Thursday, February 28, 2013

7 month today!

Today Naurah dah turns to 7 month. Yippi! dah makin besar baby girl ibu. Last timbang masa jab for 6 month berat dia dah 7.2 kg. Now tak tau lagi. Tiba-tiba rasa nak pi klinik nak tau berapa berat dia. Boleh? hahaha Sebabnya kan, bila dukung dia sekarang sangatlah terasa mengahnya. Semangat. Badan maintain je nengoknya. Sebab tu kalau keluar pi mana-mana akan usung stroller, tak mampu ibu and ayah nak pangku lama-lama. Kalau tak bawak stroller, ayah lebih rela stay in car with her dotter, so ibu akan cari barang sorang-sorang. Sob2. Sampai hati ayah. :( 

HAHAHA

Dan, orang yang paling rajin dukung, pangku, jaga dia ialah tokma. Tokma relax je dukung Naurah kalau keluar pi mana-mana. Actually stroller ada bawak tapi this smart girl, bila letak dalam stroller dalam 30 minit, dia buat-buat batuk ke. Batuk ala ngada-ngada tu. koh koh koh koh! Ayah cepat-cepat ambik, takut jadi apa-apa kat anak. Elok je dah dukung, kemain dia gelak kat ayah dia. Her trick! Very smart k! Kalau letak semula dalam stroller, confirm menangis. So, no choice, ibu malas nak tolak stroller kosong, then ayah pass Naurah kat ibu. |Badan ni nampak je naik berganda tapi agaknya banyak sangat lemak bermaharajalela, penat hoi menapak sambil dukung baby 7.2 kg ++. Tok ma jugak yang happy. Mintak Naurah untuk didukung. Tabik arh kat tok ma Naurah! Semangat and kudrat, MasyaAllah! Sayang Ma! :)

Since Naurah dah 7 month ni, rasanya tak banyak sangat progress kot like 6 month dulu. Mungkin dalam tempoh 7 month maybe baru boleh tengok what she can do. Sekarang dia masih meniarap, tak boleh duduk dengan sendiri lagi. and obviously tak boleh merangkak! 

But, bila dia meniarap and move to get something, movement dia di kelajuan kuasa dua. Laju sambil tarik dada. Golek-golek lagilah laju. Dia suka panjat bantal yang bersusun. Tak faham. Nak buat gelongsor ke apa? Bahayalah anak!

Rasanya Naurah ni mulut dia lagi cepat dari kaki kot. Dia kuat membebel. Siap ada keluarkan bunyi berirama lagi. Like menyanyi. lalalalalala. tatatatatata. bubububu. three song so far yang dia nyanyi. ahaha 

Kalau we all tengah borak, mesti nak mencelah, join sama. Yang best tu, bila tak hiraukan dia, boleh pulak panggil orang. And guess what, how she called us? Weh! Serius ok! Sambil dia pandang kita dengan muka serius, she yell "weeeeeeeeeh!". Bila pandang muka dia, she smile. Sabor jelah.

Kalau tengah malam, we all sangat penat nak layan dia, we turn off the lamp, she will sing and talk alone. Very loud. Pernah jiran sebelah rumah terdengar and tanya we all, kenapa dengan Naurah malam tadi. Omaigod, anak ibu!

We all, biarkan je apa dia nak buat. As long as dia happy. Part makan pulak, haruslah cemerlang dan gemilang. Bagi apa aje, jarang ditolak. Ibu pun sukalah memasak kalau anak suka makan.

Her health was fine. So far tak ada lagi batuk-batuk and selsema. Hari tu masa 6 month dia pernah demam panas tapi cepat recover. Maybe demam and meragam nak berginjak usia kot.

What else? 

Seperti biasa, dia semakin kuat bermain and her favourite toy now is money! Trust me, bagi duit kertas kat dia, she can play with that money selama 1 jam tanpa henti and statik kat satu tempat. Cuba bagi her toys, tak sempat 15 minit, di balingnya toys tu.

So far, tu jelah kot yang i perasan kat Naurah. Will update later her progress.

A few picture of her since newborn till now.

1st day she was born.


1 month old.


2 month old.



3 month old.


4 month old.


5 month old.


6 month old.


7 month old. This morning smile.



Tak banyak bezakan rupa dia? Cuma obviously beza masa newborn je. Others month lebih kurang je.


Owh, one thing, she very camwhoring ok! Even tengah cry, i tekan button camera kasi keluar flash, she will stop crying and try to smile kat kamera. Omaigod, ikut siapalah ni! 

Ahahaha


Stay health and stay cute ye darling!




Bye!






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, February 27, 2013

BABY FOOD. #talk2

Continue from last entry yea!

Memang sangat seronok bila baby dah mula makan. Kalau boleh semua nak kasi makan. haha Tambah-tambah dapat baby macam Naurah yang kuat makan (like mother like daughter. LOL), kasi apa aje, jarang sangat ditolak. Kalau orang tua kat kampung tengok ni, umpama bagi anak burung makan. Pernah tengok? BAHAH! Kat kampung, ada orang pelihara burung. Gaya anak burung makan tu, pantang dihala makanan, laju je ngap, pastu telan cepat-cepat. Bagi cepat-cepat, ditelan lagi. Memang selagi ada orang bagi makanan, selagi tu nganga. Ha, macam tulah Naurah. hahaha 

Kesian, anak ibu. Tapi takpe, ibu tetap sayang. Barulah serasi. Biar ayah beli makanan banyak-banyak, kita makan sambil santai depan tv. Dua-dua badan bambam, barulah sedondon dengan ayah. Tiga beranak bambam! BAHAH!

