Thursday, June 13, 2013

RESEPI HOMEMADE NUGGET, CARROT AND DATES JELLY

Serius weh, kalau nak update blog mesti permulaan ayat aku nak cakap, tak sempat nak update sebab busy. hahaha Rajin memang rajin, bersemangat lagi kan nak tayang maknenek bento ni tapi tulah, kekangan masa. Kerja office pun berlambak lagi tak siap.

Update jugak sebab ramai yang mintak resepi homemade nugget. Resepi ni aku cari dalam internet, sekali lupa dah nak copy link. Err..sorry, sape punya resepi. Sangat bijak ok. Anda superb sangat! ^_^


Resepi HOMEMADE NUGGET.





Bahan-bahan: 

- Isi ayam (sekeping tapak tangan saje sebab aku memang buat 5, 6 ketul je. malas nak simpan dalam fridge lama-lama)

- oregano

- egg yolk (below 1 year, kalau boleh elakkan telur putih, takut anak alergik. Kalau tak alergik takpe, boleh masukakn sebijik telur)

- tepung gandum/tepung atta

-pure olive oil

- bawang putih (aku masukkan seulas je. takut terlebih bau pulak)

- serbuk nutmeg (masukkan sikit je sebab baby sensitif tang bau. kang bau kuat sangat, tak makan nugget nanti)

- blackpeper

- serbuk roti

- roti sandwich (kembangkan roti dengan air supaya senang nak kisar)

- bahan perasa (aku tak letak sebab anak aku kecik lagi. so, semua makanan anak aku yang dimasak is BIG NO to MSG!)


Cara buatnya:

- Kisar : isi ayam, egg yolk, roti, bawang putih, oregano, nutmeg, blackpepper. Kisar hingga hancur.





- Then, masukkan dalam bekas untuk dikukus. Kukus ni lebih kurang 10 hingga 15 minit.

Dah masak


- Nak tau masak ke tak, tengok bahan tersebut like mengembag sedikit dan merekah. pastu ambik garfu, cucuk. tengok ada tak like tepung meleleh kat garfu. biasanya kalo masak, garfu tu nmpak berminyak je. minyak dari isi ayam barangkali.

- Dah masak, angkat. Gaulkan dengan tepung gandum/tepung atta sehingga adunan senangn dibentuk dan tidak melekat pada tangan.

- setelah adunan siap diuli dengan tepung, mulalah menekap nugget dengan acuan yang digemari. 

- selepas tekap, lumurkan acuan nugget tadi ke dalam breabcrumb. Nak goreng terus pun boleh dan nak simpan peti ais pun boleh.

 
yang belum digoreng



 So, pagi-pagi dalam pukul 6 aku masuk dapur sediakan bekalan Naurah. Termasuklah goreng nugget ni. 

Sekali dengan nugget ni, aku masak bubur macam biasa.

4th set bento untuk Naurah Rayyani


Semalam, masak agar-agar carrot campur kurma untuk dapatkan kemanisan asli tanpa campur gula gitewww.. hahaa




Resepi AGAR-AGAR CARROT DAN KURMA



Bahan-bahan:

- agar-agar

- carrot

-kurma

cara masak:

- kisar carrot dan kurma (campur air sikit)




- panaskan air dalam periuk, masukakn agar-agar. Kacau agar-agar sampai hancur.

- masukkan carrot dan kurma yang telah dikisar.

- nak pastikan agar-agar tu dah betul-betul keras or takut terlembik ke apa, titiskan setitik agar-agar di atas piring dan biarkan selama 2, 3 minit. Boleh tengok perubahan agar-agar pada piring tadi. 

- sementara tu, agar-agar dalam periuk, still kacau.

