Friday, January 10, 2014

Ajar Naurah tahan sakit

Anak yang tengah membesar memang akan lasak sikitkan. Maklumlah macam-macam nak explore. Semua benda pun nampak seronok je nak main. Umur 1 tahun 5 bulan ni memang mengajar aku untuk double safety kat rumah. Bukan setakat memanjat kerusi, pagar, meja malahan Naurah mula nak berlari dah. Kadang-kadang lepas dia belek-belek buku cerita yang elok ibu susun atas rak tu, dia main campak je atas lantai. Bila berlari, terpijak buku tu mulalah jatuh. Mengucap panjang bila ibu tengok awak, Naurah. 

Macam malam tadi. Ibu tengah cuci pinggan kat dapur. Tiba-tiba Naurah menangis selok kat ruang tamu. Berlari ibu. Jantung rasa tersentap bila tengok hidung berdarah, dengan dahi bergores bengkak. Rupanya dia panjat tool box dia. Tool box tu memang port dia santai tu. Selalu sangatlah naik atas tool box untuk joget-joget, kunyah snack (fruits, roti, biskut, agar-agar etc), tak pun untuk menonton tv. Entah apa yang best duk atas tu pun tak tau.

Nak jadi cerita, kebetulan malam tadi, dia curi-curi bukak botol bedak dan perginya tabur atas tikar buluh. Bila dia nak turun dari tool box, agaknya licin tu yang terjatuh. Aduhai, seriua tengok dia semalam. 

Tapi aku tau Naurah ni jenis yang kuat. Dia menangis selok mula-mula tu sebabnya sakit plus terkejut kot. So, sebelum aku panik tak tentu hala dengar dia menangis macam tu, kena berhentikan dia menangis dulu. Senang je caranya. Dah biasa ajar macam ni dari kecik. Insya Allah, anak jadi tahan sakit.

Sebaik dukung dia yang tengah selok menangis:

"Jatuh ke? Kesiannya anak ibu."

still menangis kuat

"Siapa buat anak ibu ni??" - sambil buat muka garang

Naurah tunjuk ke bawah.

"Ish, apa ni! Buat anak ibu ni!!"- buat muka garang lagi ("_")' sambil tangan cepuk tool box. Konon macam tool box la yang buat dia jatuh. Pukul tool box beberapa kali. Adalah dalam 4 kali cepuk. HAHAHA


Naurah terus stop nangis. Letak dia kat bawah, terus dia pi cepuk tool box jugak. Hahaha

"Sakit tak?"

"hurm" - Naurah angguk laju-laju

"Ibu sapu ubat eh? Naurah kuatkan?"

"Hurm" - Naurah angguk lagi

Cepat-cepat ambik air suam dalam termos. Ambik tuala, ambik kapas dan minyak gamat. Bersihkan darah lepas tu sapu minyak gamat.

"Ibu ambik gambar eh, hantar kat ayah. Cakap Naurah luka" - LOL ibu sempat lagi. HAHA 

"Hurm"- baik anak ibu,. Dah faham ibu dia. haha


Lepas tu bagi susu sebotol. Relaks jap, isi minyak tu. Habis je, hulur botol susu kosong kat ibu, dia sambung main. Sabar jelah. Tapi malam tu memanjang la dia pi cepuk tool box. haha tak Panjat dah tool box malam tadi. Tapi pagi tadi pi duduk lagi. Lupa dah sakit malam tadi. Sabar jelah.

Ni antara yang aku ajar Naurah sejak kecik. Memang la nak pujuk dia kaw-kaw kan bila dia sakit tapi dalam pada masa yang sama aku taknak manjakan dia sangat. 

Perasan tak bila budak kecik baru belajar jalan, dia akan jatuh-jatuhkan. Masa dia jatuh tu serius cuak gila muka parents kan. Aku pun macam tu. Nanti kalau kita mula react lebih-lebih mesti anak tu akan nangis. Macamkan sakit sungguh. Kadang-kadang sakitkany tak tapi terkejut je. Terkejut sebab jatuh, lagi parah terkejut dengan suara mak yang menjerit. "Ya Allah, anak aku" tak pun, "Naurahhhhh!!!" hahaha Macam tulah aku dulu.

