Friday, May 31, 2013

Pencapaian di bulan Mei

Hari ni hari terakhir bulan Mei 2013. Bulan yang iolls tunggu sebab 23rd Mei kan my birthday. *senyumcomel* Dan kebetulan bulan ni somi out station 1 month, hanya balik sabtu malam dan ahad malam pergi semula, maka boleh dikatakan rumahtangga di bawah jagaan saya sepenuhnya. HEBAK MUNG NIH,HANA!! 

Hahaha

Meh la kita rekod sikit pencapaian menjadi single parent for 1 month ni. Tak pernah terfikir pun nak uruskan anak sorang-sorang. I tot somi dah pindah sini, no more LDR ke apa kan, rupanya tidaklah gitu. Kerjanya sekarang memang memerlukan somi pergi ke timur, selatan, barat. Takpelah, kang tak kerja tak ada duit pulak. *matabersinarnampakduit* hewhew

Apa yang boleh dikatakan, uruskan rumahtangga sorang-sorang adalah sangat memenatkan. Kalau duk dengan family ok lah jugakkan walaupun somi tak ada. Kalau sorang-sorang terkontang kanting kat rumah 2 beranak je, memang nak pitam rasa. Tu belum kira anak demam sakit lagi. Kalau ibu pun demam, tak sihat, lagi kesian kat anak kan. Kagum siapa yang jadi ibu and masih LDR dengan suami. Hebat gila lah.

Aku yang hanya weekday je tak jumpa ni rasa separuh nyawa hilang. Penat hooiii.. Naurah ni bukan lah hyperaktif ke apa. Tapi sebab being a working mum kan, balik rumah ingatkan dapat berehat tapi tak ada maknanya. Kena beribadah lagi untuk anak. 

Kehidupan orang lain, aku tak pasti la kan. Ni kehidupan aku lalui.

5.30 petang : Baru sampai. Letak Naurah dalam pool atau dalam bilik sementara aku solat Asar. Padahal boleh solat kat opis tapi nak jugak suruh anak tengok aku solat. Sebabnya dia akan tengok aku solat waktu asar n isyak je, kadang-kadang maghrib dia tidur, kadang-kadang tak tidur boleh tengok la. Waktu subuh pulak dia tengah tidur. Aku suka dia tenung muka aku solat. Moga-moga sebaik sahaja boleh bercakap, anak ibu cepat-cepat mengaji quran ye, boleh solat sama-sama. AMIN 

7.00 malam : Mandikan Naurah. Siapkan, BF. Kalau dia penat, dia akan tidur. Kalau tak tidur, dia akan main dalam pool. Aku pergi mandi. Time nak solat dalam bilik, aku angkut dia masuk bilik dengan mainan. Bukan apa, kalo biar dia main kat ruang tamu dalam pool, ada je dia keluar pool, kutip apa-apa, kang ada sampai dapur. So, duk dalam bilik, aku akan kunci pintu bilik. Biar dia pusing dalam bilik je. 

8.30 malam : Solat isyak. Kalau naurah tidur, time ni aku akan makan dulu. Kalau dia tak tidur, aku akan panaskan makanan dia yang aku masak pagi tadi, kasi dia makan kenyang-kenyang. Letak dia dalam pool. Pastu keluar rumah bukak pili air (tangki bilik air bocor, tak panggil orang repair lagi. kalau pili air kat luar tak tutup, tangki dah penuh, air melimpah ruah keluar). So, masa pili air bukak ni, aku kena speed buat kerja. Seperti BASUH PERIUK MASAk MAKANAN DIA TADI, TADAH AIR DARI PENAPIS, SEDIAKAN BAHAN MAKANAN DIA UNTUK MASAK ESOK, BASUH BEKAS MAKANAN, BASUH BOTOL SUSU, LIPAT BAJU ATAU BASUH BAJU & SIDAI BAJU, IRON BAJU, KEMAS BAJU NAURAH MASUK DALAM BAG.