- Agak-agak agar-agar dah sedia untuk dituang dalam acuan, sediakan acuan terlebih dahulu dan tuang dalam adunan yang anda suka.

 
guna egg mould

 
guna rice mould

 Bekal semalam, bukan hanya ada jelly tapi bubur and pisang jugak. Macam biasa. Kena ada benda untuk breakfast, lunch and tea time.






couscous + carrot + tomato + potato + chicken





Semangat tak bila tengok makanan comel? Aku dulu masak makanan Naurah ala kadar je. Tapi sejak terlibat dalam bento ni, jadi semakin bersemangat pulak. Pengasuh Naurah masak je kalau aku terlewat bangun nak sediakan makanan kat Naurah tapi bagi aku, alang-alang aku tengah sihat, biarlah aku sediakan sendiri makanan Naurah. Aku pun rasa lebih terjamin dari segi zat dan kebersihan. Sedap tu memang taklah sangat sebab tawar je tapi yang penting, Naurah suka. Dia makan habis. Kawan aku pun cakap, dia pun bersemangat nak suapkan Naurah makanan bila tengok makanan comel-comel gini. Heheh Oklah tu kan? 


Hari ni pulak masak Chicken and Vege Stew. Nantilah share resepi.

Nak joint bento macam aku, kenalah ada aksesori bento kan. Meh, usha FB PAGE BENTO aku. Comelllllllll sangat ok. Insyaallah, next week stok baru sampai. Lagi banyak food picks baru. Sangat Aweosme k!






Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, June 7, 2013

2nd BENTO FOR NAURAH

Mentang-mentang barang bento dah lengkap, rajin pulak nak update blog kan? hehe Sebab stok tengah banyak, haruslah promote kan. Kang esok lusa barang dah tak ada, tunggu next batch sampai, diamlah aku gamaknya. hahah macma hari tu. Sampai customer cakap aku macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. kahkah maafkan aku. First time meniaga, tak ada pengalaman langsung. Nak promote pun tak pandai. Apatah lagi urusan jual beli. Sampai kena tipu pun ada. Hahaha takpe, rezeki tu Allah dah tentukan, kan? Aku jual barang bento ni pun saje suka-suka. Alang-alang nak kumpul barang bento untuk Naurah. Sebabnya aku kan suka masak. So aku memang excited la dengan benda macam ni. Cuba kasi benda lain, like kena kemas-kemas ke, sure aku tak pandang langsung. 

Macam cloth diapers lah. Kawan aku promote murah-murah, jimat duit tapi dah namanya perlukan kerajinan aku untuk mencuci, maka aku tak ambik port pun. Cuma sekarang rasa terpanggil nak try CD sebab aku tengok kemain mudah Wawa handle CD anak dia. ahaha

Ok, balik pada bento. Ni hari kedua aku try buat. Ye, korang mesti fikir, beriya benar kan nak hiasa bagai kat anak macam tu. Memang la Naurah tak reti nak nilai hasil seni tu. Tapi ia sekadar self-motivated kat aku untuk sediakan and more creative dalam menyediakan makanan kat Naurah. Tu je. Kalau dia dah sekolah, lagi seronoklah sediakan bekal. Tak payah beli kat kantin. Tu impian aku la. hehehe Kan, aku dah cakap, aku suka masak! 

 
couscous with pumpkin + mashed potato with dates gravy + strawberry


 Semalam, aku bekalkan Naurah dengan nasi 2 ketul tapi malangnya Cik Nor dia cakap tak makan. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebaba aku asyik kasi couscous ke ape? Dulu dah taknak makan benda lembik like bubur, moi segala. So, buat nasi ketul-ketul, kadang-kadang aku masak sup je. Cik Nor yang masak nasi kat rumah dia. Sekarang nak makan benda lembik semula. Pelik aku dengan selera Naurah ni. hikhik

So, agak memudahkan jugaklah aku masak couscous compare dengan nasi. Sebab nasi kang aku kena jerang segala. Kalau couscous ni, aku campak je dengan labu. Kecilkan api, tau-tau, dua-dua dah kembang. Settle.


couscous and pumpkin


Couscous ni aku cadangkan kat Cik Nor dia, untuk makan lunch dan petang.


Mashed potato


Mashed potato pulak aku cadangkan makan pagi atau tea time. Tengok selera dia la.




