Tuesday, July 30, 2013

Earring for her birthday.

Today bring Naurah to my office. Kisahnya BS dia terpaksa balik kampung weekend Nuzul Quran sebab MIL dia tak sihat. Aku pulak confident kata OK since awal-awal hubs cakap last dia kerja ialah minggu lepas. This week sampailah 14 Ogos dia dah start cuti raya. Tapi, hari Ahad pagi tu, his boss called cakap kena pi out station lagi sampai 31hb Julai ni.

Mau aku tak anginkan. Habis siapa nak jaga Naurah. Dahlah annual leave aku tinggal beberapa hari aje dengan nak cuti raya lagi. Hubs dalam dilema sebenarnya. Dia kesian kat aku sebab dah janji nak jaga Naurah but at the same time kalau tak settlekan collection this month, kang tak dapat pulak bonus. haha *kidding*. Lepas bincang, we end up dengan dia jaga Naurah semalam dan hari khamis serta Jumaat. Malam tadi dia dah bertolak pergi out station. Akan balik hari Rabu petang esok. Nak taknak aku kenalah bawak Naurah datang office today. Tapi aku halfday je sebab nak pi cucuk MMR pukul 2 nanti. 

So, esoknya pulak memang aku kena cuti. Takkan nak bawak datang opis lagikan. Tak buat kerja kang esok. hehe Hari ni pun lucky sebab all staff kat opis kena gotong royong prepare juadah berbuka puasa untuk student. Start from A to Z kami kena sediakan like menyiang bahan mentah, memasak, menghidang time berbuka dan mengemas semua bekas makanan, periuk etc sehingga malam nanti. Tapi biasalah kerja-kerja hardcore kasilah kat budak lelaki. haha Mak-mak akan balik untuk berbuka dengan family. kiki Pendek kata opis tutup hari ini. Tapi aku stay kat opis je, sambil jaga office, sambil teman this girl tidur.

 
Sleep already. Qada' tidur ye Naurah, since bangun sahur dari pukul 4 pagi. sigh


 Hari Ahad baru-baru ni (28 Julai 2013) ialah birthday Naurah mengikut her MyKid. lol Memang takde niat pun nak buat birthday party. Cuma berangan nak buat small celebration between us (ibu, ayah dan Naurah). I came out with the idea konon nak bake sendiri her 1st birthday cake. Ada hatikan nak buat walaupun sepanjang hidup aku tak pernah lagi buat cake.haha Hubs ajak pi beli ice cream cake kat Baskin robbin tapi aku tak nak. Yes, again baskin robbins sebab katanya terliur masa we all makan hari tu masa celebrate birthday Naurah ikut tahun Hijrah hari tuu. haha But i insist nak bake sendiri. Konon special sangatlah kan buat kek untuk anak di hari jadinya kannnnnnnnnnn. hahaha 

Malangya Rainbow cake yang diidamkan tak menjadi. HAHAHAHA Padan muka. Patutnya sebelum tiba birthday Naurah, try la bake sendiri dulu kan. pffttt. Nah, rupa malang kek tu.

mula-mula elok je asing by colour

Dah putus asa nak buat rainbow cake, terus campur semua colour dalam satu loyang tapi tetap tak menjadi. tsk


Hangit! haha

Aku ikut resepi asal martha stewart (gila berlagak kan, nak resepi original. haha) Sama ada aku tak faham arahan dalam Bahasa Inggeris atau memang aku takde kebolehan in baking, maka hasilnya punah ranap. Aku betul-betul ikut arahan dan sukatan yang betul tapi bila dia suruh tuang dalam 6 loyang berasingan (untuk 6 warna), kek tu jadi seciput je. dengan bekas loyang aku yang besar dari isi. So, kek tu jadi leper, tak tebal pun. Maunya tak hangitkan, masak awal dari jangkaan. Dah tu benda dah nipis nak potong cantik-cantik macam mana. Dengan hangit lagi kat bahagian atas. Aku tengok 2 warna macam mintak penampor je, last-last aku campur semua kaler biar terus jadi rainbow cake dan nampak tebal sikit. Punnn tak menjadi. Tak tahu mana silapnya. tsk

So, agak sedih. Her 1st birthday takde cake. Aku sedih teramat. Siap nangis bagai, rasa bersalah sangat. Nak sangat rakam her first birthday moment bertiga. Hubs pujuk, suruh cuba lagi. Kalau dah putus asa beli jelah kek then ambik gambar nanti. Naurah relaks je. Now, hubs confuse birthday siapa sebenarnya ni? HAHAHAHA

While hadiah birthday girl pulak dah kasi awal-awal. Naurah tak mintak hadiah pun tapi ibunya yang mintak dari ayah. HAHA Demand pulak tu, nak yang mahal kan. kahkah So, ayah pun akur jelah lengkapkan jewellery Naurah. Ibu pulak, mula-mula tu nak kasi dia doll Aamina as her gift tapi ibu ni tak penyabar orangnya, dah beli awal-awal. Sampai tarikh birthday lunyai dah baju Aamina. Nak kena basuh tu. Tak best pulak rasa. So, tak tau nak hadiahkan apa, maka tunaikanlah hajat ayahnya. Ayahkan dah tunaikan permintaan ibu, so this time ayah pulak mintak.

Actually, dah lama ayah mintak ibu tindik telinga Naurah tapi i is takutttttt. Terbalik kan kami? Biasa yang aku dengar cerita, ibu atau nenek excited nak tindik telinga anak, while ayah pulak membantah, kesian kat anak diakan. But in my case, aku ni terlampau takut, manakala hubby ni beriya benar. Asyik berzikir kat telinga aku, bilanya nak tindik telinga Naurah.

So, aku mengambil keputusan dan keberanian (hahaha) hari Jumaat lepas pi lah tindik telinga Naurah. Pergh, gila berdebar. Selepas berbuka tu, aku pergi ke Poh Kong. RM30 je sekali dengan subang. Takut tak payah cakaplah kan. Siap menggigil tangan ni. Naurah tu relaks je pegang lolipop. But once dah kena tindik, menangis jugaklah tapi tak menjerit, teresak-esak sikit. Sakit dan terkejut kot. Tapi tak lama pun. Tak sampai limit minit. Bukak plastik lolipop, dia nyonyot terus diam. Dah keluar dari Poh Kong alih perhatian dia kat kanak-kanak yang bermain kat ruang legar tu, terus ambik lolipop dari tangan. Tak maulah ajar makan gula-gula. Dia ok je lepas tu. hehe Tapi aku punya gigil, masih terasa masa pegang stering kereta nak balik ke rumah tu. FYI, ayah Naurah out station. So, aku pergi dengan BS dan husband dia. Yang tukang rakam video masa tindik tu adalah husband BS. BS pi lari jauh-jauh. Takut katanya. haha

video

Beauty is pain. Kan Naurah??


