Monday, April 22, 2013

Kalaulah itu yang berlaku..... #babysitterissue

Macam mana eh, nak mulakan entry ni? Serba salah.  Memang saya tengah sedih sangat-sangat. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya perkara biasa. Atau saya terlalu beremosi, mungkin? Bukan niat saya menagih simpati apatah lagi menyalahkan takdir.

Apa yang boleh saya cakap, try to walk in my shoes? You will know how hard to walk on the thorns. Setiap langkah sangat pedih, saya kena mula dari zero.

Cerita yang membebankan hati dan perasaan saya. Yang membuatkan hati saya sangat sakit tapi tidak pun saya simpan sekelumit dendam. Cuma kesal. Khilaf, di mana silapnya. Sayakah yang bersalah? Entahlah.

Saya bercerita dengan cara yang saya fikir paling selesa. 

Ceritanya.........


Minggu lepas hari rabu, macam biasa aku balik agak awal dari biasa untuk ambik Naurah. Sampai je kat rumah bs, aku melangkah masuk. Tapi sebelum tu seorang lagi mak baby dah sampai.


Sebelum tu aku nak jelaskan, selain dari Naurah, BS ada jaga budak lain, lagi kecik dari Naurah. Umur dia 4 bulan. Satu tempat kerja dengan aku mak baby tu. Aku kenal. Aku tak bercerita sebab perkara tu tak menjadi masalah kat aku sebab sebelum ni pun memang aku tau BS Naurah dah cakap, dia nak jaga budak lain jugak. Aku faham. Dia perlu jaga beberapa orang kanak-kanak untuk sara hidup dia selain dari duit pencen arwah suaminya. Aku tak kisah. Cuma mula-mula tu kesal sikitlah sebab baby tu lagi kecik dari Naurah. Sedangkan Naurah pun masih memerlukan pemerhatian 100%, ni kan lagi tambah seorang baby. Dia pernah cakap nak cari baby yang besar dari Naurah, atleast boleh bertatih ke, boleh berkawan dengan Naurah. Tapi lain ceritanya. Aku masih berprasangka baik. As long as dia mampu menjaga keduanya dengan baik. Aku tidak mengharapkan hanya anak aku dijaga dengan baik, malah kedua-duanya. Aku taknak apa-apa berlaku pada baby 4 bulan tu seperti mana aku tak nak apa-apa berlaku pada Naurah. 


Naurah atas pangku BS. Sebaik aku masuk, aku ambik Naurah, peluk cium segala. Tiba-tiba BS cakap,

"Bulan depan akak tak nak jaga Naurah dan baby B lagi ye sebab akak nak cabut gigi kat klinik kerajaan. Banyak gigi akak rosak. Akak kena ulang alik pergi sana tiap minggu kot. Takut mengganggu kerja hana dan ila (bukan nama sebenar mak baby b)."

Aku macam blur dan seboleh-boleh taknak percaya apa yang aku dengar. Lalu aku tanya semula,

"So, akak nak cuti eh bulan depan sebulan?" masih menaruh harapan, agar BS hanya bercuti sebulan, bukan tak nak jaga Naurah dan baby b selama-lamanya.

Dia bingkas bangun, capai bag dan bakul Naurah, serba salah barangkali mengadap muka kami yang blur,

"eh, taklah. trylah cari pengasuh baru. Akak penat, tak nak jaga dah"

Aku tersentap gila. Aku nak menangis. Aku capai bakul di tangan BS, terus meluru keluar dari rumah BS tanpa melakukan kebiasaan seperti

"balik dulu kak... bye-bye mama.. terima kasih kak.."

Aku terlalu terkejut. Malah aku dapat rasa dia pun terkejut dengan tindakan aku. Biasanya dia akan hantar bakul dan beg Naurah ke kereta sambil aku dukung Naurah tapi langkahnya mati di dalam rumah bila lihat aku meluru keluar. Mak baby B membontoti langkah aku. 

Sebaik masuk dalam kereta, hanya satu dalam kepala aku, siapa lagi yang boleh aku harapkan untuk jaga nyawa aku ini? Aku terus drive ke rumah kawan aku di taman yang sama. Menceritakan segala-galanya. Cerita sedikit sahaja dari apa sakit yang aku rasa. Tanpa banyak menyoal, dia suruh je tinggalkan Naurah kat dia untuk sementara waktu.

Ye, hanya dia yang boleh aku harapkan. Sebelum ni pun dia antara calon BS yang aku nak sangat jaga anak aku bila bersalin kelak tapi waktu tu dia ada masalah sikit. Tapi aku pernah je hantar Naurah kat dia waktu BS terpaksa cuti. So, aku agak yakin sedikit.

So, balik dari rumah kawan aku, terus called husband, cerita sampai air mata tak tertanggung rasanya. Husband balik awal. Aku minta pergi rumah BS ambik semua barang Naurah. 

Tindakan aku tidak matang? membabi buta? kurang ajar?

Kenapa hati aku sangat sakit macam ada pisau tajam menoreh-noreh hati aku. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.

 Aku bukan nak mengungkit segala perkara baik, pertolongan yang aku berikan kepada dia. Tapi aku perlu luahkan. Aku tak tau di mana silapnya. 

Adakah aku terlalu bodoh mudah percayakan orang?

Adakah aku terlalu naif membantu orang membuta tuli?

Aku tak mintak di balas dengan apa-apa pun tapi tolonglah simpan sedikit belas kasihan kat aku. Tolonglah jaga anak aku dengan baik sehingga dia besar seperti mana yang kau janjikan sewaktu kau terima dia yang masih tidak berdaya bergerak tanpa bantuan.


Aku tak mintak kau balas segala kebaikan aku lakukan macam orang gila. Bak kata laki aku, PERLU KE AKU LAKUKAN SEMUA INI UNTUK DIA (BS)?

