Friday, October 25, 2013

Random Friday : Bad and good news

Semalam Pahang cuti sempena hari Keputeraan Sultan Pahang. Remember of that day, rasanya 2 year ago, which is 2011 hari keputeraan sultan pahang jatuh pada hari Selasa. Masa tu, aku memang plan ambik cuti ke KL. Kan still LDR dengan hubs. So pantang ada cuti sikit, kenalah pergi KL spent time with hubs darling. Plus baru sebulan kahwin gitu. haha Tapi nak dijadikan cerita pasal hari keputeraan sultan pahang ni, ikut kiraan EDD Naurah, 24 Oktober adalah hari Naurah wujud dalam perut aku. Kind of special date for me, 24 October. ;-))

Cutie pie - day 2.



Cut about that.

Actually got bad news pagi tadi. Rumah sewa yang bakal aku sewa tu, tenant tu tak keluarkan barang-barang dia lagi. So, tuan rumah tu called aku pagi tadi nak confirm bila aku perlu keluar dari rumah aku duk sekarang. Then aku bagitaulah kena keluar last 3 November. Gila kau, kalau tak jadi, mana nak cari rumahkan in 1 week ni. Puncanya tenant tu tak bagi kunci and keluarkan barang-barang dia sebab dia admitted, demam rasanya. Kakak dia yang called tuan rumah. Tuan rumah pun macam susah nak caya alasan dia kasi tu. Sebab tuan rumah dah bagi warning 2 month awal kot suruh kosongkan rumah. 2 month ok tak bayar sewa rumah, mau orang tak anginkan.

So, kakak dia merayu kesian kat adik dia. Well, memang kesianlah kan tapi orang dah bagi tempoh awal kot. Kalau dia tak kosongkan, macam mana lak dengan aku. Nak aje aku mintak no.telefon kakak tu. Tapi malas nak masuk campur, biar tuan rumah settle masalah tu, cuma aku ada bagi cadangan, plus aku rasa kasihan. Aku cakap, why not barang-barang tenant lama tu angkut masuk satu bilik. So bila dia keluar dari ward and free boleh datang ambik barang-barang tu. Kiranya win-win situation ni. Aku perlukan rumah,then kau pun tak free kan nak angkut segala barang. Aku tak taulah kakak dia cakap apa nanti.

But for me, that is the best i can do for him. Dahlah dia macam "kind of tak betul sikit" (sorry said that!). Aku pernah terserempak dengan dia sekali. He is married man, ada anak 2 orang but LDR with his family. Dia orang stay KL. While that man, kerja kat Kuantan. Dia macam lembut-lembut sikit orangnya tapikan bila dia bukak mulut, tanya soalan, macam orang kurenggg gitu. Like begini:

Aku baru sampai rumah BS, nak ambik Naurah, then tiba-tiba dia sapa, "hai, perempuan kena kerja, kesian  kat anak kena orang jaga". Eh, helloooo tiba-tiba ok, aku tengah bukak pagar rumah BS, then dia tengah bukak pagar rumah dia. Sebelah menyebelah, dekat kot, aku boleh dengar dia kata gitu sambil mata dia menjeling. 

Aku cite kat BS, then BS cakap sebelum ni pun dia ada tanya something kat Nor. Lebih kurang begini:

"Eh, dah besar dah anak awak? Tak pernah nampak pun. tup-tup anak besar" - dia sapa BS masa BS tengah dukung naurah tengok ikan kat kolam dalam pagar rumah.

"Ni bukan anak saya. Saya mengasuh budak ni." - BS cakap.

"Laaaaaaahhh, tak ada anak lagi rupanyaaaa.. HAHAHAHA" - gelak besar, terus masuk rumah.

BS Naurah terpinga-pingga ok. Dahlah member memang nak sangat anak, yang kau sewel pi gelakkan tu, dah kenapa?

Haaaaaaaaa... korang boleh bayangkan tak mentalnya?  

So, aku harap, tuan rumah bolehlah settlekan masalah tu cepat-cepat.



And the GOOD NEWS is first time aku dapat order bento tool mencecah RM200++ for one customer. ngeeeeeeee Then total income hari ni plus dengan 4 orang customer figurenya ialah RM400. Amin ya rab.

Rezeki hari Jumaat, hari ni pencapaian terbaik dalam dunia bisnes online yang aku ceburi. Gituuuu.. Ala, korang yang dah biasa buat bisnes online mesti tak herankan dengan figure aku yang cecah RM200 tu. Apalah sangatkan. Tapi barang aku jual ni seketul baru RM10, kira oklah tu.

Lagipun pernah suatu hari tu, aku rasa down sangat dengan bisnes ni sebab bila aku kenang balik, aku beli bento tool ni dengan harga borong so aku ingat dah dapat harga murah dah. Tapi bila kat kedai ada jual lagi murah dari aku dapat dengan harga borong ni, aku rasa down sangat-sangat. Rasa macam takleh cari makan je dengan bisnes ni. 

Aku lupa, rezeki itu di tangan Allah sebenarnya. Dah tertulis rezeki kita takat tu, memang gitulah hasilnya. Walaupun kat kedai ada je jual yang murah-murah tapi so far dari customer yang aku dapat, dia orang cakap barang yang aku jual, ada yang tak terdapat di kedai tu lagi. So, masih ada rezeki. Plus, aku macam terlupa tujuan asal aku berniaga adalah bukan kerana duit sangat sebenarnya. Ia adalah kerana, keinginan dan minat aku dengan bento stuff ni, so alang-alang aku beli satu-satu, better aku beli borong kan. Dapatlah aku kumpul sikit-sikit koleksi bento Naurah dengan harga yang sedikit murah.

Takpelah, sambil-sambil tu boleh aku belajar pasal bisnes dan paling best tambah kenalan rakan yang suka bento. Kadang-kadang yang PM aku kat page bukan nak beli barang bento tapi nak tanya resepi makan yang aku masak untuk Naurah. So, aku layankan aje. Boleh bertukar pendapat makanan anak. Dan, manalah tau niat murni kita bantu orang, Insya Allah suatu hari nanti dia orang berminat nak deko-deko makanan anak masing-masing dengan pick aku jual kan. ngeeee :))

 
Meh la singgah page bento aku. Jangan terkejut kalau sebulan tek update apa-apa news. Itu tandanya penjual yang tak berapa nak jual barang,. Hahaha



Ni order aku dapat pagi ni. Mula-mula dia emel aku kat ladybarbella@gmail.com. Korang pun emel la aku ye untuk order. Muahaha then aku reply suruh tengok bento tools kat page, senang.


