Thursday, March 28, 2013

Menjadi ibu selama 8 bulan

Hari ni Naurah genap 8 bulan. Itu bermakna, saya jugak sudah 8 bulan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Perasaan? Lebih daripada seronok. Tak boleh nak jelaskan macam mana. Hectic yet fun! 

Untuk 8 bulan ni, begitu banyak progress Naurah yang saya nak kongsikan. Each day, she more like very manja, bijak dan mengada-ngada (comel sebenarnya perangai dia!). haha

I am blessed to be a mother for Nur Naurah Rayyani. My Cahaya Syurga Rayyan. :)

Sebenarnya nak update dari tadi tapi mood kelaut sebab hubs out station this week. He said nak pergi pagi esok. Tiba-tiba dapat sms, dia akan bertolak malam ni. Huwaaa i am not prepare my mental yet. Manja dan mengada-ngada kan? T_T Dulu kan kami LDR/PJJ, so bila dia dah pindah ke sini, i thought dah tak adalah berjauhan lagi. Tapi kena out station pulak. So, rasa agak sedihlah. Dah lama tak ditinggalkan. hehe Plus, dah ada Naurah kan. Errr.. first time kot nak handle Naurah sorang-sorang. Biasanya malam-malam kalau Naurah tidur lambat, saya akan tidur dulu. While hubs akan layan Naurah. Bila Naurah nak BF baru dia kejutkan saya. T_T

It's ok. We will be strong, kan Naurah? Lady's day for 3 days. Yippi!!!! tsk

Ok, back to progress Naurah sepanjang 7 bulan, macam-macam sangat. Ada yang saya dah cerita for the last entry sepanjang dia 7 bulan. I had so many video yang sempat rakam karenah dia.

Here the videos.

Menyanyi dalam gelap.

Malam-malam sebelum tidur, suka sangat menyanyi. Dia tak takut gelap. Kita orang pura-pura tidur, dia bantai menyanyi sorang-sorang. Kadang-kadang terpekik. Video ni gelap, hanya dengar suara dia je. hehe



 Komunikasi.

This is almost what baby did kot. Speak with us. Like Naurah, memang suka bercakap. Kalau saya say something and she will response to me. Ofcourse la bahasa ayam itik. haha Waktu paling dia suka komunikasi ialah dalam gelap before go to sleep. Dah panjang akal sangat. Kalau we all suruh diam, lagi dia terpekik. hehe Tapi kami saje je kacau dia. Nak tengok respon dia with our voice. Also video dalam gelap.





 Pandai tepuk tangan

I think benda ni baru dia pandai last week kot. Bila me or hubby sing lagu tepuk amai-amai, automatik dia akan tepuk tangan dia. Kalau mooad dia baik, dia akan tepuk sambil terpekik-pekik sampai habis lagi pok amai-amai yang saya nyanyikan. Adorable betul! hehe 




She start to say IBU!

Saya rasa nak menangis dengar when she try to call me ibu. Mula-mula tu susah jugak for her to called IBU. Saya selalu ajar beberapa perkataan. Tapi, mestilah perkataan IBU yang paling banyak. haha Kadang-kadang kalau ayah dengar, mesti ayah tegur, asyik ibu je. kahkah Jeles was there! kehkeh Saya ajar Naurah bila dia baring dan dalam keadaan diam. Dia tengah berangan, saya pegang kedua tangan dia, then she read my lips. Mata dia tepat perhati bibir saya. Sampai muncung-muncung mulut saya sebut IBU! Mula-mula tu dia pandai sebut bu..bu..bu... then yang paling jelas sikit adalah IBBU!! Minit yang ke-58 ye.



Also know to called MAMA!!

Yang ni serius, saya tak ajar. Cuma saya selalu sebut kat dia everyday nak pergi kerja, tengah mata bengkak, saya bisik kat telinga dia semasa dukung masuk kereta dan keluar dari kereta untuk menuju ke rumah BS. I will said " Naurah duk dengan MAMA kejap ye, ibu pergi kerja. Pukul 5 ibu balik eh. Tu.. MAMA! Tu MAMA tau yang jaga Naurah. Tau mau menangis duk dengan MAMA". Everyday saya sebut macam ni. Maybe dia belajar dari situ kot. FYI, BS memang gelarkan diri dia mama. While for her own child digelarkan ibu. Just like me lah. Naurah can have a million mama, ummi, mummy tapi IBU hanya ada satu. hehe Tengok di minit ke-55 ye.




Know how to make a trick!!

My smart girl, memang suka main-mainkan ibu. She play a lot sekarang. Kalau ibu tengah buat sesuatu tapi tak letak dia dalam pool, kejap je dia bergerak like pergi tarik wayar, masuk bawah meja tv. Kalau sempat saya tengok, saya panggil nama dia, makin laju dia gerak. Mintak dikejar gitu. hahaha Kelakar sangat. Seperti video di bawah. Saya lipat baju, dia pergi nak tarik wayar yang kami dah pakukan pada dinding, makin saya panggil, makin ligat dia main-mainkan saya. Saya saje keluarkan suara buruk saya yang menyeringai tu, konon bagi dia takut tapi tak ada maknanya. hehe




Tu semua koleksi video yang sempat saya upload. Ada a few more tapi tak upload dalam youtube lagi. Sekarang dah ada KEEK pulak. Rasa macam nak register jugak. hahaha

Satu lagi, Naurah ni memang panjang akal dan suka bermanja dengan ibu dia. Kalau dengan BS atau ayah baik je. Like nak makan pun senang, apatah lagi nak potong kuku. Kalau dengan saya, memang laju bawak lari tangan. Tapi satu yang dia suka dan tak akan menolak ialah bila nak korek telinga. Cukup suka. Diam je. Siap tutup mata bagai. Stim kaedahnya. HAHAHA Malam tadi ayah korek telinga dia. Siap tarik tuala bagai tutup mata. hahaha Bila korek hidung sebab dia selsema, ternganga mulut nak makan cotton buds. 







Merajuk pun dah pandai sangat. Macam malam tadi, saya kat bilik, baru siap mandi. Masa saya masuk bilik, dia masih tidur. Keluar je dari bilik, tengok bergolek atas simen. Saya panggil dia, dia pandang sambil jelingkan mata, then kepala landing semula atas simen. Saya nak ambik, dia buat lembik-lembik badan macam tak bagi angkat. hehe Saya tau dia merajuk saya tak ada sebelah dia. So, saya pun cakap, nak pergi dapur. Terus menangis. HAHA Comel.



Walau dah banyak pencapaian Naurah dalam masa 7 bulan tapi saya tak sabar tunggu untuk dia merangkak. Dia masih belajar untuk merangkak. She try very hard. Bila dah dirikan badan guna lutut dan tangan, dia akan terjatuh bila angkat tangan. While berdiri sambil bergantung kat badan saya atau others barang memang dah boleh. Saya tak akan push dia to try very hard. I will let all the progress move soft and clean. Lain baby lainkan progressnya. hehe


gtg now. Before that, the new picture of my 8 mont baby girl. Masa 6 bulan berat 7.5 kg. Now, tak tau berapa. Semangat badan.

Yesterday masa ambik dari rumah BS



Till then.
TATA!