11.30 malam : Baru dapat berehat. Gila penat! Nak layan cerita korea pun curi-curi berlari ke dapur jap, ke ruang tamu jap. Mesti pelik kan lama gila aku nak settle kerja-kerja remeh temeh kat dapur tu. Bukan ape, kalau naurah tu boleh statik dalam pool je takpelah. Boleh cepat-cepat aku settlekan kerja dapur. Ni, bila dia bosan duk dalam pool, dia keluar pi cari apa-apa yang dia nak main. Kain baju yang tak lipat duk atas sofa, memang mainan dia la tu. kadang-kadang dia balut-balut badan dia dengan baju-baju tu semua. Tu belum aku stop buat kerja sebab nak BF dia. Campur dengan dia mintak aku dukung dan teman dia main sorang-sorang. Dah teman dia setengah jam, cepat-cepat angkat vontot pi settle kerja. Kang duk ralit tengok tv, air tangki melimpah pulak.

12.00 tengah malam - 1 pagi : Barulah Naurah nak tidur. Tu pun aku kena slowkan tv langsung tak ada suara. Lampu kena matikan. Naurah suka tidur dalam gelap. Dah besar-besar ni pun dia masih berjaga malam nak BF. Kul 3 pagi kang kena bangun lagi nak BF sampai kul 6 pagi.

5.40 pagi : Bangun. Masuk dapur, jerang air, masak makanan dengan api perlahan. Aku cepat-cepat mandi. Pi solat. kadang-kadang time pagi ni dia ada jugak terjaga nak BF. Dah BF baru bersiap sambil isi makanan dalam bekas, isi air panas dalam termos, masukkan botol susu dan berus gusi (lol) dalam bakul.

7. 20 pagi : Hantar Naurah ke rumah Cik Nor. Terus pergi kerja.

5.00 petang : Balik, lakukan rutin yang sama macam semalam.

Sekian, jadual saya untuk bulan ini as single mummy.

Hectic, yet fun!

Kalau somi ada walaupun dia balik malam, aku masih sempatlah tidur kat ruang tamu after isyak. Sementara Naurah akan main-main dengan ayah dia. Naurah nak tidur kang dalam kul 12 baru somi kejutkan aku nak BF. Kalo somi balik kerja petang lagi best, aku terus masuk dapur masak, kemas semua benda, pukul 8 malam dah dapat rehat.


Begitulah ceritanya pada bulan 5 ini. Walaupun penat, tetap bersyukur mampu handle semua ni (sekali lagi, walaupun terkena tekanan darah rendah). Penat memang penat tapi aku selalu fikir, kalau aku tak mandikan naurah, masakkan makanan dia, menyusu dia, layan dia bermain, siapa lagi nak buat? Yang paling penting, dia sihat walafiat.


Aku berharap somi reward aku 2 kali ganda untuk pencapaian bulan Mei ini. Pertama, hutang birthday aku. Kedua, reward menjadi ibu yang hebat. HAHAHA 


Will see.


 "Ibu, banyaknya baju atas sofa ni. Macam bukit dah. Naurah tolong lipat ye?"




KBYE!










THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 29, 2013

10 month already.

28 Mei, Naurah dah 10 bulan. 2 month more nak setahun. kejap je masa berlalu. Rasa fobia jahit miss V pun tak hilang lagi, eh, tetiba dah nak besar dah baby girl daku ni. Dah boleh jadi kak long. EH! hahaha 

Semalam tak sempat nak update. Selain dari sibuk, seperti biasa. MALAS. *sigh* 

For her 10mo old, here Naurah punya milestone from 9 till 10 month. Actually terlalu banyak, kinda excited nak ceritakan. Tak tau nak mulakan dari mana. Ni, apa yang saya ingat jelah.

Kuat makan.

Well, ibu kan suka makan dan masak. So, ibu suka perhatikan cara makan Naurah. Naurah ni jenis yang boleh makan apa aje. Kalau kasi apa-apa dia makan. Lagi best perut tak meragam. Makin seronoklah ibu masak. Kalau ibu makan depan dia like makan nasi, mesti merengek nak jugak. Jarang sekali nak makan bubur lembik-lembik atau moi ni. Tapi kalau makan kat luar, memang habis satu bekas dia makan walaupun kasi moi. haha gitu kekdahnya. Suka makan sambil sibuk perhatikan gelagat orang. Persoalannya, haruskah ibu mintak ayah beli kerusi batu dan parking di luar rumah, di sebelah kereta ibu? 