Prosedur biasa untuk customer. Dah kenalpasti barang and stock, terus buat invoice cincai-cincai gituuuu.

 
Customer aku Datin okay. Motip sangat taknak sensored nama datin. hikssss Maaf lah datin, saya share order datin. Saya excited ni dapat order banyak gini. Kalau datin puas hati dengan barang saya, datin shopping lah lagi ye, then inform la kat kawan-kawan datin. hehehehe



Kasi can la kat aku excited gini. heeeeeeeeeeee

Praise to Allah S.W.T. dengan rezeki hari ni. Alhamdulillah, amin. Semoga rezeki lebih melimpah ruah. Ni rasa excited semula nak restock barang ni. Dang! hahaha


Oklah, tu je nak share.




 Till then.
TATA!





THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, October 22, 2013

Raya Aidiladha 2013

It might be very longggggg entry. Malas nak buat part-part. Alang-alang rajin, biar aku pulun sampai habis. Kang esok-esok aku cakap nak buat part I, part II, part III dan lain-lain, mungkin janji kosong je. Aku dalam mood malas berblog sebenarnya. Banyak gila benda nak cerita tapi taipnya malas. Dalam bilik air, tengah masak, tiba-tiba idea datang mencurah-curah, dan-dan tu nak ambik telefon untuk update blog tapi nak melangkah ambik telefon pun malas, macam mana tu? hahaha KEYWORD di sini ialah MALAS. Sekian untuk pengenalan entry ni.

Cerita pasal tajuk kat atas, aku cuti lama gila untuk sambut Raya Aidiladha. Seminggu lah jugak. Aku saje ambik peluang bersenang lenang kat kampung lama-lama. Bukan selalu dapat balik. Tambah dengan kos minyak dah naik, fulus tak meriahlah katakan. tsk.

3 hari sebelum raya, ingatkan nak balik kampung hari sabtu pagi. Sebabnya hubs kerja hari Jumaat tu. So sabtu memang pesan awal-awal kat dia, ambik cuti pleaseee. Hubs dengar kata (hahaha). Tapikan hubs balik kerja hari Jumaat malam tu, kemain excited dia ajak bertolak balik kampung malam tu jugak. Aku dah siap-siap beli roti canai telur sama kuah dhal (gila terperinci penjelasan aku kan? bahah!) nak layan Running Man malam tu. Sekali bunyi macam esok pagi dah ada kat kampung, boleh makan macam-macam, harus aku rajin gilaaaaaaaa mengemas rumah. hahaha 

Tepat pukul 10 malam, kami pun bertolak dalam suasana aman damai. Jalan tak jem, cuaca tak hujan. Sebaik masuk kereta, Naurah terus tidur. Aku pun bermanja-manja dengan hubs, gesel-gesel lengan supaya dia tak mengantuk ketika memandu. HAR HAR HAR

Kami balik ikut jalan jabor, Bandar Al-muktafibillah (betul ke eja?), lebuhraya pantai timur. Sampai kat Bukit besi, hubs berhenti rehat dan makan jap. Masa tu pukul 12 tengah malam. Sebaik sampai, Naurah pun bangun. Ingatkan aku nak keluar makan jugak tapi hujan rintik-rintik pulak, so hubs tapaukan nasi goreng cili api untuk aku santap dalam kereta. While Naurah, duk main sorang-sorang kat seat belakang. Baik aje dia. Yang sedikit ngeri, ketika suami pergi toilet, Naurah ni duk main sambil nyembang ok. Pastu gelak-gelak. Macam kan ada kawan yang duk main dengan dia dalam kereta tu. Adalah perasaan takut masa tu tapi nasi goreng tetap habis aku makan. hahaha


Main dengan Aamina. Masa ni duk tekan-tekan je Aamina tu.
 
Masa nilah dia gelak sakan, siap sembang bagai. Aku stop makan, buat-buat borak dengan dia. Kotlah dia nak borak dengan aku tapi mata duk pandang seat aku duduk.


Dekat pukul 1 pagi baru bertolak semula. Then berhenti tidur di Shell besut kot. Yang mengantuknya bukan driver tapi co-pilot. Macam mana tu? haha tapi aku tak harap hubs drive sementara aku tidur. Dia cepat bosan. Memang mulut aku pot pet pot pet kalau teman dia drive. Kadang-kadang aku rasa aku jadi hyper sebab mengantuk gila-gila. Sampaikan suami aku tegur, apa yang aku bebelkan tu? hahhaa tergelak dia. Aku pun dah lupa aku cerita apa kat dia. Tapi dia layan je aku. kikiki Kami sampai kat kampung pukul 7 pagi. Terlajak tidur lama. hahaha

Petang Sabtu, kami pergi Tesco untuk beli sedikit barang untuk buat kek, dan masak-masak makanan hari raya. Aku teringin nak buat cheese cake ke, tiramisu ke tapi cream cheese laku benar. Takde stok dah. So, buat jelah kek biasa-biasa aje. 

Masa cari barang tu kan, aku letak Naurah dalam troli. Tapi dia taknak. Duduk 5 minit saje. Nak jalan-jalan k. Capai-capai barang. Mengah jugaklah aku kejar dia sejak badan makin comel ni (;p). Agaknya berat aku susut 2,3 kg kot dalam tesco tu. Hahaha



Lepas beli barang-barang, bawak budak-budak ni main mainan mesin kat bahagian foodcourt pulak.


Dia tak kisah kalau tak dapat pegang stereng kereta pun. Janji kereta tu bergerak-gerak. Layan je duk belakang sorang-sorang. :))


Hari Ahad pulak just lepak-lepak je rumah. Hari Isnin pagi pergi pasar untuk beli ayam serta bahan-bahan masak esok harinya. 

Hari Selasa tu tibalah Raya Aidiladha. Untuk raya kali ni, aku tak ambik apa-apa bahagian dalam korban pun. Insya Allah, ada rezeki tahun depan, boleh korban lagi.