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, March 27, 2013

Lawatan ke Nursery tempat kerja

Pagi tadi saya sempat pergi melawat Nursery tempat saya kerja. Tujuan lawatan tu untuk memantau bagi persediaan pihak dari Permata Negara untuk membuat tinjauan ke atas pusat jagaan kanak-kanak. Mereka nak periksa kot sama ada okay ke tak. So, kami pergi awal sikitlah tadi after breakfast. 

Kat tempat kerja saya, ada nursery yang besar jugaklah. Ada 3 bahagian iaitu bahagian untuk infant (umur 1 tahun ke bawah kot), bahagian toddler (umur dalam 2 year ++ dan ke bawah) dan bahagian kids yang dah boleh belajar (around 3 year till 5 year). Nursery kat sini sangat besar, bersih dan kelengkapan macam-macam tersedia. Suasana yang sunyi, jauh sikit dari jalan raya.

A big playground

Dulu, masa saya tercari-cari BS untuk Naurah, saya ada terfikir nak hantar Naurah kat nursery ini. Alasannya mudah sahaja. Dekat dengan tempat kerja, senang nak ulang alik untuk BF. Tapi ayah Naurah tak bagi. Over-protective. Katanya masih baby. Daripada tinggalkan Naurah kat nursery, dia lagi sanggup  tinggalkan Naurah kat tok ma di kampung, sehinggalah kami jumpa BS nanti. Dia suruh pilih antara dua. Tentulah saya tak akan tinggalkan Naurah kat kampung. Nasib baiklah tokma Naurah faham perasaan saya. Sanggup jaga Naurah selama 5 bulan di sini sehingga saya jumpa BS sekarang.

Saya rasa ketegasan suami yang tidak membenarkan saya tinggalkan Naurah kat nursery adalah sangat tepat. Nasib baik saya dengar kata masa tu walaupun hampir-hampir berputus asa nak cari BS Naurah. Sebabnya, tadi selepas lawatan ke nursery, saya rasa agak sedih. 

NO OFFENSE ye. Maybe lain tempat lain penggendalian nursery.

Macam tadi, tumpuan saya lebih pada bahagian infant. Sesuai dengan usia anak saya sekarang. Rumah untuk infant sangat luas, bersih dan terdapat play yard untuk mereka bermain tapi yang buat hati saya tersentuh ialah ada beberapa orang baby kat sana tapi BS hanya 5 orang sahaja. Saya rasa mesti seorang BS akan jaga dalam 4 atau 5 orang baby kot. Tiba-tiba saya terfikir macam mana in one time babies semua menangis, nak minum susu. Sempat ke tak seorang BS nak handle 4 or 5 baby sekaligus. Seriuosly, saya terbayang anak saya yang tengah meniarap bermain permainan seorang diri. Ada yang bermain bola, dah boleh merangkak. Masing-masing very behave and independent. Masing-masing bawak diri. Sambil diperhatikan oleh BS.


Then kat situ ada pulak 2 buah bilik untuk baby tidur. Masa saya pergi, ada beberapa orang baby tengah tidur di atas tilam masing-masing. Keadaan rumah tu sunyi je. Aman for others baby nak tidur. Walaupun ada some babies yang sedang bermain tapi mereka sangat behave, tak bising dan menganggu babies lain yang tengah tidur. Cuma apa yang saya agak sedih (as a working mum), anak yang tidur tu betul-betul tidur dengan aman tanpa gangguan (i mean BS jaga baby yang tak tidur, biarkan je baby lain dalam bilik). 






Maybe sebab kita orang ada tadi kot, that is why mereka lepak dengan kami bercerita di ruang tamu. Saya harap walaupun that babies tengah tidur, i hope BS tetap lepak dalam bilik dan memantau babies yang meraka jaga walaupun that babies tengah tidur. Di mata saya, nampak kurang kasih sayang dan belaian. Tugas mereka hanya jaga babies, tidurkan, bagi susu. Kalau baby tak tidur, mereka letak atas lantai, bagi permainan. Yelah, logiknya kalau sorang BS nak jaga 5 baby memang tak adalah nak memangku semua kan. So, di situ hati saya rasa sayu sangat. There is people around the baby but still look very lonely. Faham tak apa maksud saya? Entahlah, mungkin saya sensitif sangat.


Tidaklah saya kata bila saya tinggalkan anak saya di bawah jagaan BS di rumah yang tidak terdapat ramai kanak-kanak, diberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Tetap sama. Sangat berbeza kalau darah daging sendiri yang jaga anak kita. Like if granny or aunty yang jaga mesti a lot of love kan. Plus, saya pernah terbaca baby below than 2 year perlu diberi kasih sayang, belaian sepenuhnya. Bila dah besar sikit beri perhatian, bila dah besar lagi beri tunjuk ajar dan seterusnya.

Cuma, pada pandangan saya apa yang membezakan anak di bawah jagaan BS di rumah dan nursery adalah tumpuan lebih diberi di rumah kot sebab baby tak ramai, then kalau BS masak, mengemas, atleast ada anak BS yang akan bermain dengan baby. Suasana kekeluargaan tu pun akan lebih terasa kalau anak berada di rumah BS.

Entahlah. Ada pro and cont rasanya. Kalau fikir dari sudut positif, baby yang kat nursery more independent dan pandai bergaul kelak sebab dah biasa ditemani dengan rakan sebaya dengan mereka.

Namun apa yang penting, penat macam mana balik kerja, kita mesti repay apa yang kita terlepas selama 8 jam bekerja, tinggalkan anak kita kat orang lain, harus diganti semula. Walau penat macam mana sekali pun selepas pulang ke rumah, mesti kita akan layan anak kita sebaiknya. Sanggup menahan lapar kalau anak nak bermanja, tak bagi kita masak.


Sebagai ibu bekerjaya sekarang memang kita pasrah dan redha. Itulah harga yang perlu kita bayar untuk semua yang pengorbanan kita selama ini.  Walaupun hati tak sanggup nak tinggalkan anak macam tu tapi kita perlu bekerja untuk sama-sama membantu suami menanggung kos sara hidup sekarang. Kita kerja, cari duit pun bukan untuk orang lain, untuk keluarga dan anak kita jugak.




Cuma tadi tulah, hati saya sayu bila tengok anak kecik dilonggok di satu tempat, sewal usia 4 bulan sudah diajar supaya berdikari. Saya berasa sedih tiba-tiba. Saya lihat air muka all the baby, lihat pandangan mata mereka, mereka begitu takut bila orang asing (saya) hampiri, hulurkan tangan untuk memangku dan menimang-nimang sejenak, bagi hilangkan rasa bosan mereka meniarap dan bermain sorang-sorang. Mereka menangis seperti memerlukan perlindungan daripada orang asing yang cuba mengancam mereka. Mereka kelihatan takut. Dan, sebaik-baik perlindungan adalah pelukan seorang ibu. T_T


Sedih. Saya pun terpaksa tinggalkan anak saya sejenak untuk saya mencari sumber pendapatan bagi memenuhi permintaan duniawi. Tabahlah Naurah. Ibu tau, BS jaga awak dengan baik.

Saya faham. Saya pun ibu yang tiada pilihan.



Bye!




