Monday, January 27, 2014

Naurah back to normal.

Assalamualaikum wbt. and Hi!


Hari Khamis malam tu ajak BS teman pergi ke Darul Syifa kat Sungai Isap. Malangnya pusat rawatan tutup. Itulah kan, kawan dah kasi nombor telefon, bukannya nak called ustaz awal-awal. So patah balik. Dah kalut fikir macam mana nak handle Naurah malam tu. Dahlah memang cari penyakitkan keluar malam-malam. So singgah Happy Home kejap alang-alang BS nak cari something. Teringat kerusi bunyi kanak-kanak yang Naurah berkenan sangat kat rumah Intan tu (Amani punya.) So belilah satu.

Kerusi tu once dia Naurah duduk or berdiri, dia akan keluarkan bunyi macam selipar kanak-kanak tu. Pheeeeeeeetttttttt. Haha Kat Happy Home, RM19.90.


 So, sampai je rumah pukul 9.30 malam tu, Naurah ok lagi. Ralit duk layan kerusi tu. Kejap duduk kejap bangun. Tapi bila mak dia nak pergi toilet tetap menangis tak bagi. Last-last aku angkat kerusi tu, letak depan pintu tandas (terbuka) dia duduk bangun duduk bangun sambil perhati mak dia wee wee (ololo comel sangat wee weee macam Naurah. HAHA). Sabar jelah.


Around 10.30 Naurah dah genyeh-genyeh mata macam nak tidur. So tidurkan dia. Bacalah apa-apa yang patut supaya dia ok aje tidur malam tu. Malangnya, tetap menangis dan kerap terjaga seperti malam sebelumnya. Akibatnya aku bangun pagi Jumaat tu around pukul 6.30 lebih. Mengantuk sangat-sangat. Pagi tu bertekad, kena called ustaz. Dengan harapan ustaz ada malam tu.


So, hari Jumaat malam bawak pergi jumpa ustaz. Pusat rawatan tu bukak pukul 9.30. Lepas isyak kami pergi, nasib baik tak ramai orang lagi. Dah masuk jumpa ustaz dan cerita sedikit situasi yang berlaku, ustaz mulakan rawatan dengan membaca ayat Al-quran. Masa ustaz baca dan tepuk-tepuk belakang Naurah tu, kemain dia melalak. Ya Allah, dia ni bukan jenis takut orang tau. Tapi dia menangis tu pegang leher aku kuat-kuat rasa macam nak tercekik tau tak. Nampak nau dia takut tau. Then hujung-hujung ustaz baca tu, dia dah slow sikit menangis sambil jari dia duk tunjuk-tunjuk sekeliling bilik. Wallahuallam dia tunjuk apa.

Ustaz tu bekalkan air bacaan quran untuk mandikan dia di waktu senja untuk tiga hari berturut-turut. Air tu aku bawak sebenarnya cuma waktu rawatan dijalankan tu, penutup air tu dibuka. 

So balik malam tu, Alhamdulillah, Naurah back to normal. Manja sikit-sikit tu tetap ada. Dah 2 hari jugaklah Naurah tak jalan-jalan petang sekeliling taman seperti biasa aku buat. Salah aku jugak kot selalu bawak dia jalan-jalan pusing taman, dah pukul 7 malam baru reti masuk rumah. Maklumlah cuaca cerah sekarang. Pukul 7 macam baru pukul 5 petang. Ibu minta maaf Naurah.

Dahlah 3, 4 minggu lepas depan rumah aku tu, ada mayat dah 3 hari meninggal tanpa disedari sesiapa pun. After 3 hari, suami dia balik tengok arwah isteri dia dah lebam, hitam. Bukanlah nak percaya benda macam ni kan, gangguan or apa tapi kelakuan Naurah tu pelik dari biasa. Tu yang aku terfikir nak dapatkan rawatan cari Islam tu. Sebelum ni pun pernah jugak aku bawak naurah ke sana. Alhamdulillah, memang berkesan. Ini entry yang kali pertama pergi dapatkan rawatan tersebut. KLIK SINI.



Harap lepas ni Naurah makin kuat semangat. AMIN






THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. 'Last-last aku angkat kerusi tu, letak depan pintu tandas (terbuka) dia duduk bangun duduk bangun sambil perhati mak dia wee wee (ololo comel sangat wee weee macam Naurah. HAHA). Sabar jelah.'

    Lawak tau. Gelak² daku membacanya. Mcm tu lah klo kita sorang yg handle anak. Pernah buat mcm ni juga.

    Siannya naurah. Pasangakan ayat² ruqyah lah hana. Smoga naurah kuat semangat.

    ReplyDelete
  2. kadang2 bila kita bawak anak kuar ada benda ngikut.... bacakan ayat2 je, insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. fuh. quite scary. nsb baik u bwk g jmpe ustaz. i percaya certain things mmg kne mntk tlg. jgn ignore benda2 halus huhu. b4 magrib balik ye mak naurah. i pn if dh gelap wpn 630 i cabut. huhu. take care both of u

    ReplyDelete
  4. Fuuuuhhhhh menyeramkan.... naurah comel sgt ni..... biasa la kita ibu2..akan byk belajar mcm2... bagus tuk semua ibu-ibu..jgn la bwk anak kuar senja baru nk pulang..

    ReplyDelete
  5. salam mama naurah.. meremang bulu roma i bc citer ni.. moga naurah kuat ye syg :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah naurah dah ok. MMg budak kecik ni benda senang menempel, pastu mak dia yg seriau bial dia main tunjuk2 dan cakap2 sendiri

    ReplyDelete
  7. memula pasal naurah macam gatal2 ke bintik2 kan?
    alhamdulillah sekarang dh ok.
    kita pun ada jugak berubat dekat darulsyifa. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...