Gilanya aku...

Aku bersedia bantu apa aje. 24/7. Aku dengar suka duka dia semasa kehilangan arwah suami. Masalah pembelajaran anak. Masalah kewangan. Segala macam masalah. Belum pun satu yang aku tolak. Semuanya aku tolong. Sampai aku tak berdaya, aku libatkan suami aku untuk menolong. Sampaikan suami aku pernah tanya,

"Perlu ke yang, buat semua ni? Kan dia ada anak lelaki?"

"Kesian dia biey. Dah tak ada suami. Kan sayang dah cakap, saya dah anggap dia macam kakak sayang sendiri. So, dia tu kakak ipar bieylah. Biey tolong eh?"


Akurnya suami aku dengan pujukan aku. 


Aku pasti, kalau aku ceritakan semuanya, pasti tak terjangkau dek akal orang dengan apa yang telah aku bantu selama ini. Terlalu baik. Itu yang selalu aku dengar mereka bagitau aku. Baik suami aku, mak aku, kawan aku, rakan sekerja aku. Aku melayan sangat baik. Entahlah. Bodoh. Sebab dah sayang lakukan segalanya.

Aku tak mintak, dia memanjakan anak aku, menjaga 24/7 cuma tolong jaga supaya dia selamat dari apa-apa musibah sepanjang aku berkerja. Tolong curahkan sedikit sahaja kasih sayang seperti embun di pagi hari agar dia tidak merasa kosong ketika aku tinggalkan di siang hari. SEDIKIT SAHAJA AKU MINTA.

Pada masa itu, aku rasa, akulah insan paling beruntung bila berjumpa dengan BS Naurah. Walau dilihat kasar dari tutur kata dan teguran tapi aku yakin, hatinya baik. Dan, aku masih rasa ada sesuatu yang tidak kena. Yang pasti aku tidak tau di mana silapnya.

Sehinggalah pada hari ini, pukul 2 petang, setelah kejadian minggu lepas, dia sms aku semula...

Akak asyik teringat kat Naurah. Akak rindu dia.


Pengakuan dia (aku tak pasti ikhlas atau tidak) telah membuat hati aku rasa sakit sekali lagi. 

Kenapa kau tidak fikir panjang sebelum mengambil keputusan yang kejam minggu lepas? Kenapa kau tidak fikir betapa sakitnya hati aku? Kenapa kau tidak fikir tentang Naurah?


Tiap malam aku menangis bila kenangkan apa yang berlaku. Siapa yang akan jaga separuh nyawa aku ini. Orang yang aku percaya, yang aku sudah sematkan kasih sayang, yang aku anggap seperti keluarga aku, boleh ambik jalan mudah, singkirkan kami macam tu je.


Bulan depan, MEI, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Sedangkan aku nak jumpa BS yang menyakinkan aku sekurang-kurangnya ambik masa selama 2,3 bulan. Inikan dia bagi masa selama seminggu sahaja untuk cari pengasuh baru. Kalaulah sesenang itu.


Sekarang dia sms aku umpama berkias untuk jaga Naurah semula. Kalaulah semudah tu, perasaan, jiwa, kepercayaan aku boleh dibentuk semula. Aku bukan manusia pendendam. Aku boleh rawat hati aku untuk memaafkan. Tapi tidak untuk memberi kepercayaan dengan menaruhkan nyawa anak aku pada seseorang yang telah menghancurkan kepercayaan aku.

Jadi selama ini, adakah segala kebaikkan yang ditunjukkan adalah ikhlas?

adakah kasih sayang yang diberikan pada Naurah adalah iklhas?


atau semata-mata meraih belas kasihan ibu yang terdesak ini untuk tinggalkan anak dia seketika cuma demi mencari rezeki membantu keluarga?


Dan, bila perkara yang tidak disangka berlaku, mulalah timbul cerita kurang enak di belakang aku (mama baby b yang cerita). Tapi aku malas nak tambah sakit hati aku yang sedia ada dengan apa cerita terbaru sepanjang aku tinggalkan naurah di bawah jagaannya.


Cuma, aku yang terlalu bodoh, naif, mudah percayakan orang, aku lakukan semuanya ini dengan mendengar nasihat dari mak aku...


BUAT BAIK DIBALAS BAIK.

JANGAN BERPRASANGKA BURUK.





Tapi, aku tetap bersyukur. Dalam kesulitan yang aku hadapi atau perkara di luar pengetahuan aku sebelum ni, NAURAH DALAM KEADAAN YANG BAIK, SIHAT, TIADA KECEDERAAN SEDIKIT PUN SAMA ADA EMOSI ATAU JASMANI.

Dan, aku rasa lagi beruntung, bila ada tangan yang sudi menyambut kehadiran Naurah untuk menjaganya seketika cuma.

"Ya Allah, tiada tempat lain untuk aku mengadu dan berharap selain dari-MU. Lindungi dan jagalah anak kecilku seperti mana yang KAU amanahkannya kepada aku sebaik sahaja dia dilahirkan supaya dapat aku menjaganya mengikut ajaran-MU dan membentuknya menjadi insan solehah seperti mana kau utuskannya kepadaku. Lindungilah CAHAYAKU yang kau utuskan dari SYURGAMU."

Nur Naurah Rayyani - CAHAYA DARI SYURGA RAYYAN.



Aku pasti, setiap percaturan ada hikmahnya.


Ya Allah, ikhlaskan hati aku dengan kebaikan aku lakukan selama ini. Aku redha dengan ujian-MU.










THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, April 18, 2013

Hot.FM morning topic today : ORIENTASI. Mine is ORIENTATION WEEK IN UM WAS AWESOME!!