Note : Patutnya nak upload video progress Naurah tapi terbawa-bawa dengan perasan yang entah apa-apa dan jadilah entry yang perenggannya bercampur-campur. 





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, March 25, 2013

MULTIPURPOSE POOL

Dua tiga hari ni panas yang amat kan. Rasa tak nak pakai baju je. haha Naurah lagi kesian, siap naik tompok merah lagi kat bawah leher dan dada dia. Panas sangat. Asal berpeluh je dia garu-garu. Lepas mandi, memang kena sapu bedak banyak-banyak, bagi serap peluh. Baharu dia selesa sikit. Tapi dalam panas-panas tu, adalah 4, 5 kali jugak dia bantai tidur waktu siang. Tapi tak lama la. Kejap-kejap je.

Petang semalam.

Minggu ni, makanan Naurah lebih kurang je dengan minggu lepas. Cuma tukar tang sayur je. Introduce sweet potato with cellery.  Wanginya bubur bila letak cellery. Naurah lagi suka makan. This week Naurah will turns to 8 month, rasa macam nak perkenalkan cheese, olive oil dan pasta je. Nanti saya nak cari resepi untuk bahan-bahan tersebut.

Sambil-sambil cari menu for baby, saya nak share something which i think sangat berguna untuk mommies and M2B. Actually, idea ni saya dapat melalui officemate saya yang sudah beranak 3. Penting sangat, bertanya pada mommies ni, lebih-lebih lagi dengan orang lama, banyak sangat ilmu yang dapat dipraktikkan. Biasanya ilmu paling best ialah about safety baby, dan perkara yang menjimatkan. Maklumlah since ada baby, kalau boleh semua benda nak jimat. Sebab duit bukan bergunung pun. Duit macam air paip mencurah-curah. Kejap je hilangnya. Selagi boleh jimat, it is better. Melainkan duit banyak, tak kisahlah.

Here, the tips for golongan IBU YANG SUKA BARANG MURAH DAN JIMAT!. Ahak!!

I called it MULTIPURPOSE POOL.


Since Naurah dah boleh meniarap, saya memang tercari-cari sesuatu yang boleh place all her toy tanpa bersepah dan boleh jadikan satu ruangan untuk dia bermain, without to worries, dia akan tawaf satu rumah untuk mengutip semua benda dan masukkan ke dalam mulut. Dan, ofcourse that things haruslah dipakai lama. Sebab saya fikir jugak, baby akan bosan duk lama-lama tempat yang berkurung kan. So, saya rasa agak sayang duitlah nak spent a lot pada benda yang pakai kejap je.

Mula-mula tu saya nak beli play yard sebab it's so smart and kinda the best place for baby yang ada play house sendiri untuk bermain. Maklumlah mana pernah dapat masa kecik-kecik dulu. So, apa yang kita tak pernah dapat, kalau boleh semua nak bagi anak rasa. Tapi, like i said before lah, tepuk poket, check duit dulu. hahaha

 Ini, rupa play yard yang saya berkenan tu.

Comel sangatkan? Ni gambar dari google. Tak silap harga play yard ni depends on panel. Rasanya 4 panel pun dah dalam rm400 kot. Kalau tak silap lah.


Diskus with hubby, sama-sama kongsi nak beli untuk Naurah, he agree with me. But, since my officemate comes with her brilliant idea, which is ask me to buy a pool, terus memanjat kesyukuran. Hahaha See? dah cakap, saya nak tahap jimat sesangat. Siap, tarik nafas lega, jumpa this brilliant idea, sebelum sempat beli play yard. Kahkah

This is we called it multipurpose pool.




The PRICE.

With this pool, saya hanya keluarkan duit sejumlah RM72 sahaja plus with pump RM25. Less than RM100. Tu pun depends on pool size. Ada je size yang kecik, which is harga around rm30 tapi kami memang saja nak yang besar supaya boleh dia explore lebih sikit. Kami laki bini pun boleh golek-golek sama dalam pool tu. Imagine je betapa besarnya kan.

It's became multipurpose bila saya jadikan ia as (1) A PLAY YARD. Saya akan longgokan mainan Naurah dalam pool tersebut and she will play her toys dalam tu tanpa perlu sepahkan mainan atas lantai. Kadang-kadang kalau saya nak solat, saya akan tarik pool ni depan pintu bilik, supaya dia dapat tengok saya sambil main her toys. Kadang-kadang Naurah ni tak boleh dibiarkan sorang-sorang, mulalah nak nangis. Nasib baik pool ni ringankan, so saya tarik je letak kat mana-mana saya suka.


Sometimes saya letak pool depan tv. Sambil dia main, sambil tu dia boleh tengok tv. 

See, how heaven she is wacthing korean drama. Hahaha

Me also lepaking with her dalam pool sambil layan cerita korea. This girl lagi best, siap sandar kepala kat peha saya lagi.


 Even nak bf sambil baring pun boleh dalam pool ni. Bila saya dah BF Naurah kenyang-kenyang dan dia masih tak mahu tidur, so i let her play with her toys. So saya bolehlah pergi masak atau lakukan apa sahaja. Biasanya selepas dia kenyang dan penat bermain, dia akan tertidur dengan sendiri dalam pool.

So, this pool can called as (2) BABY COT also. BAHAH!! 

Like this!

Serius, boleh terlelap tengok cerita korea. Kaki still macam tu. haha


Penat memanjat playgym sampai tertidur.


play and sleep. Perhaps dapat merangsang minda dia. Before get tired to sleep, she explore all the toys inside the pool.

Penat sangat menelaah pelajaran. hehe


By this time, tengah layan mata nak tidur.

Kolam ni agak fleksibel dan lembut, so no worried about injured or what. Since naurah start untuk belajar merangkak, dia berusaha untuk duduk sendiri, sometimes dia nampak macam takut lah jugak, so dia akan pegang pool untuk belajar duduk. Kalau dia penat, dia akan bersandar pada pool. Very comfort kot. No worries pun terhantuk ke apa.

take a rest for a while with her messy hair. haha

 Yang best tu, bila dah terlonggok semua toys dalam pool tu, bila dia terjaga je and se ibu was not around it is oklah for a while. She will grab her toys sambil bunyi suara, kasi hint kat ibu yang sedang masak kat dapur. when i came to see her, rupanya dah bangun pun. bangun terus main dengan toys dia. Good girl!


Just awake from her nap.


 And ofcourse, what a pool without being (3) a swimming pool. haha Nilah motifnya bila beli pool. Memang nak ajar anak bermain air and swim. Maklumlah tak mampu nak buat swimming pool, plus rumah sewa pulak tu. So, it's better lah beli pool yang boleh pakai dan simpan ni. 

1st time play in pool with water inside the pool. haha



for the first time, masukkan sedikit air dahulu.


So, i might say my friend is very brilliant with her successfull idea. All in one. Pool for play yard, baby cot and also swimming pool. So, tak adalah membazir bila dia dah boleh jalan, mesti tak suka sangat nak lepak lama-lama dalam pool kan. Mesti dia lagi suka explore and walk around the house. Then that big pool can be swimming pool sekerap yang boleh. Rasanya kids suka sangat mandi dalam pool and play with water kan.

