Monday, February 10, 2014

Babies and the beach

Assalamualaikum and Hi!


Semalam sempat pergi melawat seorang kenalan yang selamat melahirkan baby boy kat Kuantan Medical Centre. I love baby. Tak sabar nak pergi jumpa baby, peluk cium segala. Bau baby sangat best, kalah perfume mahal-mahal tu. haha 

So, around 10am pergi KMC dulu. Masuk je bilik, say hi to the mother, terus grab that baby dalam coat. Sangat comel k. Baby boy. Tapi nama tak tahu lagi. So we called Muhammad jelah dulu. There is a weird situation i want to share here. Bila aku pegang baby tu, Naurah berdiri dari jauh, about 5 langkahnya dari aku. Dia just stare at my face and give me, her weird smile you know.

While baby in my arm, i keep calling Naurah to come close to me. 

"Naurah, meh kat ibu. Tengok, ibu ada baby comel. Meh sini. Kiss baby meh."

Sound like that aku panggil dia. About 10 minute ok dia tercegat sambil tersenyum tengok aku. Sometimes dia tutup muka dia dengan topi, then dengan kedua-dua tangan dia. Serius lawak. Dia pelik ke apa, tengok baby kecik kat tangan aku. hahaha Agaknya macam tulah kot if i had a new baby kan. Mesti dia pelik, ibu hilang sehari dua, eh, jumpa-jumpa dah ada baby sebelah ibu. 

Tapi dia tak tunjuk muka marah or tak puas hati pun. Dia kasi senyum ngada-ngada ok. hahaa Then terpaksalah ambik dia, letak kat kerusi sebelah, baru dia mahu kiss baby. Ok, attention seekers rasanya. Dia mematungkan diri dengan harapan, orang akan layan dia, pujuk dia, dukung dia datang kat baby. Ni tak, step in dalam bilik je semua orang fokus kat baby. kehkeh So cute la bagi ibu.

Here, a few picture the "big" baby and the real baby. lol

Skin to skin, ibu dah suakan dekat-dekat pun she keep smile je. Tak berani sentuh baby.haha

 
Proses pujuk to kiss the baby

Finally, baru nak mingle dengan baby. yeay! Soon adik u pulak ye Naurah. kahkah

 Lepas dah kiss baby, kejap-kejap tarik tangan ibu nak tengok muka baby. Dah pandai laga-laga pipi. Kejap-kejap kiss baby. Tak tahan tu jari dia tunjuk mata baby, suruh baby bukak mata. So sweet. Are you ready to get your own sister, Naurah? uhukuhuk *batuk*

no more shy.

 
Big sister-to-be soon. Insya Allah. Doakan kita kuat semangat ye Naurah.
 
Doakan kita kuat semangat ye Naurah. Semoga Naurah tak kerap clingy, semoga ibu tabah memboyot dan menjaga Naurah macam mana ibu jaga sekarang. Soon. Bukan sekarang. :-p

Around 12, keluar dari KMC, teringin makan McD pulak. So alang-alang tu drive pergi McD kat Teluk Chempedak. Jalan-jalan sekejap kat situ. Bagi "can" kat Naurah jalan-jalan kejar belon yang mak bapak orang lain tiupkan kat anak mereka. Jimat ibu tak payah beli pistol belon, RM15 tu. hahaha Angin kuat belon-belon bersepah kat TC. Kalau beli pun, buat berebut dengan dia je pistol belon tu. Eh! kehkeh

Naurah terpandang baldi pasir yang ada penyedok etc tu. Macam biasa, dia mana pandai mengamuk nak apa-apa kat kedai. But, you are lucky tau naurah, ada ibu yang memahami lagi baik hati *flip hair* so ibu pun belikan sand tools tu. Dah beli, takkan nak usung ke hulu ke hilirkan, kenalah main pasir. Baju spare tak bawak apatah lagi swimsuit. Maka, belilah seluar kecik Rm6 kat situ. Moh la kita main pasir di hujung pantai.

Owh, before that kan, lucu sikit. Kalau pergi tengah hari kat Teluk Chempedak, especially kat bahagian jambatan tu kan, banyak gila monyet ok. Tak boleh bawak makanan, nanti dia rebut tau. Nak jadi cerita, aku tukang bawak plastik mainan Naurah. Buat-buatlah berani melintasi sekelompok monyet tu. Monyet-monyet ni kan dia tak boleh orang takut-takut dengan dia. Lagi dia suka sakat. So aku dengan selamba berjalan. Sampai tengah-tengah group monyet tu, ada 2 ekor monyet, dia pi rebut plastik mainan Naurah. 

"Ni mainan. Bukan makanan." aku cakap dengan lembut, dengan harapan monyet tu faham dan tak bertindak kasar.T_T

Tak jalan weh. Dia tarik dengan tangan dia, aku tarik dengan tangan aku, last-last plastik terkoyak, berterabur mainan. Orang sekeliling duk gelak tengok aksi aku dengan monyet. Perasaan aku? More pada takut daripada malu. hahaha

Dah spot check, baru monyet tu puas hati, bahawa plastik itu adalah mainan. MAINAN YE MONYET. Melainkan kau nak bagi anak ko main, ambik jelah. Aku sedekah. Ketar lutut aku duk kutip mainan masuk dalam bag sandang. HAHAHA Dah lepas check in kat imigresen (lol) baru boleh teruskan perjalanan ke pantai di hujung jambatan tu. Agak jauh berjalan tapi best kat situ.  

A few photo of sexy lady at the beach. :-p




 

















 Tak main air pantai pun. Matahari memuncak atas kepala. Kang hitam lak anak i yang tak berapa nak putih tu. kehkeh So dapat main pasir pun dah cukup happy dia semalam. :))





That is how i spent my weekend. Owh, saturday is lobour day (basuh baju and doing some house chores. Duk rumah sudah. kiki)




Till then. 
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. attention seekers sama mcm ayish! haha

    eh i benci pegi TC sbb monyet tu la...pernah sekali lalu kat jambatan tu monyet duk kejar...serikkk!

    ReplyDelete
  2. naurah takut itu adik betul dia.. huhuhu kena sharing mummy.. =)

    ReplyDelete
  3. boleh dah jadi kakak ye naurah..hehe

    ReplyDelete
  4. kakakaka conversation mak naurah dgn monyet adalah kelakarrrrrrrrrr

    hi naurah comel :)

    ReplyDelete
  5. aku pi tc.. mc d aku dia rampas... kuang asam btol..

    ReplyDelete
  6. Oh my Naurah!
    Seronok baca kisah ibu naurah story kali ini...mmg full house weekend jumpa baby boy dan pi beach...what a wonderfull weekend :D

    Boleh bayangkan, betapa seronoknya nanti bertentang mata jumpa dengan mama naurah nih, what a wonderfull friend u are dear...so precious...time please behave with Umi Qi....i want to meet my gojes mommy ...Hana Soffelia :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...