I was in shock period. It was happen yesterday but till now i can't found the answer. Seriuosy blur. Apa rasa, all the way you berbuat baik, berprasangka baik, end up the worse thing happen, they just kick out you just like that? I can't think properly right now. But, my praise to Allah s.w.t. dalam saya menghadapi kesukaran, masih ada seseorang yang boleh saya harapkan, bergantung bahu untuk tinggalkan separuh nyawa saya pada dia. Later ya. Bila saya sedikit tenang, boleh berfikir dengan jelas.


Macam biasa, pagi-pagi on the way ke office mesti dengar Hot.FM. Today their topic is about our own experience regarding orientation. Tak kiralah as budak praktikal, new staff, new student etc.

When it's goes to that topic saya macam tergelak sendiri mengimbau kenangan sewaktu belajar di Universiti Malaya dulu. Saya masuk UM tahun 2006 on July tak silap. :-p Masa tu bangga gila dapat masuk Universiti idaman because i nak ambik law but my MUET not so good (HAHAHAHA) tapi i tetap buat rayuan untuk ambik test again tapi nak buat macam mana i submit lambat borang and prosedur i buat so slow end up tak boleh register kena tunggu next year (lebih kurang gitu ceritanya) tapi lepas saya ambik Sejarah and Gender Study, rasa jatuh cinta pulak so keep on that course lah till grad. Plus ada kawan-kawan yang best and lecturer handal, it is ok lah for me. Mungkin bukan rezeki saya nak jadi Peguam. lol

Tapi yang saya nak cerita ni tentang MINGGU ORIENTASI KAT UM IS AWESOME! walaupun pada ketika itu memang memaki-maki jugaklah para fasilitator yang saya rasa sangat kejam. hahaha Well, who is grad from UM will know this, the orientation, cheer etc. Kalau masuk batch 2006/2007 lagilah sama experience dengan saya, maybe kita pernah berjumpa di tengah jalan duk boo boo kolej lain, buat cheer di tengah panas. HAHAHA

Apa yang awesome and so different about minggu orientasi UM adalah aktivitinya yang super mencabar, enjoy, energetic yet macam real punya perlawanan. As u know, UM ada 12 college kalau tak silap. I am Zabahan (7th college) I think the one of powerful college pada masa tu. :-p

APA YANG BEST MASA MINGGU ORIENTASI KAT UM?

THE CHEERS

U know, setiap kolej akan bertanding each other nak buktikan kolej mana yang paling bagus, gempak and gila-gila best. Nak buktikan kehebatan kolej tu, through sukan, aktiviti pentas, dan salah satunya ialah cheers yang terbaik, terhebat dan terkuat. Boleh bayangkan tak, siang malam, pagi petang, kami terpekik terlolong bersorak lagu tema kolej. Im pretty sure not only me in 7th college, others college pun memang berlatih jugak but depends on their fasi lah how hard they train. Macam 7th college, fasi memamg power (also ketua MPP memang from our college, so kami kena train like soldier). haha Memang rasa di dera. Tak sangka seteruk ni masuk Uni. 

Dahlah masa hari pertama family hantar register, meraka kemain baik tau, pukul 1 petang ibu bapa semua dikerah pulang sebab ada aktiviti untuk student. Dahlah mood tengah sedih-sedihkan kena tinggalkan, nangis peluk-peluk semua (erk.. ke saya sorang sedih2? haha), then bila pintu pagar kolej di kunci, fasi make annoucement minta berkumpul kat dewan makan. Sampai je semua, the first word kami dengar (through speaker, macam nak pecah gegendang telinga!) 

"korang memang lembap eh? suruh berkumpul tu, berkumpul lah!! Tak faham bahasa ke??"

Kami semua kecut perut. Serius terkejut.

"Aku nak mana-mana yang ada handphone, serah handphone kat kita orang. Jangan nak menipu tak ada handphone. Kalau aku tau ada orang sorok handphone, aku rendam kau2 dengan handphone kau dalam kolam ikan keli tu"

Kami kan budak baru, semua pakat ketar lutut, naif je (hahhaa) pakatlah keluarkan handphone masing-masing serah kat fasi yang kutip guna plastik. Tapi sebelum tu dia orang bagi sticker suruh tulis nama,kang tertukar pulak telefon. Tapi telefon tak dimatikan, tak sure our family call mereka cakap kami kena serahkan telefon ke apa ke. hahaa

Nak jadi cerita, ada satu budak lelaki ni dia ada telefon spare. Selepas 2 hari minggu orientasi, rasa macam teruk sangat kena buli (actually buli yang bukan mencederakan kami tapi kena buat itu ini, berlatih cheer, berlari, tengah syok tidur kena gegar bangun pukul 4,5 pagi nak buat cheer semata-mata. Macam ayam jantan berkokok waktu subuh nak kasi gegar kolej sebelah suruh bangun! GILA TAK???!!) maybe this boy tak tahan, dia guna telefon spare yang fasi tak tau tu, dia mengadu kat family dia (family dia duk jauh bukan area KL) kena dera. So, family dia called polis pantai dalam, then malam tu polis datang, tapi fasi cakap ni minggu orientasi (lebih kurang lah terdengar-dengar fasi perempuan bergosiap. haha) dan polis blah macam tu je. Budak yang ada telefon spare tu memang kena cukup-cukup lah kat abang-abang fasi kan. Tapi bukan kena sepak teranjang, kena rendam dalam kolam ikan tapi tak ada ikan keli pun sebenarnya, katak adalah. Air tu busuk, berlumut, kena rendam berapa jam entah tak pakai baju tengah-tengah malam. Gila kan?