Sekarang ni, that pool memang saya letak je kat ruang tamu dalam rumah. Cuma masa Naurah mandi dalam pool tu keluarkan kejap letak kat garaj depan rumah. Selepas dia siap mandi dalam pool, ayah dia kosongkan air then sandar pool kat dinding. Around pukul 5 pool dah kering sebab cuaca panas sangat. Boleh bawak masuk dalam rumah semula.

Here, the pump yang we use to pump that pool. 


Senang nak bawak travel if nak balik kampung bawak pool sama-sama. Just keluarkan angin, and pump semula. Pump ni ringan sangat, diperbuat dari plastik. One more thing, tempat tutup lubang angin sangat ketat. Naurah suka tarik butang tu tapi tak daya dibukanya. This pool had 3 tier. So, each tier kena pump. Till now sejak beli dari bulan Januari or Disember (ingat-ingat lupa!) kami tak pernah pump semula. Tahan angin this pool.



Ok. Tu je nak share pasal cara berjimat cermat for baby stuff. 

Before that,

Petang semalam yang bosan. Dinner untuk Naurah.



Till then.



Come from,
IBU YANG SUKA BARANG MURAH DAN FREE
BAHAH



Kbye!!





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, March 22, 2013

The food. The teeth. The style. The friends.

All in one entry. Yup, that is supposed i do. On Monday i am taking medical leave because of diarrhea. Hari Selasa tak busy sangat. Hari Rabu pun sama not so busy but then sedikit malas in me. Semalam, hari Khamis take emergancy leave sebab BS ada urusan. That is why today, kena banyak bercakap sedikit. haha

Began with THE FOOD.

This weekend, ibu quite rajin for prepare 3 type of food for Naurah. Tak silap on weekend kot, for breakfast i prepared mashed potato with dates gravy. Since she in love with potato so, apa lagi, saya memanglah sangat suka sediakan mashed potato untuknya. Plus, mashed potato sangat senang dan cepat (hari sabtu pagi adalah waktu bersenang lenang paling maksima with my baby girl).

 Easy-peasy recipe. No worries sebab dah lulus "4 days rule"

Mashed potato with dates gravy.


Second for this week is something that i called KUIH. bahah Sebabnya this food saya guna wheat flour. Saja bagi kelainan sikit. It is inspired from my childhood memory plus rasa teringin gila nak makan KUIH KOLEH TAHI MINYAK. haha Sila google how it's look like. :-P Nak buat tu agak leceh tang tahi minyak. Kalau saya tak dapat makan, biarlah Naurah yang makan. Tu yang jadi KUIH KOLEH BABY VERSION.

Senang sangat.

Bahan-bahan : tepung gandum dan kurma. Mind you, please study first tentang tepung gandum. Kalau boleh elakkan guna tepung gandum yang putih melepak yang dikhuatiri mengandungi Benzoyl Peroxide like yang gambar sauh and kunci tu. Saya beli tepung gandum bunga cempaka. Warnanya kekuningan sikit dan tiada kandungan Benzoyl Peroxide. 

Cara membuatnya : Tapis dahulu tepung gandum. Then goreng tepung gandum yang sudah ditapis tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga garing, nampak sedikit kekuningan seperti masak dan mengeluarkan bau seperti kacang hijau goreng tanpa minyak. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila diperlukan untuk buat kuih, hanya ambik sesudu atau dua sudu, kacau dalam air sejuk. Then didihkan dalam kuali sehingga ia menjadi pekat berkilat. Untuk dihidangkan, lenyek dengan kurma. Sangat sedap.



Sewaktu saya kecil dahulu, my mum memang bagi saya makan tepung macam ni menggantikan Nestum.

Then, makanan ketiga untuk minggu ni ialah bubur nasi + ikan tenggiri + potato + carrot. The new items is only Ikan tenggiri. Hari ini baharu masuk hari ketiga saya perkenalkan ikan tenggiri untuk Naurah. Masa hari pertama saya bagi ikan tenggiri, saya memang bekalkannya lebih sedikit. Then BS pun cakap, Naurah makan banyak sangat. Saya cukup happy. Sebelum ni kan asyik bagi benda manis je kat Naurah. Risaulah jugak, dia tak nak makan ikan or ayam. Alhamdulillah, Naurah jarang menolak bab-bab makan ni (just like her mum and dad! hahaha). 





Betapa besarnya ikan tenggiri yang saya bagi dia makan. setiap keping ikan tenggiri memang sedia besar. So, saya bahagi kepada 4 bahagian. Saya kira cukuplah untuk 4 hari berturut-turut. Saya tak suka simpan stok ikan lama-lama. Tapi malangnya, malam hari pertama Naurah makan ikan tenggiri, Naurah muntah dengan banyak sekali. Masa tu saya tengah pegang dia. Tengah baba-chak dan dia mengadap saya sambil berdiri. Sekali dia muntah tersembur macam air paip, nasib baik saya sempat tutup mulut saya. Bayangkan muka saya dengan muka dia sama level. Baju, seluar tidur saya dan dia memang berterabur dengan muntahnya. Dua-dua kena mandi semula. Kesian tengok Naurah muntah. 


Then, hantar gambar ikan tenggiri yang seperti di atas kat tok ma dia. Saya kena marah. Tok ma cakap, maunya tak muntahkan. Dahlah Naurah pi bantai makan banyak, lepas tu pulaknya, ikan tu lagi banyak dari nasi. Mau tak loya tekak Naurah. Cuba bayangkan kita yang dewasa ni duk ratah ikan lebih banyak dari nasi, mesti something je kita rasa. Pitty my girl. I am useless!

So, semalam, masak lagi ikan tapi dalam kuantiti secubit dua sahaja. Bagi rasa ikan je. Kesianlah jugak kalau masak plain rice, potato and carrot. Tengok semalam dah tak muntah. So betullah tok ma cakap, saya letak ikan terlalu banyak, while nasi seciput je.

So, KUIH KOLEH BABY tadi saya jadikan menu, 7th then bubur nasi ikan tenggiri adalah menu, 8th.

 

THE TEETH

Rasanya baru minggu lepas kot, ke minggu lepas satu lagi, dapat kesan Naurah dah tumbuh sebatang gigi. Tiba-tiba a few days past, perasan lagi ada sebatang lagi nak tumbuh. So, sekarang Naurah dah ada 2 batang gigi. Langsung tak demam. Syukur sangat-sangat. And, she still behave masa BF. hehe Cuma dia suka sangat gigit jari sekarang. Pantang jumpa jari sesiapa, laju tarik untuk digigit. Once, we shout, she hurt us, she will smile and laugh. I think she enjoy to do that.

I had one video yang dia tunggu respon kita to said "sakit" after she bite our finger tapi rasa malu sangat. Suara buruk. Kahkah Kalau dah hilang rasa malu nanti, baru saya share kat sini. She such a smart girl!






The style.

Kalau nak bercerita pasal karenah baby ni, mau 4,5 entry pun tak cukup rasanya. Tapi nak cerita jugak. ahaha Since Naurah 7 month and next week will turns to 8 month, begitu banyak progress yang memberangsangkan that she does. Like, camwhore tu sudah pasti tapi advance sikit bila pandai berlakon. Bila snap gambar, and i said "smile sambil sebut ACACACACA!!" she will give us a big smile and laugh. Nganga mulut seboleh-bolehnya. Girang gila ok! 


the big one that i had.