Cerita pasal Raya Aidiladha kat kat kampung aku atau lebih tepat lagi kat Kelantan, aku tak tau nak gambarkan meriahnya macam mana. Ramai yang kata raya haji kat Kelantan meriah. Aku rasa biasa je. Cuma untuk aku and family serta orang kampung aku dan saudara mara, kami tetap buat persiapan sama macam kami sambut raya puasa. Cuma kurangnya dari segi kuih muih je tak beriya sediakan. Yelah, biasa raya korban orang duk terkam nak makan daging korbankan, mesti tak laku biskut segala tu. Kami just beli kerepek-kerepek je untuk kudapan orang bertandang ke rumah.

Aku cerita serba sedikit macam mana yang orang duk kata meriah raya kat Kelantan tu. 

Petang raya tu kami siap sedia juadah untuk esok pagi. Boleh nampak la suasana jiran-jiran duk rebus ketupat kat belakang rumah. Kan ketupat rebusnya lama. So kami lebih suka guna kayu api, guna batu besar-besar as pelapik periuk. Lauk pauk like rendang, gulai-gulai je guna dapur gas. Macam kami tahun ni makcik kat Bangi tak balik kampung, so kami tumpang 4 5 ketul ketupat nasi dalam periuk jiran sebelah rumah. Malas nak hidupkan kayu api kan? hahaha Ni amalan biasa kami dalam hidup berjiran tau. So, sedang tunggu nasi impit masak, mak aku kukus pulut untuk buat tapai. Ada jiran tu tengah bakar pulut. So suasana pekik-pekik panggil anak tengokkan api nasi impit dan lain-lagi lagi quite meriah lah.

Malam tu jugak siap-siap gosok baju raya. Tahun ni aku punya baju raya lagi banyak dari Naurah. hehe Mak aku jahitkan 4 pasang baju kurung. Ala, kain sedia ada yang belum dijahit lagi. Baju kurung Naurah ada satu je. Tapi aku lebihkan beli dress lah untuk dia. 

Tema kami tahun ni warna pink gitu. Baju Melayu hubs recycle dari Raya Aidilfitri tahun lepas. hahaha Tapi sayangkan tak sempat ambik gambar keluarga yang sempurna. Masing-masing sibuk nak pergi tengok orang korban lembu. tsk. Cuma gambar Naurah je yang banyak sikit. Anak dara tu dah berjalan, so boleh la snap gambar aksi-aksi dia. 

Lepas solat raya pagi tu, kami makan-makan dulu, around pukul 9 lebih pergi tempat korban. Tempat korbannya kat belakang rumah aku je pun. Belakang rumah ada sawah padi. Tempat tu redup dan angin pun best je. So sangat sesuai nak dijadikan tempat korban. Tak silap ada 5 atau 6 ekor lembu untuk dikorbankan.

Lets the picture tell the story ya.

 Sebelum pergi tempat korban, aku kaw-kaw ambik gambar Naurah pakai baju kurung. hehhee


Anak daraku. :))

Dah macam berkawat pun ada ibu tengok. hehe
Dah pandai posing dah. Ibu cakap jangan bergerak, dia statik je. hahaha
 
macam-macam gaya dia pose. Mesti kecik hati kalau ibu tak share dalam blog ni. HAHAHA
 
Kadang-kadang boo layan ibu ambik gambar. Kadang terover pulak. bahah! Tunggu awak faham betapa bestnya dapat camwhore, mesti seronokkan kita camwhore sama-sama. ekekeke
 
Naik buaian tokma buat. hehe comel aje. Tokma ikat kat dahan pokok mangga. haha
 
Gemuknyaaa ibu. hahaha Walaupun gambar ni awak lindungi muka ibu tapi tetap nak tunjuk jugak sebab baju kita samaaaaaaaaa. haha

 
Kalau bergambar dengan ayah, mesti elok je jadinya.

 Lepas puas ambik gambar kat sekitar rumah, kami pun pergi ke tempat korban lembu.

Inilah jalan ke sawah padi. Beginilah suasana belakang rumah aku. redup dengan pokok-pokok tinggi. Suasan menghijau. Angin sepoi-sepoi. Best sangat. Kalau lepak sini lepas perut kenyang sure mengantuk gila. kehkeh

 
Naurah takut bunyi nafas lembu yang kuat lepas dikorban. hehe Tapi tetap nak tengok.



 
Sekitar tempat tersebut
Masa ni hubs dah salin baju. Rimas katanya pakai baju melayu. haha Kalau ada bahagian kami untuk korban kali ni, mesti hubs siap-siap bawak parang kat tangan dengan berseluar track suit untuk melapah daging.

Kambing ni bukan untuk dikorbankan tapi memang dia berkeliaran kat kawasan tu. Sekali Naurah nampak, terus meronta nak turun. Kemain suka tengok kambing.

Nak pergi tangkap kambing ok. Makin dia dekat, makin kambing tu undur. Tak sudi berkawan. hahaha
 
Dalam pada tu, nampak la skill bersosial dia. Nampak aje kakak-kakak atau abang-abang, dia pi dekat-dekat, pegang tangan orang tu. Nak berkawan gitu. Tapi kalau jenis baya dia, memang dia boo layan. hahaha Nak-nak hari tu, pandai pulak cari kawan satu geng. Geng curly. kehkeh
Satu habit Naurah bila nak susu ialah dengan masukkan jari dalam mulut. So, bila ditanya nak susu, baru dia merengek-rengek. Kalau kita buat tak reti je tengok dia masuk jari atau ibu jari dalam mulut, memang dia akan nyonyot jari dia tu. Kesian pun ada tengok. hehehe

so, marilah kita pulang ke rumah bila anakand dah nak susu. Maka berakhirlah raya pertama kami dengan gambar beserta captionnya. :-p


Untuk hari raya kedua pulak lebih kepada kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Maklumlah, raya pertama kan semua sibuk dengan urusan korban. Biasanya tengah hari baru siap daging dilapah. Masing-masing punya daging, akan dibawa pulang ke rumah untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai. So, tunggu jelah kat rumah, nanti adalah yang akan bagi salam hulur daging. Walaupun siapa-siapa yang tidak berkorban, peti ais tetap penuh dengan daging. hehehe 

So hari kedua baru dapat peluang berjalan sambil memenuhi undangan dari saudara mara dan jiran tetangga. Like ada yang buat akikah, kenduri kesyukuran dengan daging korban tu. Sangat pesta perutlah katakan. Baru lepas susut berat badan kejar Naurah kat tesco. Dah naik berganda. hahaha Antara menu yang biasa dibuat dengan daging korban ialah goreng, sup, singgang, rendang, rebus air asam, kerabu, kurma, gulai kawah dan pelbagai lagi. Biasanya bahagian yang rare tu yang best. Like this year, jiran kami korban seekor lembu yang dikongsi dengan adik beradik dia, so bahagian daging tu dia sedekahkan kat orang ramai, while benda yang tak disedekahkan tu like perut, lidah, ekor, xxxx (lol), kaki dibahagikan seorang sedikit kepada jiran tetangga. Maka dapatkan makan semua benda rare masak kicap garing-garing. Sedap gilaa.. hahaha Aku ada share kat IG. :-p

OOTD Naurah untuk hari kedua ialah dress. No more baju kurung. Dress ni bukan kami yang beli tapi dapat masa hadiah birthday dia hari tu. 







