Wednesday, January 8, 2014

Terlupa urusan anak

This morning, aku tak tau apalah yang tak kena dengan aku. Serius, tahap lupa tak boleh blah. Macam biasa lepas hantar Naurah dulu ke rumah BS (sebelah rumah je pun), aku akan masuk rumah semula untuk ambik beg baju dan bakul (yang diisi dengan bekal makanan, susu, air panas, botol susu). I is tak larat nak angkut Naurah and all her things sekali harung ok. Memang kena hantar dia dulu lah.

So sebaik masuk dalam rumah tu, aku macam blank tiba-tiba. Aku fikir kejap apa aku nak buat ni. Mata aku terpandang handbag dan beg bekal aku. Terus ambik, tutup lampu, tutup suis tv, kipas segala, masuk kereta, start enjin then keluarkan kereta dari garaj. Masa keluar nak tutup pagar semula, BS Naurah keluar, tanya mana bag baju dan bakul Naurah.

DANG!!!!!!! Haaa tu benda yang aku blank tadi. Memang nak ambik segala benda tu tapi macam otak tak boleh nak recall apa benda tu. Ya Allah, nasib baiklah awal lagi tadi then rumah dekat. Cuba kalau rumah jauh, mau dah sampai rumah BS kena patah balik semula ambik barang.

Now i know, agaknya yang kes ibu bapa tertinggal anak dalam kereta tu, macam ni lah kot. Minda diluar sedar. Banyak sangat benda nak fikir.  Ya Allah, jauhkanlah benda macam ni kat aku. 

Memang malam tadi ada bincang sesuatu dengan hubs. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi tau. haha Agaknya banyak benda nak fikir dan ingat kot, plus tidur hari-hari mana cukup 7 jam.Bangun pagi tu around 6, alahai mata. Susah nau nak bukak. Naurah ni kalau jam tak pukul 10 lebih sure tak tidur. Kalau tidur awal after Maghrib, kang dia bangun main lagi waktu malam. 

So, yeah. Aku risau gilalah tahap lupa aku tadi ni. Bila BS tanya pasal bag aku rasa macam otak aku baru bangun tidur. Terpaku kejap depan pagar rumah. Pastu aku terus cakap, lupaaaaa. kenapa lupa ek? haaa macam tu. Tu baru lupa barang anak weh. Bayangkan perasaan ibu bapa yang lupa anak dalam kereta tu. Ya Allah tak dapat bayangkan. Mintak jauh.

Macam aku cakap tadi, Naurah memang tidur lambat. Bagi aku pukul 10 ke atas tu adalah lewat jugak. Sebabnya mata aku lepas Isyak je memang sayu pandang bantal. Kadang-kadang tak terlayan dah cerita Korea. Tapi tulah, Naurah ni bukan boleh paksa nak tidur ha. So nak tak nak aku kena layan jugak.

Think positive jelah. Kang asyik merungut anak tidur lewat tak elok pulak. Dahlah tinggalkan dia seharian bila kita pergi kerja. Malam-malam pulak paksa tidur awal. Kang celik-celik anak dah besar. Tulah yang aku selalu fikir kalau rasa penat, mengantuk, stress jaga anak sorang-sorang. Cepat-cepat mengucap. Ada orang anaknya tidur awal. Maghrib je tidur. Bangun esok pagi. Pun merungut gak. Katanya tak dan nak main dengan anak. Kesian jugak kalau macam tu.

Antara aktiviti sampingan waktu malam dengan Naurah ialah baca buku cerita. Now dia dah ok sikit kalau nak baca buku. Selalu pantang mak dia pegang buku, tak sampai 2 saat terus rampas buku dari tangan aku. Sekarang kalau baca anything kat buku dia akan tengok je. Nak lagi menarik tangan kita ni kena tunjuk which part kita baca supaya dia boleh faham. Kang dia ingat apalah mak dia bebel sorang-sorang. Dia pun turut serta dalam sesi membaca. 

Masuk 1 tahun 5 bulan, vocab Naurah dah bertambah. Sebutan cicak tu sangat jelas. Kalau dulu cicak tu dia akan sebut tatak atau titak. Then 2 new word ialah LUKA. Kisah dia tau sebut luka tu sebabnya petang-petang jalan-jalan pusing taman. Memang dah pakaikan dia dengan seluar panjang tapi bila dia jalan laju, tetap jatuh. So lutut tu terluka. Kalau jatuh je, aku cepat-cepat selak seluar dia nak tengok ada luka tak. Dalam masa sama, aku tanya "Luka tak?" Dia pun sebut jugak LUKA sambil angguk kepala.