Masa minggu orientasi tu saya joint aktiviti sukan iaitu bola jaring. Aktiviti pentas pun ada. Aktiviti ni semua bertujuan untuk collect mata pasukan yang menang akan bagi point pada kolej masing-masing. Yang paling best, tang cheers masa berkumpul kat Dewan Tunku Canselor, berkumpulnya 12 kolej terpekik-pekik menjerit cheers masing-masing. Siapa yang paling kuat didengar, adalah paling hebatlah.  Kalau berjumpa other kolej kat tengah jalan mesti masing-masing stop show off cheers masing-masing. Selalu kami berperang dengan 3th and 4th college sebab mereka jiran kami, jalan keluar masuk nak g padang UM dan dewan kalau ada perlawanan sukan atau persembahan pentas kena ikut jalan sama, so selalu jumpa memang terpekik-pekiklah bertanding cheers. Sampai kering tekak. Tak ada suara. Kat dewan makan memang kami tak dibenarkan minum ais sebab nak jaga suara. Makcik-makcik cafe pun akur je dengan arahan fasi. Tapi makanan kat dewan best-best. Banyak. Berbaloi la bayar yuran asrama mahal-mahal setiap sem.

Pernah satu pagi tu around pukul 1 pagi, saya dan kawan-kawan dalam 4 orang menyorok dalam bilik. Kami sanggup tutup lampu, tutup kipas (panas gila! tapi sanguppppp) takut fasi tau kami menyorok dalam bilik sebab takut nak turun kena denda mandi ais. Masa tu fasi marah sebab markah cheer kita orang rendah. Sedangkan masa tu tinggal beberapa hari lagi nak habis minggu orientasi, kalau kami tak dapat lawan kolej lain, memang jatuhlah air muka Kolej Zaba yang ingin kekalkan tradisi kemenangan. Fasi marah gila kot kat kami. Sebelum kami register masuk UM, para fasi dari semua kolej memang dah berkampung 2 3 minggu awal, mereka berlawan each other nak collect mata. Masa tu Zaba College yang point paling tinggi tapi bila point selebihnya dikira melalui penglibatan kami, tapi kami tak perform seperti yang mereka jangkakan, tu yang naik angin tu para fasi. Haha

Pendek kata seminggu orientasi tu rasa macam teruk, rasa setahun lamanya, rasa menyesal masuk UMP tapi habis je minggu orientasi, kami jadi close sangat-sangat. Kami boleh rasa semangat zabahan dalam diri kami. Dari tak kenal siapa-siapa, satu kolej akan ingat nama (walaupun berapa ratus jugak student). The have a good reason why train us like that, ada yang mula-mula pendiam, dah pandai beramah mesti. Yang tak tau diri tu boleh berlakon, pun dah tau talent masing-masing gara-gara kena kerah jugak joint aktiviti. Setiap orang boleh joint satu aktiviti. Tau tak tau, wajib libatkan diri. As for me, dah pilih bola jaring, tak perlu libatkan diri dalam acara pentas. Banyak benda kami belajar dari minggu orientasi.

Antara cheers zabahan yang masih saya ingat sampai sekarang ialah : 

Sambale Sambalowa

Sambale sambalowa
Amimina mina sambalowa
amimina mina ehh..
amimina mina ohh..
Lu sama lu
Gua sama gua
Lu jangan dengki sama itu
Za'ba
Za'ba dynamite
Za'ba



Cika Poka

Cika cika pom pom
Poka poka pom pom
cika poka pom pom
poka cika pom pom

Piling pala (2x)
Iya iya iya...
Piling pala (2x)
Muahhhh..
we are greaters...
Za'ba..!!

Kalau jumpa musuh tengah jalan, ada jugak lagu DEFENDS diri. Biasanya kalau others college mula boooo kami guna cheer mereka, so kami kena defend diri. On of the defend cheers is

 Tara papa ye....


Fight

That's Ok
That's alright
Come on 7th
Fight! Fight! Fight!



Kalau nak cerita satu-satu memang panjang berjela ni. Pendek kata UM punya minggu orientasi was awesome. After habis minggu orientasi saya call kawan-kawan yang duk others uni like USM, UUM, UPM, UKM ect meraka cakap tak ada aktiviti macam tu. Ada pertandingan sukan antara kolej tapi fasi baik-baik je. Siap fasi berpoya-poya dengan freshie lagi. hehe Sangat berbeza dengan kami.


Last, anyone from UM here? Wanna hear how your experience. Maybe other college lain, others batch lain kan? 


Kbye!!







THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, April 16, 2013

8 Month Baby Food for Naurah

Yang ni antara koleksi makanan Naurah sejak dua tiga minggu ni. Tak sempat nak update. Jumlah makanan dia pun saya dah lupa tiba-tiba. Kalau dulu, masa di awal-awal dia makan, kemain gigih kan update new food satu-satu. Hehe 

Ni antara makanan untuk 8 bulan dan ke atas. Sekarang dah masuk 8 bulan senarai bahan yang boleh dimakan pun makin bertambah. Makin seronok jadinya nak masak sedap-sedap kat Naurah.


Yang paling saya excited nak kasi ialah cheese, yogurt, pasta dan letak olive oil dalam masakan.

Antara yang telah saya sediakan untuk Naurah :

1) CREAMY PEAS PASTA






Bahan-bahan :

- Pasta (kalau ada pasta kanak-kanak like ABC, star etc lagi comel. tapi akhirnya kena lenyek jugak. haha)

- Kacang Pis (saya silap. saya guna dalam tin punya sebab tak jumpa kacang pis yang fresh. So, saya masak sekali je sebab rasa bersalah sangat)

- Parsnip

- Unsalted butter (saya guna jenama Anchor)

- FM (saya guna Enfalac A+)

- Air

* sayuran ikut sukalah nak letak apa pun. Cuma tu bahan yang kebetulan ada kat rumah.

Cara membuatnya:

- Pasta rebus terlebih dahulu dan toskan. Rebus sampai lembik sikit sebab saya lecek selepas tu. Kalau jenis yang blender pun boleh.