Comot makan betik.

Dah big girl sangat. Tak sudi guna food feeder dah. Bila kasi betik dalam food feeder mesti dia penyek-penyekkan betik sampai meleleh kat tangan, baru dia makan betik dari tangan dia. Comel sangat. 

Then suka makan apa aje. Saya tak nak strict sangat dengan Naurah as long as makanan tu tak memudaratkannya. Sekali sekali tu bagi je dia rasa aiskrim, coklat. So far saya bagi, memang dia tak adalah alahan atau sembelit. Saya ikut cara mak saya, kata tokmanya bagi rasa sikit-sikit nanti tak adalah perut dia terkejut bila terima makanan baru bila dia besar nanti. Perut dah pandai hadam benda yang lain selain dari susu dan bubur nasi. baiklah.


Makan cekodok.

 Kalau saya kasi seketul cekodok atau sepotong epal atau pear dan sebagainya, Insya Allah she will eat properly. Tak ada tercekik. Dia akan gigit sikit-sikit sambi; mengunyah dengan mengguna gusi atau gigi depan, dah macam nenek-nenek tengok tapi comel. hehe 


Gigi pun baru ada 2 batang sejak tumbuh masa umur dia 7 bulan. Lepas pada tu, tak ada dah gigi lain yang tumbuh. So far, masa BF tak ada lagi adengan gigit mengigit ni. Tapi kalau dia tengok ibu tengah syok layan tv, diam-diam dia datang gigit kaki, tangan, peha ibu. Makin cakap geli, makin seronok dia kenakan kita. Wah, dah besar tiba-tiba, faham dah nak main gurau-gurau ni. Gurau kasar pulak dia ni. hehe

Still merangkak. Tapi dah laju. Dia suka sangat kalau dia tengah merangkak, kita buat-buat nak kejar dia. Makin laju oii dia bergerak. Gaya nak berlari. Dapat bayangkan tak? Berdiri sendiri pun tapi kena pegang pada something lah. Pastu menjenket-jenket ke satu tempat ke satu tempat. Pernah satu malam tu, dia teman saya kat dapur. Saya tengah basuh botol susu dia, dia cuba bangun agaknya, tiba-tiba terjatuh dan kepala terhantuk kat pintu peti ais. Gila takut saya masa tu. Dahlah ayah dia out station kan. Dia nangis tak bunyi suara, macam selok sangat. Dahi terhantuk tu jadi biru. Tapi dia nangis tak lama. Tak sampai 5 minit pun. Saya terus ambik, bawak pi ruang tamu, kasi BF terus sambil tuam dahi dengan kain. Terus diam. Saya rasa Naurah ni jenis kuat semangat. Kadang-kadang terhantuk sedikit atau terjatuh, dia tak nangis. jaranglah dengar dia menangis beriya. Merengek-rengek nak susu tu biasalah.

Dahi biru bengkak.


 Macam saya cakap tadi. Dia pandai bergurau senda. Suka sakat saya ni. Saya duduk diam depan tv, dia akan datang slow-slow gigit peha saya sebabnya dia tau kelemahan saya tang peha, kaki dan perut. Geli yang amat. Lagi satu, kalau saya tak sanggul rambut, dia akan datang, tarik-tarik rambut saya. Bila saya cakap sakit, dia lepaskan pastu buat muka tak bersalah. 

Juga pandai tiru apa orang buat. Like tekan remote Astro. Baru ni tukar kepada Astro Beyond tapi remote Astro lama yang warna hitam tu masih ada. Baby kan suka kat remote. Saya kasi remote hitam tapi tak ada hendaknya. Sebab dia asyik perhati saya pegang remote putih tu, yang tulah dia nak capai. Pernah saya kasi remote hitam, dia campak pastu dia tadah tangan mintak remote putih. hahaha