Actually masa nak rakam tu kan, orang kat kedai Poh Kong tak kasi tau. Dia cakap tak boleh ambik gambar kat situ. Then aku cakap lah, bukan nak ambik gambar gambar jewellery pun tapi nak rakam muka anak aku. Aku cakap tak kira nak rakam jugak sebab nak tunjuk kat ayah dia. I pay maaaa.. haha terus dia diam. Tapi ok lah buat kat situ. Elok je dia tindik. 

Cuma nak share sikitlah siapa-siapa yang tindik telinga anak lepas ni especially kat Poh Kong. Aku tak sure tempat lain sama ke tak. Mula-mula tu dia orang cakap tak boleh spray benda alah yang kasi sejuk dan kebas telinga tu kan. Alasan takut lepas spray baby tak fokus, asyik gerakkan kepala je. Tapi aku insist suruh spray jugak. Gila kau, taknak spray awal-awal. Tindik telinga hidup-hidup. Lagilah meraungkan budak tu. Bila dia spray telinga, Naurah relaks je. Takde pulak nak bergerak like dia cakap. Pastu dah spray dia duk lengah-lengah panggil kawan sorang lagi. Sebab aku mintak tindik dua-dua serentak. Dah tu bila lengah-lengah risau pulak aku rasa sejuk tu hilang. Masa dia dah masukkan subang dalam pistol penembak tu, aku suruh spray sekali lagi. Dia tak melawan kali ni. Ikut je apa aku suruh. HAHA So, dia pun spray, then get ready letak pistol kat telinga. Tangan kiri aku peluk Naurah sambil pegang tangan dia. Then tangan kanan, letak atas kepala dia, tak kasi bergerak. Tapi Naurah tetap bergerak nak intai apalah yang menepek kat telinga dia. So, kasilah puaskan hati dia intai pistol dulu barulah dia straight pandang ke depan. Pekerja Poh Kong pun ok, buat kerja dengan berhati-hati. Masa naurah gerakkan kepala, dia tak tarik pun pistol, statik je ikut kepala naurah, takde terus nak tembak ke apa. Once Naurah dah duk diam, dia terus kira, then tembak. Then again spray semula. 

Aku saja tembak sehari sebelum cuti public holiday for Nuzul Quran and weekend, so that aku boleh pantau sendiri telinga Naurah. Aku ikut nasihat Intan dan mak aku. Malam tu balik rumah terus sapu minyak gamat. Then hari pertama tindik, telinga dia tak kasi kena air takut infection. Mandi pun bahagian badan je then basahkan rambut gitu-gitu je. Hari kedua dan seterusnya mandi macam biasa. Cuma makan je aku nak pantang sampai seminggu. Baru confident betul-betul ok. Tapi aku tengok hari ahad tu telinga dia nampak macam ok je. Takde merah, takde bengkak, takde bernanah. Dia pun, takdelah duk sentuh telinga. Relaks je main. Cuma hari pertama tindik tu, dia tersentuh telinga dia dan perasan ada subang. Tapi aku memang pantaulah dia bermain hari pertama tu. naurah ni jenis suka pegang and tarik telinga. So bila dia terpegang tu, aku terus say NO, dengan kepala dan tangan say NO. haha Dia faham. Tapi lawaknya, dia excited ke apa, dah pakai subang, teringin nak pegang tapi kalau pegang dengan tangan ibu tak kasi. So, dia ambik sudu mainan dia, dia pi raba telinga. sambil mata menjeling ke arah aku, takut benda dia buat tu pun  salah. Aku diamkan je. Kadang-kadang dia ambik Aamina, kaki atau tangan aamina tu dia pegang dan bagi sentuh subang. Agaknya dia nak bagitau aamina kot dia dah pakai subang. LOL. HAHA

See.. i had earring now. lol


Hubs balik dari sabtu malam tu, terus excited belek telinga Naurah. Suka sangat. 

Owh, also hubs tanya mana birthday gift Naurah dari i kan, aku selamba cakap earring tulah. Then hubs give a big laugh.tsk

Hubs : Mana aciiiiiii. Hadiah dari ayah beribu. Dari ibu 30hengget je.

Me: Oklah tu. walaupun 30hengget tapi hampir pitam ibu takut tau tak. Hadiah special for her request by someone special. Sooooooo special ok. HAHA

HAHAHAHA bijak tak ibu? modal rm30 aje untuk birthday girl. Tapiii nasib baik ada video. Moment tu penting. MONEY CAN'T BUY OK! mihmih

Last but not least,

Ingatkan dah tindik telinga jadi makin ayu, sopan santun, makin lasak oooiiii. hahaha



Yeay, this weekend dah nak balik kampung.

Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, July 25, 2013

16 Ramadan so far..

Aku rasa nak marah kat bos husband aku sebab tak kasi cuti. Hahaha Husband aku now out station. Hari tu kami bincang nak pergi KL this week memandangkan esok cuti Nuzul Quran kan. So, hari Sabtu next week dah tak payah pergi KL, boleh balik terus ke kampung daripada Kuantan ni haaa. Nanti kalau bertolak dari KL ke KB next week sure jem punya. Sebab dah nak masuk minggu raya kan. Tup-tup husband bagitau tak boleh cuti. Next week baru dia cuti sampailah 14hb ogos nanti. Gila kecewa hati ni hah. Tapi redha jelah. Kena jugak pergi KL minggu depan untuk melawat kubur arwah MIL and FIL serta berbuka bersama-sama ipar yang lain. Sebab confirm-confirmnya raya ni memang balik kampung aku. Mungkin begitulah raya-raya akan datang memandangkan hubs dah takde mak ayah. Adik beradik pulak pakat ikut suami atau isteri masing-masing beraya kat kampung. Aku? mestilah suka kan, dapat beraya kampung aku sokmo tapi aku tau jauh sudut hati suami aku, mesti dia sedih. Bila mak ayah dah takde, jadi gini kan. Nak buat macam mana, ni semua keputusan yang diambil oleh adik beradiknya.