- Creamy pulak. Masukkan air yang ditapis dalam periuk/kuali. Masukan sesudu besar butter. Masukkan FM. Biarkan air mendidih.

- Masukkan parsnip dan kacang Pis.

- Apabila parsnip dan kacang pis dah masak, masukkan pasta yang telah ditoskan tadi.

- Lecek/kisar. Siap untuk dimakan.





2) CREAMY AVOCADO PASTA





Bahan-bahan :

- Pasta

- Avocado sebiji

- FM

- Unsalted butter

- Air

cara membuatnya :

- sama sahaja dengan CREAMY PEAS PASTA



Tapi tang avocado tu, kalau yang jenis pertama kali jumpa avocado macam saya, kena make sure avocado tu masak terlebih dahulu barulah boleh masak ye.

Tips pilih avocado:




Avocado yang saya beli 4 biji tu tak ripe lagi. Memang keras. So take time dalam sehari dua nak ranum. Saya silap tak beli yang ripe sebijik dulu, then yang lain biar keraskan. So, kena biarkan dia kasi ranum dulu baru boleh masak. Cara nak bagi ripe cepat ialah jangan simpan dalam peti ais. Biarkan buah terdedah dengan udara sekeliling. Ada petua nak bagi cepat ripe ialah simpan dalam beg kertas, letak dalam bekas beras dan macam-macam cara boleh buat. Tapi saya hanya letak je dalam bekas, 2 hari lepas tu dah masak. 

Ingat masa nak beli tu (kalau nak ikut 4 days rule) :

- beli 4 biji.

- 1 biji kulit yang kehitaman dan bila tekan isi sudah lembik. Sebiji lagi kulit masih hijau kehitaman dan bila ditekan isi masih keras sikit. Lagi 2 biji make sure ambik yang betul-betul keras bila ditekan dan warna kulit hijua cerah yang berkilat. So, nak tunggu habiskan 2 biji yang masak tu, yang lagi dua tu sempat masak. Kalau beli serentak 4 biji masak atau keras, risiko sikit avocado akan rosak.

- Nak pastikan rasa avocado tu masih elok atau dah rosak ialah ibu kena rasa terlebih dahulu ye. Rasanya yang baru pertama kali rasa macam saya memang tak sedap langsung. Tapi jangan bimbang almost baby sangat suka avocado. Rasanya TAWAR, BERLEMAK, SEDIKIT PAHIT.

Contoh keadaan avocado dah masak



3) AVOCADO YOGURT



Bahan-bahan :

- Full Fat yogurt (Tapi kat Kuantan ni punyalah susah nak cari full fat punya so saya bantai kasi low fat. Some say tak elok. Nanti kita bincangkan. Tapi saya kasi sekali je. Kasi Naurah rasa. Namun yang penting this low fat yogurt memang SUGAR FREE)

- Isi Avocado (Saya stim terlebih dahulu avocado tersebut)

Cara membuatnya :

- Buka penutup yogurt, ambik beberapa scoop yogurt, biarkan yogurt dalam keadaan suhu bilik sementara waktu. (Tips : some baby memang mudah kembung perut, tak boleh makan benda sejuk. So, biar yogurt tu hilang sejuk dari suhu peti ais seketika)

- Lecek/blender avocado yang telah distim tadi.

- Satukan yogurt dan avocado. Siap untuk dimakan.


4) BUBUR NASI KOSONG DAN SUP SAYUR TUMIS





Bahan-bahan :

- Beras perang

-Bahan tumis : Bawang merah dan putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan olive oil

- Sayuran : Parsnip, zucchini, potato, broccoli (sayur ikut suka yang bersesuaian dengan umur ye)

- Sumber protein : Ayam (kali ni saya beli ayam kampung)

- Air

Cara membuatnya :

- Masak beras perang menjadi bubur

- Untuk sup sayur : Masukkan sedikit olive oils dalam kuali, masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bawang. Tumis sehingga naik bau.

- Masukkan air. Masukkan ayam. Biarkan mendidih seketika. Masukkan potato. Masukkan parsnip, brokoli, zucchinni.

- Dah masak, lecek/ blender sayuran tadi.


* cara bagi anak makan (saya cuba untuk bagi naurah rasa tekstur lebih kasar memandangkan dia dah berumur 8 bulan dengan cara masukkan nasi dalam pinggan, sayur dan 1 mangkuk sup. Saya cuba menyuapkannya dengan tangan saya, sambil saya lecek sedikit nasi dan sayur. Manakal saya gunakan sudu untuk dia menghirup sup. So far, dia suka makan macam ni.)



5) TOFU KURMA



Bahan-bahan :

- Tofu lembut

- Kurma 

Cara membuatnya :

- Jika nak bentuk hello kitty macam saya (ada ke rupa hello kitty? ahaha), tekap acuan hello kitty terlebih dahulu dan letak atas piring

- Tanggalkan acuan setelah tofu terbentuk seperti gambaran acuan yang anda kehendaki.

- Kukus tofu selama beberapa minit. Saya kukus selama 15 minit je.

- Kurma dikupas kulit dan dikukus sebiji bersama-sama tofu

- Untuk dihidangkan, kurma dilecek dengan dicampur sedikit air panas untuk kelihatan pekat.

- Siap untuk dihidang. Hidangan ini sesuai untuk breakfast dan minum petang.






Terbaru, saya masih sediakan sup sayur dan bubur nasi untuk Naurah cuma saya tambahkan daun PARSLEY sejak dari semalam sehingga hari ini. Ikutkan saya cari daun parsley yang fresh tapi tak jumpa, maka hubs belikan flakes parsley yang dalam botol. Mula-mula saya was-was khuatir jika dicampur salt or msg tapi saya rasa macam tawar je. So, saya yakinkan diri. 