Ok. Tak lucu.

Back to the topic. Before this, Naurah bergantung 100% pada mommy milk. No worries sangatlah takut dia alergik, sembelit or whatever. Kalau kembung pun jarang sangat. Agaknya perut Naurah jenis belasah terima apa aje just like her mum yang jenis bedal apa yang ada depan mata. Kekdah tong sampah giteww. HAHA

Cuma risau sikit masa kendalikan EBM. Kena pastikan simpan betul-betul, kebersihan botol, cara dipanaskan macam mana. Syukur, alhamdulillah, so far BS mampu uruskan dengan cara yang betul.

But, when come to another thing yang need to feed her, kenalah double berhati-hati. Makanan boleh menjadi punca segala-galanya. Sebelum bagi baby food, kenalah menimba ilmu dulu. Tambah sikit dari ilmu yang diperturun dari family, kawan-kawan, antenatal class and reading, rasa yakin sangat untuk sediakan sendiri makanan kat Naurah.

Before this, BS cakap tak perlu bagi bekal makanan kat Naurah sebab she willing to prepare all that. Tapi, as her mother, i nak jugak buat semua tu walau penat macam mana pun. Seronok ok masak-masak ni. Lebih-lebih lagi, kebersihan makanan anak, kita boleh pantau sendiri and make sure 100% safe for baby. However kadang-kadang ada khilaf jugak, bila baby alergik disebabkan makanan kita bagi. Sedih memang sedih tapi atleast ia tak memudaratkan. Ibu mana yang sanggup bagi racun kat anak kan? Dah kita tak tau baby alergik to that food, so next time tak adalah nak bagi lagi. Lesson learn.

Maybe orang lain, lain caranya. For me, i like to give her the best food that i can make with love. First let's talk about hygiene. Kita tak tau sejauh mana makanan yang kita bagi baby makan tu sihat sepenuhnya, tak beracun dan cukup berkhasiat. For me, i try my best.

Like when i made my decision tu give her chicken. Untuk elakkan Naurah makan ayam yang mengandungi to many "racun", i looking for organic chicken for her. That was the best i can do for her. Then, i keep and clean betul-betul before prepare her food.

Rendam bahan masakan dalam liquid cleanser for food about 30min-1hour. Supaya racun serangga kat brokoli hilang etc.



I use this liquid.





 Then, untuk persediaan makanan pulak, i tak suka nak frozen food Naurah. Kalau boleh setiap hari nak dia makan fresh food. So far, alhamdulillah tiap pagi Naurah makan masakan dari ibu dia. Actually, makanan baby ni senang sahaja. Tak rumit pun. Tak payah kalut nak risau pasal taste sebabnya i tak masukkan garam pun. Just campak je all the ingredients, then pergi mandi, bersiap semua. Ngam-ngam dah siap, terus masukkan makanan dia dalam bekas bekalan kat rumah BS.

Cara mudah yang i buat ialah malam tu before sleep, sediakan semua bahan yang perlu di masak esok pagi. Make sure bersihkan betul-betul and keep clean and safe. Tak adalah pagi-pagi bangun terkalut ke, termamai ke. Sure sempat punya.

Basuhkan bersih-bersih semua bahan. Then letak dalam dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge.


Kalau sumber protein pulak, potong siap-siap kuantiti, bersihkan, simpan dalam bekas yang tertutup bagi elak kuman dalam fridge. Simpan bahagian beku.


Then untuk air rebusan bahan pulak, tadah siap-siap air yang bersih dari penapis air kat rumah tu ke dalam periuk dan tutup periuk tu elok-elok. Esoknya, bangun dari tidur, first thing buat dengan muka yang sememeh, mata sepet-sepet macam tak mau dibukak tu, capai semua bahan dalam fridge, campak je dalam periuk. Biarkan semua bahan tersebut. Pergilah mandi, gosok baju ke, solat, bersiap. Dah siap tu, bubur dah ready. 

Setengah orang, akan blender kan bubur nasi. So bubur yang panas-panas baru masak tu kena tunggu sejuk sikit baru boleh masukkan dalam blender. Tapi saya tak guna blender. Sebab tu saya boleh siapkan makanan Naurah dengan cepat, tak perlu tunggu makanan tu sejuk dahulu. Then, saya dah siapkan makanan, saya masukkan dalam 2 bekas berasingan. Satu untuk lunch, satu untuk dinner. Dua-dua saya bagi kat BS. Kadang-kadang pagi-pagi Naurah dah nak makan, so terpaksa bagi. Satu lagi boleh bagi around 2 or 3 pm. Then malam tu saya tak bagi dah food for her. Kadang-kadang pagi tu dia mengantuk, dia tidur dulu. Around pukul 12pm baru makan. So, satu bekas lagi BS pulangkan kat saya. Then i feed her around 6pm or 7pm.

Bekas tupperware comel yang digunakan isi makanan Naurah.



Insyaallah, nanti i will share, how i prepare all that without blend yea.

Got to go, nak ambik kesayangan ni.



Semalam. Way back from BS's house. Hujan rintik-rintik.