So, dah esok cutiiiiii then hari Sabtu malam baru hubs balik, kepala aku ligat dah nak buat macam-macam. Aku rasa nak buat biskut raya lah. haha Entah jadi ke tidak tapi bahan-bahan memang dah beli. Antara biskut yang aku dah google siap-siap resepinya ialah biskut Arab, biskut sarang semut, biskut semperit, chocolate chip. Aku pernah buat sarang semut dan semperit tahun lepas. dalam pantang pun, boleh tahanlah rajinnya gentel biskutkan. Harap-harap Naurah duk diam, nanti aku kasi seketul tepung yang siap diuli untuk dia main. haha

Hari ni dah 16 Ramadan. Aku rasa sedih sikit untuk Ramadan kali ni sebab tak macam yang aku harapkan. I mean hidup bekerluarga (hubs and daughter) semasa di bulan Ramadan. Hari-hari aku beli makan kat bazar ramadan. Bukan taknak masak tapi Naurah memang tak kasi aku masuk dapur. Dahlah aku tinggalkan dia beberapa jam pergi kerja kan, dah balik tinggalkan dia lagi sebab nak masak. Dia duk main sorang-sorang, kalau ada ayah dia takpelah jugak. Ronda-ronda naik motor pusing taman ke. Pulak tu, aku rasa macam tak berbaloi nak masak bila duk sorang-sorang. Kadang-kadang lauk sahur, aku makan je apa yang ada. Goreng telur kicap pun jadi. Dah sedap sangat tuuu.  So far, dah hampir pertengahan bulan Ramadan, baru sekali aku masak. Tu pun ahad 2 minggu lepas. Ahad minggu lepas kami iftar kat luar.

 
Rendang hati lembu kering. Favourite hubby


Kerabu taugeh


 Tu menu iftar yang aku masak hari tu. Ramadan kali ni aku tak share gambar makanan yang aku beli bazar sebab takde feel. Tak best langsung. Jeles tengok lauk pauk orang lain masak. Kalau masak, memang best gila. Hari-hari ulang menu sama, nasi kukus ayam, nasi arab, nasi beriani, nasi kerabu etc. Dulu aku rasa aku rajin la jugak share resepi time bulan puasa ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Jadilah seminggu pun berpuasa sama-sama setiap hari. Minggu depan, tunggulah menu aku masak ye. Hahahaha


Naurah sekarang tengah layan lagu kartun Minions tu. Yang Banananana, potatoooohhh tu kan. Dia pun pandai menyanyi. Tapi bunyinya gini jelah... NANNNAA ... NAANNNA... nak sebut BAAA depan tak pandai. Maka ambik jelah yang hujung. Pun dah comel dah bunyinya. mihmih. Then kalau main doll Aamina, dia paling suka picit button kaki kanan Aamina yang akan keluarkan lagu-lagu. Kalau button lain, belum habis aamina bercakap dia duk tekan-tekan. Cuma picit hidung Aamina belum lagi dia gagah. Tapi bila dia nak dengar Aamina cakap ALHAMDULILLAH, dia pass Aamina kat aku then aku tolong picitkan hidung.. lepas Aamina bersin, dia akan sebut ALHAMDULILLAH. Naurah  pun sebut DAHHHH. hahhaa Jauh beza sangat ALHAMDULILLAH dengan DAHHH tu.


28 Julai (ahad) birthday Naurah ikut kalendar masihi. Aku rasa nak prepare something special. Harap-harap menjadi. Disebabkan dalam IC or apa-apa dokumen kita isytiharkan usia mengikut kalendar masihi, so nak taknak kena la ikut walaupun deep in my heart, aku lagi suka dengan kalendar hijrah yang  jatuh bulan Ramadan tu. So, kenalah celebrate dua-dua kan. Tapi among three of us jelah. Takde bajet dan masa untuk buat big party. 


Semalam, aku rasa sangat down dengan sikap orang yang aku kenali agak rapat. Aku say something tapi dia macam olah benda tu dengan maksud yang lain. End up, timbul salah faham. Mula-mula aku macam tak perasan dengan perubahan sikap dia, sebabnya dia diam je. Kurang bertegur dengan aku seperti sedia kala. Aku pun tak faham kenapa dia sentap bila aku cakap pasal anak orang lain. FYI, aku bukan mengutuk anak orang ye. Cuma aku cakap demi kebaikan semua budak, baby yang kena penyakit yang merebak itu elok tak perlu di bawa ke tempat awam. Aku tak taulah dia faham tak akan bahaya penyakit tersebut. Maybe di pandanganya aku terlalu concern pasal anak atau aku kejam untuk asingkan kanak-kanak tu. Tapi kalau korang tempat aku sure risau gila jugak. Cuma aku ni terlepas cakap. Dan aku jenis percaya kat dia sebab kami agak rapat. Mahu aku tak concern pasal kesihatan anak kan, kalau anak sakit, dahlah aku sorang-sorang kat sini. Siapa yang aku nak harapkan tolong tengokkan anak aku. Dah kalau budak tu menangis nak memerap je, takkan sanggup nak hantar ke rumah BS tambahan pula bulan puasa ni. Penat tau orang nak dukung anak kita je. Cuti aku pulak bukannya banyak sangat. Sebab tu aku concern sangat pasal anak aku. Like dia cakap "kalau benda nak jadi, jadi jugak". Aku setuju 100%. Qada dan Qada' tapi kalau awal-awal kita tau benda tu boleh datangkan musibah ada elok kita jauhkan dirikan, buat apa nak cari penyakitkan? Dah kalau nak kena jugak, kita pi tempat awam, kebetulan ada kanak-kanak bawak virus tu, nak terkena kat anak kita, nak buat macam mana. Sebab kita sendiri pun tak tau kan keadaan kanak-kanak tu. Itu, barulah boleh kau nak cakap " dah benda nak jadi...". Aku hanya harapkan dia balas begini sahaja "kenapa tak bagi dia pergi? bahaya ke penyakit tu?". Kadang-kadang usia tu hanya angka semata-mata. Bukan jaminan untuk kematangan pemikiran. Sebab dah banyak kali aku hadapi benda begini. End up, aku kena mengalah. Takpelah kan, aku akan pegang this quot yang aku nampak dalam IG Fazura,


"Forgive others, 
not because they deserve forgiveness 
but 
because you deserve peace"



 Lesson learn for me.

^__^


last but not least, 


We had a BIG plan today kan? hope going well. Ibu berdebar sangat. ahaha






Till then.









THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, July 18, 2013

Small birthday celebration, 8 Ramadan 1434H.