Then, kalau dia tak ada mood nak bergambarkan, i try to snap her picture konon candid style, she pose very well. Contoh masa dia tengah syok tengok tv, dia perasan saya akan shoot her picture tapi dia sekadar jeling je, then after dah snap, boleh dia pandang saya semula sambil tersenyum. Saya selalu tanya dia like this " what? bajet artis ye, ibu candid gambar?" hahaha Mesti tersenyum lepas tu. Pandai berlakon ni.

Sama jugak kalau dia tak ada mood nak ketawa tapi bila kita hala kamera, she love to camwhore tapi muka ala-ala model (model mana senyumkan? ahaha). Lepas keluar flash mesti terus senyum. Geram tau dengan dia.


geram owh, nak picit mulut dia!


Satu lagi yang dia suka sangat buat sekarang ialah aksi akrobatik melampau. BF sambil nak hisap ibu jari kaki sendiri. Mampu??




Kalau sebelum ni, pantang BF or use bottle teat memang dia akan selitkan jugak baju atau tangan dia kat celah bibir. Tak taulah apa dia rasa. Kadang-kadang tangan saya yang dia capai letak celah bibir dia. Geli hokei, bila dia nyonyot tangan kena bibir and lidah dia yang bergerak-gerak tu. Sekarang lagi advance, siap masuk ibu jari kaki. Kalau ditepis, menangis. So, i have no choice, kena bagi jari saya. Better then her own foot in her mouth. Sabar jelahkan.

Then, since dua hari lepas kot, dia dah pandai clap her hand. Kalau ibu atau ayah menyanyi lagi POK-POK AMAI lagi suka dia tepuk-tepuk tangan. And, of course with her big smile. Best gila rasa. Like, rasa macam tak caya. Rasa baharu sahaja lahirkan dia, now dah pandai bertepuk-tepuk tangan. AMAGAD!

While to move on use her own foot tak dapat lagi. Naurah masih tak boleh merangkak. Memang kerja dia setiap hari nak merangkak. Dia dah mampu angkat badan dia use her knee and hand tapi sebaik sahaja dia angkat kedua-dua tangan ke depan and try to step forward her knee mesti terjatuh. hahaa Comel sangat rasanya. Nanti saya rakam. Sekarang handphone sentiasa di sebelah. Tak sabar nak rakam first moment dia boleh merangkak. Tapi cubaan untuk berdiri use her own feet memang dah boleh. Like, bila saya pegang handphone dan dia cuba nak ambik handphone kat tangan, saya akan angkat handphone tinggi. So, dia akan panjat peha saya sambil guna tangan dan lutut dia untuk berdiri. So far, dah boleh. Sekali je jatuh, nasib baik saya sempat sambut. Kalau tak, mau melalak kepala kena simen.

Apa lagi ye? Nanti nak recall yang lain-lain. hehe



The friends.

Sekarang, Naurah dah ada kawan satu taman. Kawan dia adalah anak BS sendiri yang standard 2 dan anak jiran standard 5 and 2. hahaha Comel gila. Weekend baru-baru ni, on Saturday, ayah Naurah kerja. So i stay at home with her. Around pukul 1pm kot, i heard someone called her name. Lawaknya. Beriya mereka panggil nama Naurah. Macamlah Naurah dah jawabkan. Suppose panggil lah nama saya kan. So, saya pun dukunglah Naurah pi jenguk kat grill. Yang tak tahannya, Naurah nampak je her friends datang, terkapai-kapai tangan macam nak terbang, betapa gembiranya tengok kawan datang. Bosan kot, main sorang-sorang.

Hari Jumaat petang waktu ambik Naurah dari rumah BS, budak-budak tu dah tanya sama ada BS jaga tak Naurah hari Sabtu. So, saya cakap takde lah sebab cutikan. Then, they ask me, nombor rumah, nak pergi main dengan Naurah. haha seriously, saya lupa nombor rumah.Then i told them, tengok je kereta saya. Mereka beriya lah hafal plat kereta saya. Tak sangka, hari sabtu tu betul-betul datang. Saya pulak tak ada prepare apa-apa makanan. Nasib baik ada stok vitagen and chocolate bar dalam peti ais. Bagilah satu sorang. Around pukul 4, saya hantar mereka balik dengan kereta, walhal dekat gila. haha Kebetulan, saya nak keluar dengan BS pukul 4, so saya suruh mereka teman Naurah main while saya pergi mandi dan bersiap nak keluar pukul 4 tu.





Esok harinya, Ahad tu datang lagi tau tapi mereka terlambat sedikit sebab Naurah baharu tidur selepas mandi pool. Kebetulan Ayah Naurah tengah basuh kereta kat luar rumah, he told them suruh datang petang sikit around 5pm tapi tak ada datang-datang dah. hahaha


Ok. enough kot the whole week story. Cuma nak cerita pasal MULTIPURPOSE POOL tapi tak sempat pulak. 






Later yea!
BYE!




Lots of love,
Ibu Naurah.








THANK YOU FOR READING THIS!

I can't stop

My eyes can't stop to see you..
My mouth can't stop to talk about you...
My head can't stop to think of you..
My heart can't stop to miss you..

My little pretty girl..
You are my soul,
You are my life,
You are my everything..

After your dad.

Lama tak bercerita tentang lelaki yang aku ada.

Miss you my kesayangans. Hubs and baby.

Mood:bosan owh. Attend dialouge. Hahaha

Kbye!!


THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, March 15, 2013

Learn how baby is munching.

Since Naurah dah tumbuh gigi (walaupun sebatang lol) saya rasa teruja sangat nak bagi dia makan finger food. Tapi umurnya yang baharu sahaja 7 bulan, makanan for finger food like french fries, hotdog macam tak sesuai je. Lagipun proses "try and error" for her food masih belum selesai lagi. Terlalu banyak lagi makanan yang saya perlu perkenalkan. 

Mengikut perancangan saya, saya akan perkenalkan makanan basic untuk Naurah mengikut kategori BUAH, SAYUR, GRAIN dan PROTEIN. Once she dah start boleh makan bubur nasi complete with sayur dan bahan protein, saya dah tak perlu risau lagi incase dia alergik ke sembelit ke, sebab semua makanan asas tu saya dah biasa bagi. So will called them OLD food.


For example, untuk kategori BUAH, saya pernah bagi buah PEAR, PISANG, PLUM, KURMA, EPAL, so far. Manakala SAYURAN pula saya pernah bagi BROKOLI, LOBAK MERAH, POTATO, PUMPKIN. Hanya AYAM DAN IKAN BILIS sahaja yang saya pernah bagi untuk BAHAN PROTEIN. GRAIN pula ialah bread, cous cous, rice, wheat flour.


Mengikut umur Naurah sekarang 7 bulan hingga 8 bulan masih ada beberapa jenis buah, sayur dan bahan protein yang ingin saya cuba like ZUCHINNI, PARSELY, ONION, PEAS, GREEN BEAN, PARSNIP, CAULIFLOWER, CELLERY etc bagi kategori SAYUR. AVOCADO, PEACH, LEMON, CHERRY, MELON, APRICOT, KIWI, PAPAYA ect bagi kategori buah. While milk product, saya akan mulakan bila she turns to 8 month like YOGURT, CHEESE, BUTTER, SOUR CREAM and TOFU.