Raya kedua kami jalan-jalan ke rumah saudara mara yang terdekat sahaja. Raya ketiga baru pergi di luar kawasan daerah. Raya ketiga kami ke Pasir Mas. Selain kunjung mengunjung saudara mara, kami dijamu juga dengan kenduri kesyukuran. Dari hari raya pertama hingga ketiga tak muak-muak makan sup tulang. ngeeee

 
Waktu ni on the way ke Pasir Mas. Sebelum tu Naurah pakai dress raya warna biru putih ada polka dot gitu tapi boleh pulak dia pi berebut air kotak milo dengan anak makcik, habis tertumpah. Nasib baik kat rumah lagi waktu tu.

 Raya keempat kami dah stay kat rumah aje. Sambil menikmati masakan mak. This year baru perasan tak ambik gambar masakan special daging korban. hehe Tak sempat nak snap, asal hidang je atas meja, laju je duduk. Tambah-tambah Naurah dah dapat kaki, pandai-pandai la dia bawak diri duk main dengan anak-anak makcik. kehkeh


Itu sahaja kenangan Raya Aidiladha untuk tahun ni. Begitulah jugak raya ini disambut pada tahun-tahun yang lepas. Rasanya sama je dengan negeri lain. Cuma hubby cakap raya haji kat kampung meriah ialah tang makanan dan suasana korban itu. Hubs adalah orang paling excited setiap kali nak beraya kat kampung. Siap buat wishlist lagi makanan yang dia mintak mak aku masak hasil dari daging korban tu. hahaha Dia tau binik dia malas masak bila balik kampung, plus air tangan ibu, mana boleh lawankan walaupun guna resepi yang sama. Tetap rasa lain.


Lain-lain aktiviti untuk hari-hari seterusnya di kampung sebelum tamat cuti seminggu raya haji, will continue later ya!


Till then.

TATA!





THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, October 17, 2013

1 week off from work

Hoooyeahh.. Seriuosly seronok gila berada di kampung. 3 days more sebelum balik kuantan. Huawaaa rasa malas yang amat. Bilalah nak dapat kerja kat kampung ni. Sayang rasanya nak tinggalkan family. Untung siapa-siapa yang stay dengan own family. Atleast tinggal berdekatan pun dah ok. Everyday boleh la ulang alik jenguk familykan kalau rindu. Tak pun penat kerja, malas memasak, boleh ngecek masakan mak. Hahaha

Cerita aidiladha will story later. Harap-harap bila balik kuantan, takdelah homesick. Kalau tak sure mood kelaut. :(

This time balik kampung, rasanya orang yang paling happy adalah naurah. She makes a lot of friend. Happy sangat tengok gelagat dia. I thought bila dia bersendirian kat rumah bs, dia jadi pasif. Susah nak bergaul dengan orang sekeliling. Yelah dah dimanjakan, mengadap muka hampir sama everyday kan, kotlah dia takut bila lihat dunia luar yang macam-macam gelagat lagi. Tapi syukur Alhamdulillah.  Every moment,  she had enjoy the environment around her.

Ibu pun suka jugak bila kat kampung. Sebabnya naurah suka sangat tidur nak meleset dengan ibu. Kalau kat kuantan, ibu busy kat dapur pun dia tak kisah. Janji ada ayah untuk tidurkan dia. Kalau kat kampung, dahlah tidur awal, around 9pm. Compare kat kuantan, kalau jam tak cecah pukul 11 malam ke atas, memang takdenya nak tidur. Then sekarang suka tidur kaki park atas kaki ibu. Tangan pulak park atas dada ibu. While mata yang tengah stim tu tak lepas pandang muka ibu. Ayah nak tidurkan pun dia taknak. Nak ibu jugak. Seronok gila. Rasanya she too big too understand who is her mother actually. I mean, "hello, please give more love and attention utk ibu more than ayah k. Ibu yang lahirkan awak tau. Ingat tu!". Kahkah ibu too emotional.

But others than fun, one thing yang aku tak boleh tahan bila balik kampung ialah cuaca panas membahang yang menyebabkan ruam kat badan naurah teruk gila. Kesian sangat naurah. Waktu siang pun dia susah nak tidur sebab panas and rasa gatal kat badan.

Others than that all is nice and happy to be here. Ibu is enjoy can stay with family. Ayah love to eat a lot of food here. Tell you we all tak makan kat kedai pun tapi air tangan ibu itu sangat sedap. Name it nak makan apa. Mum so cool and superb. While naurah, of course enjoy ada kakak and abang.

Enough said, haish, malas bak packing barang. *sigh*

Till then.
TATA.


THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, October 4, 2013

(PART II) Resepi Makanan Bayi : 9 bulan hingga 1 Tahun

Hari ni tak ada bento untuk Naurah. Pagi tadi aku dah kunci jam pukul 5.30 pagi tapi kepala berdenyut sangat-sangat, aku tidur semula. hehe Tak daya nak bangun. Nasib baik dapat gagahkan diri jugak datang office. Tapi aku tetap bagi bekal roti. Sebenarnya boleh je hias roti tu macam bento yang selalu aku buat. Sekadar cucuk-cucuk food pick tu je. Bento kan bekal makanan dari rumah so tak kisahlah kita bekalkan apa, walaupun cekodok ikan bilis semata-mata kan. But, i is malassss. Kalau boleh biarlah bento Naurah tu adalah sesuatu yang aku masak sendiri. Macam aku cakap tadi, walaupun cekodok semata-mata. Malangnya, nak buat cekodok pun tak daya tadi. Just jerang air panas je bekal untuk buat susu dia.

