Thursday, January 23, 2014

Clingy

From semalam pukul 4 pagi Naurah dah start clingy semacam. Kebetulan aku cuti sebab BS ada urusan. Dalam hati, macam tau-tau je ibu dia cuti semalam, tu yang kemain dia bangun pukul 4 pagi then tidur semula around 7 pagi. Sabar jelah. Tu cerita semalam, dapatlah ibu tidur. 

Cerita hari ni pulak, dia buat hal lagi. Daripada petang semalam, aku tak boleh nak masak, nak mandi, nak makan, nak buat urusan di tempat private, asyik nak berdukung je kerjanya. Sedang dia ralit main, aku slow-slow jalan ke bilik air dengan harapan dapat mandi tapi bila dia sedar je aku takde kat belakang, kemain dia dia menangis sambil berlari-lari ke arah ibu dia dengan tangan depa minta didukung. Huwaaaa

Padahal badan tak panas, memang tak demamlah kan. Selesema pun tidak, apatah lagi batuk, sakit perut or apa-apa sakit. Sihat je. Boleh galak main, siap panjat kerusi bagai. Tapi dengan syarat, mood happy tu wujud bila ibu dia ada berdekatan tak kurang dari 5 meter. So closed. Owh, dia makan ok, takde pulak menolok. So tak sakit lah kan?

Horror-nya malam tadilah. Dia tidur around 9 lebih macam tu. Hela nafas lega dapatlah ibu makan, gosok baju, solat dan lain-lain urusan. Baru ibu nak rebahkan diri di sebelah dia pukul 11 tu, dia menangis teresak-esak. Bila diangkat, dia still pejamkan mata. Bila dipanggil tak bagi respon pun. Still menangis siap meleleh air mata, air hidung dan air liur sekali. Bila nak bf kemain gagah dia tolak dada ibu. Bila tanya nak susu botol ke? Dia angguk. Ok, pi bancuh susu. Then dia tidur.

Ibu tidur.

Cerita pukul 1 pagi pulak. Sekali lagi terjaga. Menangis. Buat aksi sama. Menolak untuk bf, mata pejam, tangan duk tunjuk-tunjuk nak pi mana entah. Then ibu panggil nama dia kat telinga. Alhamdulillah terjaga tapi still merengek-rengek. Tunjuk kat atas sambil mata terbuka memandang atas. Ibu cuak, kotlah dia nampak apa-apa. Untuk elak cuak, bukak bacaan Quran. Then alih perhatian dia.

"Nak bukak lampu ke?" 

"Hurm" dia angguk. So bukak lampu kat ruang tamu,

Sekali lagi dia tunjuk kat pintu. Aku dah berdebar.

"Nak bukak tv ke?" Tv kan sebelah pintu je, so bagi alih perhatian dia tengok pintu.

"Hurm," dia angguk lagi. Baiklah, bukak tv.

Tapi tak tengok pun. Tunjuk pulak atas meja.

 "Sakit perut eh? Ibu ambik minyak atas meja eh?"

"Hurm" Angguk lagi.

Dukung dia sambil capai minyak angin atas meja then cakap kat dia baring nak gosok perut. Dia selak baju, so aku pun gosok perut. Walhal perut tak kembung pun. Ok je. Entah kenapa dia macam tu. Tapi buat-buatlah gosok sampai dia tidur.


Kisah pukul 3 pagi kot. Kepala ibu dah ting tong.

Perkara sama. menangis, tunjuk-tunjuk tak tentu, sekali lagi bukak lampu, tv. Kali ni dukung dia sambil bancuh susu botol. Sebab dia tolak nak bf. Nak bagi susu botol tu kemain dia marah rebakan dia. Dah ambik minyak angin sekali lagi, buat-buat gosok kat lutut, belakang barulah dia nak baring. Barulah dia minum susu then tidur sejenak.


Kisah pukul 4 lebih pagi. Dekat pukul 5 jugaklah. Bangun lagi. Menangis. Peluk bantal golek sambil duduk atas pangku ibu. Memang lampu dah sedia terpasang. Dah malas tutup bukak tutup bukak. Cuma tv je tak pasang. Pastu dia letak bantal golek atas kaki. Ibu ingat dia tak nak bantal tu, so ibu angkatlah letak tepi. Kemain dia melalak macamkan sakit sangatlah ibu alihkan bantal tu. Dia marah hooi.. Bagi semula bantal pun tak jadi. 