Antara kebaikan parsley ialah mencuci toksin dalam badan, melawaskan, baik untuk jantung etc.


Dan, satu lagi menu baru yang saya cuba ialah TELUR. Esok ye, saya sambung cara dan sebab perlu perkenalkan telur kepada bayi bermula umur 8 bulan dalam persediaan menerima suntikan MMR.

Alhamdulillah, Naurah suka makan. So far saya masak apa semuanya dia makan. Kata ayahnya, dia cerewet makan masa dalam perut saya, mengada-ngada, memilih makan time saya preggy. Bila keluar je, terus belasah makan apa aje. hehe Tu yang lagi semangat saya nak sediakan makanan dia.








Selamat mencuba! Kalau ada kekurangan atau benda yang memudaratkan baby yang saya kongsi mohon kongsi ye. TQ.


KBYE!!



THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, April 15, 2013

REVIEW : High Chair Sweet Cherry

Hi,

Rasa tak sabar nak review pasal high chair Sweet Cherry. Actually i supposed update about makanan Naurah yang dah 3 jenis (kot?) bertukar since last week tapi sejak kena condem ni rasa mood down sikit. Saya memang macam ni, sensitif sikit kalau orang mengata saya. Sebabnya saya ni tak suka kacau hidup orang so saya harapkan benda yang sama orang akan layan saya. Tapi bila what i give dont get back, a little bit stress la. hahaha Emosi terlebih ni Ibu Naurah. hehe Untuk yang bertanya mintak share resepi lebih-lebih lagi about CREAMY PASTA, i janji tomorow will update. hee

Before that, jom reverse our psichology. High chair make me happy and being awesome mum! kahkah Biasalah, ibu Naurah ni cheapskate sikit. Nak benda murah dan free aje. kehkeh

Back to the story i wanna share today, last Saturday saya pergi Manjaku sorang-sorang. Hubs need to work. Actually dah lama sangat nak beli kerusi makan untuk Naurah. While ada kerja kat bandar, so mintak kebenaran hubs (mintak kebenaran guna kad dia sebenarnya. muehehe) untuk beli kerusi. While Naurah, saya tinggalkan kat rumah mama dia. Don't worry, Naurah dan her mommy very close together. Either Naurah very behave or her mama did a good job, yang pasti mereka memang ok untuk ditinggalkan for a few hours. hehe Thanks babe!

I know about this chair from my boss. Boss dah buat review sikit kat telinga i, so apa lagi, balik rumah tu, terus pujuk-pujuk hubs. hehe Actually masa pergi Manjaku tu tak berapa banyak pilihan dah. Hanya ada 3 sahaja iaitu, 2 jenama My Dear dan satu lagi Sweet Cherry punya. Dah kata cheapskate kan, haruslah aim yang murah dulu. hahaa


Yang orange tu My Dear. Ikutkan nak yang orange tapi harga RM200++ dan meja kecik je.


Yang putih hitam tu pun My Dear. RM200++


 So, saya pilih yang warna hijau, Sweet Cherry. Murah. RM140 je dari harga RM199. (Sorryyyyyy dalam IG saya cakap RM114 sebab tak perasan harga. Tengok resit semula RM140. hehe Tapi tetap murahlah bagi saya.)


Meh nak review Sweet Cheery high chair yang berbaloi ni. 3 in 1 kot.

Kerusi ni ada adjustable high chair. Kaki kerusi ni boleh ditanggalkan kalau nak rendahkan atau pasang kaki semula kalau nak tinggikan (baby can joint the table). Plus, kaki kerusi tu stabil sebab dia bergetah, walaupun Naurah asyik keraskan badan dia seolah-olah nak menolak kerusi sebab nak berdiri maybe, tapi kerusi memang tak bergerak. Walaupun kita yang dewasa nak tolak pun memang payah sikit sebab kaki dia bergetahkan. So kalau nak move that chair memang kena angkat.


Ni guna 1 stage kaki je. Tapi tinggi jugak. Kalau letak depan tv memang sangat selesa dia menonton tv. Then kalau kita duduk atas simen depan dia, muka dia sama level dengan kita.


Laraskan kaki kerusi jadi tinggi. Kedudukan kaki kerusi sangat stabil.


Then, this chair had 2 adjustable table. Satu yang kecik dan satu lagi yang besar. Yang bestnya kedua-dua table ni boleh dipsahkan dari kerusi. Let see,

Meja kecik.


Meja besar yang dipasang di atas meja kecik.


Yang paling penting, kerusi ni boleh guna long lasting sampai dia sekolah (kalau keadaan masih elok lagilah. hehe). Sebabnya, meja besar boleh berdiri guna kaki sendiri seperti di bawah.

See? Kalau nak gunakan meja ni sebagai ruang belajar, so kerusi tak payah tinggi sangat. Ambik kaki kerusi tu just pasang je kat meja.


And, kalau perasan, macam bumboo seat kan, kerusi ni pun safety untuk baby sebab ada penghadang kat celah peha dia. Siap tempat letak kaki lagi. Tak nak kasi kaki baby lenguh, terjuntai macam tu.






Dan, kalau baby dah besar or tak nak guna penghadang kat celah peha, boleh tanggalkan meja kecik tersebut dan pasanglah safety belt kat kerusi tu. Baguskan?





Lagi, kat belakang kerusi disediakan tempat untuk gantung storage net. Sangat comel k.



Stronge net ni pun boleh dipasang kat meja macam gambar yang saya tunjuk kat atas. Kalau tak nak pasang storage net kat meja, meja yang bahagian melengkung boleh mengadap baby. Sangat selesalah. Space between table and baby boleh adjust.