Kalau remote Astro kat tangan dia, dipicitkan remote sambil remote dihala ke tv okeh! like ibu buatlah kekdahnya. Sekali bila tv tertukar siaran atau mati, cepat-cepat keluarkan suara .. "hah.hah..hah.." saya memang sakat dia kalau siaran tertukar sebab dia mesti saya cakap gini, "aiyoookkk.. tak tau... siapa buat... aiyoookkk.. hah.. hah.hah.." buat muka takut. Sekali dia ikut. Sendiri tukar channel, pastu nak takut-takutkan orang pulak. Hahaha

Paling best, baru-baru ni dia dah belajar sikat rambut. Kan selalu lepas mandi, saya sikat rambut dia yang tak berapa nak ada tu. Dah siap sikat rambut dia, dia tadah tangan mintak sikat. So, saya kasi je, ingatkan dia nak gigit-gigit. Sekali dicapaikan doll yang curly hair tu, disikatnya rambut. Hahaha Rasa nak cium-cium lambung-lambung anak ibu masa tu. Happy sangat-sangat, rasa anak daku bijak gila. Kecik-kecik dah pandai buat gitu. Bangga ok, budak yang meragam masa aku kandungkan dulu punyalah terseksa, sebegini bijak rupanya. Sayang sangat-sangat.

Beginilah dia sikat rambut member dia.


 Dah pandai buat muka. Ni rasanya almost baby kot yang suka buat ekspresi muka like busyuk-busyuk ni. Naurah akan buat muka macam tu bila saya nak ambik gambar dia. Dah tak suka camwhore sangat. Asal saya hala je kamera mesti muka tunduk ke bawah, pura-pura busy. Paling tak tahan bila buat muka hodoh, macamkan tak nak kasi ibu ambik gambar. Tapi, muka "hodoh" yang dia buat tulah, lagi ibu geram sangat-sangat. Comel tau tak! hahaha

Comelkan. Rasanya almost baby suka buat muka macam ni kan?


Ni muka marah ni. haha


What more ya? Hurm...

Haaa.. panjang akal sangat. Dari dulu sampai sekarang hobi dia memang mencari apa aje yang ada atas lantai. Kalau terjumpa seekor semut, rambut sure masuk mulutnya apatah lagi kalau terjumpa serpihan kertas atau tisu. Dah ada port rahsia k kalau nak buat benda yang ibu akan marah. Dia akan kutip kertas yang dia aim nak masuk mulut, perlahan-lahan dia merangkak pergi kat tepi sofa dekat pintu grill, tempat tu berlindung sikit dari pandangan. Tulah tempat dia nak mengunyah kertas. hahaa

Can see what in her mouth? Tengah best chewing paper tu, sekali terkantoi bila nak snap gambar, dia pi buat muka macam tu. ahaha


Makan serpihan cat simen yang dia kopek kat dinding. Mengamuk bila korek-korek dalam mulut. Sabar jelah


Pool pun, dia dah pandai mengelongsor keluar dan masuk. So untuk lebih selamat, saya keluarkan 2 tier angin, tinggallah satu pelampung yang isi angin saja. Dia akan keluar masuk sendiri dalam pool tu. Kalau dia dah bosan main permainan dalam pool, mulalah keluar cari-cari benda yang ada atas simen pulak. hehe Dah senang sikit nak masak, pergi mandi, solat. Biarkan je dia main dalam pool. Boleh tahan lama lah jugak dia main. Akan cari ibu pun bila nak BF atau tidur.


Err... actually banyak lagi nak cerita tapi dah nak balik. Next time ya. Nak upload video dari Keek pun tak sempat. 

Will share later, pandai bye-bye, kiss pipi, shake hand, pok amai-amai, pura-pura baca buku dengan kuat. HAHAHAHA


later ya. 


latest picture for 10 month old. yesterday from IG. ngeee







KBYE!!








THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, May 23, 2013

On my 27th Birthday's rambling

Mood ups and down lately. 2 hari lepas MC sebab tekanan darah rendah. Tak taulah buat kerja apa sampai penat sangat. Nothing to share just, rasa kesian dengan diri sendiri bermalasan nak update blog. Boleh? ahaha kinda lazy.