Lama-lama mak ajar, sila kawal emosi tu. ngeee Masa dia baru bertatih tu, dia jatuh tak kuat mana pun, aku cepat tutup mulut then mata buat-buat tengok tempat lain. Konon tak nampak dia jatuh. Tapi dari hujung mata aku perasan la, dia tengok aku. Dia macam nak menangih simpati sebab dia jatuh. Tapi aku boo layan. Mula-mula risau la gak kotlah dia sakit. Tapi bila aku buat tak tau tu, boleh pulak dia bangun semula, then jalan-jalan. Maknanya, dia taklah sakit pun tapi lebih kepada nak dapatkan perhatian je. Tapi lepas dia bangun dan menapak tu, aku pi dekat dia, 

 "tadi naurah jatuh eh? Hati-hati tau jalan tu" - sambil tangan ibu yang penuh kasih sayang raba-raba lutut dan anggota badan kot ada yang tercedera.

Macam tulah selalu yang aku buat. Sampai dia dah kebas kot kalau sakit sikit-sikit sebab jatuh.

Petang-petang lepas balik dari kerja, bawak dia jalan-jalan depan rumah. Duk dalam kawasan perumahan memanglah jalannya bertar. Takdenya pasir tu. Bayangkan bila dia pakai skirt, terjatuh atas jalan tar. Habis lutut calar siap kuar darah. Bunyi la suara dia merenggek sakit. Aku cuak gila, kesian sangat tapi aku tak mau tunjuk emosi melebih-lebih. Aku pi slow-slow dekat dia, 

"Alaaa, dah luka dah lutut. Sakit tak? eeee, apa ni buat anak ibu"

Dia pi tunduk, tangan pi pukul jalan tar. Hahaha 

"Tulah, ibu suruh hati-hati tadi. Ibu minta maaf ek. Esok tak payah pakai skirt dah. pakai seluar panjang"

"hurm." - Dia ok je. terus jalan.


Lebih kurang macam tulah yang aku ajar dia bila berhadapan dengan kesakitan. Lain-lain kecederaan yang serius belum pernah berlaku lagi DAN AKU BERDOA TAK AKAN PERNAH BERLAKU. (AMIN).


Masa ni dah cuci darah dan sapu minyak tapi boleh nampak la macam nampak isi je luka tu. Nak pitam rasa.




Ni jatuh minggu lepas tak silap. Habis seksi bibir.

 
Nampak tak celah gigi dia tu ada darah?mula-mula jatuh tu darah mengalir masuk dalam mulut.

 
Ni la hasil ibu selalu cakap tahan sakit. Hala je kamera, pastu petik sikit nama ayah, terus pose ala-ala comel gitu. Kasi ayat macam ni je "Ibu nak hantar gambar kat ayah". Wah, kemain gigit bibir bengkak atas tu, nak kasi nampak kiut miut. BAHAH!!







Till then.

TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. lin ajar hafidh pun macam tu.. klu jatuh.. bgn sendiri... (mungkin sbb dia lelaki..so kejam sikit)

    pernah 1 hari jatuh kat kedai mkn.. org lain yg mengelabah.. kami parent pandang je.. then lin ckp,
    "tu la lari lagi.. jalan elok2 lain kali... dah bangun..."

    then, thu tak hafidh buat apa???
    dia buat aksi berenang...
    semua org gelak kat situ...

    T___T

    ReplyDelete
  2. na,aku xdpt bayangkan cane mu handle anak sorg sorg.aku ni duk ngan mil pon rasa x cukup tangan.mana nk basuh baju.kemas bilik,masak.aank nangis nk kite tgk dia je.ku mmg salute ngan mu.tapi aku rasa naurah baik.dia mcm tau je ibuu dia sorg2.hmm naurah,jaga ibuu taw.hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak tahan tgk muka duck face naurah tu ☺☺

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Hana. Izza ni paranoid and overprotective mother. Taktahu dah nak handle macam mana huhuhuhu.

    :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...