Thursday, August 22, 2013

Merapu meraban sewaktu raya

Aku bukan tak kesian kat kau wahai blog tapi aku busy sangat. Busy tahap susah nak cerita. haha Entry raya dah buat tapi dalam draft lagi. Masih ada saki baki cerita tak update. Aku fikir patut buat pekasam dulu. 

Nak cerita benda tak penting tapi kelakar buat aku. Masa raya hari tu kat kampung, adalah tukang sakat duk tanya-tanya aku ni gemuk sekarang sebab pregnant ke apa. Tak pun sopan sikit sebab badan ada isi lagi ke? Menyemak la jugak aku nak menjawab soalan kan. Tapi nak buat macam mana, dah kita di kelilingi dengan insan prihatin kannn *pitamss*.

Normal lah manusia kan, ada je benda annoying nak tanya like

Kalau yang tengah ber'couple' :

"bila nak kahwin niii?"

kalau yang dah berkahwin atau baru kahwin:

"bila nak ada baby ni?"

Kalau yang dah ada anak sorang pulak"

"bila nak tambah niiii?"


Kes aku ni ditanya BILA NAK TAMBAH ANAK. Tambah pulak badan aku kan tip top tahap meletoppssss. HAHAHA aku sedar la aku gemuk sekarang. Gemuk luar biasa berbanding zaman anak dara uolssss. kiki Redha jelah. Aku boleh je nak diet tapi kalau aku diet, aku kena pantang dan kawal nafsu makan. Kalau aku kawal nafsu makan, macam mana aku nak produce susu kat Naurah kan. Aku teringin nak cuba diet secara Atkins tu tapi tak boleh derrr tak makan nasi. Alangkan puasa sebulan hari tu makan nasi sekali sehari aku dah gigil semacam. Susu ada keluar tapi tak laju, sudahnya Naurah suka nau gigit Miss B kuat-kuat. Marah gamaknya susu tak keluar laju. 

So, aku redha jelah. Sekarang aku makan macam biasa. Aku rasa berat aku makin naik ni. Sebelum puasa berat aku 7.9kg. Gila tak? Kalau aku bagitau berat aku, orang takkan percaya punya. Maybe kelebihan sebab aku tinggi so nampak tak debab sangat walaupun memang badan nampak besar. HAHAH sebulan puasa turun 6.5kg. Suka gila aku dapat pakai baju kurung lama, boleh zip skirt. Tapi sejak semalam, pakai baju sama dah susah nak zip. Memang sah, berat aku naik semula. Sabar jelah.

Tunggulah Naurah dah menyusu sampai 2 tahun. Tahun tu aku akan diet kaw-kaw. Target aku ialah dapat sarungkan semula baju kebaya nyonya mak aku. Pergh, ramping macam kerengga ko! Naurah 2 tahun yeeee... Tahun depan ar.. Eh, tapi tahun depan nak pregnant lagi, bilanya nak diet ni?? HAHAHA

Aku dah merepek panjang, back to story, kan ramai yang ingat aku pregnant. Kalau aku cakap tak pregnant pun, tak puas hati lagi, duk tanya aku bila pulak nak tambah sorang lagi. Kasi adik kat Naurah. Benggang r mula-mula tu tapikan time raya. So aku jawab bersahaja dengan tujuan melawak jelah.

"Tunggu Naurah cakap sendiri dia nak adik"

Bunyinya begini

"Buuu, Naurah nak adikkk" ----> sambil dia buat muka comel, baru aku kasi.

HAHAHA

Semua ketawa dan tersenyum dengar jawapan aku. Aku pun happy jugaklah sebabnya tak stresskan fikir soalan dia orang tu.

Tapi ada yang lagi happy dari aku. Siapa lagi kalau bukan ayah Naurah. Malam tu lepas dengar aku bagitau jawapan kat orang kampung gitu kan, terus dia cakap gini,

"Betul ni nak bagi adik kat naurah kalau dia mintak?" - hubs

"betul la. biar dia pandai mintak." - aku

"kalau gitu, mulai hari ni biey nak ajar naurah perkataan ... naurah nak adikkk... tak pun perkataan pertama dia sebut nanti, ADIKKKKK." - hubs


Erk...


Sabor jelah.


Lawak kedua (lawak la aku rasa kalau melibatkan husband aku.) lol

Kenal dak tapai? kuih tradisional yang diperbuat dari pulut tu? Orang Kelantan panggil taper. hehe

Pagi sehari sebelum raya, lepas waktu sahur, nenek  aku nak buat tapai. Dah siap kukus pulut bagai, cuma nak bungkus je dalam daun pisang, husband aku duk tanya nenek dan makcik aku tengah buat apa. 