Just to share, on my 27th birthday:

- Hubby not here to celebrate my birthday (first rank tulis menandakan iolls sedikit sedih. I tot dah duk sekali, boleh celebrate together2. Haha Tapi reset minda, he will be here soon. I akan redeem my birthday celebration n gift with him soon! kahkah)

- Glad, dalam usia muda (27th is still young! lol) saya menjadi seorang ibu. I must said i am a proud mum. Ada baby girl yang membesar dengan sihat, kuat, cute, ikut muka hubby (i think my hubs is cute! ahaha) dan bijak!

- How i wish i can be a fulltime housewife since dah ada baby. Tapi kena tunggu income hubs 10k a month! HAHAHA - see the tittle la, nama pun rambling entry khenn?? (INDEED, memang betul-betul doa after prayer. AMIN)

- However, bersyukur jugak masih ada kerja untuk support my family. Tapi i think, prestasi banyak menurun selepas bersalin. A little bit lazy, kuat pelupa etc. Argh, what is wrong with me! Patutnya ada baby, dah tak LDR with hubs kerja makin excellent kan? Makin bahagia kan? See, there is something wrong with me!

- Lupa nak cakap, hari tu check up Naurah weight was 7.9kg. 

- Masih gemar memasak walaupun tidaklah sedap. haha Macam mana hubs tak comel macam sekarang khennn, binik ni pantang dengar hubs cakap lapar sikit lajuuuuu hayun kaki ke dapur. Kul 1 pagi tengah layan Running Man, hubs cakap "best pulak dia orang makan." Zassss bunyi ketuk-ketuk kuali. I is rajin masak sebab boleh tumpang makan sekaki. Bijak tak? HAHAHA Pernah jugak, hubs dinner awal dalam pukul 6 petang, then malam dah kenyang. Tiba-tiba pukul 3 pagi ada orang kejut, cakap lapar. Boleh?? Binik ni, kesat-kesat air liur basi (HAHAHHA), masuk toilet basuh muka, tengok ada nasi dalam periuk, potong bawang, potong sayur, potong ayam, sapsapsoi siap nasi goreng. Alang-alang masak tu, tumpang sekaki makan. Kata isteri solehah khennn? Kenalah teman hubs makan. Tak elok makan sorang-sorang. orang cakap makan dengan syaiton. KAHKAH (alasan kauuuuu!! lol)

- Bad side pulak. Masih malas mengemas dan menyusun barang. Dulu, pernah berjanji dengan hubs, kalo dah ada anak, nak rajin kemas rumah, tak nak kasi berhabuk, safety anak nak main kan. Tapi nan-ado! Daku bersyukur hubs sudi tukar kerja and stay with me kan. Dialah pelengkap pada kekurangan daku. I is cooking, dia mengemas. I basuh baju, dia sidai. Dia lipa baju, i susun baju dalam almari. Gitewwww. 

Dan, baru-baru ni dia pi out station sampai sekarang (cuma balik hari sabtu je minggu lepas), punyalah terkejutkan kain baju berlonggok atas sofa. Membebel la sikit-sikit kan, terus iolls keluarkan ayat power, begini....

"tengoklah hidup saya kalau biey tak ada. Semua tunggang langgang. Rumah tak terurus. Sebab tu saya tak boleh berjauhan dari biey" HAHAHAHA

Kau, kalau dah malas, ada kekurangan some part, cer jangan lawan cakap dia. Cari part yang leh lembutkan hati sikit. Macam iolls tulah, zikir sikit tepi telinga, terus dapat kiss. EH! HAHAHA

Aku punya malas, hanya husband and ex-housemate aku je tau. HAHAHA Sebulan sekali sangat jarang nampak aku pegang batang penyapu. KAHKAH tapi punyalah rajin pegang sudip, senduk dan seangkatan denganya, hampir tiap hari dan tak kira siang malam. Tulah kelebihan dan kekurangan daku sepanjang hidup 27 tahun ini.

Terima kasihlah suami, jadi pelengkap hidup ku ini. ekeke


Dah cukup panjang rasanya rambling ni. Apa-apa pun terima kasih yang wish dan doakan untuk kelahiran 27 tahun daku ini. Aku aminkan semuanya.

Nayyyy gambar dalam entry ni. Semua gambar upload dalam IG. Baca blog, tengok gambar kat IG ye. HAHAHAHA 


Till then.
BYE!