Later.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, February 26, 2013

Hujan bawak tempis rindu....

..... agaknya la. 

Hujan lebat diluar. Tempias sampai ke dalam (hati). Sejuk udara di luar. Terasa di dalam (hati). 


Seriusnnya, hari ni terasa amat rindu pada baby girl ibu. Dah makin cerdik sangat. Semalam, for the first time, dah pandai angkat tangan mintak sesuatu. BS suap potato tapi dah habis. Tak cukup gamaknya, di gamit-gamit tangan sambil angkat tinggi-tinggi. Meminta-minta.

Orang-orang tua pernah cakap, jangan dicium tangan montel baby, takut meminta. Ni, kes ibu suka cium ke apa.

Argh. tak kisahlah. Gelagatnya comel semalam. Hahaa

Dah besar baby girl ibu. Lagi 2 hari turn to 7 month.


Love u sayang!










 Semuanya malam tadi. Bangun pukul 10malam. Tergendala nak lipat baju. So, denda dia, humban atas baju. ^_^





 Patutnya cont. pasal baby food tapi tak cukup masa.

Later yea.
 TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, February 25, 2013

Baby Food, So Far...

Since Naurah dah turn to 6 month, so i need to prepare food for her everyday. So, excited sebenarnya. Before she turn to 6 pun, memang i dah membaca a little bit about solid food for baby. Sangat kagum dengan pelbagai jenis resepi makanan for baby. Sebelum ada anak, i thought makanan baby adalah nestum cerealac je. hikhik Maklumlah, mana ada adik kan.

Mula-mula memang nak kasi Naurah makanan setelah mencapai usia 6 bulan. Tapi masa 5 bulan, dah terbagi awal, when my mum ask to do that. Since, she babysit Naurah for a while, she said Naurah look very hungry. Then, ayah Naurah pun said ok, bagi makan early than i plan, so we proceed that idea. 

When talk about her first solid food, i have no idea actually. Sebabnya Naurah makan macam-macam. Haha Secara sikit-sikit. Like, durian, durian crepe, biskut, roti, pisang, kurma etc. Apa yang kami makan, then Naurah cuba rampas dari kami or she show us her hungry face, maka kami sangat kesian, kami kasi rasa secubit. kehkeh Consider dah start makan lah kan?

Tapi, betul-betul makanan baby yang terawal kami kasi adalah nestum cerealac yang beras+soya. Yes, i know, its not so good nak bagi makanan segera kat baby. Tapi my mum mintak belikan. I tak naklah argue lebih-lebih, lagipun my mum yang jaga Naurah masa tu and mendapat keizinan ayah Naurah, so apa salahnya bagi. Lagipun dulu-dulu masa i kecik, 3 bulan tu my mum dah kasi nestum pun. Kadang-kadang masak tepung kasi makan. Ok je. Sihat walafiat lagi. 

Permulaan, kami bagi makan nestum sekali sehari around 12pm with 2 scoop and bancuh dengan air suam. Licin dia makan. Bagi je ditelan laju-laju. Kadang-kadang her tok ma lambat kasi, ditariknya tangan. hehe Then tengok makanan tu tak memberi apa-apa efek like alergik or sembelit, i try find something new for her. Kalau boleh, tak maulah kasi nestum tu je.

So, i pun beli cous cous for her. Cous cous is better than nestum. Ia bukanlah makanan segera, malah banyak khasiatnya. So, we stop with nestum (belum pun habis 1 tin.). 




Google it for cous cous info yea. Just nak share, mula-mula bagi Naurah makan cous cous yang dicampur dengan mommy milk. Rasanya plain, tawar. Ofcourse Naurah tak suka. Sebab dia dah biasa makan nestum yang rasa sweet sikit but not so sweet. Just nice. hehe Second trial, i campur cous cous dengan susu enfalac. Naurah makan sikit je. Then, percubaan ketiga, looking for something yang sweet but healthy for her. Fikir punya fikir, why not campurkan cous cous + banana + mommy milk.  Lagi pun before this, pernah jugak bagi Naurah makan banana before bagi makan nestum. Nampak dia suka sangat makan pisang. 

"Ibu give me banana and sometimes apple on my food feeder. Its so yummeh!"

Back to cous cous, senang je nak prepare cous cous for her. Actually, selain menyihatkan, cous cous ni senang di bawa ke mana-mana if nak travel. Cara masaknya so simple. I just put i spoon cous cous dalam air panas selama setengah jam. Tunggu dia betul-betul kembang. Kadang-kadang depends on kepanasan air tersebut. Kalau air baru menggelegak tu, boleh buat cous cous sangat kembang like nestum. Kalau air dalam termos, kadang-kadang dia dah kembang tapi still dalam bentuk biji. So, kena lecek-lecek sikit. 

cous cous + Banana + Mommy milk = yummylicious!! :-p

Sometimes, for tea time, i will give her banana + Mommy milk. Dia suka sangat. Sometimes, kalau keluar pi shopping, dalam bag bawak bekal pisang sebijik and bekas. Kalau Naurah lapar, ambik sedikit pisang, i ambik bekas and tadah je to get fresh milk. HAHAHAHA

Her favourite snack. :-p


Banana yang telah dilecek dengan mommy milk. Looking so good kan?