So, a few more recipe yang aku nak share. Padahal biasa-biasa aje ni tapi bolehlah dijadikan rujukan untuk yang tak reti masak makanan anak macam aku mula-mula dulu. Terkial-kial nak masak untuk Naurah. Tapi sebab minat memasak punya pasal, aku cari macam-macam resepi untuk dijadikan koleksi. Manalah tau kot-kot terlupa boleh aku rujuk semula kat sini untuk anak No.2, 3, 4, 5, 6 dan seterusnya kelak. :p


Ni group Couscous pulak.

 Couscous with Rosemary Chicken




Bahan-bahan untuk masak couscous:
  • Couscous
  • carrot
  • Formula Milk (FM)

Cara penyediaan couscous:
  • Rebus couscous dengan sedikit air. Masukkan terus carrot yang dipotong dadu atau bula-bulat.
  • Rebus sehingga couscous kelihatan sedikit kembang then masukkan bancuhan FM. kacau dengan rata, matikan api. Ketepikan.

Bahan-bahan rosemary chicken:
  • Seketul isi ayam
  • Rosemary (aku guna kepingan rosemary kering dalam botol)
  • tomato
  • blackpepper
  • bawang holland
  • bawang putih
  • lemon
  • sedikit garam
Cara menyediakan rosemary chicken:
  • Bersihkan isi ayam. Then lumur isi ayam dengan rosemary, potongan 4 tomato, potongan bawang holland, blackpepper, secubit garam, perahan jus lemon dan bawang putih yang dicincang halus. Perap selama beberapa jam. Kalau nak masak pagi, perapkan waktu malam then simpan dengan elok2 dalam peti sejuk bahagian beku.
  • Panaskan oven pada suhu 170'C. Bakar selama 15min (bergantung pada suhu oven). Bau semerbak rosemary sangat menyelerakan. Kalau nak ayam tu juicy, jangan bakar terlalu lama sehingga air ayam menjadi kering. 


Tasty Chicken Couscous





 Bahan-bahan untuk couscous:
  • Couscous
  • Ayam
  • Parsnip
  • Tomato Formula Milk (FM)
  • Bawang Holland
  • Butter

Cara penyediaan couscous:
  • Rendam couscous di dalam air yang mendidih selama 10 minit dengan bertutup. Setelah kembang toskan.
  • Panaskan kuali, cairkan butter, masukkan hirisan bawang holland. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan hirisan ayam. Kacau sehingga masak. Masukkan parsnip dan couscous yang telah direbus tadi. Akhir sekali masukkan FM tanpa dibancuh dan tomato. Matikan api.
  • Ketepikan seketika

Bahan-bahan creamy cheese untuk topping:
  • 1 sudu tepung gandum
  • 3 atau 4 keping cheese cheddar
  • carrot yang dipotong dadu
  • blackepper
  • Parsley flakes
  • Cheese cheddar toping atau mozarella cheese topping

Cara menyediakan topping:
  • Masukkan bancuhan 1 sudu tepung gandum dalam kuali. Biarkan mendidih, baharulah masukkan 3 atau 4 keping cheese cheddar. Masukkan blackpeper, carrot yang dipotong dadu. Ketepikan setelah cheese menjadi pekat.

Cara menyatukan bahan-bahan:
  • Sediakan bekas untuk dimasukkan dalam oven. Lapisan pertama, masukkan terlebih dahulu krim cheese  yang dimasak tadi. Masukkan sedikit sahaja sehingga permukaan bekas tidak kelihatan.
  • Seterusnya masukkan kesemua couscous yang dimasak tadi.
  • Kemudian, lapis couscous tersebut dengan lebihan krim cheese tadi. Tuang sehingga habis.
  • Akhir sekali untuk topping, tabur cheese cheddar topping atau mozarella. Dan ditabur dengan parsley flakes. 
  • Bakar dalam oven dengan menggunakan api di bawah dahulu selama 15 minit dengan suhu 150'C dan tukar api di atas selama 5 minit. Siap untuk dihidang.


Actually, ada satu lagi resepi couscous yang aku nak share tapi gambar pulak tak jumpa. Insyallah besok aku cuba masak cheesy couscous untuk Naurah, nanti aku snap gambar. 


Selain dari couscous, aku jugak pernah sediakan MEE SUAH untuk Naurah. Dulu Naurah suka sangat mee suah. Tapi lately dia macam tak suka sangat. Tapi aku tetap nak share resepi mee suap yang pernah aku sediakan.

 Mee Suah Goreng dengan Potato Cheese




Bahan-bahan untuk mee suah goreng:
  • Mee Suah (rendam seketika dalam air panas dan toskan)
  • Telur
  • carrot
  • blackpper
  • Tomato
  • Bawang merah dan putih
  • Pure olive oil
Cara memasak:
  • Panaskan olive oil dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga garing. Pecahkan sebiji telur. Kacau bagi hancur dalam masak sepenuhnya. Masukkan carrot yang dipotong dadu.
  • Setelah kesemua bahan kelihatan sedikit garing, masukkan mee suah yang telah ditoskan. Campurkan dengan tomato yang dipotong dadu. Then kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk Potato Cheese:
  • Sebijik Potato
  • 2 keping cheddar Cheese
  • Parsley
 Cara memasaknya:
  • Kupas kulit potato. Potong kepada 4 bahagian. Rebus sehingga masak. Toskan
  • Letak hirisan potato dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Then ditabur dengan parsley. Bakar selama 5 minit dalam oven sehingga sehingga cair dan kelihatan perang. Siap untuk dihidang.


Itu sahaja sempat share resepi. Next untuk lauk pauk pulak.


Till then.
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

Sambungan Episod Duka Rumah Sewa

Akhirnya setelah semalam, seharian aku stress, peningkan kepala, melantak makanan banyak-banyak, aku dah jumpa pun rumah sewa baharu. Menyesal makan banyak-banyak semalam. Mesti timbangan naik 5kg ni. hahaha Aku memang, kalo stress jenis nafsu nak makan je. Stok perut tak kenyang-kenyang kalau masuk apa jenis makanan pun. Hahaha Buruk perangai. Nasib baik husband kasi duit poket lebih. Dia tau dah, bini dia ni kalo laki takde kat rumah, namanya dapur nak berasap memang haremmmmmm. Tapau aje lah senang. kiki

Berbalik cerita bakal rumah sewa baharu tu...