 XOXO
love my life.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 15, 2013

Sesuatu dengan Facebook

Selalu tak tau nak cakap apa mula-mula entry. Dah tengah-tengah baru syok menaip. Otak dengan tangan sama laju. hehe

Rasanya macam nak buat sesuatu je kat Facebook. Sebabnya rasa dah sesak nafas, kebanyakkan member up status politik. Kang deactive FB tak best pulak. Sebab ada je member yang post cerita best (walaupun lagi ramai hal politik). Ke perlu unfriend? HAHAHAHA mesti orang cakap, ada aku kesah kau nak delete aku? Muahaha

Lepas tu, saya ni nak share link blog kat FB jadi segan. Sebab ada jugak kawan-kawan yang tak suka kat blogger. Katanya perasan macam artis. Nak tulis benda best je. Macam kan ada orang baca. HAHAHAHA Nak marah pun tak jadi. Gelak jelah. Sebab saya rasa dia orang baca je blog. Cuma tak suka cara penulisan some blogger kot yang macam show off ke apa. Tapi tu kan blog masing-masing. Ada orang suka share ilmu, ada orang suka cerita kisah hidup dia. Ada orang suka review something. Ada tu blog gosip artis. Depends la kan. Macam saya ni, tak tau blog ape. Suka hati nak menulis ape. Hahaha Pun ada yang tak suka jugak. Tapi saya tak kisah pun. Kalau saya kisah, dah lama saya tutup blog. HAHAHA

Pendek kata, kena buat sesuatu ni dengan FB.


Itu je nak cakap.
BAHAH!






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, May 10, 2013

Cara perkenalkan telur pada bayi. And, food.

Update laju-laju sebelum balik. Rasa nak share pasal telur untuk baby. Ilmu ni dapat melalui pembacaan dan sharing topic by others mommy. Then untuk yakinkan the right time and tips pemakanan telur untuk baby, saya hubungi bahagian Laktasi, PPUM. Sekali tersalah tempat pertanyaan. HAHA Nasib baik nurse tu baik. Then, dia tolong rujuk kat bahagian Dietician makanan baby.

Antara ilmu yang tak seberapa dari saya.

Kenapa perlu perkenalkan telur secara berperingkat kepada baby?

Pemberian telur secara berperingkat-peringkat kepada baby adalah bertujuan sebagai persediaan sebelum menerima suntikan MMR. Suntikan MMR akan dibuat untuk baby berusia satu tahun. MMR ada salah satu dos suntikan yang perlu diambil mengikut jadual suntikan vaksin yang telah disediakan oleh KKM. Memandangkan saya menerima suntikan vaksin di KK, maka saya perlu ikut flow and rule yang disediakan oleh KK.

Bila nak bagi telur pada baby?

Telur kuning mula diperkenalkan setelah baby mencapai usia 8 bulan dan sebelum 1 tahun.

Apa kaitan suntikan MMR dan telur?

Menurut apa yang saya faham setelah diberi penerangan oleh nurse, suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti mana yang terdapat dalam kuning telur. Maka, sebelum baby diberikan suntikan MMR, baby diberi terlebih dahulu kuning telur untuk mengesan sama ada badan baby mempunyai apa-apa tindak balas atau tidak terhadap kolostrum. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak.

Namun, sekiranya terdapat alahan pada telur seperti naik ruam, bintik merah pada kulit dan sebagainya, sebelum menerima suntikan vaksin pada usia setahun, ibu bapa perlu maklumkan kepada doktor atau nurse terlebih dahulu bahawa bayi tersebut alergik dengan telur. Ini amat penting, agar tiada kesan sampingan yang dialami sebelum menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya, doktor atau nurse akan bertanya tahap alahan terhadap telur sama ada serius atau tidak. Sekiranya keadaan agak serius, doktor mungkin akan menangguhkan dahulu suntikan tersebut atau suntikan tersebut masih boleh diberikan kepada bayi tetapi perlu di bawah pengawasan doktor selepas menerima suntikan. 