Rata-rata status kawan-kawan kat FB today is about ashraf muslim and status update puisi dayana, his wife. Sedih pulak. Mintak jauhkan lah perkara tu dalam hidup aku. AMIN.

Semalam berbuka puasa kat luar. Actually plan sehari awal iaitu hari hari Selasa. Berbuka dengan Mama Naurah. Yelah, she still single (cantik orangnya, educated pulak tu, kalau nak berkenalan kenalah jumpa iollss dulu. mihmih) opcoz la bosankan berbuka lauk bazar je hari-hari. Macam tulah jugak aku, hari-hari tapau kat bazar. Maklumlah hubs takde kat sini. So, hari Selasa tu aku called Black Canyon to make reservation beserta dengan pilih menu.

Semalamnya, wednesday, entah macam mana aku baru sedar kiraan tarikh umur Naurah berpandukan kalendar Hijrah tersilap kira. I thought on 10 Ramadan, rupanya 8 Ramadan. Memang unexpected la. Padahal beriya bagitau hubs nak celebrate small celebration gitu dengan orang tersayang. Dah kalau kat sini siapa aje melainkan hubbylah. Nak jadikan cerita, hubbykan out station dan alang-alang berbuka puasa kat luar semalam dengan Mama Naurah, so comes this idea nak beli kek. Mula-mula tu called hubs tanya pendapat then hubs suruh tempah pulut kuning untuk hantar moreh kat masjid. So, called la jiran which is dia caterer. Called pun pukul 3 petang sebab time tu baru perasan kan 8 Ramadan, she said tak sempat nak buat. Kalau call pagi, Insya Allah dia boleh usahakan. Its ok lah, bab pulut kuning, nanti tunggu hubs balik bincang semula.

Tak adalah nak sambut birthday party sebab bulan puasakan, aku tak terfikir pun nak panggil kawan-kawan celebrate birthday party kat rumah ni sebab rumah sangatlah macam tongkang pecah. haha Lagi satu hal, nak masak jaudah berbuka tu, memang taklah kan, aku rasa macam penat je. Boleh? hehe nak bukak puasa kat luar memang bajet ciput. ngeee

So, hubby cakap pi jelah beli kek sebagai kenangan je, plus dengan Mama Naurah kira oklah, orang tersayang gak tu. hehe Naurah ada 2 mak angkat. Dua-dua bestie aku yang tau baik buruk aku yang terima aku seadanya. *hug korang* Mommy ekin, nanti kita sambut kat kampung pulak time raya ye.

Oleh kerana anak tekak aku teringin nau makan ais krim Baskin Robbins, maka i make one called untuk booked birthday ice-cream cake. Sebenarnya memang dah rancang dengan Mama Naurah after Maghrib nak makan ais krim tapi saje je tempah ice cream cake, kira upgrade sikit la untuk Naurah. Untuk Naurah ke???? haha

So, we all berbuka kat Black Canyon around 7.24 sampailah pukul 8 pergi surau solat maghrib dulu.


 
Her Mamahh!!





 Selalu lah jugak bawak Naurah makan-makan kat luar so dah taulah macam mana nak handle dia. Biasanya sebelum nak makan kena bagi dia kenyang dulu. Aku bawak je bekal bubur nasi dia semalam. Then agak-agak nak berbuka tu baru letak dia dalam baby chair then kasi dia finger food, supaya dapat makan dengan aman. Semalam bagi dia makan kurma, french fries, carrot, salad etc. She behave very well. Good girl betul, birthday girl semalam. Love u a lot!! heeee

Konon untuk birthday girl tapi ibu yang makan banyak. Naurah makan french fries 3,4 ketul je, then Mama Naurah kasi sekeping salad, pun dia makan. haha


Iced coffee was mine. Wajib order tiap kali makan kat sini. Orange juice Mama Naurah punya.

Kami pilih set C kot. Ada tiga jenis lauk, 2 nasi. Tapi portionya banyak, sangat kenyang. Rm39++ je. Tomyam BC sedap nak mamp ok. Hari-hari dapat makan tomyam kat sini pun boleyyy. haha


Dah kenyang tu, pergi surau untuk solat Maghrib. Terjumpa Intan (ibu Amani) kat dalam surau. Rupanya dia pun iftar kat BC jugak tadi tapi tak perasan. 

Naurah with new friend


This girlkan, sangat comel tau bila bertudung. Her mum solat, dia datang je duduk dengan Naurah, behave je. Sampai Naurah duk panjat dia nak berdiri. Dia diam je. Nampak nau Naurah nak berkawan. Tunggu ye Naurah besar sikit, ibu bagi adik. HAHAHA

 Lepas solat Maghrib, aku teman Mama Naurah pergi baiki iphone dia jap then pergi baby room kat Parkson untuk tukar diapers Naurah then bf dia kejap. Sampai tak perasan Intan sms. Tak sempat nak jumpa Amani bambam tu. Dah reply sms Intan, kotlah dia tak balik lagi, nak ajak la lepak kat Baskin Robbin tapi Intan tak balas-balas pun sms. kul 11 malam baru dapat sms Intan.

So, kul 9 lebih kami turun pergi Baskin Robbins. Pergi kaunter ambik kek yang aku booked. Tapi malangnya tak seperti yang aku pesan. Geram la jugak. Aku memang order ready made cake yang ada kat situ which is mini heart for 2-4 serving, then chocolate chip tapi yang tak best tu dia orang tak tulis pun perkataan Naurah 1st year. Bila aku tanya, mampu senyum je adik-adik kat situ. Sabar jelah. So mintaklah stick happy birthday. Kami belasah makan kat situ jugak tapi tetap tak habis. Kenyang rasanya. Yelah, portion untuk 2-4 orang kan. Harga around RM58 something. 

kosong je without any wording yang i nak. Nasib baik sedapkan.


Maaflah Naurah. Kek ni ikut tekak ibu. Ibu terliur lama dah nak makan baskin robbins. Dah rupa birthday ibu kan? mihmih


Oh, ya! Cakap pasal birthday ibu, ayah dah beli kek sebenarnya tapi masa tu, ibu nak je request ice cream cake baskin robbins jugak tapi malu nak bagitau ayah. ngade kan? hahaha Ayah balik kerja malam tu bawak balik sekotak kek secret recipe. Sukalah jugak. Lagi suka bila ayah nak buat suprise kot kononya tapi ayah tak sure ibu nak makan perisa apa, maka ayah beli kesemua perisa kesukaan ibu.

12 pieces all favourite.