Balik dari kerja semalam, kepala aku berdenyut gila. Semacam ada binatang dalam kepala duk korek-korek kepala ni hah. Kalau ditarik-tariknya rambut memang best gila. Sakit kepala stress kah begitu? Sampaikan aku rasa nak aje balik rumah dulu, dapat lelap sejam dua ke, then after maghrib baharu ambik Naurah. Tapikan macam kesian pulak kat Naurah. Mesti dia tertunggu-tunggu aku balik tu kan.

So gagahkan diri jugak pergi ambik dia. Berbaloi gila tahan sakit bila Naurah tunggu aku jemput dia. 

video

 Kan, kemain suka dia tengok aku dah sampai. Terkedek-kedek jalan.


Aku cerita kat BS pasal rumah tu. Terus dia panggil suami dia. Nak dijadikan cerita, yang aku panggil hikmah disebalik semua ini ialah rupa-rupanya jiran sebelah rumah BS nak pindah hujung bulan ini. Maknanyaaaaaa aku bolehlah menyewa rumah di sebelah rumah BS.

Whooaaaaa!! Nak lompat bintang rasa! Hahaha Alhamdulillah, lepas ni hantar Naurah, aku pass je atas pagar. Wakakaa Dah senang dah. Rumah tu berdepan dengan rumah yang aku tinggalkan masa aku pregnantkan Naurah dulu. Berhadapan dengan rumah yang aku pernah cerita tuuuuuuu.... yang tuan rumah, suami isteri baik gileee itu, now aku kembali ke situ semula. Bezanya rumah lain cuma kawasan kejiranan dan lorong yang sama. Rumah  tu dah ada pembeli baharu. Sekarang penyewanya geng-geng bujang TUDM.

Aku terus happy. Itu yang rasa menyesal makan banyak semalam tu. Kahkah Btw, rumah tu rumah kos rendah. Tapi tetap ada 3 bilik, bilik air 1, bilik mandi 1. Harga sewa pun murah berbanding rumah aku duduk sekarang. Tapi takpelah yang penting, aku dah jumpa rumah sewa, dekat dengan BS Naurah, bayaran sewa murah dan aku nak duduk pun tak lama. Harap-harap urusan nak beli rumah sendiri cepat settle. So, lepas ni dah boleh duk rumah sendiri. AMIN.


Itulah kisah rumah sewa aku. Harap-harap itulah rumah sewa last yang aku diami sebelum duduk rumah sendiri. Harap-harap sewa untuk 2, 3 bulan je. Dah tak sabar nak masuk rumah sendiri. Btw, rumah sewa ni murah dari rumah aku duduk sekarang, bolehlah menabung sikit untuk beli kipas ke lampu seketul dua. HAHAHA 


Kan aku cakap semalam, tuhan dah tetapkan bahagian masing-masing, yang pasti ada hikmah di hujungnya. Sekarang aku tau dah ganjaran aku dapat disebalik kisah semalam. Syukur padaMU Ya, Allah! AMIN.


Mood happy turn on. Bolehlah share sambungan resepi Naurah jap lagi. ekekeke


Till then.
TATA!






THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, October 1, 2013

Resepi Makanan Bayi : 9 bulan hingga 1 tahun

This two week i will called it an exhausted week. Malas nak cerita sebab boleh mengundang amarah. Arghhhh!!!!! Super tension! Lucky i already have a daughter. My stress medicine. Syukur.

Okay, let me share the recipe. Semua ni bento Naurah yang i prepare since umur dia 9 month till 13 month. Tapi susunannya ingat-ingat lupa gitu. Malas nak rujuk kat IG. haha Cerita hal best-best tak adalah stress kan. :-)

Aku rasa makanan Naurah ni, based nya guna benda sama je. Like nasi, oat, pasta, mee suah. Cuma resepinya sahaja di olah. So, aku akan group kan each food ni.

RESEPI OAT

Apricot Oat





Bahan-bahan:

  •  Organic Oat
  • Apricot (kalau kat Kuantan, boleh beli buah Apricot fresh di Supermarket Pantai Selamat. Apricot kering pun ada, organik lagi)

Penyediaan:
  • Rendam oat about 8 or 10 hours before cook. Please google it, why it is a must! Biasanya kalau nak masak esok, balik kerja petang tu, terus rendam.
  • Then masukkan air dalam periuk dan biarkan air mendidih. Masukkan oat yang sudah direndam tadi. Masukkan jugak apricot yang telah dipotong dadu. Then air kelihatan sedikit kering, masukkan 1 scoop FM.
  • Siap untuk dihidang.

Oat dan Barli







Resepi sama kat atas cuma tambah pelbagai buah-buahan je dalam tu. Seperti kimis, kurma dan strawberry.


 KUMPULAN PASTA


Baked Pasta 




Bahan-bahan:
  • Pasta (Rebus dan toskan terlebih dahulu. ikut suka nak guna pasta jenis macam mana)
  • bawang holland (potong dadu)
  • Ayam (cincang)
  • olive oil
  • parsley
  • Formula Milk (FM)
  • 2 scoop tepung gandum (dibancuh terlebih dahulu)
  • cheddar cheese
  • Mozarella Cheese
 Penyediaan:
  • Panaskan olive oil dalam kuali. Then masukkan bawang holland. Masukkan ayam. Tunggu sehingga masak. 
  • Then masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Masukkan FM. Biarkan ia menggelegak dan kelihatan pekat.
  • Then masukkan pasta dalam bekas, lapiskan dengan cheddar cheese. Then lapiskan dengan krim yang telah masak tadi. Ulangi langkah tersebut sehingga pasta penuhi bekas yang diisi.
  • Akhir sekali, lapiskan mozarella cheese. Masukkan dalam oven. Suhu ni main-main agak je. Sebab oven rumah aku rosak, so, mula-mula untuk 10 minit aku guna haba di bawah sahaja, dengan suhu 170 'c. Then after 10min tukar haba atas pula selama 5min.
  • Siap untuk dihidang


Macaroni Cheese Baked




Resepi sama je di atas. 