So, bila Naurah dah start makan properly (ikut jadual), so i think why not i prepare somekind of food for her everyday yang boleh mengenyangkannya. Actually, tak tau nak jelaskan macam mana konsep kenyang ni. Kalau ikut perut ibu dia, nasi semangkuk memanglah tak kenyangkan. hehe Tambahan pula just kasi puree je. Lagilah kot. Like banana puree (pisang yang dilecek and campur susu tu, consider baby puree food kan? ngee). Biasanya kami bagi dia makan around 12 pm. Dia makan sampai habis sebijik pisang. Tapi after that, nak bf lagi dan lagi dan lagi. Masuk mulut dalam tangan, hisap kasi bunyi. Sound like tak cukup makan tak?


So, as her mother, i buat kesimpulan sendiri, puree tak mengenyangkan my daughter. So, i start her first food (mind u: first food mean makan yang boleh mengenyangkan perlu ada beras dan lauk sampingan. Maklum, tekak anak Melayu. Bahah) with rice + Potata + anchovies. Sebelum nak kasi those food kat Naurah, i dah rujuk pada doktor masa jab her for 6 month. 

Nasi + ubi kentang + ikan bilis.


For the first try, Naurah suka makan all those food. First and second day, she not poo poo. Dah risau dah. Padahal tiap kali makan mesti taruk air suam dalam botol untuk diminum. She drink a lot plain water. Dia suka sangat minum air masak. The next day try cairkan makanan tu, barulah dia poo poo dengan ok. So, makanan tak boleh nak pejal, perlu cair-cair. I learn that!

For second menu, i give her rice + Potato + date. I think for the sencod menu she love so much. Maybe rasa manis kurma yang buat dia suka sangat. 


rice + Potato + date = nice combination for her


After give her for a week, i try to change another menu. Kesiankan takut dia jemu. 3rd menu was rice + broccoli + carrot + chicken. So, this is my 2nd trial to give her protein. Sebelum ni bagi ikan bilis and seem like we had problem with that. Story later. Sangat khuatir to give her another protein for the next time. Again, macam kesian jugakkany, takkan la my daughter vegetarian kot, so nekad kasi je ayam dalam bubur nasi dia. Honestly, i dont like to give her chicken in her early age. I lebih gemar bagi dia ikan. Dan, ikan yang boleh dimakan pun tertentu sahaja like tenggiri, salmon and ikan merah. Sangat susah nak cari kat sini. Biasa yang ada pun dah lebam je rupanya. 

So, when i make decision to give her chicken, i start looking for organic chicken for her. Lucky is, weekend yang lepas, i pergi pasar dan jumpa ayam organik tersebut. Tinggal 2 ekor sahaja lagi dan 3 ekor ayam kampung. Why, i choose organic chicken? Google it mummy!


Source : i got from my friend's fb timeline. She share this because she sell biozone food purifier.

Here, the 3rd menu.


rice + broccoli + carrot + chicken


And, the lates one is rice + pumpkin + chicken. This is her menu for the whole week.


Her favourite now. If that food dah habis sebelum she give her sign (gelengkan kepala), she will ask for extra and kalau tak ada, she will cry. ahaha lucu.


I must say, among all the 4 menu so far, Naurah most like is pumpkin. Seriuosly, that pumpkin rasa lemak manis dan sedap sangat. No wonderlah she like kan. Masa first time to prepare baby food, i so excited dengan pumpkin ni. The colour and taste make me be a proud mother. Patutnya the first menu should cook this tapi masa tu tak jumpa lagi pumpkin. So, last week pergi pasar, we bought pumpkin and save for her 3 slice pumpkin for the whole week. The rest, we eat that. hihi

Macam mana nak tau baby like or not with that food? For my Naurah, masa mula-mula bagi dia that food, see her first impression. Kalau dia nampak nak termuntah, mean there is something wrong with taste of food. Like i bagi plain couc cous and mommy milk. Yark! i sendiri nak termuntah bila rasa. haha So, after that, before bagi kat Naurah her food, i will taste it first for the new menu. if we both like that, sure, Naurah will love also. Btw, all those food not put salt on it. Kebayakan makanan Naurah rasa manis-manis lemak gitu.

How much to give her? how often? Mine is bila kita bagi dia food yang masih berbaki dalam mangkuk, then dia start gelengkan kepala maknanya memang dia dah kenyang. Kalau kita bagi tapi she don't want open her mouth tapi tak pula gelengkan kepala, maknanya the food still have in her mouth and she want us to give her slowly. Sometimes dia nak makan sambil main-main. But, at the same time, she still want that food. Kadang-kadang kena banyak bersabar. Boleh makan masa selama 1 hour nak bagi makan. hehe 

How often i feed her? So far, twice a day je. Biasanya lunch, bs akan kasi. While tea time pulak kasi dia makan pisang, apple atau kurma yang diisi dalam food feeder dia. For dinner around 6 or 7 pm before she taking bath, i will feed her again.

And, the most important thing is all mommy need to follow the 4 days rule. Why? To make sure her body can adapt with the new food or not. Kalau badan dia tak serasi dengan makanan yang diberi, a few problem will show us. Like alergik, sembelit etc. Till now, everytime perkenalkan menu baru, i follow that rule. Mana taknya kan. Every new menu i will give her on Sunday. Keperluan untuk menu baru, i will looking for kat pasar pagi setiap hari sabtu (i think the fresh one have there). Stock for that menu i akan prepare for the whole week. So, secara tak langsung, i tetap follow that rule began hari Ahad hingga Sabtu. And easy for me nak sediakan bekalan untuk dihantar ke rumah BS. Balik kerja, tak payah tergesa nak pi cari barang untuk bekalan esok harinya sebab all in the fridge. Easy and safe right?