Terdapat tips yang saya baca, seeloknya selepas menerima suntikan MMR, jangan terus pulang ke rumah. Luangkan masa selama 15 hingga 30 minit, untuk melihat perubahan pada bayi. Sekiranya selepas menerima suntikan, alahan pada kulit bayi segera kelihatan untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.


Cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat-peringkat.

PASTIKAN :

- telur kena pastikan betul-betul masak

- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

CARA-CARANYA:

Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja

Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga – 1 BIJI telur kuning sahaja

Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima – 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur

Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh – 1 BIJI telur sepenuhnya

Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
 
Sumber : Group Solid Food For My Baby :)
 
Sebagai contoh saya perkenalkan kepada Naurah :


cous cous + pumpkin soup + egg yolk



Sebenarnya saya tak arif sangat nak bercerita pasal vaksin. Melalui pembacaan, ada lagi vaksin lain yang boleh diambil di klinik swasta. Saya percaya, lain orang lain pendapatnya mengenai pengambilan vaksin ni. Well, mum know best! You know what is the best for your baby. Up to u. hehe

Others is food yang saya pernah sediakan untuk Naurah.

Parsnip gril.




Cous cous + Pumpkin + chicken



salmon + Peas + Cauliflower + Carrot + Zucchini




Last but not least,

Banana cake.

Lecek pisang + potong dadu epal

biskut baby + Tepung gandum


Campur semua bahan dan bakar. Sap sap soiii je. mihmih







KBYE!!





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 8, 2013

Not so happy.

I am not happy to write here lately. Tak tau apa sudah jadi. All negative in and out side me. Sisa kecewa dengan BS masih ada. Sampai agak fobia nak cari pengasuh baru. Lucky, kawan saya sudi jaga Naurah. Saya biasakan dia dengan panggilan Cik Nor untuk Naurah. Sampai sekarang Naurah masih di bawah jagaannya. Terima kasih pada yang bertanya pasal Naurah and concern about her.

Semalam Hari Hol Pahang. Hari ni baru masuk office selepas bercuti lama balik bermula 1 Mei. Saja cuti awal untuk mengundi. Bolehlah luangkan masa dengan family. Cuti kali ni lain sedikit dari kebiasaan. Suasana kat kampung sangat panas. Bukan sahaja panas dengan cuaca tapi keadaan sekeliling. 

Pilihanraya Umum 13, semakin dewasa, semakin banyak isu yang perlu di ambil tahu. Kecik-kecik dulu, hanya gembira tengok perang bendara, malam-malam ikut mak keluar melawat post atau bilik gerakan yang terdapat di sekitar kampung. Makan-makan, bermain-main waktu malam dengan rakan sebaya. Bukan senang mak nak lepas keluar malam waktu kecik. Bila ada pilihanraya lah boleh keluar malam, ikut mak.

Sekarang suasana berbeza, pemahaman berbeza. Sesuai dengan usia dewasa. Tiada keseronokkan lagi. Suasana panas sebab dipenuhi dengan unsur negatif. Tuduh menuduh, fitnah, caci mencaci, sifat marah, khianat dan pelbagai lagi. Rasa lemas tiba-tiba bila jadi dewasa. Bukak FB, wall dipenuhi dengan post politik lagi. Tak ada lagi post jelek dulu kala yang rindu merindu, sedih tak habis-habis. Dalam jelek-jelek pun, saya tetap enjoy baca post kawan-kawan yang dulu. Rindu post mereka.

Bertambah serabut bila Naurah kena demam campak. Kesian tengok dia tergaru-garu sebab gatal mungkin. Maklumlah cuaca panas. Makan makin berkurang. Berat pun susut. Merap memanjang. Kesian tokma dan keluarga lain, tak dapat sangat pegang. Pantang nampak ibu, terus menangis. Tak nak dekat orang lain. 

Lagi tak best, semua pakat cakap saya pregnant. Siap tanya berapa bulan dah. Tahap buncit serius sebab nenek-nenek rabun pergi mengundi guna tongkat dan wheelchair pun boleh tegur, mengandung lagi ke? TSK. Saya nak berdiet tapi saya tak cekal. 

Itu je nak cakap kali ini.

 KBYE!!



THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...