 Strawberry bila-bila masa nak makan pun takpe. Semalam tak ada buah. So, malam tadi ayah dia balik kerja, sementara tunggu aku goreng nasi, ayah dia pergi Tunas Mart jap untuk beli buah strawberry. Aku tak pernah kasi naurah buah strawberry. Saje suka-suka beli. Katanya buah ni boleh dimakan once dah 10 bulan ke atas kan. Tak sangka, Naurah suka walaupun  masam-masam manis. hehe




 Now, mehlah nak iklankan bisnes sikit ye. haha

Ni, antara barang bento yang aku guna hari ini dan memang aku jual. Korang kalau nak, boleh kumpul sikit-sikit macam aku, beli sikit-sikit, lama-lama jadi banyak, seronok gila nak masak untuk anak. 


ABC FOOD PICKS. RM15.


LITTLE PAILS. RM15


Duckling Family Picks. RM15


 
SEAWEED SHOE PUNCHER. RM39. more than 15 smiley icon can make.


 
HELLO KITTY AND FRIEND RICE MOULD. RM12.

SAUSAGE CUTTER. RM25



 Untuk barang lain, bolehlah tengok kat FB PAGE BENTO di AWESOME BENTO BY HANA SOFFELIA 



Aku harap Naurah makan dengan apa yang aku sediakan hari ni.






KBYE!

*ada meeting pukul 3 petang.








THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, June 6, 2013

Bento, Pumpkin soup and potato grill recipe.

Semalam barang nak buat bento dah sampai. Kemain seronok. bertambah excited nak sediakan makanan Naurah. Sebelum perkakas untuk buat bento tak lengkap sangat. So today, bangun pagi-pagi, gigih nak buat 1st bento untuk Naurah. Walaupun tak semegah sangat tapi oklah kan for beginner macam saya. heeee

Hari ni masak main dish, prepair snack and breakfast.


 Rice + Pumpkin soup + Potato grill with cheese + potato biscuit


 Untuk breakfast, kasi Naurah makan potato grill with cheese. sangat senang nak sediakan.

Resepi potato grill with cheese.

Bahan-bahan :

- sebiji ubi kentang
- Cheese (saya guna Cheese bega warna hitam, strong)
- parsley flakes

cara masak :

- Rebus sebiji ubi kentang, tanpa buang kulit. setelah masak, toskan.
- Ubi kentang di potong 2. Taburkan cheese dan parlsye di atas permukaan ubi kentang yang telah dipotong.
- Ubi kentang dibakar di atas pan grill dengan api perlahan. bakar sehingga cheese mulai cair.
- siap untuk dihidang.







 Bahan-bahan untuk masak pumpkin soup ialah :

- Pumpkin 
- egg yolk
- onion
- pure olive oil
- SI/FM
- nutmeg
- parsley


Cara masak:

- Panaskan olive oil dalam periuk. Masukkan bawang yang telah di potong dadu. Setelah naik bau, masukkan telur kuning. Biarkan telur kuning masak dengan berketul-ketul.

- Then masukkan air secukupnya. Masukkan pumpkin yang siap dipotong. 

- Setelah pumpkin masak, masukkan sedikit nutmeg powder and parsley flakes.

- Setelah masak, dan kelihatan soup sudah pekat, baharulah masukkan SI/FM untuk menambahkan creamy sup tersebut.

- Siap untuk dihidang.


Tu je makanan Naurah hari ini. Buah tak sempat beli semalam. hehe


Bila ada barang comel ni, rasa sangat bersemangat nak sediakan masakan anak. So, kalau siapa-siapa nak dapatkan bahan comel untuk buat bento, bolehlah kunjungi FB PAGE saya di AWESOME BENTO BY HANA SOFFELIA.


Antara stok terbaru yang sampai

LEGO LARGE AND SMALL BOX WITH CUTE BELT.


CUTLERY SET


SHOE SEAWEED PUNCHER



Actually, banyak lagi barang yang ada. Saya akan share kemudian. However, saya akan upload kat instagram and FB lagi laju dari blog. kikki

So, do follow my IG at @hanasoffelia

Dan

bolehlah LIKE FB PAGE, cari AWESOME BENTO BY HANA SOFFELIA

Atau 

untuk sebarang order atau pertanyaan, boleh emel kepada

LADYBARBELLA@GMAIL.COM





Till then.
TATA.








THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, June 4, 2013

Resepi makanan bayi 8, 9 dan 10 bulan

Ada idea mencurah-curah nak share. Take time fikir nak update apa. Fikir punya fikir dah setengah jam berlalu. Kerja berlambak. Hahaa Maka, marilah manfaatkan 30 minit yang masih ada untuk waktu rehat ni, update laju-laju koleksi makanan Naurah untuk 8, 9 dan 10 bulan ini.

Naurah suka sangat makan. Sebab tu saya suka masak. Pernah jugaklah masa selera dia down, tapi saya tetap masak macam-macam jugak. Nak bagi dia berselera semula kan. Pernah masak bubur dengan banyak, boleh makan sampai malam tapi dia hanya makan 2 sudu saja. Sabar jelah. Memang buang macam tu je. Nak bagi anak makan ni, kena banyak bersabar. Lain budak, lain peelnya. Kadang-kadang ambik masa sejam nak makan 1 bekas kecik bubur. Sabar jelah. 

Antara yang saya pernah sediakan untuk Naurah. Simple je.

1) Bubur cous cous dengan labu

Kedua-dua yang belum masak

 Ni antara menu yang paling sempoi dan malas yang saya pernah buat. Kelebihannya cous cous bila dah kembang tak payah lecek dah. Then saya baca info pasal cous cous ni, it is better than rice sebab tak ada kanji. So, amat jarang baby sembelit bila makan cous cous. 

Bahan-bahan :

- cous cous (3 sudu untuk bekalan makanan 4 kali sehari)
- buah labu 

Cara masak :

- masukkan air ke dalam periuk, biarkan mendidih. Masukkan cous cous.

- Setelah kelihatan cous cous mengembang, masukkan labu sehinggalah masak

- Setelah masak, lecek dan siap untuk dimakan.


2) Ala-ala pulut mangga untuk bayi





Kudapan waktu petang. Tapi boleh jugak untuk breakfast atau lunch. Amat mengenyangkan sebab bersama-sama mangga itu adalah nasi sebenarnya. Bukan pulut. Ibu tak kuasa nak kukus pulut. Plus, macam tak confident sangat nak kasi santan kat Naurah. Kalau nak kukus pulutkan memang kena pakai santan. Takut terlebih santan, boleh kembung perut nanti. Tunggulah setahun lebih.


Bahan-bahan:

- Beras
- Mangga manis
-SI / EBM

Cara masak :

- Masak nasi seperti biasa. Biarkan teksturnya lembik.

- Kopek mangga potong bentuk kiub seperti di atas.

- Sediakan untuk dihidangkan di atas pinggan dan disiram dengan SI atau EBM yang telah dipanaskan.


3) Bubur Vegetarian





Sekali sekala ada baiknya bagi anak makan sayuran tanpa sumber protein kan. Makanan vegetarian ni terjadi sebab saya terlupa stok ikan salmon dah habis. Nasib baik ada sayur penyelamat kat rumah iaitu ubi kentang. Pun dah cukup buat anak makan. Maybe sebab rasa lemak manis kentang kot. 


 Bahan-bahan :

- cous cous
- eggplant
-potato
-nutmeg powder
- parsley flakes


Cara masak :

- Masukkan air ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukan cous cous. Biarkan seketika sehingga kembang.

- Setelah kembang, masukkan potato. Setelah air kelihatan mulai kering, masukkan eggplant.

- Masukkan parsley flakes dan nutmeg powder. Siap untuk dimakan.