What else yea? 

Owh, hygiene and how i prepare all that, next time yea. 


As usual.



yesterday evening




last night.





Till then.
TATA






THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, February 21, 2013

Rawatan Perubatan Islam for her.

Hi,

Rentetan dari kisah semalam

Petang semalam ambik Naurah dari rumah BS agak lewat. Around pukul 6.30 petang. Pergi bengkel kereta dan pasar malam. Terliur nak makan apam balik. Tapi dah bagitau BS awal-awal, nak ambik lewat. Bila sampai rumah BS, gebang sejenak (memang rutin. Tiap kali ambik Naurah, kena masuk rumah dulu, sembang setengah jam gitu, baru balik rumah. hehe). 

Memula tak perasan tau ada something kat muka Naurah. Maklumlah, dalam rumah macam malap sikit. Then, BS cakap Naurah macam kena campak. So, ambik Naurah yang tengah meniarap, belek-belek kat pintu, mengadap cahaya, memang banyak gila tompok merah kat muka, badan dan belakang. Terkejut ok. Dah perasan tau, malam Selasa tu, belakang leher dan telinga dia bintik-bintik merah. Dia asyik garu je. Ingatkan gatal-gatal biasa je (maafkan ibu, Naurah), rupanya berlarutan. BS cakap, masa nak mandikan Naurah pagi tu dah nampak badan sedikit kemerahan. Tengah hari tu makin banyak. Like usual, BS tak nak called takut ganggu kerja i sebab Naurah ok je. Makan berselera, tak meragam pun. So, BS tunggu i ambik dia suruh bawak pi klinik or jumpa ustaz untuk ambik air tawar.


Tompok merah kat muka.


Kat belakang


kat tangan


kat dagu, tulang pipi


She's look very ok. Tak menggaru pun. Badan pun tak panas. Tapi BS cakap macam kena campak. Then send picture to her tok ma pun sama, cakap kena campak. Plus, poo poo dia still cair and like ada ketulan kecik-kecik warna putih. Macam putih telur yang pecah apabila direbus. Faham? Tak? Abaikan. hehe That was the one of sign bila demam campak. Dalam badan akan panas, that's why poo poo cair sikit. 

No wonderlah hari tu demam panas sangat. Kejap panas, kejap turun suhu. Then ibu asyik kasi ubat je. So, bintik campak ni tak keluar dari badan bila bagi ubat. Orang-orang tua cakaplah. Kalau kanak-kanak or orang dewasa, boleh je kasi minum air kelapa, bagi bintik campak keluar semuanya, baru cepat baik. Tapi baby sebesar Naurah, takkan kot nak kasi minum air kelapa. Kalau pi klinik pun, paling tidak akan bagi lotion calamine untuk sapu kat kulit. Tak taulah kot ada ubat makan ke. Rasanya macam tak ada.

So, called ayah Naurah nak bawak dia pi klinik and jumpa ustaz kat Pusat Rawatan Islam Darul Syifa. Malangnya, malam tadi, ayah dia kerja di luar Kuantan and on his way back to Kuantan, kereta buat hal. Terpaksa hantar ke bengkel kejap. So, sampai rumah pun around 9pm lebih. Klinik panel tutup pukul 10. Memang tak sempat. So, we plan to bring her dapatkan rawatan secara Islam.

Actually, klinik 24 hours ada tapi jauh kat bandar. Boleh je nak bawak pi klinik tapi fikir semula, rawatannya end up doktor akan bagi cream sapu je. Calamine cream memang dah ada sebelum ni. Lagipun hati tergerak sangat nak pi jumpa ustaz sebabnya Naurah asyik menangis je malam-malam sekarang ni.

Aku bukanlah taksub or takutkan benda ghaib yang jahat ni. Tapi bila tengok perubahan Naurah ni, rasa tergerak hati jugaklah untuk ikhtiar cara Islam pulak. Masa hubby cerita pasal rumah kosong tu, aku tak percaya sangat walaupun ada sedikit perasaan takut. hehe Mau tak takut, hubby ni kalau bercerita pasal hantu, dia punya mimik muka sangat bersungguh. Sedaya upaya nak yakinkan aku. haha So, why not pergi jumpa ustaz. Lagipun boleh ambik air penawar untuk mandikan Naurah kalau betul kena campak.

Maka, pukul 10 malam, kami pergi ke pusat rawatan tersebut. Memang dijangka sangat ramai orang. Pusat rawatan ni lokasinya kat sebuah taska. Sebelah malam lepas isyak baru dibuka untuk dapatkan rawatan. Sebelah siang ia adalah taska. Kebiasaannya yang datang untuk dapatkan rawatan, akan datang seawal selepas Maghrib. Walaupun dah tersangat lewat kami sampai sana, dengan ramainya orang, terpaksalah akur. Dapat no.giliran no.18. Pusat rawatan ni aku tau daripada kawan ofis. Ustaz yang kendalikan rawatan ni memang menggunakan sepenuhnya bacaan ayat Quran untuk merawat pesakit. Kita just bawak air mineral sahaja. Air tersebut boleh diminum atau digunakan untuk mandi.