Macaroni Cheese





Bahan-bahan:

  •  Animal pasta (sebenarnya nak masak macaroni tapi dah habis. So rebus pasta. Tapi namanya tetap taruk macaroni. Hahaha sengal di situ)
  • Butter
  • Formula Milk (FM)
  • Cheddar Cheese
  • Parsley flakes
  • Ayam (dicincang)
 Penyediaan:
  • Cairkan butter dalam pan. Then masukkan ayam yang dicincang. Goreng sehingga masak. Then masukkan pasta tersebut, masukkan 4 keping cheddar cheese.
  • Setelah keju cheddar kelihatan cair dan pekat, masukkan parsley flakes. Kacau hingga rata. Siap untuk dihidang.


Hello Kitty Pasta Creamy Soup




Bahan-bahan:
  • Pasta (direbus dan ditoskan)
  • Telur (under 1 year, boleh guna egg yolk je)
  • Bawang holland
  • Brokoli
  • Tomato
  • Ayam (dicincang)
  • Tepung jagung (2 sudu)
  • Keju Cheddar
  • Olive Oil

Penyediaannya:
  • Panaskan kuali, masukkan olive oil, masukkan bawang holland setelah minyak panas. Setelah bawang kelihatan garing, masukkan telur, kacau sehingga hancur dan masak sepenuhnya.
  • Then masukkan ayam yang telah dicincang. Masukkan secawan air. 
  • Masukkan brokoli, masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Dan masukkan sekeping keju Cheddar. Setelah kuah kelihatan sedikit pekat, masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
  • Siap untuk dihidang. Untuk bekalkan ke rumah BS, aku asingkan kuah dan pasta.

Lasagna



Bahan-bahan:
  • kepingan lasagna (rebus dan toskan)
  • butter
  • bawang holland
  • ayam
  • Formula Milk
  • 2 sudu tepung gandum
  • daun bawang
  • carrot
  • Tomato puri
  • keju cheddar
  • keju mozarella
  • blackpepper

Penyediaannya:
  • Panaskan kuali, cairkan butter. Then masukkan bawang holland. Setelah bawang kekuningan, masukkan ayam yang telah dipotong dadu. Setelah ayam masak, masukkan bancuhan FM serta tomato puri.
  • Then masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Then masukkan carrot. Then masukkan daun bawang. Ketepikan bila sudah masak.
  • Susun kepingan lasagna di dalam bekas untuk dibakar, lapiskan dengan krim yang telah dimasak tadi. then lapiskan dengan keju cheddar. Setelah itu ditutup semula dengan kepingan lasagna yang telah direbus.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga lasagna telah habis. Akhir sekali lapiskan dengan keju mozarella. Bakar dengan suhu seperti yang dinyatakan di atas.
  • Siap untuk dihidang.

Pasta Goreng Berlemak




 Rupa pasta ni nan-hado tapi sumpah sedap. Naurah suka sangat.

Bahan-bahan:
  •  Pasta (rebus dan toskan)
  • telur (direbus dan dilecek)
  • bawang merah
  • tomato
  • daun bawang
  • blackepper
  • keju cheddar
  • carrot
  • olive oil

Penyediaanya:
  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panask, masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu. Setelah bawang kekuningan, masukkan telur yang telah dilecek, masukkan pasta.
  • Gaul sehingga rata, then masukkan carrot, tomato, blackpeper. Gaul dengan rata untuk seketika.
  • Masukkan pula 2 keping keju cheddar. Gaul dengan rata sehingga keju tersebut cair dan melekat di setiap kepingan pasta.
  • Siap untuk dihidang.

Pasta Goreng Sos Tomato dan Cheesy Broccoli






Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Ayam (dipotong dadu)
  • bawang merah
  • tomato (guna tomato puri)
  • blackepper
  • carrot
  • olive oil
  • sedikit garam

Penyediaanya:
  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panask, masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu. Setelah bawang kekuningan, masukkan ayam. Gaul sehingga ayam masak
  • Then masukkan tomato puri, goreng sehingga nampak sedikit kering.  Baharu masukkan pasta dan carrot. Kacau sehingga sebati. Then masukkan blackepper then secubit garam.
  • Siap untuk dihidang.

While untuk cheesy broccoli pulak:

  • Stimkan brokoli tersebut untuk beberapa minit. Then tabur grated cheddar cheese atas brokoli, tabur sikit parlsye flakes dan sedikit blackpper. Then baked dalam oven for 5 minute, nak bagi keju tu cair dan melekat di atas brokoli. Siap untuk dimakan.

 Pasta with clear soup




Bahan-bahan:
  •  Pasta (rebus dan toskan)
  • Ayam (dipotong dadu)
  • Brokoli
  • Carrot
  • Tomato
  • Rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih etc)
  • Batang seleri
  • Daun sup dan bawang
  • Bawang merah
  • olive oil

Cara membuat clear soup:
  • Panaskan minyak, then masukkan rempah ratus. Tumis sehingga naik bau. Then masukkan hirisan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan ayam. Masukkan air. Rebus sehingga mendidih.
  • Then masukkan carrot, hirisan seleri dan akhir sekali tomato.
  • Siap untuk dimakan bersama-sama pasta yang telah direbus. Tabur juga hirisan daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng bila menghidang.

Pasta with Creamy Tomato Sauce



Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Tomato puri
  • Ayam
  • Bawang Holland
  • Butter
  • Keju Cheddar
  • Formula Milk (FM)
  • Carrot

Cara penyediaannya:
  • Cairkan butter di dalam kuali. Then masukkan bawang holland yang dipotong dadu. Tumis sehingga kekuningan then masukkan ayam yang dipotong dadu atau dikisar.
  • Masukkan tomato puri setelah ayam kelihatan masak. Kacau seketika, masukkan pula FM dan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair then masukkan carrot.
  • Kacau sehingga menjadi pekat.
  • Siap untuk dihidang bersama-sama dengan pasta. 

 Carbonara Pasta




Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Bawang besar dan putih
  • Ayam
  • Udang
  • Keju Cheddar
  • Butter
  • Origano
  • Parsley
  • Formula Milk (FM) atau fresh milk
  • Blackpepper
  • Button Mushroom

 Cara Penyediaannya:
  • Cairkan butter dalam kuali. Then masukkan hirisan bawang yang dipotong dadu. Tumis seketika sehingga garing dan kekuningan. Masukkan hirisan ayam yang telah dicincang halus.
  • Then masukkan bancuhan FM. Biarkan seketika, barulah masukkan keju cheddar. Biarkan keju menjadi cair, masukkan button mushroom. Kacau sehingga sebati.
  • Then masukkan origano, parsley dan blackpepper. Then baharu masukkan udang yang telah dibuang kulit.
  • Siap untuk dihidang dengan pasta yang telah direbus.