Laju aku jawba gini,

"Tengah bungkus taper" - aku

"Hah? TAPIR?? Biar betul. Orang makan ke?" - hubs

"HAHAHA makannnn. tu tengah bungkus nak panggang. sedappppppppppppp" - aku

"Eeeeeeee....peliknya. tak pernah dengar orang makan tapir." -hubs

"Nanti cubalah biey bila berbuka." - aku

"Eeeee.. taknaklah." - hubs

"Yelah-yelah, kalau taknak makan, pergilah tolong nenek bungkus. Banyak lagi tu." - aku

"Eeeee.. taknaklah. Geliii." - hubs

"HAHAHAHA sedappppppppp. hingga menjilat jariiiiii. nyum-nyum" - aku

Mak aku dengar aku usik husband aku. Terus aku kena marah. kahkah

Bila cakap tu sebenarnya nak buat TAPAI, terus dia melangkah ke dapur, duduk bersila depan dulang, nak tolong bungkus tapai. TAPAI tu favourite dia. Aku tak makan. hehe

TAPAI tu kami panggil taper. Husband faham itu adalah TAPIR.

TAPIR

sumber : google


TAPAI

sumber google



 TAPER (loghat Kelantan) tapi dalam BI taper adalah benda alah ini ek. Subang tajam orang lelaki pakai tu. Ye dok?

sumber google




HAHAHA

K.BYE!!






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, August 2, 2013

Persiapan Raya Aidilfitri 2013

Not more than 10 days kan kita nak sambut raya. Puasa cukup ke takkkk? haha Today Naurah dijaga oleh ayah dia. Semalam pun ayah dia jaga tapi Naurah ikut pi office. Ayah dia ada meeting. Hari ni dia orang stay je kat rumah sebab kami dah nak balik kampung hari ni. Yeay! haha Actually balik kampung hari Ahad ni. Hari ni aku kerja half day je, kena pergi KL dulu. Iftar dengan keluarga mertua then melawat kubur arwah MIL and FIL.

Well, persiapan raya tahun ni biasa-biasa saje. Baju raya Naurah dah beli siap-siap sebelum puasa lagi. Sekarang orang tengah kalut cari baju anak kan, kami relaks je. hahaha tapi dalam relaks tu, pantang dengar ada sale, kalut lah jugak. Hahhaa Nafsu.. nafsu.. Ni pun ada tengah fikir nak ajak hubs pi H&M. tak pernah jejak lagi ke sana, katanya murah-murah baju. So far baju raya Naurah baru ada 10 pasang termasuk, dress, skirt, blouse, jeans. Baju kurung ada sepasang dan peplum sepasang. Dua-dua tok ma dia jahit. Kasut pulak ada 2 pasang. Selipar raya ada 2 pasang. Headband ada 2. Hair clip ada 3. Masalahnya nak clip kat mana tak tau, rambut pun nipis lagi. HAHA

While baju ayah dan ibu Naurah pulak, biasa-biasa je. Baju Melayu hubs tok ma Naurah yang jahit. Owh, btw tema kami tahun ni warna biru. Biru laut kot ke biru awan. HAHA Yang pilih tema ni ialah makcik aku. Ikutkan aku nak warna green emerald. Gila cun kaler tu. Dahlah tak pernah-pernah buat kaler hijau lagi. Takpelah, tunggu raya haji je nanti. Baju Melayu hubs dah beli siap-siap sebelum puasa. Memang beli kain untuk dijadikan baju Melayu dan peplum Naurah sekali. Cuma baju aku je lain. Ada bunga-bunga tapi kain kosong. Menyesal tak beli kain sama-sama hari tu. Now nak cari kaler sama dengan baju dia orang dah susah. Statu baju raya aku sekarang adalah tidak siap dan kain masih belum beli. Ada baju je. Tu pun mak aku tak jahit lagi. Ahcaner tu? hahaha Tapi baju raya tambahan lain ada 4 pasang. Hahah Tapi..tapi... macam tak bestlah kalau baju biru takde di hari raya pertama. Nanti nak bergambar tak match kan. Baju 4 pasang yang lain tu kaler campur-campur. Hurm....

Tahun ni giliran beraya kat kampung aku. Dan, aku rasa tahun-tahun akan datang pun sama. Sebabnya mak dan pak mertua dah kembali ke rahmatullah. Sedih rasanya. Tak berkesempatan nak merasa beraya dengan mertua. Walaupun ada yang lebih gemar balik rumah sendiri tapi aku suka je kalau berkesempatan beraya dalam suasana lain like rumah mertua. Tapi rasanya dah kedua orang tua hubs dah takde, dia orang pakat adik beradik akan beraya di rumah mertua masing-masing. Aku ikut jelah. Tapi sebelum tu make sure kena pergi melawat kubur arwah MIL and FIL dulu. Sebab tu aku nak pergi KL hari ni.