Semasa tunggu giliran kat ruangan menunggu, aku duk belek-belek muka Naurah. Peliknya, tompok merah yang sangat banyak tadi tu, dah beransur hilang. Kalau logiknya, campak takkanlah hilang secepat itu kan. Maybe take time in two or three days kan. Then, hubby mulalah buat teori kena teguran. Aku pulak syak dia alahan dengan makanan or something.

So, sambil menunggu masing-masing keluarkan pendapat. Contoh, kalau terkena alahan pada makanan, aku bagi benda biasa-biasa je dalam bekalan bubur nasi dia. This week, aku perkenalkan menu ketiga iaitu nasi, brokoli, carrot dan ayam (ayam organik lagi ok! ayam without taking jab like ayam daging yang lain. Susah nak cari, akhirnya dapat jugak).Tak kan kot alergik kat ayam. Risau jugakkan. Asal kasi sumber protein je mesti naik tompok. Takkanlah Naurah tak boleh makan langsung ikan, ayam atau daging. Alergik pada sayur? Ada ke eh? Kalau racun serangga pada brokoli tu, aku agak yakin, aku dah cuci bersih-bersih sayur tersebut dengan liquid cleanser for baby food. Then, tanya BS, kotlah ada bagi makan telur or something ke kan. BS cakap, hanya bagi food aku kasi je. Ikutkan 4 days rule, menu ketiga ni, naurah baru makan selama sehari iaitu hari Selasa. Awal-awal buat pada hari Sabtu, ahad and Isnin langsung dia tak makan. Tak berselera demam.

Sementara tunggu turn, Naurah pun macam gosok-gosok mata nak tidur je, aku bawak dia masuk kerata. BF dia dulu sampailah tertidur. Around 11.30, tiba giliran kami. Naurah memang tidur dengan nyenyaknya. Masa masuk bilik ustaz ni, ustaz bacakan bacaan Quran dengan kuat, lena je Naurah tidur. Kalau kat rumah ni, pantang aku and hubby borak sikit, menjerit marah. Konon bising, terganggu dia tidur. Even tengok tv pun sound harus 15 ke bawah. Sabar jelah. Terpaksa tekan button subtittle sebab tak dengan suara tv. Tengok tv bisu. *_*

Dalam 10 minit ustaz tu bacakan ayat quran, sebelum beredar, hubby masukkan duit sedekah dalam bag yang disediakan. Duit tu seikhlas hati kita nak kasi. Ustaz tak tetapkan harga pun. Sebelum tu tanya ustaz kenapa dengan Naurah. Then ustaz cakap, normallah baby mudah nampak sesuatu. Tu dia terganggu. Tidur mudah terkejut. Dalam bacaan ayat Quran tadi, aku ada perasan ustaz tu baca ayat surat perjanjian antara jin dengan Nabi Sulaiman seperti mana yang aku tampal kat dinding rumah kami sekarang. 

Pukul 12am kami sampai ke rumah. Elok je sampai rumah, tengok bintik kat muka Naurah dah hilang. Hanya tinggal sikit sahaja kat badan. Satu lagi, kalau betul campak, biasakan bintik tumbuh 1 badan. Tapi tompok merah ni hanya ada dari pinggang ke atas. Kat bahagian kaki tak ada pun. Kalau alergik pun mesti ada kat kaki jugak kan? just like before this yang dia alergik ikan bilis. Pun ada tompok kat kaki.

Dah sampai rumah tu, elok je Naurah bermain-main. Agaknya segar mata kot dah tidur dalam kereta. Sementara dia dah terjaga, aku sapukan air bacaan tadi kat seluruh badan dia diiringi selawat. Around pukul 1am lebih, dia dah gosok mata, membebel-bebel nak tidur. Berdebar jugak ni nak bf her, takut menangis-nangis menjerit lagi. Syukur, Alhamdulillah. This time, baringkan dia, terus bf dan tidur. Pagi tadi dia tidur dengan nyenyaknya. Bangun sekali je pukul 5 lebih untuk bf.

 Bawah ni, gambar yang diambil awal pagi tadi selepas balik dari pusat rawatan. Tompok merah dah makin hilang.


Ibu and ayah kelaparan. Maka supperlah kami dengan apam yang ibu beli kat pasar malam. Dia sibuk duk tengok kami makan apa. Kami acah kasi kat dia pegang apam, terus masuk mulut. haha tak sempat gigit pun, cepat-cepat ambik. nasib baik dia tak nangis, mainkan perasaan dia. hehehe


Pagi tadi. heading to BS house. tompok merah dah hilang.


 So, bawak air bacaan semalam ke rumah BS. Mintak tolong mandikan dan sapu dengan air tersebut. BS cakap tompok kat muka dah tak ada. Kat badan dah berkurang. Hari ni, ibu masak lagi menu yang sama. Kalau ada tompok lagi, memang sahlah Naurah tak boleh makan ayam atau carrot atau brokoli. Will see nanti. Maybe kena jugak bawak jumpa doctor. Nak tau apa pendapat doktor pulak kalau makin memudaratkan.

Maka, hari ni, datang opis pun sedikit awal. Walaupun aku tidur lewat malam tadi tapi dapat tidur selama 5 hingga 4 jam yang berkualiti pun dah cukup. Kalau tidur awal pukul 11 pun tapi kejap-kejap Naurah menangis terjaga, no point jugak. Buat sakit kepala lagi adalah. 