Yang lagi best is easy clean sit cover. Material bukan jenis kain tau tapi plastik (eh? haha) But dont worry bukan jenis mudah koyak dan ia tebal untuk beri keselesaan pada baby nak bersandar. Lagipun kalau tumpah makanan atau minuman atas sit, just lap je. Tak menyerap air pun.




Tu je kot nak share. Tak pandai sangat nak nak review lebih-lebih ni. Pendek kata, saya amat puas hatilah dengan pilihan yang dibuat. Dahlah murah, yang paling penting boleh guna lama sampai dia sekolah nanti. Mula-mula memang bercita-cita nak beli je bamboo seat tapi fikir semula kegunaannya lama ke tak, so lengah-lengahkan proses cari kerusi makan. Once my boss dah share kegunaan kerusi ini untuk anak dia, so why not i have one for Naurah kan? hehe


Since Naurah dah ada kerusi sendiri, lepas ni dah boleh teman saya masak kat dapur. So far, try hari Ahad while ayah dia keluar pi kedai jap, seems like she ok sit on that chair. Yang penting kena umpan something lah untuk dia. Saya kasi dia sebijik tomato, dia makan tomato sambil buat muka masam. Hahaha Kalau dia teman saya masak sambil duduk dalam walker memang kerjanya mengekor kaki saya sambil langgar-langgar kaki, sakit wooo.


Oklah. Tu je.
Got to go now. Nak ambik Naurah.


Kalau ada benda best untuk baby, jom share!


Kbye!!





 

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, April 10, 2013

4 days rule. try and error. mum know best.


Tarikh mengundi dah ditetapkan pada 5 Mei 2013.
Hoooo-yeah!! 



7 Mei cuti for Hol day of Pahang. 
Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Cuti lama balik kampung.


 .............................................................................................................

CERITA KASAR SIKIT.


Hari ni tak ada mood nak share resepi. Sebabnya saya agak kecewa bila saya share baby food kat seseorang (tell you, dia yang mintak dan rujuk baby food dengan saya. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak consult free makanan apa baby dia patut makan) dan bila that food tak sesuai untuk anak dia like anak dia tercirit birit, kembung perut, sembelit, alahan etc, she come to me again mengadu yadayadaya! Then saya bantu lagi untuk cari jalan penyelesaian kepada anak dia. End up, dia pi kecoh kat orang cakap saya lah yang suruh anak dia makan itu ini. Me? OMAIGOD! Rasa nak mencarut kat dia. What the $&#@#@$@#%$#%#$%#$%#$%!!!!

Seriously, saya ni tak ada kepakaran atau pengetahuan dalam pemakanan kanak-kanak. Cuma bila ada anak sendiri dan anak saya perlu makanan, saya belajar sikit-sikit. Belajar dari rakan-rakan terdekat, baca blog mommies, baca buku etc. So, apa makanan yang saya dah kasi kat anak saya, saya share kat sini. Untuk rujukan saya (maybe for next child) and other mommy. Dan juga, dia kagum agaknya saya masak that food, so tanya pendapat saya. Saya ni beriya la layan kan. Bila jadi macam ni, pi cakap belakang saya bukan-bukan. Walhal, saya dah terangkan secara detail. 

There is an answer between WHY (which i dont do that) and REASON (why i do that!).

Contoh yang pernah saya share dengan dia :

Kenapa aku tak bagi anak nestum cerealac? (actually bagi awal-awal tapi tak sempat habis satu tin)

Sebab tu makanan segera. Bila anak aku suka je makan couscous, so aku continue with that plus campur ebm, banana and other fruit.

Dan, banyak lagi kenapa-kenapa-kenapa-kenapa-kenapa dan sebabnya-sebabnya-sebabnya!!


Kalau kau tak nak ikut apa aku share, ok fine! But dont blame me if anything goes wrong with your baby!! Which is i think that is your fault sebab tak follow betul-betul apa yang orang buat. Aku rasa hampir 99% mommies yang bagi anak makan labu tapi kau, baru bagi sehari dua, dah stop sebab anak kembung perut. Bila aku tanya teruk ke kembung? Menangis beriya ke malam tu? TAK ADA. TAk ada Hokei! Cuma merengek sikit-sikit! Weh, biasalah tu weh, perut anak kau tengah terima benda baru. Sebab tu aku suruh ikut peraturan 4 hari. After that tengok keadaan dia.


TAK ADA MAK YANG NAK BAGI RACUN KAT ANAK SENDIRILAH WEI!!!  Dah anak kau tak boleh terima makanan tu, so let move to another la. Kau kena faham bila start bagi makan kat anak, ada 3 konsep penting kat sini iaitu : 


4 DAYS RULE

TRY AND ERROR

MUM KNOW BEST


4 DAYS RULE. Kenapa bagi makanan yang sama berturut-turut? Sebab nak tengok penerimaan makanan tu kat anak kau. Perut dia boleh terima ke tak? usus dia boleh proses makanan tu ke tak? kulit dia ada keluar alergik ke tak? IN 4 DAYS, kau boleh tengok kesannya. Ni tak, kau asyik ulang KESIAN ANAK BAGI MAKANAN SAMA 4 HARI. NANTI ANAK BOSAN.

TRY AND ERROR. Anak kau sepanjang lahir sampai 5 bulan minum susu. Bila dah besar dia lapar nak makan. Kau kenalah cuba macam-macam makanan kat dia tengok makanan apa yang sesuai atau tidak dengan dia. Punyalah banyak makanan atas dunia ni yang sesuai dengan usia anak kau, boleh pulak kau buat-buat banggang tak tau nak masak apa? Kenapa kau cakap buntu nak bagi anak kau makan? Sebab kau cakap anak kau bosan kan makan benda sama? Kau cakap, padahal anak kau relaks je kan? Bila kau masak berlainan makanan tiap hari, so genap seminggu confirm2lah kau akan rasa nak capai usia 8 bulan tu makanan sama je dalam tempoh 2 bulan kau kasi anak kau makan. Padahal kalau kau ikut peraturan 4 days rule, satu minggu hanya guna 2 resepi dan berlambak lagi benda lain kau boleh guna lepas ni.