So, bagi saya age within 7 and 8 month adalah "try and error" konsep dengan menggunakan kaedah "4 days rule". Bahan apa yang lulus and gagal akan saya catat. Bila sampai waktu (in 9 month maybe), saya akan mula give her proper meal like for breakfast benda light, then for lunch (rice, chicken, vegetable soup) and fruit. So, semua bahan untuk complete meal in one day saya akan hanya menggunakan bahan yang lulus ujian "4 days rule sahaja". Masa tu, dah terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dimakan oleh Naurah. So, no worries about kesan sampingan. 

Plus, bila Naurah dah besar tak adalah lagi saya perlu guna konsep "4 days rule" khuatir bila Naurah sudah besar, her taste bud dah mulai tajam, she might want difference of meal everyday. So, umur sekarang yang walau bagi makanan sama setiap minggu pun she still can accept that. So, take the chance untuk eksperimen sekarang. kikiki

Itu perancangan pemakanan untuk Naurah sekarang yang dibuat oleh saya as her mother mengikut sumber rujukan yang saya baca. Maybe lain orang, lain caranya.

However, kami lakibini ni nottylah jugak. Tidaklah terlalu tegas about her food. Kami bagi je dia rasa apa sahaja kami makan kecuali makanan yang kami fikir tak boleh bertoleransi langsung, memanglah tak kasi like benda pedas (tepuk dahi. hahaha). Other than that, name it, apa yang tak kasi rasa. Aiskrim? durian? pavlova? Semua dah. KAHKAHKAH 

Nasib baiklah Naurah ni jenis perut tebal macam kami lakibini. Tak ada kembung perut pun. Walaupun saya ni hanya pantang 44 hari, then lepas tu saya bantai makan sesuka hati like rebung, masak lemak cili api, paku pakis, kangkung etc yang orang tua cakap tajam (dilarang for breastfeed mum), tak ada pulak Naurah kembung perut. Syukur sangat! hikhik 

Back to story dia tumbuh gigi, memang saya nak kasi dia rasa macam-macam taste dan tekstur makanan since awal tapi dalam kadar yang berpada-pada. Saya nak dia explore kalau makanan ni, how to eat, kalau tekstur macam ni, how tu munch and eat AND bla bla bla!

Example, (i saw and learn this), some mommy yang saya kenal too worries anak dia chocking, since 6 month till 1 1/2 year, just give anak dia bubur nasi sama ada yang dikisar atau lecek. So, teksturnya sama sahaja iaitu lembik dan berair. Then, bila "this mommy" try to give her kid finger food (since her kid yang dah bosan makan bubur and nak pegang makanan sendiri), this kid tak pandai nak menggigit and bajet anggaran food yang perlu dimasukkan dalam mulut. Also, this kid kurang cekap for chewing. The result is this kid will chocking. And, his/her mother marah-marah this kid, cakap makan gelojoh or what ever. Lagi teruk, fobia nak kasi anak makan benda keras.

That is why, sometimes saya akan bagi Naurah makanan yang keras like apple, dates, cookies, bread dalam FOOD FEEDER. Saya nak dia belajar mengunyah and when that food masuk dalam mulut dia, she learn how to chew that food, then telan dahulu, dah habis baru put another food in her mouth. I might say, my way is success so far.

Dan, semalam saya saje test Naurah (since saya makan cornflake while she eat banana on her food feeder). Tapi bila dia tengok saya mengunyah cornflake, sanggup dia campak food feeder dia tau. Saya tengok like she very interested with cornflakes, so  saya bagi satu kat dia. Saya perhati je what she will do with that snack.

This is how she treat that cornflakes.


Once she got it, terus masuk dalam mulut. She knew, her mother pun makan, so dia apa lagi kan? hehe



try to bite.


Hard to bite. Use two hand.


Once dah pecah, choose which one nak masukkan dalam mulut dulu. She choose the small one.

And, munching!!


 Alhamdulillah. She know how to handle and eat that kind of food with difference taste and texture dari yang biasa dia makan sebelum ini. Tak tercekik pun. Walau dah lulus, next time nak bagi lagi, still need in my supervision. Hanya belajar sahaja dari awal. Acah jewwww. ^_^


That's all i want to share.

This morning Naurah marah ambik gambar dia masa on the way to BS house. First time marah snap gambar dia. Kelakar. ahahaha


Kelakar la Naurah!





 Happy weekend!
 Kbye!!







THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, March 14, 2013

Babysitter Naurah

Rezeki langkah kanan semalam. Babysitter (BS) Naurah kasi sebekas mee kari. Boleh makan 4 orang. Konsep nak balas bekas yang saya bagi makanan sebelum ni.



 Saya ni tidaklah rajin masak tapi since dah masak tu saja-saja masak lebih sikit. Biasanya masak hari minggulah yang meriah sikit. Kami berdua je makan serba salah nak masak sekadar 2 3 ketul ayam atau ikan. Alang-alang tu masak dalam 6 7 ketul, so lebih tu hantar rumah BS. Kebetulan rumah BS memang satu taman dan selang beberapa buah rumah je.


It's gonna be a long entry. Pasti. 

Sebelum ni saya pernah berkongsi about BS issue. HERE

Saya tak tahu nak mula dari mana kalau bercakap pasal BS. Banyak sangat yang ingin dikongsi dalam pencarian saya untuk mendapatkan BS untuk Naurah.

I guess, let me start with a mission to looking for BS untuk Naurah. Kalau nak faham misi saya better baca link yang saya sertakan di atas.

Actually, memang ramai calon BS yang saya temui. Among A,B, dan C (read last entry) semuanya saya tak nak. I have my own reason. Calon A dah ada baby lain sebab saya lambat sangat contact dia. Calon B, saya tak sempat jumpa tapi saya macam dah tolak awal-awal sebab dia ada anak kecik lagi. Calon C, saya tak suka sikap dia. Rumah dia depan rumah saya. Ikutkan senang yang amat kalau nak hantar Naurah. Masa pertama kali bersembang, saya risik-risik untuk jadikan dia BS Naurah, dia dah setuju nak jaga Naurah. Tapi yang tak best tu bila dia tanya saya balik kerja pukul berapa? Kalau boleh dia tak nak saya balik lewat. Ok boleh consider lagi. Then dia tanya, "Anak awak meragam tak?" What the hell on the earth! Baby ok. Memang akan ada masa-masa dia ok and meragam. Memang Naurah easy to handle tapi kalau hari tu dia tak sihat, macam mana? Terus tak nak jaga? Memang terus cancel.

Nak dipendekkan cerita, BS Naurah sekarang adalah calon yang ke-6. Calon sebelum ni adalah masalah kesihatan, dah terlalu ramai kanak-kanak (pun ada hati nak ambik baby lagi) and persekitaran kurang memuaskan.