Back to Naurah story, memang anak tak faham apa-apakan tentang birthday celebration ni, makan harus la nampak maknya yang suka sangat itu. haha

keras nak potong. last-last masing-masing pegang sudu, korek je then masuk mulut. Sopan la jugak. :-p


Fast learning. Kasi sudu, dia pun korek kek tu suap dalam mulut. Good girl!



That's all small celebration for Naurah on 8 Ramadan 1434H. Wait for the second with ayah pulak. I thought nak baked sendiri small caked for her, nak tengok kecomelan Naurah terkam kek birthdaynya and comot satu muka. Tapi tulah, cita-citanya tapi malangnya aku ni tak pandai nak baking. Hahaha Takpe Naurah, ibu akan try buat jugak nanti, cake for you with free sugar. hahaha Will seeee.........


Till then.
TATA. 







THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadan : the date she comes to this world.

Omaigod! Today so special day tapi hampir-hampir terlepas. Mati-mati aku ingat Naurah was born on 10 Ramadan. Tapi bila baca lisa cakap anak dia lahir on 13 Ramadan. Like, Eh? tak mungkin! Sebab Naurah lahir beberapa hari before her baby. Ambik kalendar lama, WHOOAA, WHAT??!!

Oh, Man!!! Blame my middle name "pelupa" TSK.

Menurut kalendar Hijrah, hari ini, 8 Ramadan 1434H adalah hari lahir Naurah. Hari aku bergelar ibu. Hari aku menempuh saat yang aku paling takut sebelum ni, iaitu bersalin. (sebab tu aku reject lamaran hubby selama beberapa tahun sebab takut nak bersalin. Boleh? ahah) Kalau tau berbaloi gila tanggung sakit bersalin, agaknya pada umur sekarang aku dah ada 2 anak. Eh! ahaha

 Actually kalau ikut kalendar masihi, Naurah was born on 28 of July 2012. But then, me and hubs pernah discus nak celebrate befday Naurah pada dua-dua tarikh ikut kalendar masihi dan hijrah. Why? sebabnya bersalin dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan tu sangat special i think. Susah nak describe. Bulan yang penuh keberkatan then kami dikurniakan satu nyawa yang totally change our life. Its we called Ramadan yang penuh keberkatan. *tears*

Aku masih ingat lagi setiap detik dan saat pengalaman bersalin. Tapi aku tak takut atau fobia pun sebab kenangan tu sangat indah untuk aku ingat. Fobia cuma tang alahan teruk awal pregnancy je. Even when i read back my labour room story, masih terasa ngilu tang jahitan miss V sedikit pun aku tak rasa takut to have another baby. *wink* cuma masanya belum sesuai lagi nak tambah another one. Nak handle Naurah sorang pun masih semput plus my hubs selalu out station kan. Waitlah until Naurah boleh berjalan, independent sikit.

Back to Naurah's deliver story, pada saat aku update entry ni at 4.00pm there is one hours to go to deliver Naurah.(ngular depan pc. ahaha). Masih mampu menahan contraction lagi waktu ni. Tapi aku bernafas kuat sangat like sakit gila. Aku dapat rasa lagi bilik tu sangat sejuk tapi peluh aku tak berhenti keluar. Di pandangan aku hanya nampak cahaya lampu je kat atas and nampak curtain hijau. Almost 2 hours in labour room, tapi rasa macam dah malam, rasa duduk berjam-jam dengan menahan sakit yang amat. 5pm i am struggle to deliver Naurah. Kejap je rasanya, tak sampai 15 minute. Bila dia dah keluar, semua sakit dah hilang. All pain was gone.*tears*

Dalam bulan Ramadan ni jugak, aku sangat terharu dengan my mum dan husband yang bersusah payah temankan aku. Walaupun tengah berpuasa, lapar dahaga, penat, mengantuk mungkin, all out jaga aku dengan penuh kasih sayang. 

My mum, semalaman tidur tak sempurna, berbuka ala kadar, sampai tumpah air kelapa kat lobby hospital sambil tunggu aku check bukaan jalan. Berbuka puasa makan kuih je. Lepas Isyak baru dapat makan nasi tu pun dua tiga suap je. Tak tahan agaknya tengok aku tengah mengerang kesakitan. Esoknya ketika aku sedang bertarung dalam labour room, sanggup pergi ke bazar Ramadan seorang diri, lintas jalan yang sibuk, berjalan jauh sedikit beli makanan berbuka untuk husband aku. FYI, my mum ni memang susah kalau nak ke mana sorang-sorang. Kurang confident. Tapi that day dia beranikan diri. Masa dalam labour room time sakit tu sempat lagi aku tanya husband pukul berapa, aku rasa macam dah malam, kesian kat my mum and hubs tak berbuka. Rupanya baru pukul 4 lebih. Bila doktor kata maybe lambat lagi deliver (since at 4pm tak rasa lagi macam nak ter"poo poo") aku suruh dia keluar kejap beli makanan berbuka tapi beli laju-laju sebab at the same time aku rasa takut jugak sorang-sorang dalam labour room. Tapi hubs cakap my mum suruh je masuk dalam temankan aku, dia pergi beli makanan. Risaunya aku time tu bila mak aku kena lintas jalan. *tears*

My husband pulak,  lepas berbuka puasa, dari KL ke Kota Bharu, he drive as fast as possible. Seriuosly, aku hanya pentingkan diri. Aku suruh dia datang cepat macamkan nak bersalin malam tu jugak. Nasib baik nothing happen to him. He safely arrive kat ward before sahur. Then stay back with me until deliver Naurah. Sampai mandi kat hospital and tidur kat surau. *tears*


That is why la i cakap 8 Ramadan is so special for us. But then, ofcourse la 28 Julai pun will remember as Naurah birthday also. But we (hubs and me) comes to this idea which is on 8 Ramadan will celebrate Naurah birthday at first, while 28 July is anniversary we being a parent, also 2nd celebration for Naurah. hahaha Untungkan jadi anak sulung, so special, sambut birthday 2 kali, gara-garam makpak over feeling on 8 Ramadan moment. Ngeeeeeeeeeee

Here, some picture Naurah since born..

Fresh from tummyland. ahaha Tapi lepas tu kena masuk ward kanak-kanak. Tak sempat ibu nak bf malam tu.

2nd day. Before discharge.


18 days


and others month will update later. heee


Last but not least, simple note for Naurah.




Dear Naurah,

 When u face this world, just remember your name. 



NUR NAURAH RAYYANI.