MUM KNOW BEST. Percayalah, hanya kau je yang faham anak kau. Hanya kau je tau apa yang terbaik untuk anak kau. Hanya kau je yang boleh kasi anak kau makan apa. Hanya kau je yang nak ke tak nak masak untuk anak kau. Melainkan kau bagi 1001 alasan tak sempat masak, kekeringan idea, anak ko bosan makan bubur, makan puree, susah cari bahan yang segar, maka kau teruslah kasi dia makan NESTUM CEREALAC. Hanya NESTUM CEREALAC jelah makanan terbaik untuk anak kau!


Pendek kata, aku sakit hati memikirkan masa aku yang terluang dihabiskan dengan melayan karenah kau!


 

I'M SICK WITH THIS PEOPLE!!!







Yours truly,
New mum. Ibu anak satu baharu. Ibu yang dalam proses belajar. Ibu yang mempunyai impian untuk sediakan makanan anak dia sendiri.



xoxo








THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, April 5, 2013

RESEPI : Melted Cheese Bread

Pagi tadi sangat kelam kabut. Bangun lambat. Sedar-sedar dah pukul 7.07 minit pagi. Tak pasti sama ada nyenyak sangat tidur sampai alarm bunyi pun tak sedar atau alarm memang tak bunyi. Rasanya dah banyak kali jugaklah kot tak dengar alarm walaupun dah kunci pukul 6 pagi. Selalu macam bernasib baik sebab Naurah kejutkan. Bila nak susu, dia akan golek-golek kat peha dan kaki Hana. Sondol menyondol kaedahnya. Nasib baiklah memang tidur kat bawah, kalau atas katil tu mau jatuh dah sebab budak ni suka cari kaki orang. Sambil pejam mata, boleh dia jumpa kaki then stop kat kaki, duk menyondol-nyondol dengan kepala. Tak pun tangan dia raba-raba betis dan kaki kita. 

Malam tadi bukan main action kan post gambar kat IG nak buat pasta kat Naurah. Memang barang dah sedia tapi tak sempat nak masak. Angkut bahan-bahan mentah semua hantar ke rumah BS. Mintak tolong masakkan. hehe

Sebenarnya nak buat Creamy Pasta. Bahan-bahan untuk masak carbonara pasta tak lengkap so, kita buat ala-ala la kononnya. Antara bahannya ialah peas + parsnip + pasta + butter + FM.



 Sebab tu tak ada tunjuk gambar dah siap sebab hasilnya tak ada. haha Esok baru masak sendiri untuk Naurah. Tak taulah BS masak gaya macam mana tu. hehe

Malam tadi pulak, Hana masak simple je. Dah kata diet. kehkeh Dah beberapa hari jugak ni tak makan nasi waktu malam. Makan benda light je. Kata nak diet kan? Kuat semangat sikit sekarang. Lagipun tak rasa lapar sangat, tu yang tak masak malam. Hubs pun ok je, ikut je apa Hana makan. hehe

So, malam tadi try cutter baharu. Dah kata Naurahnya still makan bubur, so biarlah kami laki bini yang makan benda alah comel-comel ni. ahaha

Hana cuba resepi sesuak hati. Tengok apa yang ada dalam fridge. Lagipun roti tu expired hari ni. Sedangkan roti banyak lagi. Tu pulun masak roti semalam. haha Sayang nak buang. 

MELTED CHEESE BREAD

Bahan-bahan :

Roti

keju

sosej

daun bawang

mayonis

telur

sos cili


Cara masak :

Lapik cheese atas roti. rupa cheese hazab sebab gelojoh koyakkan plastik. haha


Letak potongan sosej, mayonis, daun bawang yang sudah dihiris dan sos cili. Hana goreng terlebih dahulu sosej sebab takut tak masak sangat bila duk dalam roti.


Lapik satu roti kat atas then tekup guna BEAR CUTTER. Kalau nak bagi nampak rupa bear tu, sebelum celup dengan telur, chop terlebih dahulu bagi berbekas rupa bear sikit.


Dah cut, celup dengan telur sebelum digoreng. Yang ni Hana cuba-cuba dulu sebab tu tak chop dengan gambar bear. LESSON LEARN : Kalau tak chop bear sebelum celup telur, nanti kesan bear tidak kelihatan. So, better chop dulu samar-samar


Goreng sehingga nampak kekuningan. Ni try and error. Sebab tu ada rupa bear yang kelihatan dan tak.


Lepas angkat, toskan sekejap. Then ambik cutter bear, tekan sekali lagi baharu nampak rupa bear dengan jelas. Dan yang paling penting boleh nampak cheese meleleh keluar.

Success! Hubs cakap suruh buat gambar kartun comel ni, letak kat gerai nasi lemak Kak Mas, sure mak pak beli untuk anak-anak g sekolah. BAHAH!!


Since letak telur kat roti ni tak berani nak bagi Naurah makan. Tapi macam biasa, ayah dia memang belasah kasi anak apa aje. So bagi rasa sikit, makan ajelah Naurah tu. hehe So, sangat kesian tengok dia tertelan liur tengok kami makan, bagi sikit roti putih. Pandai makannya.


Selamat mencuba ye.


Ni gambar malam tadi.

Main dengan sumi. Nak makan tak dapat. Gigit benda lain. Gigit geram sampai bocor sumi tu. kehkeh



Saya sangat bersemangat ni nak bake cookies kat Naurah esok tapi lupa pulak oven rosak. Nak kena pi cari oven baru ni. haish!!




Kbye!!








THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...