Saya dapat tahu BS sekarang ni daripada kakak yang jual nasi lemak kat taman. Dia bagi nombor telefon. Kebetulan masa tu BS Naurah baru berpindah ke taman tu. So, mula-mula saya called and make appointment nak datang rumah. She said ok. But i have my own trick! Masa tu dalam bulan 11 kot, balik dari kerja sepatutnya saya bawak Naurah pergi berkenalan dengan BS tapi saya cancel tiba-tiba. I said Naurah meragam nak tidur. Then she said ok. Sebenarnya saya nak pergi ke rumah dia dalam keadaan tak bersedia. I mean saya nak tengok situasi sebenar rumahnya. Kot-kotlah mengemas siap-siap semata-mata saya nak datang. I need to do my inspection.


Selang 2 hari after that, saya datang secara mengejut with my mum. Bring Naurah dan Balqis also. Remember, i need to do inspection! She look very suprise tapi still ok. First impression saya tengok she quite friendly. Tapi tak ada gaya pun nak pegang Naurah. Sedihlah jugak macam tu. Like she is not interested with my baby. Tapi her daughter (form 3) laju ambik Naurah lepas hidangkan kami air. My mum yang layan borak, while me perhatikan the way she talk, keadaan rumah dan persekitaran. Untuk menjayakan misi tersebut, awal-awal saya dah pesan kat Balqis, sampai kat sana cakap nak wee wee. So that, saya bawak dia pergi tandas and automatik saya dapat perhatikan kebersihan tandas and keadaan dapur. Semuanya clean dan tersusun je. Lulus. Then tanya how much dia nak sebab saya tak ada pengalaman lagi hantar baby untuk orang jaga. Then she said some amount which is RM280. FYI, rate for BS kat sini still around RM250 tapi saya tak kisah dia mintak lebih sikit janji kerja harus tip top!

Balik rumah saya cakap kat my mum macam tak suka. Then my mum cakap, dia suka. She said memang la saya akan rasa berat hati nak tinggalkan Naurah kat dia sebab saya baru kenal dia. my mum cakap jangan berprasangka buruk. Tak cuba tak tau. Selagi my mum ada, she ask me cuba hantar Naurah for two or three days. If tak sesuai teruskan cari BS lain while my mum boleh jaga Naurah sampailah jumpa yang boleh melapangkan hati saya. So, cubalah hantar selama 4 hari tak silap dalam bulan 11. Seems like ok. BS pandai uruskan Naurah. EBM semua lulus. Tapi sebelum tu memang ada sedikit isu dengan BS ni sebab saya terdengar cerita dari some people tapi berbalik apa yang my mum told me, JANGAN BERPRASANGKA BURUK! Kita baru dengar cerita dari sebelah pihak. 

So far, hampir 3 bulan hantar Naurah kat BS semuanya ok. Saya mula hantar Naurah kat BS pada bulan  Januari this year. Bulan Disember last year, husband jaga sebab tak start kerja lagi.

Apa yang boleh saya katakan selama tempoh 2 bulan 2 minggu ni, saya rasa sangat bersyukur jumpa BS Naurah. Nampak macam garang tapi baik hati. Bila bersembang, memang tak sempat kita nak mencelah. Tang ketawa tu seronok saya dengar. Dia tak berkira sangat kalau saya balik lambat. Anak-anak dia pun suka dengan Naurah. 

Saya selalu dengar nasihat mak saya. Jangan anggap BS sebagai  pekerja yang makan gaji dengan kita. Tapi anggap macam keluarga. Sebab tu saya tak berkira sangat dengan dia. Saya bukanlah nak show off yang saya ni baik ke apa tapi sebagai perkongsian dalam menjalinkan hubungan baik.

Saya percaya kalau kita berbuat baik dengan orang, orang pun akan berbuat baik dengan kita.

Sebagai ibu bapa semestinya kita nak kan yang terbaik untuk anak kita. Tapi dalam masa yang sama kita tak pasti sama ada BS mampu tak berikan yang terbaik kepada anak kita seperti mana kita buat. So saya hanya berpegang kepada DUA PERKARA. Pertama sentiasa bersangka baik. Kedua They are my family!

Ikutkan masa Naurah banyak dihabiskan bersama BS berbanding saya. Oleh itu saya harus pastikan Naurah tidak akan kekurangan kasih sayang dari orang yang berada di sekeliling dia. Maka, untuk dapatkan kasih sayang tersebut, saya harus jalinkan hubungan yang erat dengan BS dan keluarga. Sikap kepercayaan, kasih sayang, tolong menolong, kemesraan dan lain-lain hanya diperolehi daripada keluarga sendiri. Maka, saya didik hati saya dengan mengatakan mereka keluarga saya. Apabila mereka menjadi sebahagian dari keluarga saya, saya akan layan sebagai mana hak sebuah keluarga harus perolehi.

Contohnya, kalau petang balik dari kerja, saya teringin makan pisang goreng, keropok lekor, cucur dan lain-lain, saya harus beli jugak untuk BS. Ikutkan BS memang tak kisah dan tak tau pun saya akan makan kat rumah semua tu tapi bila saya dah didik hati dengan mengatakan mereka adalah keluarga saya, maka sampai hati tak saya makan sedap-sedap kudapan petang yang panas, manakala keluarga lain tak dapat makan. Unfair kan? Maka saya belikan jugak.

Begitu juga bila tiba hari minggu. Kalau bahan basah tu saya beli lebih, saya akan masak dan suami akan hantar ke rumah BS lauk yang sudah saya masak. 

BS Naurah adalah seorang ibu tunggal yang mempunya anak tiga. Maka, saya dan suami lagilah sangat berbesar hati untuk membantu beliau apa yang terdaya oleh kami. Pernah suatu hari, BS nak mintak cuti sebab nak uruskan urusan arwah suaminya. Maka pada hari tersebut, saya perlu bercuti juga. Yang kesiannya, BS terpaksa menaiki bas untuk ke bandar bagi menguruskan urusan tersebut. Tidak tergamak saya mendengarnya. Maka, saya pelawa untuk hantar beliau. So pada hari tersebut saya ambil half day. Pagi Naurah masih di rumah BS. Waktu rehat, saya balik dan membawanya ke bandar.

Naurah sangat manja dengan anak sulung BS


Bila kita layan BS demikian rupa, Insya Allah mereka pun akan berbuat baik dengan kita.

Kalau awal-awal dulu, saya sangat khuatir nak tinggalkan Naurah dengan orang luar kecuali mama nabilah tapi sekarang saya cukup yakin. Apa yang dibalas oleh BS setelah saya berbuat baik dengannya dan keluarga?

Mengambil berat perihal Naurah. My mum pernah berpesan supaya jangan kerap menghubungi BS. Bimbang disalah erti. Bila teringat kat anak sedekahkan Al-fatihah. Semoga anak kita dilindungi oleh-NYA. Balasanya, hati saya yang meronta-ronta nak tau keadaan Naurah tapi terpaksa ditahan kerana khuatir BS merasa terganggu, tertanya berbalas dengan berita gembira. BS akan sms saya bagitahu perkembangan Naurah. 


 

Antara isi kandungan BS sms saya. Saya cukup berdebar kalau terima panggilan atau sms dari BS. Takut terjadi sesuatu pada Naurah. Tapi BS hanya sms untuk bagitau keadaan Naurah. Seingat saya sepanjang 2 bulan beliau jaga Naurah, baru 2,3 kali saya sms tanya keadaan Naurah. Itu pun sewaktu Naurah kurang sihat. Yang lain-lain kebanyakannya BS yang sms saya dahulu.