Persiapan lain-lain pulak like kuih muih raya punnn biasa-biasa aje. Tak banyak sangat kuih raya aku beli tahun ni. Ada beberapa jenis je like biskut Pistachio, blueberry tart, sarang semut, kerepek ibu, kacang, kek batik sarawak. Tu je. Aku sebenarnya pasang angan-angan nak buat sendiri kuih raya. Tapi tak sempat buat banyak. Hanya buat biskut semperit, biskut arab dan biskut hello kitty je. Simple je kan biskut aku buat? Aku buat biskut yang aku suka makan. HAHA Yang aku beli pun sama. Benda yang aku suka. kikiki Namanya nak beli Almond london ke apa, memang taklah. Aku kurang gemar. Nanti makcik aku yang beli biskut-biskut lain yang pastinya kena dengan tekak dia, tak kena dengan tekak aku.  Wakakaka

 
Semperit. Puas hati buat sendiri walaupun berperang dengan Naurah kat dapur. haha Ni biskut favourite aku. Kalau beli sebalang mana cukup. Buat sendiri dapatlah 3, 4 balang. 1 balang dah selamat dalam perut kami. kikiki


Biskut Arab Susu. Tapi sayangnyaaa uli 1 doh dapat satu bekas je. Dah terpaksa buat doh lain. Yang first buat tu pun dah selamat dalam perut. kiki


Biskut Hello Kitty


Biskut yang terbaru buat ialah biskut Hello Kitty. Aku guna resepi Biskut Cendawan. Biskut ni saje-saje buat kasi kanak-kanak riang gembira di hari raya. HAHA Tapi malangnya biskut ni pun dapat sikit sangat. Sebabnya banyak yang hangit. Aku uli doh kejap nipis, kejap tebal. So, timing pun berbeza.






 
3D Hello Kitty Biscuit


Saje nak test 3D Hello Kitty Cookie Cutter tapi malangnya turut hangit. Hahah baru nak berlagak biskut aku boleh berdiri kannnnnnn. Tulah tuhan  bayar cash, riak sangat. HAHAHA Kisahnya, masa bakar biskut ni, Naurah dah bising-bising sandar kepala dia kat peha aku. Nak susu kaedahnya. Aku tak sampai hati nak kasi FM isi dalam botol, so aku pun bf dia dulu. Eh, sekali nak jugak aku baring. Taknak BF atas pangku. Baringlah jadinya. Dah baring, mata dia pejam ingatkan dah tidur, marah rupanya aku nak bangun. Sambung BF semula, sampailah aku pun terlelap sama. Sedar tiba-tiba bau hangit. Terus berlari pi kat oven, dah selamat biskut aku garing. Cepat-cepa angkat, nak letak atas meja, sekali g tepis bekas doh sebab terkena panas penutup periuk tu, terjatuh doh ke lantai. Maka, setengah balang ajelah biskut hello kitty malam tu. Geram pulak aku. Dahlah acuan tu guna 2 ketul butter kan. Dah rugi. Aku nak buat lagi kat kampung nanti.

 
beginilah rupa 3D Hello Kitty Biscuit. Hitam pun hitamlah, nak tunjuk jugak. WAKAKA



 Bukan senang la nak buat biskut bila ada anak ni. Tapi aku gagah jugak buat walaupun ayah dia takde. Dah rasa tahap tak sabar gila nak buat biskut. Bahan-bahan dah lama beli tapi buatnya tak kan. So aku buat lepas berbuka around pukul 9 malam. Naurah memang mulanya tak bekerjasama dengan elok. Dahlah oven tu aku letak atas meja rendah je. Kejap-kejap dia merangkak nak pergi kat oven. Tangan aku tengah comot duk uli biskut terpaksalah berlari dapatkan dia. Aku dekatkan muka aku kat muka dia, bukak mata besar-besar, cakap "JANGAN! TAU TAK PANAS TU?PERGI MAIN DENGAN AAMINA!!". HAHAHA berkesanlah jugak. Dia undur semula pergi main. Tapi aku buat biskut dalam keadaan riuh rendahlah. Macamkan ada anak 10 orang. hahaha  

Last-last tak tahan asyik terpekik je, telinga dia pun dah kebah kot dengar aku cakap benda sama. So aku kasi dia main tepung. Selama dan aman sekali.







Memang 2 jam aku boleh buat kuih tanpa di kacau. Dia ralit gila duk lumur tepung kat lantai. Cuma hazabnya lepas penat buat kuih, aku kena kemas semua, salin baju dia semula, lap-lap badang dia. Double penat. Tapi tetap puas bila dapat buat biskut.

 
1 year, 8.9 kg.




Till then.
TATA.




 

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...