Itu je cerita semalam. 



Till then.
Tata.








THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, February 20, 2013

Her first time fever. And, ibu is scary now!

Hi blog!


Naurah baharu saja fully recover daripada demam. This is her first time. Dulu, tak pernah pulak demam macam ni. If i said she is not well maknanya dia hanya selsema sikit-sikit dan  badan panas suam-suam kuku je. Biasa nak beralih bulan macam tu. Peel lain macam sikit. Meragam manja sikit je. Haih, banyak sikit-sikit Naurah ni. hihi

But this time, rasa sangat mencabar being a mother. I thought baby makin besar, makin mudah kerja kan. Tapi tugas seorang ibu tidak pernah berhenti and akan hadapi bermacam ragam, yang boleh dikatakan setiap ragam itu berlainan sama sekali. So, each time need to learn the new thing. HECTIC!

Naurah mula demam since last Friday. BS cakap badan dia dah start panas-panas dan she a little bit meragam that day. Tidur pun kejap-kejap. Maybe tak selesa badan. Tapi bekal ibu kasi, tetap habis. Syukur! BS tak text or give a call for me sebab dia tak nak i risau. Lagipun that day i ada event till night. Dah pesan awal-awal kat BS mintak tolong mandikan Naurah pukul 7 malam and pakaikan baju tidur terus lepas ambik dia. 

Then ambik dia malam tu badan dia still panas. Suhu around 38C something. But, dia tetap ok. Tak merengget pun. So, bagi ubat demam yang memang sedia ada dalam fridge. But then, malam tu badan dia terus panas. Always pantau her progress. Tidur malam pun asyik terjaga je. So, we decide tunggu esok pagi, see how. If worse, kena bawak pi klinik.

Saturday morning, still demam tapi suhu turun sikit around 37.5C and naik semula jadi 38C. I still bagi ubat macam biasa. Bila tengah hari, Naurah got poo poo yang cirit. Almost 4 time kot need to change diapers. Risau sangat. Dia pun dah start meragam. Tak boleh berenggang langsung. I kena stay with her dalam kolam dia tu sampai dia terlelap. Tapi tak jugak terlelap. So, ibu dengan tak mandi, tak makan stay with her dalam pool sampai petang. Sabar jelah. Nak pi dapur pun, pangku dia, bancuh milo, cicah biskut je. Feeling?? Feel great ok. Boleh kuruskan badan. Diet ok. LAH SANGAT!! :-p

The one way tak mau bagi dia menangis ialah tayang camera and she will give her pose. Padahal badan panas 38C ni tapi sangat ber'camwhore' ok.


Sepanjang hari tu, just sapu kepala and badan dia dengan air asam jawa. Kejap suhu turun kejap panas balik. Then bring her to see doctor. Nothing to worried pun. Demam biasa. Then doctor bagi ubat demam dan cirit birit also.


Ubat cirit birit perisa oren vanilla. Sangat susah nak bagi dia makan ubat.

The way she do! Ketap bibir kuat-kuat sebab tak nak makan ubat.

Imagine that, kuat tak kuatnya dia, bila nak bagi ubat, dia tepis tangan ibu dia yang pegang syringe sampai tercampak benda alah tu. Sabar jelahkan. Memang kena paksa-paksa bagi ubat ni. Jolok je masuk syringe dalam mulut, and make sure ubat tu ditelan. Kadang-kadang dia mengelak. Pi sembur balik ubat tu. Double sabarlah ibu! So, ibu terpaksa bertindak kejam sikit, picit hidung dia biar tak boleh bernafas melalui hidung kejap, when she open her mouth, automatik ubat dalam mulut masuk dalam tekak. So tak dapatlah dia sembur ubat tu lagi. Sorry, sayang. Ibu terpaksa bertindak kejam sikit. :(


Berlinang air mata kena paksa makan ubat.


Tapi kejap je menangis marah kat ibu. Ibu ambik gambar, tekan button camera kasi keluar flash, terus kasi pose dia. ahahaha

Like this!

Sayang sangat-sangat ni!


Time anak sakit ni, syahdu gila berjauhan dengan family. Baharu rasa penat sangat nak uruskan seorang anak. Tak kira dengan meragam dia lagi. Macam-macam gaya ada. Selalu call her tok ma. Mengadu apa nak buat kalau naurah poo poo cirit, badan panas, dia nangis tak henti, why and why?? Dahlah hari sabtu tu, ayah Naurah is working. So sehari suntuk sorang-soranglah melayan dia. Dengan tak mandinya. Dengan tak makannya. Rumah bersepah tak payah cakaplah kan. Pulak tu dia nak menepek kat bahu. 2 jam kot dia menepek sampai tertidur. Gila lenguh bahu and tangan. Pasrah je, bersandar kat sofa. Bila ayah balik kerja malam tu, eh, elok je duk main dengan ayah dia. Tak nak pulak meragam kasi chan kat ayah pangku lak. triple sabar kan!


Play with her dad.


Malam tu, my lunch and dinner was at 11pm kot. Masak simple-simple je. Sambal ikan tenggiri dan kacang goreng.