Satu lagi yang saya amalkan ialah sentiasa BERSANGKA BAIK! Just like i said, kita nak yang terbaik untuk anak kita. So, if anything happen di bawah jagaan BS, jangan cepat melatah. Perkara ni pernah terjadi kat saya. Masa ini kes kulit Naurah keluar bintik merah. Saya tak tuduh melulu apa yang BS bagi kat anak saya makan.

Dialog lebih kurang :

"Akak perasan ada tompok merah kat badan Naurah." - BS

"Ye ke? Dia meragam tak kak? Hana silap bagi ape ye?" - Me. Blame myself first as her mother.

"Tak meragam tapi kesianlah sebab dia tidur tak selesa. Asyik tergaru-garu je". BS

"Takpelah. Kalau melarat malam ni, hana ajak ayah dia pergi jumpa doktor lah." Me. Try as cool as possible.

Actually, tak silap saya BS pernah mention dia bagi Naurah rasa something tau semalam sebelum kejadian. Kek tak silap. Maybe dalam kek tu ada telur. Saya nak tegur takut terasa hati. Kang dicop cerewet. Dan, saya faham keadaan dia. Once dia dah anggap Naurah macam anak sendiri so, she make her own decision nak kasi Naurah makan itu ini. Tambah-tambah kalu BS jenis mak-mak, nak ikut kepala mereka je. Baby besar ni boleh makan itu, boleh makan ini. Tapi at the same time saya tak nak lagi Naurah makan all that thing. Cukup dengan bubur saya bekalkan. So, need to slow talk.

Esok harinya masa nak hantar Naurah :

"Semalam hana dah bawak Naurah pergi klinik kak. Kesian sangat. Balik petang semalam, mandikan lagi naik tompok merah. Doktor cakap silap makan. Mesti Hana silap makan apa-apa. Dahlah hana menyusukan dia. Tak pun ayah dia yang bagi rasa kek coklat sikit malam semalam. Sebelum ni tak ada macam ni. Kesian sangat. Malam tadi tak boleh tidur. Susah hati hana nak tinggalkan kat akak. Takut dia meragam, kesian akak kena jaga dia." Me. Try to slow talk and blame ourself. Kekdah TIPU SUNAT pun memang dipraktikan di sini. BAHAH Atau nak sopan sikit KISAH TAULADAN.

Motifnya, bila kita tak salahkan dia, tak adalah dia rasa down sangat. Next time dia akan lebih berhati-hati nak bagi anak kita makan.

Pendek kata, cakap biar beradap. Tegur secara berhemah. Satu lagi konon kisah teladan lah sangat yang saya cuba sampaikan ialah :

Mula-mula sms her :

"Salam.. kak, hana ambik Naurah lambat sikit hari ni sebab nak pergi HTAA melawat anak kawan Hana kat wad." 

Then, around 6.30pm, saya ambik Naurah. Saya lepak kejap rumah BS. Nak bukak cerita konon melawat anak kawan saya kat HTAA.

"Maaflah kak terpaksa susahkan akak jaga Naurah lama. Tadi pergi melawat anak kawan Hana masuk hospital sebab jatuh bilik katil. Sekarang kritikal jugaklah." Me

"Macam mana boleh jatuh tu?" BS

"Kawan hana hantar anak dia kat pengasuh. Pastu pengasuh pergi dapur jap, tinggalkan baby atas katil. Budak tu dah boleh bergerak, terjatuhlah. Nak jadi cerita, agaknya pengasuh takut bagitau mak budak tu, diamkan je. Malam tu budak tu tak sedarkan diri. Doktor cakap kalau jatuh, terus bawah pergi hospital mungkin tak teruk jadi macam sekarang. Sekarang dah jadi kes polis pulak kalau jadi apa-apa kat budak tu. Patutnya pengasuh tu jangan takut, kena bagitau. jangan sorok-sorok sebab mestilah dia pun tak sengajakan" Me. 

Saya bukan suka-suka hati nak menipu. Seperti yang saya bagitau. Di sini saya lebih suka guna konsep CERITA TAULADAN. Semua orang sayang anak dan kalau boleh tak nak jadi apa-apa kat anak. Tapi kalau saya tak buat-buat cerita macam tu, takkan lah saya nak cakap macam ni "kak, Naurah dah boleh bergerak, akak jaga elok-elok tau. Takut lak hana kalau terjatuh". What do you expect form her? Reaksi dia macam mana? Kalau jenis tak mudah berkecil hati takpelah. Nanti dicop kita cerewat, pastu kalau dah tak yakin dengan dia better tak payah bagi dia jaga kan? So bila saya bercerita macam tu, dia akan fikir sendirilah akibat kalau dia cuai atau sorok something dari saya nanti. Saya percaya kat awak, so awak kena jujur dengan saya. Insya Allah. Harap-harap tak ada benda yang terjadi. Tapi kalau benda dah nak jadi dan memang perancangan tuhan macam tu, terima sahaja dugaan tersebut. Kalau boleh dihalang, dielak dari bersikap cuai lagi baik. ^_^

Saya ni bukanlah pandai sangat cakap dengan orang tua. Tambah-tambah perihal anak. Baru anak sorang. Tapi saya banyak dengar nasihat mak saya. Saya harap apa yang saya kongsi di sini bolehlah dijadikan rujukan untuk ibu-ibu lain dalam menangani masalah dengan BS.

Kebanyakkan masalah dengan BS adalah timbul isu salah faham dan ego. Bagi kita, anak itu adalah anak kita. So, kita tau apa yang terbaik untuk dia. Manakala BS pulak konon orang lama, lagi tau macam mana nak jaga budak. So, mereka tak nak dengar kita arahkan itu, ini. So, bila BS buat cara dia, tak ikut cara kita, mulalah kita melenting. So, timbul masalah. Kena cari BS lain.

Tapi, bagi saya, saya agak bernasib baik jumpa BS yang sangat baik untuk Naurah. Cuma apa yang perlu saya lakukan adalah sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dan memberi peluang kepada BS saya untuk membesarkan Naurah dengan cara dia, di samping tidak bertindak melulu tanpa keizinan saya. Dan, dalam masa yang sama BS turut menghormati pendirian dan cara saya dalam membesarkan anak saya itu.

Hubungan yang erat antara ibu bapa dan BS adalah sangat penting kerana bagi saya BS bukanlah pekerja saya tapi keluarga saya yang menjaga nyawa anak saya selama saya bekerja. Memberi makan minum kepada anak saya dikala dia dahaga dan lapar. Menjaga kebersihan anak saya dengan tiada sekelumit perasaan jijik dengan najis yang saban hari semakin busuk itu.

Itu sahaja pengalaman cetek saya yang baharu menjadi ibu selama 7 bulan ini. Nanti saya cerita apa yang saya bekalkan untuk Naurah sepanjang beliau berada di rumah BS.

Got to go now, nak ambik kesayangan. Entah tengah tidur ke apa tu.



Pandangan yang buat hati saya sayu setiap kali ambik beliau di waktu petang. Seolah-olah beliau berkata "lamanya ibu tinggalkan Naurah." Sedih sangat.





Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...