4)  Bihun sup



Bahan-bahan :

- sedikit bihun sup
- bawang merah
- rempah 3 saudara
- pure olive oils
- ayam organik
- tomato
- potato
- parsley flakes
- brokoli
- sawi
- seleri


Cara masak:

- tumiskan pure olive oil dalam periuk. Masukkan 3 rempah saudara. Setelah naik bau, masukkan hirisan bawang merah.
- Setelah kekuningan, masukkan sedikit air. Masukkan ayam yang telah dihiris dengan halus
- setelah ayam kelihatan masak, masukkan potato dan seleri. Masukkan brokoli, sawi, parsley flakes, tomato, nutmeg powder dan bihun yang telah dibasuh.
- setelah masak, siap untuk dihidang. Rasanya sangat sedap macam sup orang dewasa. Bezanya tanpa perisa sahaja. 


5) Fried Spinach



Sesuai untuk snack. Boleh goreng buat stok banyak-banyak. Nak goreng ni ada 2 cara.

CARA PERTAMA

 Bahan-bahan :

- Daun bayam yang telah dipilih dan dibasuh bersih
- tepung beras 
- cheese 
- pure olive oils

cara masak :

- Bancuh tepung beras dan masukkan sedikit cheese
- Daun bayam yang sudah dibasuh, dicelup ke dalam tepung beras tersebut
- setelah pure olive oils panas di dalam kuali, masukkan bayam yang telah dicelup dengan tepung. Goreng dengan api perlahan
- setelah itu, angkat dan toskan. Untuk simpan dalam bekas kedap udara, make sure bayam yang digoreng sejuk terlebih dahulu

CARA KEDUA :

- bayam yang siap dibasuh
- egg yolk
- breadcrump / tepung beras
 - pure olive oils

cara masak :

- celup bayam yang dibersih ke dalam egg yolk. kemudian celup ke dalam terung beras / breadcrump tersebut

- setelah minyak panas, sedia untuk digoreng.


6) Roll on pumpkin with cheese





Bahan-bahan :

- pumpkin
- bega cheese
- pure olive oils
- tepung atta / tepung gandum
- breadcrumb
- eggyolk

cara masak :

- rebus labu terlebih dahulu sehingga masak. lecekkan
- satukan labu yang telah dilecek dengan tepung gandum. Sukatan bergantung kepada jumlah labu yang dimasukkan. Make sure setelah adunan labu dan tepung digaul, adunan menjadi liat supaya senang untuk mengulung. Kalau adunan masih lembik, masukkan sedikit lagi tepung.
- Setelah siap adunan, leperkannya di atas dulang, tabur dengan hirisan cheese dan mulalah menggulungkannya. Sekiranya susah nak gulung, lapik adunan tersebut dengan plastik, then gulung dengan menggunakan plastik tersebut.
- setelah adunan siap digulung, gaulkan ke dalam breadcrumb. Pilihan, sama ada nak gaul dengan egg yolk dahulu atau tanpa egg yolk pun boleh, breadcrumb akan melekat pada adunan tersebut.
- setelah pure olive oils panas dalam kuali, siap untuk digoreng. Pastikan digoreng dengan api perlahan supaya cheese dalam adunan tersebut menjadi cair.
- Setelah breadcrumb kelihatan kuning keemasan, siap untuk diangkat dan toskan. Make sure sebelum diberi kepada bayi, cheese tersebut sudah sejuk.


7) cekodok sayur





bahan-bahan : 

 - tepung gandum / tepung atta
- carrot
- brokoli
- seleri
- parsley
- potato

cara masak :

- Rebus potato terlebih dahulu. Lecek sehingga hancur
- bancuh tepung dalam mangkuk dengan sedikit air.
- masukkan carrot, brokoli, seleri yang telah dipotong halus. Masukkan potato yang telah dilecek. Masukkan parsley
- setelah pure olive oils panas di dalam kuali, masukkan adunan tersebut dengan menggunakan api perlahan-lahan.
- setelah kekuningan, siap diangkat dan ditoskan.




 So far, tu je sempat nak share. Masih ada resepi yang tersimpan dalam koleksi saya.Next time, ya!


Happy cooking to all mommy. Let's make homefood for our baby. Full of love and hygiene!


 
Naurah and with her cekodok sayur. The most peberet kudapan for her.





"taste good tak Naurah, ibu masak?"

"Hurrmmmmm... not badlah"


Seee... she loikeeeee!! AHAHA



 

Till then.
TATA





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...