Sedihnya. Menangis sambil air hidung tak henti keluar, air mata tak henti berjurai-jurai. Terpaksa bangun, dukung dan bawak jalan-jalan pusing dalam bilik mainan dia, masuk bilik ibu, pergi ruang tamu. Menangis sudah kurang cuma merengek-rengek je.

Ibu test nak duduk atas sofa. Ok, tak bagi. Sambung menangis. Ibu mulalah nak nangis sama. Penat, mengantuk, kepala sakit. Rasa nak pitam tapi gagah jugak. Wassap ayah yang sedang tidur. Cakap tak tahan dah ni. Mulalah aku menangis sama dengan Naurah.

Last-last Naurah tengok ibu dia menangis, pandai pulak dia diam. Kalau tau, dari awal-awal tadi ibu nangis nak ooi. heh. Dia stop nangis, mula tunjuk-tunjuk nak pergi dapur. Dukunglah kita melangkah longlai ke dapur. Sampai depan peti ais, dia nampak botol Habbatus sauda, tunjuk-tunjuk nak. Botol kaca. Risau takut dia baling. Pecah.

Tapi tak bagi lagi dia menangis. So bagi.

Penamat clingy hari ni, pukul 5 pagi dia meratah Habbatus Sauda dalam botol. Macam makan kismis. Mata bengkaknya dengan campur mengantuknya. Dah pekena dua, tiga suap Habbatus sauda, wah kemain segar mata dia. Siap leh main cak-cak dengan ibu, naik kete mainan dia, main dengan Aamina dan lain-lain. Ibu terlelap sekejap. Tersedar selepas rasa ada orang suap sesuatu dalam mulut ibu. Dia suap habbatus sauda yang tumpah kemain banyak atas sofa. Sabar jelah. Ibu pulak lupa nak simpan semula tadi. Ya Allah cuainya aku. Nasib baik botol dia pegang tu kuat, kalau jatuh, pecah kena kaki dia. Tak dapat bayangkan. 

Lantas aku bangun semula pukul 6.15 gitu dengan harapan tengok dia happy bermain-main bolehlah aku masuk dapur untuk masak bekal dia. Baru je selangkah kaki ke dapur, dia kejar aku dari belakang sambil mintak didukung. Ok, fine. Tak bagi masak sekali lagi. So tanya susu tak? Dia angguk.

 Akhirnya, beliau tidur dengan nyenyak pukul 6.50 pagi. Ibu cepat-cepat mandi, solat, bersiap, hantar bakul dan beg ke rumah BS. Angkat dia dari tilam di rumah sampaila tilam rumah BS tak sedar langsung.

Hai, hati ni risau memikir anakanda. Malam kang nak bawak pergi jumpa ustaz kat darul syifa. 


Video meratah habbatus sauda yang aku share gak kat IG pagi-pagi buta orang tengah nyenyak tidur. T_T


video





Fuhhhhhhhhhhhhhh.

Bye!





 

THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. kuat yerk ibu,,naurah nak tambah akal agaknya..tapie elok jugak bawa g darul syifa minta air pulihkan semangat..
    arai skg nie selsema..idong sumbat..mmg tak lena tido...abie amik dukong.goyang2 pon tak nak...last2 lin suh letak bawah..elok jerk kaki dia pelok kita..haihla anak....
    apapon utk awak...kita tak tido takpelah..janjie dia nyenyak..

    ReplyDelete
  2. hana.. sometime kan.. ada waktu2 umur naurah budak mmg macam tu...
    hafidh pun pernah jadi... mmg tak tahu sebb apa.. melalak tak tentu pasal... last2 kitorang tukar tmpat tidur, dari living ke bilik ke2. baru ok.

    tapi, try la bawak g jmpa ustaz...
    kecian awak kan.. da lah sorang klu lin, awal2 da menangis..

    ReplyDelete
  3. so dh bawak lom.. apa katanye? harap semua ok...

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah dari bunda...
    selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...