While group untuk couscous, rice, mee suah, potato next time ya.


Btw, hari ni naurah tak ada bento sebab i am not fully recover yet. Still pain in some part of my body. *sigh*



Till then.
TATA.


 


THANK YOU FOR READING THIS!

The reason why...

1st October update blog setelah sekian lama diabaikan. *tahniah!* :-p

Mesti tak perasankan, aku private blog sejak 2 minggu lepas. Aku tengah tension sebenarnya. Supposed blog adalah salah satu benda yang sangat seronok untuk kita luahkan apa aje (in positive side) tapi since amarah ku pun berpunca dari blog, so why not aku "hibernate" kan for a while. Nak tengok ada tak yang "panas" tak dapat bukak blog aku. Saje nak bakar line,kooooo! haha

ghupe-ghupenya hadoooooooooo jemah ooiiii!!!! 

Tak sampai 5 hari aku tutup blog, dah kalut tanya kawan aku nape blog aku tak boleh bukak. Dang!!!! *mesti jantung kau terbakarkan sekarang ni?*

Time tu rasa nak pi tanya direct je begini...eh, kau kan tak baca blog aku, nape sibuk-sibuk tanya lak? Eh, kau kan nyemak start aku post makanan anak je, bento segala mak nenek, so kenapa sibuk-sibuk nak baca blog aku pulak? Itulah, lain kali kalo taknak komen pun, duk diam-diam sudah. Ni siap bergosip bagai tang aku.

Aku pun heran, apesal nak cari pasal sangat dengan aku. Nak kata blog aku ni best, sebulan sekali kot aku update. Aku pelik ni. Aku pelik sangat.

Sorry la pada kawan-kawan lain yang bukak blog aku, ada yang PM and wassap tanya nape dengan blog. Aku malas nak cerita panjang kat situ. Saje kasi alasan busy. A few yang closed je aku cite A to Z and who she is... Tak baikkan sebarkan aib orang. 

Btw, suka dengan ayat irine share kat IG. Dia lagilah kan famous  ramai haters kan. Aku ni dapat yang seorang kepala ting tong pun dah kecewa bagai. hahaha Kaki sentap mak ni noks! haha


Begini kata irine,

SESEORANG ITU IRI HATI KEPADA KITA KERANA 3 SEBAB:

Pertama, mereka mahu jadi seperti kita

Kedua, mereka tidak selesa dengan diri mereka sendiri

Ketiga, mereka melihat kita sebagai satu ancaman

Mereka sibuk mendedahkan kekurangan kita kerana iri hati dengan kelebihan yang kita miliki.

Ok, dalam kes aku, bukan mereka tapi Dia (awak sorang jekan? ke ada ahli  jemah?? lol) Malangnya takde. Kalau ada, nape orang yang ko pi share gosip tu, boleh bagitau aku? Siap print screen wassap ko menjemah lagi noks! Ahak terbaik!! Orang pun tak suka kau buat gitu. Kesian.

Sick.


Eh, memang betul la aku tak sihat ni. Walaupun ada sikit nak termuntah pasal "itttewwwwwww" kan tapi malas la nak cerita lebih lanjut. 

Btw, semalam aku MC sebab demam sakit urat bagai. Rasa macam dah pangkat nenek-nenek dah bila sakit urat ni. Now aku tau la macam mana rasa orang tua cakap sakit urat, sampai demam sejuk menggigil-gigil bagai kan. Bila called mak, terus kena marah. Dia tau sangat aku memang kuat minum ais. Dahlah jamu apa pun tak makan untuk jaga badan. Mak siap cakap, jangan nak banding badan awak dengan orang lain. Mungkin badan orang lain kuat tapi awak tak. Ok, aku bercuti dari minum ais sekejap. Eh! ngeeeeeeee

Aku selalu perasan, kondisi badan aku tak stabil bila husband aku out station. Aku tabik la siapa yang hebat handle anak sorang-sorang without suami di sisi. Macam officemate aku ni, still PJJ dengan husband, then tengah pregnant lagi, melayan anak kecik yang baru dapat kaki, kau bayangkan tahap lasak macam mana kan budak baru dapat kaki. Plus berjauhan dengan keluarga pulak tu. Hebat ok.

Macam aku ni, baru je husband pi out station seminggu, mulalah kepala nak ting tong! Biasa malam-malam husband yang akan tidurkan Naurah. Manakala aku sedap pi melentok tidur dalam bilik. Bukan apa, kalau Naurah jenis yang tidur awal takpelah jugak. Kalau jam tu tak tunjuk angka 12 memang taknya tidur. Then pagi-pagi kul 5.30 aku dah kena bangun nak masak. Kalau ayah dia ada, baru aku bangun kul 6. Begitu cerita tak cukup tidur daku.

Dari minggu lepas lagi kepala berdenyut-denyut. Then period lambat 2 minggu datang. Sekali this time period datang dia punya sakit tulang-tulang, urat semua tu mak aiiiii, tak tahan. Sampai duduk kat kerusi pun tak boleh tegak, kena menyandar, bagi rasa lega kat bawah perut ni. Aku suspek lemak kat perut aku ni sampai menekan-nekan kat bahagian bawah perut, itu yang sakit sangat tu. hahaha Kesian lemak, nak salahkan dia. Lepas check up kat klinik semalam, then doktor siap scan bagai, katanya normal senggugut time period. Rahim menguncup. Itu yang rasa tak selesa kat bahagian ari-ari. Tapi period dah nak habis ni, masih terasa lagi. Biasanya 1st day period je rasa senggugutnya. 

Ok, lepas ni aku kena gigih lagi makan supplement. Bukan supplement untuk badan je tapi untuk otak sekali. AKU KAN PELUPA ORANGNYA. AKU SORANG JE LUPA. ORANG LAIN TAK! eh... haha terlepas geram pulak. hahaha


K.Bye! Nanti nak update koleksi makanan Naurah.





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...