Mean



CAHAYA DARI SYURGA RAYYAN.


Ingat, dari mana kamu datang sayang. Semoga pentas dunia ini kamu lakonkan watak yang baik-baik sahaja untuk kamu kembali ke tempat asal penciptamu. Mudah-mudahan seperti namamu, Rayyani, itulah pintu yang akan kamu lalui menuju ke syurga kelak. AMIN.

*tears*








THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 10, 2013

Mata baby bengkak macam ni sebab kena gigit semut atau kenapa ya?

Puasa tak hari ni? hihi kita pun puasa *ketawatutupmulut*. Untuk separuh hari, hari pertama di bulan Ramadan, aku dah start practise bangun pukul 4 pagi *padahalbenderamerahtengahberkibar*. Saje praktis awal kan. Tadi pukul 4.30 pagi bangun masak makanan Naurah. pukul 5.15 gitu tidur semula. Pastu bangun semula pukul 6.45 untuk mandi dan bersiap pergi kerja. 

Kerja tak banyak pun, so boleh la chillax sikit-sikit sambil siapkan mana-mana kerja yang masih bersisakan, sambil-sambil melayari internet. Terjumpa satu baju kat FB, cantik, simple, fesyen nowaday, harga murah jugak, kena pulak tu tema biru untuk raya ni. Laju nak PM si penjual online. Laju tangan menaip tanya ready stock ke bla bla... belum sempat tekan ENTER, hati terdetik,

"muat ke dengan aku ni?"


Terus insaf *sigh*. Tak muat derrr... Kau berpuasa selama sebulan pun belum tentu lemak kat peha, vontot gugur ke bumi. Sedih ooooii. Tang perut boleh lagi nak cover pakai bengkung whatever kan, tapi vontot dan peha ni, sangatlah besar. Entah bila lemak berkumpul kat situ pun tak tau. Tengok-tengok seluar jeans saiz 28 dah tak muat, skirt baju kurung pun kadang-kadang ada yang tak dapat zip. sob.






 Itulah baju aku berkenan. Tak silap RM80 je. Ok la kan? Biru tu kena la sedondon dengan baju kosong Naurah dan baju Melayu ayah dia. Agak-agak muat tak? Kalau korang cakap muat, sempat lagi nak beli ni. HAHAHA So far aku takde lagi baju raya. Hari tu balik kampung nak cari kain, boleh tok ma Naurah jahitkan tapi ada kain corak bunga-bunga je. Kain plain warna biru tak menarik. So beli la jugak. Beli 2 meter setengah untuk buat baju je. Kain memang nak cari yang kosong tapi sampai sekarang tak pergi cari lagi. Ada kang nanti pakai baju kurung dengan kain batik. Hahaha


Nantilah pergi cari bila husband tak busy. Tak pun pi cari kat butik peace baju saiz besar, murah-murah sikit kan.

Owh, malam tadi Naurah terhantuk matanya kat bucu sofa. Walaupun sofa, bunyi macam lembut je kan tapi keras tang kayu tu telah menyebabkan kelopak mata kiri Naurah jadi biru lah jugak. Budak-budak tengah membuaskan. Nangis kejap je, kasi nenen, dah pi panjat semula sofa. Sabar jelah. Dah bila ayah dia suruh hantar gambar, tengok mata, mulalah ibu kena. Tapi ayah mana berani marah ibu dalam jarak jauh. Kang ibu merajuk tutup telefon 3, 4 hari kang, ayah mesti susah hati tak dapat contact. Hahaha 

Cuak jugaklah semalam masa Naurah nangis tu. Dahlah mata sebelah kanan bengkak, merah tak tau apa punca. Dah 3 hari tak sembuh-sembuh lagi. Ramai yang cakap kena gigit kat semut. Tapi Naurah takde pulak meragam ke like sakit, cuma kadang-kadang dia pi genyeh mata dia dengan tangan. Gatal mungkin. Tengok dalam minggu ni kalau masih macam tu, kena bawak pergi klinik jugak ni. 

mata kanan katanya kena gigit semut tu.


mata kiri yang terhantuk sofa.





Dahlah mata sedia sepet kan, kelopak mata ala-ala bengkak kan, tambah kena gigit semut, lagi kesian ibu tengok. Naurah ikut mata ayah dia, jenis kelopak mata bengkak. Bulu mata pun ikut ayah. Dulu bulu mata ibu lentik sebab pakai maskara. hahaha


Perlu tak pergi klinik? Tapi masa hari isnin yang pergi KK untuk check up tu, doktor cakap takde apa-apa. tapi masa tu baru kena, macam tak bengkak sangat kot. Nak cakap tapi lagi, (lol), heheeeee Tapikan, Naurah nampak ok je, takde pulak dia macam tak selesa dengan mata dia. Main aktif, tak serik-serik menapak pegang sofa. Kalau dia melalak menangis, cuak la jugak aku. Haruslah kan terkejar ke klinik walau keseorangan. Harap-harap tak ada apa-apalah mata Naurah. AMIN.



"Chill lah ibu. Naurah ok ni haa"



Baiklah Naurah. Naurah kena kuat, ibu kena kuat jugak. Kitakan powerpuff girl. Eh!


Heeeeeeee

Kat rumah ada 2 biji labu, teringin nak masak bingka labu atau puding labu. Kesian kat labu takut rosak. Tapi boleh ke? Kalau malam ni kat IG takde gambar labu tu, faham-faham udahlah ye. GAGAL! hikhik



Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan will come and Naurah to be handle. ALONE.

I feel so far from blogger world. Kalau dulu, blog adalah keutamaan lebih dari FB. But then, bila ada IG, rasa lagilah jadi malas nak update blog. Biasakan, blog ni, aku memang main dengan gambar dan put caption sikit-sikit. So, bila joint IG, memang sangatlah menjadi kegemaran dan kegilaan aku, snap picture dan put little bit caption. Dahlah hujung jari kan. Nak share gambar makanan je pun, boleh aje ambik gambar, bagitaulah apa benda tajuk makan tu. Kalau kat blog, ofcourse la aku kena cerita sikitkan, kat mana makan, takpun share resepi, berapa harga, sedap ke tidak etc. Hah, kan banyak kena tulis tu. Jadinya, i is malas di situ.

Padahal kat phone memang aku dah download bloggeroid but then macam tak mesra alam kot. Sebabnya kena tulis semua cerita, then gambar yang dah upload akan ada kat bawah-bawah, tak boleh letak caption pulak tu. Like tak best gila kan macam tu. 

