Wednesday, September 4, 2013

AFTER LONG PAUSE.

Pitty my blog. Terabai sebab this so-called blogger malas teramat nak update blog. Baca blog kawan-kawan pun malas jugak. Macam mana tuh? hahaha Nak kata busy, rasanya takdelah busy sangat. Kes malas je ni. Tapikan, ada hati buat satu blog lagi. Blog apa tu? haha Nantilah ye, just me, hubs and mama Naurah je tau. Owh, ofcourse Naurah pun tau jugak. HAHAHA Sengal!!


Entry raya tak share lagi kan. Banyak story mory and picture. Tapi just like i said la, malasssssssss ya ampun. Hari tu beriya cakap this Raya will be the best raya ever kan. Yelah, tahun lepas kan berpantang after deliver Naurah. Makan pun kena beringat. Nak keluar berjalan-jalan apatah lagi. Plan this raya memang nak jalan-jalan, makan-makan, collect duit raya Naurah banyak-banyak.. Wahahha dan banyak lagi benda yang seronok, rasa nak buat. Alhamdulillah, semua makanan dapat rasa. Baju raya pun ada 2 3 pasang. Baju Raya Naurah paling banyak. Eh, nantilah up 1 entry. Tomorrow maybe. Tak janji. Ahaks. :-p

Since i share pasal Naurah one year hari tu, rasanya dah lama gila kan tak catat milestones Naurah kat sini. Aduh, sure terlupa nanti. Adoooiiii, nanti nak rujuk perkembangan Naurah pun dah terlepas. Sorry my darling baby girl. Ibu niiiiiii, don't know la what is wrong with me. Kesian tau tak?!!

Overall, Naurah punya milestones dah boleh jalan pun walaupun terkedek-kedek lagi. Tapi progressnya lagi laju la dari mak dia yang setahun berbulan-bulan lebih baru bertatih. hehe Good girl. As always, kami memang hari-hari ajar benda baru kat Naurah. Begitu juga dengan BS dia. Naurah dah makin panjang akal. Kalau boleh taknak lepaskan setiap peluang pembesarannya itu. So, terima kasih pada instagram. Aku memang suka sangat ambik gambar Naurah buat apa-apa aje dan video jugak. HAHA Walaupun perkara tu ala-ala je, atau biasa-biasa je tapi in my own eyes, anak aku buat something yang i should be proud of. Yela, siapa lagi yang tak bangga dengan anak kalau bukan mak bapaknya sendiri kan? hehe well, u will know soon when u had a baby. ;-)

You know, salah satu sebab aku malas nak update blog hari tu, sebab emosi kurang stabil. It is about people around me. Jangankan nak membantu tapi membantutkan emosi you know. Sampai tahap stress, aku rasa nak private this blog. Better aku luah kat blog then baca sendiri je nanti. haha Tapi kan aku fikir, kalau aku private lagilah malas aku nak berupdate kan. Atleast kawan-kawan yang datang sini, tengok blog tak update, dia orang bising-bising PM kat FB, suruh update blog. Haha kinda comel la mereka ni. Caring tau. 

Latest sekali, pada 1 September 2013 yang lepas, we (me and hubs) sambut wedding anniversary kami yang ke 2. yeay! young and hot lagi. In mood pengantin baru lagi uolls. haha Ni pun kena buat special entry untuk cerita. Kira special one jugak sebab last year, our first anniversary aku still berpantang kat kampung after deliver Naurah. Takde apa-apa celebration pun. Rasanya kehadiran Naurah pun dah cukup memberikan kami kebahagian yang terlampau amat, sampai terlupa tarikh kahwin kami. Bila nak celebrate tahun ni, we like tanya each other, "kita celebrate tak tahun lepas? how? when? where?" Haha 

See, kehadiran Naurah tu pun dah cukup untuk putar dunia kami. Dalam otak, jiwa, nafas semualah asyik ingat kat Naurah je. What a great achievement i have done in my life. Totally fun and...... !!!! sila sambung la sendiri. Mak-mak memang akan rasa macam ni. Susahlah nak gambarkan dengan perkataan.

Last but not least,

 





Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...