 Satu lagi KUDA. Kalau nampak giraffe pun dia sebut kuda. haha Kuda sangat jelas sebutannya. Bunyi sangat baku. KUDA, LUKA. Kadang-kadang mak dia tersebut, KUDE. Tapi dia pi baham KUDA. Kalau nak sapu minyak kat luka tu, "meh sini, ibu sapu minyak kat LUKEE". Dia balas, "Hurm. LUKA". hehe

Aku perasan, Naurah sekarang dalam stage imitate apa orang buat. Dia tak tiru apa kita cakap tapi tiru perbuatan. Paling ketara sekarang suka buat-buat solat, baca doa kuat-kuat sambil pejam mata, tadah tangan, menari bila tengok K-pop star menari (HAHAHA sorry ibu layan One HD je. Harus lah asyik ada penyanyi K-Pop je. mihmih), ambik tuala buat-buat lap rambut (just like ibu buat), pakaikan Aamina baju dan pampers, what more? 

Such a cute girl la tengok peel anak ni. Tu belum time dia membebel tau. Owh, dulu lagi kuat bercakap dan menyanyi. Since ayah dia tak ada kat rumah, kurang dah sikit. Pitty her. Sebab ayah dia yang rajin layan borak. Ingat lagi waktu petang ayah dia bawak jalan-jalan pusing taman naik motor, dua beranak tu menyanyi atas motor. Kalau slow ok la jugak. Kalau sape-sape duk depan rumah kebetulan dia orang lalu, boleh dengar k. Hari tu, BS dia tegur, ayah dia ajar nyanyi lagu apa. Kemain Nurah hangguk-hangguk kepala tau. hahaha

Well, enough said, Alhamdulillah jugak dari 1 tahun 4 bulan dan menginjak kepada 1 tahun 5 bulan ni Naurah sihat walafiat. Makan pun tak memilih. Peel pun ok. Pendek kata easy baby to be handle. 

Hope untuk tempuh hari-hari, bulan or tahun mendatang Naurah tetap sihat dan mudahkan segala urusan membesarkan dia. AMIN.




One of the imitate action. Cara ibu bergayut dengan ayah. Hahaa Tapi tak secomel Naurah lah. ngeeeee





*Page8*


THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. sy pon selalu lupa camtu... tapi belum penah lupa anak tinggal kat mana2...

    ReplyDelete
  2. Auwww! Awak comel Naurah!
    Semoga kita terhindar dari benda yang bukan2 hana. Huhuhu. Takut kan?
    Nauzubillahhiminzalik.

    ReplyDelete
  3. Auwww! Awak comel Naurah!
    Semoga kita terhindar dari benda yang bukan2 hana. Huhuhu. Takut kan?
    Nauzubillahhiminzalik.

    ReplyDelete
  4. Selalu jadi mcm tu tau. Pada hal dah fikir dalam kpala otak tu nak buat apa. Pastu blank. maam ada benda yg tinggal.

    Cute gambar naurah tgh bergayut kat tipon tu. Mcm org tgh bercinta ☺☺

    ReplyDelete
  5. kita pun sama selalu pentingkan mata ni..haha...
    nila bangun tak puas gomol anak..=(

    Comel naura..=)

    ReplyDelete
  6. alolo,,anak dara nie..dah pandai bergayut yerk...omeii,
    ok gak naurah kul 10 tido..arai nie selagi tak sebelas lebih mmg celik jerk biji mata.
    sekarang nie..pantang nampak pintu, melalak nak keluar..berjurai2 airmata..kesian...bawaklah naik kete/motor...
    paling tak tahan..kena duk lama kat luar..pastue baru boleh masuk umah..
    takpelah kan....taik lalat dia pon kat kaki..mmg kuat berjalan nampaknya,,hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
  8. Hana..i pon selalu lupa gak tau! I kdg2 org br bgtau sesuatu tp x sampai seminit i dh lupa org tu ckp apa..aduhhh cmne nk lebih fokus ek? Lps beranak menjadi2 lupa tu..haha

    Comel naurah..tgh masuk fasa berceloteh n imitate org

    ReplyDelete
  9. aku pun tak boleh bayangkan babe mana yang tinggal anak dalam kereta tu. lunch time aku turun ke kereta, punyaaaa laaa panas dalam kereta tu sampai susah nak bernafas...itu baru 20 saat sebelum bukak tingkap...tak mampu bayangkan yang terperangkap 5 jam..9 jam...Allah...

    semoga kita semua dihindari daripada kecuaian begini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...