Kesimpulannya, sebab di atas la, aku jadi malas nak berblog. 

Sempena menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, marilah hana (pujuk hana yang malas dalam diri itteewww lol) kita berubah menjadi seorang yang rajin, kuat daya ingatan (serius, pelupa is my middle name now! *sigh*), dan sentiasa berbuat kebaikan (AMIN).

Mula-mula macam nak sedihlah jugak sebabnya semalam got text from hubs, katanya kena out station this month. Maknanya, kau jangan nak berangan balik kerja nak masak for berbuka, sahur sama-sama dengan laki, pergi terawih sama-sama (yang ni aku dah plan, nak pi terawih dan hantar Naurah kat rumah Mama Nabila dia, lepas terawih boleh ambik Naurah. tsk). Hubs cakap out station sampai 27th July, he will be here only on Sunday. Sebal!

Ni adalah kali pertama aku nak berpuasa bersama-sama. Aku kahwin tahun 2011 after Raya. Then last year, 2012, sempat berpuasa beberapa hari sahaja before deliver Naurah. Tapi sempatlah berbuka dan bersahur sama-sama. Tapi juadah berbuka dan sahur bukan aku yang masak. So, tak feeling sangatlah nak prepare semua benda untuk husband. Again, this year tak ada rezeki. Sedih la jugak. Tapi fikir balik, what to do kan, dah hubs kena cari rezeki.

Aku tau dia boleh harapkan aku untuk jaga diri dan paling utama jaga Naurah. Aku dah pernah merasa duduk berdua dengan Naurah sebulan hari tu. Tak silap bulan Mei. Mencabar, penat tu tak payah cakaplah. Sampai kena tekanan darah rendah tapi aku kan memang bercita-cita tinggi nak jadi supermom (ahakss) so, buat-buat cool la. Padahal aku rasa hidup aku tunggang langgang la jugak. I mean keadaan rumahlah bersepah. Dahlah aku ni jenis malas mengemas, memang harapkan laki kan, dah laki takde, boleh bayang tak rupa rumah aku macam mana. So far, hanya Mama Naurah je aku benarkan masuk dalam rumah aku. Why? sebab dia dah tau aku macam mana masa duk satu rumah. Takde la aku segan kan. Ahahaha See, buruk benarkan aku? Macam mana la laki aku boleh sayang aku. KAHKAHKAH Aku ingat 3 benda je, JAGA 3 benda. JAGA MAKAN, JAGA HATI, JAGA TETTTTTT. simple. wakakaka 


Now, aku dah mula terbayangkan keadaan aku dalam bulan Ramadan. Memang horror tapi aku nak tukar benda yang mustahil akan jadi realiti. 

4.00 am. bangun sahur. sediakan makan Naurah. Solat. Kalau sempat tidur, tidur sekejap. kalau tak, terus mandi.

6.50 am. mandi dan bersiap. (in case sempat tidur after sahur)

7.30 am. pergi kerja.

4.30 pm. balik dari kerja, pergi bazar cari juadah berbuka. (walaupun aku gila masak but dont expect aku akan masak kalau berdua dengan Naurah. Nayyyyy)

6.00 pm. Kemas rumah (DOAKAN AKU), iron baju (DOAKAN AKU), kemas bag baju Naurah (DOAKAN AKU), basuh baju in case baju berlonggok (DOAKAN AKU), sidai baju (DOAKAN AKU), lipat kain baju (DOAKAN AKU) -----> semua kerja yang aku malas nak buat dan perlu pertolongan laki aku. sob

7.30 pm. OPTION 1 : berbuka sekenyanganya. mandikan naurah. mandi. solat. bf Naurah. OPTION 2: berbuka ala kadar. mandi. solat.mandikan naurah. bf naurah. makan nasi. SEBAB, naurah kadang-kadanng lepas mandi nak bf, so, kalo aku mandikan dia dulu, dan dia bergayut bf, takut semput-semput aku solat maghrib nanti.

8.30 pm. solat isyak. layan Naurah. layan tv. 

9.30 pm. I WISH Naurah dah tidur waktu ni. So, bolehlah joint sama sampailah bangun esok paginya untuk bersahur.


Phewww... please please please DOAKAN AKU seperti di atas. Kadang-kadang kita selalu bersunggut dengan keadaan kita, suami tak ada di sisi, jauh dari keluarga tapi sebenarnya ada lagi orang yang susah dari kita. Atleast walaupun kami jumpa weekend je nanti, aku masih ada suami dan Naurah masih ada ayah. Walaupun family aku duk jauh, kami dua beranak je, atleast ia mengajar aku jadi berdikari dan lebih tabah. Aku tak sangka, aku boleh buat semua ni berdua dengan Naurah. Kalau asyik merungut je, kadang-kadang ia akan melemahkan kita. Kalau aku diberi pilihan memang aku akan ikut ke mana sahaja suami aku pergi tapi aku bukan SAHM. Kena kerja sama-sama. 

So, again, PLEASE PRAY FOR US. heeee





Cerita Naurah pulak.

Now, dah 11 month. Hujung bulan ni dah nak setahun. Kejap sangat masa berlalu. Rasa dia tendang perut pun tak hilang lagi. Hahaha Semalam jugak, aku pergi KK untuk regular check up. Entah macam mana terlupa appointment 24 Jun. See, dah cakap, lepas bersalin memang tahap lupa adalah kronik. Tolong, macam mana nak rawat daya ingatan ni. Kerja pun banyak terabai sebab lupa. *sigh*

Maka, seperti yang dijangka memang kena bebellah kat nurse. Timbang semalam berat Naurah 8.50kg daripada 7.9kg, last timbang 9 bulan kot. Tapi tinggi tak ukur pun semalam. Boleh? Aku pun tak faham. Lepas check up dengan nurse, pergi jumpa doktor untuk rujuk eczema. So far in control.

Speaking about eczema, now aku consult Naurah dengan susu kambing Karihome Step 2. Sebelum ni kasi susu Enfalac A+ selain dari SI. Katanya susu kambing baik untuk cegah eczema tapi selepas habis 4 tin, aku tengok sama je. Pelik la jugak. So sekarang macam consider nak tukar kepada susu Enfalac semula. Plus, aku rasa susu kambing sangat sedap kot. Baunya harum, aku suka, Naurah lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii suka.

