaskan menyediakan menu kat meja pengantin. Kat kampung still guna konsep gotong royong, so everyone had their task. Aku just bantu makcik masak-masak kat rumah. Kami sediakan lauk yang simple aje. Dah masak and hias bagai baru bawak ke rumah pengantin. Dekat aje pun. Maklumlah kat rumah pengantin dah sibuk orang rewang kan, no place kami nak masak.

Butter prawn with quail eggs.

Roasted chicken

Siakap 3 rasa


Orang yang bukan catering masak kan, so tu jelah semampu yang boleh hah. Tak taulah apa rasa. Yang pasti bukan pengantin yang akan makan, sekadar bergambar aje. As always the bride did. kehkeh


Then, this one is i must share in my blog. In case siapa-siapa yang berjalan-jalan ke Kelantan especially ke Wakaf Che Yeh. You must try this thai food. Memang dimasak oleh orang Thailand pun yang pandai cakap Melayu and one of the girl sangat cantik. Serius! hahaha

Pulut Ayam. RM3.50
Apa yang specialnya mengenai pulut ayam ni, adalah ayam goreng berempahnya. Ni bukan macam ayam goreng berempah yang aku pernah makan kat mana-mana. Dia punya rempah tu serius sedap. Pulutnya sangat lembut. Sos buatan sendiri tu pun sedap ok. Just nice. Ayam goreng berempah tu kan, dia ada banyak kerak (errr ke korang panggil ape. Yang macam habuk-habuk rempah tu i mean). So dia akan tabur kerak ayam tu, atas pulut, then bila di makan dengan pulut di cicah sos, umphhhh i like it. Sumpah, sepanjang aku ulang alik kat kampung, first time tau pulut ayam wujud dan merasanya. Ni semuanya sebab BS Naurah asyik duk suruh pergi cuba. Katanya ni makanan wajib dirinduinya setiap kali berada di Pahang. hahahaa 

Nasi Khau Mok. RM4.50


Nasi Khau Mok ni pun dijual kat tempat pulut ayam tu. Special one kat Wakaf Che Yeh. Sebenarnya namanya aje dalam bahasa thai tapi nasi tu sebenarnya nasi beriani. Cuma bezanya yang memberi kelainan dan sedap adalah, dia menggunakan beras beriani siam aku rasa. Nasi beriani tu lembut sangat dan kalo dimakan tanpa apa-apa rasa sedapnya tetap ada. Rasa berlemak and rasa berempah sikit. Tak plain macam nasi minyak or nasi beriani yang biasa kita makan. Ayam berempah dan sos cili tu adalah yang sama dimakan dengan pulut. Just simple macam tu je nasi beriani tu kan tapi memang sedap dan terasa rempahnya.

Malam yang hantar husband ke bus station, sempat singgah wakaf che yeh kejap, then tapau kan nasi khau mok dan pulut ayam untuk family. Masa sampai dalam puku 7.30 tu, kedai tak bukak lagi sebab waktu Maghribkan. So dalam pukul 8.30 macam tu aku pergi semula sekali kena beratur panjang. Ramai tau orang. Sorang tu bukan beli sebungkus dua, banyak pulak tu. Ayam dia ada 2 saiz. Kalau yang besar sikit tak silap RM5 kot seketul. Tapi yang aku beli tu pun dah besar. Dah cukup dengan nasi dan pulut yang diberi. Malam tu tapaukan nasi khau mok 7 bungkus dan pulut ayam 7 bungkus. Tapi nenek dan mak tak makan nasi sebab dah kenyang makan pulut. So simpan dalam peti ais. Esoknya kukus semula nasi dan goreng ayam bagi panas, masih sedap di makan. 

Now, tengah bercerita sambil ayaq liuq meleleh. HAHAHA


Nak cari kedai ni senang je. Dia kedai kecik je, kat tepi jalan, kedai warna kuning. Kalau susah nak cari, tanya je orang jaga parking atau peniaga kat situ, mana kedai jual pulut ayam, Insya Allah dia orang tau.


Last sekali selit sikit cerita anak dara i. Tak jalan-jalan ke mana-mana pun masa balik kampung. Dia dah cukup seronok main dengan kakak dan abang. Duk kejar kambing, ayam, itik, main pasir, main rumput, cukup seronok.

 
bawak main air kat pool Pantai Sri Tujuh. RM2 per entry. ngeh



 
Silap parking kereta depan kedai mainan.


Naurah jenis tak mintak kalo dia nak apa ke dia tak pandai mintak lagi? Tapi satu je dia akan buat kalo benda tu menarik di mata dia and dia pun mintak kita tengok benda tu. Macam balik kampung hari tu, aku parking kereta depan kedai mainan sambil tunggu my mum beli barang. Sekali mulut Naurah bising duk sebut "tuuu.. tuuu. tuuuu" Rupanya dia berkenan kat motosikal pink dalam kedai tu. Bila aku tanya nak ape? Again she said "tuuuuu..tuuuu" hahaha tapi tak turun pun masa tu nak tanya berapa harga. Tunggulah balik kampung next time. Yang pastinya harga kat Kelantan lebih murah dari kat sini.



Happy mom.
Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. sweet entry sweet naurah.. terbayang kg halaman....

    ReplyDelete
  2. duduk jauh memang gitu... homesick memanjang

    tapi walaupun i dok dekat, kadng2 rindu jugak masakan mak. walaupun suami kata kita masak paing sedap didunia... tekak sendiri still meronta-ronta nak makan masakan mak.

    ReplyDelete
  3. Seronok baca...sekali mama hana up entry haaaaaaa kemain panjang...nuffnang plz behave ye...kasi BE byk2 sikit kat mana naurah...waaaaaaa asal cuti je mesti nak balik kg kt KB ek...mmg bagus la anak mithali ni...selalu ingat family di kampung.... :)

    ReplyDelete
  4. hanya 25 hari? uii bykla tu. dlu i sthn cuti 21hari. tp sjk tkr vendor d 18hari. herghh. not sure can manage ke x. nsb bos i jnis ok je approve wpn cuti dh xde. kekekeke

    ReplyDelete
  5. Wah, tolong makcik masak2.....mesti bleh mkn skali!! Tp makanan pengantin x bleh la...huhu. Jelesnya tengok orang u bercuti...huhuhu. Tolong cium Princess Naurah ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...