Boleh bayangkan tak 1 tin kecik, berapa entah beratnya hanya untuk seminggu. Padahal dah top up dengan EBM tu. Omaigod. Agaknya sebab sedap, plus manis sikit kan, tu yang Naurah suka sangat. 1 tin dah RM47 something, so RM47 X 4 minggu = RM188. Hubs cakap masih boleh lagi sebabnya Enfalac pun memang guna 2 kotak sebulan. Biasa kami beli kotak berkembar yang harga around RM120 ke RM160 (lupa). So, harga tak beza sangat. Plus, aku berjimat tang diapers. Naurah pakai diaper paling murah. Walaupun ada eczema tapi vontotnya sangat bagus. HAHAA no diaper rash pun. So kami guna diapers fitti je. RM23 untuk 60 keping. So beli 2 pek terus untuk sebulan. Jadinya untuk pampers sahaja RM46. Kalau nak jalan-jalan je guna pampers drypers pant tu. So, total belanja untuk Naurah every month tidak lebih RM250. So far...

Progress Naurah yang lain pulak, almost baby stage umur dia kot yang buat benda sama like pok amai-amai, then kalau cakap pandai mesti tepuk tangan, ajar something simple pun dia tau dan dah faham arahan kita. Cuma, aku perhatikan Naurah ni, dia macam attention seeker kalau aku ada. Dia buat something mesti nak suruh aku menepek, tengok dia buat benda tu. Like, sekarang dah pandai panjat sofa. Tapi memang sofa tinggi, akal dia ialah tarik plastik diapers untuk jadi pelapik kaki. Dalam masa dia buat tu, dia akan pandang aku sambil mulut bising nak suruh aku tengok (masa tu aku tengok tv, buat-buat tak nampak apa dia buat haha). Lepas tu, nak main tu nak aku ada depan mata.

Kalau aku ajar something memang dia tak fokus, ada je benda dia buat. Kadang-kadang aku nak ajar buku, bear, ball etc kan, tiba-tiba dia ketap bibir kasi bibir comel dan buat mulut itik. Ofcourse la aku impress kan sebab comel je anak aku (HAHAHA ya,ya sila cakap anak sendiri comel). Bila aku ketawa and say "pandainya anak ibu buat mulut gitu"... terus tepuk tangan dia laju-laju. 

So, aku rasa dia nak tunjuk skill dia belajar setiap hari kat rumah BS kot. Bila balik kerja, adalah waktu dia tunjuk skill dia dan bukan waktu untuk aku mengajar. Waktu dia belajar adalah di rumah BS. Aku rasalah. Sebabnya hanya TADAH TANGAN UNTUK BACA DOA dan SALAM je dia memang dari awal ikut apa aku ajar. Selain dari itu seperti SHE KNOW WHERE HER EARS, EYES, NOSE, MOUTH, MUKA TAKUT, MUKA TERKEJUT, BIBIR KIUT, ANGKAT TANGAN, etc yang diajar oleh BS. Aku harap Naurah belajar benda yang baik-baik aje kat rumah BS. AMIN.


Fyi juga, Naurah still tak boleh berjalan mahupun berdiri dengan sendiri. Mesti nak kena pegang pada something. Dia macam takut-takut sikit kalo nak bangun atau duduk. So, i guess memang lambat sikit kot kalau nak berjalan. Ada baby yang sebaya dia dah boleh jalan kan? Takpe, aku memang tak push dia. Lain anak, lain porgressnya kan? Yang pasti Naurah ringan mulut rasanya. Dah banyak perkataan keluar dari mulut. Happynya bila perkataan yang disebut tu seakan-akan dia faham tau dengan soalan kita ajukan.

Contoh the word she know is Nakkkk. Kalau makanan dah habis kat tangan then i ask her, "Naurah nak lagi tak buah ni?", she will reply "naaaakkkk" sambil angguk-angguk kepala. Kalau tak nak, dia akan gelengkan kepala. Ada videonya, nantilah upload. Hahaa One more thing yang sweet sangat, bila tanya dia "ayah mana??" terus kelam kabut cari, intai-intai mana ayah. hahah comel. Tapi bila tanya mana ibu, buat dont know je. HAHAHA

Perkataan lain yang selalu dia sebut ialah MAMMAAA, TATATATA, HAHHH, DAAAHHH, AAUUUUMMMM, YAHHHH, NANNNAAAA, BAABAABAA, LAAALAAAAALA etc.

Permainan Naurah pulak more pada benda kasar. She dont like mainan yang betul-betul mainan baby. Apa yang dia suka ialah senduk, sudu, bekas tupperware, botol air mineral, kunci, pinggan, bag solek, jam tangan. So mainan satu kolam renang tu memang tak pandang sangat. Kami pun tak belikan sangat mainan. So far mainan yang aku beli tak lebih dari 5, lain-lain ialah pemberian kawan-kawan. Naurah cepat bosan dengan mainan kanak-kanak. Dia akan main kejap-kejap je. So, better keluarkan satu mainan, then sorok yang lain dari pandangannya. Once dia dah bosan dengan mainan tu, keluarkan mainan baru. TV pulak memang dia tak layan sangat. Even cerita kartun memang tak. Dia suka tengok iklan TV like Iklan ZALORA, IKLAN TV3, IKLAN BANANANA, IKLAN SUSU, IKLAN ASTRO CERIA dan APA JUA IKLAN YANG ADA MUZIK. Paling suka ialah segmen INDAHNYA IMAN kat ASTRO OASIS.

Breastfeed Journey. Still excellent so far. I think SI masih banyak. Cuma sekarang dah tak pump kat office sebab malas. Masih terasa breast bengkak bila nak tunggu pukul 5. Malam and weekend memang fully bf. Bila balik kerja, memang sebelah she will bf, sebelah lagi mencurah-curah keluar, so tadah je bottle untuk stok bawak ke rumah BS esok. Masih dapat 10oz persession. Alhamdulillah. 




So far, tu je nak share kali ni. Sekali sekala tak update, memang pulun habis-habis dalam 1 entry. Panjang lebar. hehe Siapa yang cakap bosan hari tu, i update pendek-pendek. Tak baca ni siaplah! HAHAHA


Gambar sikit. no filter (malas nak letak watermark)

 
see her lips. One of the cute lips yang dia pandai buat. kalau cakap macam mana bibir comel, mesti ketap bibir atau buat mulut itik. ahaha


with her new ride.

nomnom

her 1st guess jeans.

Ada aku kesah?? lol nanti ibu ajar tangan letak kat bahu. HAHAHA

her messy hair.

New one, yesterday. Balik dari klinik.




Salam Ramadan!


KBye!







THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...