Esok, hari ahad tu her dad cuti. Ingatkan boleh take over to take care tapi ayahnya pulak demam. Omaigod. Jaga kedua-dua kesayangan yang demam. Naurah makin kuat merenggek. Serius, tension gila time tu. Air mata memang merembes laju je bila Naurah menangis. Tak pernah kot rasa sepenat ini. Rasa nak menjerit-jerit pun ada. Tapi istighfar banyak-banyak. 

Naurah punya meragam dari pagi bawak ke malam. Hanya tuhan je tau apa yang i rasa. Till now, masih terasa penatnya. Malam tu sebaik sahaja berjaya tidurkan dia, tarik nafas lega and nangis puas-puas. hahahaha psiko.

The way she sleep that night. Rasa bersalah pulak asyik mengeluh je cakap penat jaga dia time demam. Sorry sayang.



After tidur around 12am on Monday, she wake up again around 3am. This time badan dia sangat panas. Check suhu mencecah 38.7C something. So, ambik air asam jawa again, lumur kat kepala, celah ketiak dan peha. The way she sleep macam tak selesa sangat. Kejap-kejap ada bunyi. Kesian sangat.

So, on Monday this week terpaksalah ibu take emergancy leave. BS cakap boleh je jaga kalau i nak kerja tapi tak sampai hati pulak dengan keadaan dia merenggek macam tu, i nak lepas tangan. Penat nak mati macam mana pun, i will always be my baby girl side! I akan uruskan sendiri sampai jasad ni tak berdaya nak bergerak langsung. And, ofcourse, naurah pun feel the way i feel. Mother is the best doctor for baby and mommy milk is the best medicine for her. So, i need to feed her a lot as long as she want it. Nasib baik jugak dia nak bf. Cuma makan je dia tak nak. Terpaksa buang solid food yang i masak. 


Monday morning. Badan masih panas. Tak ada mood dah nak bergambar. Ni tengah sandarkan dia kat bantal and she enjoy to watching football. Jangan tak tau, kalau malam-malam tidur lambat, suka layan bola dengan ayah. hehe


On Monday, also tak dapat nak mandi awal jugak. Mandi pun pada pukul 5 petang bila dia rasa ok sikit. Bangun dari tidur petang, she give her smile for me. Tengok mood dia macam dah ok sikit, and play with her kejap, i told her nak mandi, baharu dia ok. Syukur sangat!

Malam tu, badan dah tak panas dah cuma poo poo still cair sikit.

Big smile on Monday night!



Begitulah kisah Naurah demam buat pertama kalinya. (mean, demam yang betul-betul demam. Dulu demam manja-manja je. Faham? :-p) Lucky is, dia tak batuk and selsema pun. Mula-mula risau jugak bila dia asyik menangis je, hidung berair, takur tersumbat kan. So, bila hidung tersumbat, maka kena bernafas melalui mulut. kalau dah bernafas melalui mulut, macam-macam habuk masuk, tekak jadi kering, tekak gatal-gatal, tu yang boleh jadi batuk. Alhamdulillah, dia just demam without batuk. Kalau tak, lagi kesian. :)

Semalam ambik dari rumah BS, she totally ok. Badan dah tak panas lagi. Bekalan bubur nasi yang ibu buat, dihabiskan. Susu ibu 10oz yang dibekalkan waktu pagi dah habis. Petang minum enfalac 10oz lagi. Berseleralah tu.

Then, when back to our house, something wrong somewhere. *_* She start meragam. Usually after sampai rumah around 6pm, bf her, terus tidur semula. Bangun around 7pm, then mandikan, tidur sekejap, bangun semula. But, not for yesterday. Start dalam kereta, mulut bising membebel. Ibu turun dari kereta, nak bukak pagar, dia dah start crying dalam carseat dia tu. Sampailah pukul 11 malam tadi baharu dia tidur. Sebelum tu? Bayangkan merenggek je. Badan dah tak panas,perut tak kembung, bf tak, fm pun tak nak. Tak tau apa dia nak sebenarnya. Bila tanya nak apa, di gelengkan kepala.

Called her tok ma, then tok ma cakap, tu perkara biasa. Dia nak bermanjalah tu bila dah baik demam. I memang tak kisah nak bermanja and berkepit je tapi bila duduk atas pangku pun mulut dia bising membebel macam nak nangis, so, nak buat macam mana?


Mati akal jadi. After dinner semalam, hubby and a few neighbour's man bercerita di luar pagar (10pm kot). Hubby masuk dalam rumah, cakap something yang i takut. Rumah depan dah lama kosong. Anak jiran sebelah rumah kosong selalu cakap takut and heard something waktu malam. So, they said bawak Naurah jumpa ustaz. Maybe she saw something.





 Erk!



Wassalam.




p/s : Naurah is a brave girl. (whisper to her. i guess she sleep now and she will heard that. LOL)





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, February 15, 2013

Sometimes quiet.

Assalamualaikum w.b.t...


Ni gagahkan diri jugak taip blog. Lama-lama tak update, jadi malas yang amat. Plus, kotak interaksi kat bawah hilang begitu sahaja. Saya pelik ni. Sebelum ni anyone yang komen kat blog, i aprrove then komen hilang macam tu je. Tapi siapa yang komen through NuffnangX, that comment memang ada. Pelik kan? Fiza is the first person, who told me kotak komen hilang. Then a few of friend. Keciwaaaa. 




 So, i think before nak solve that problem, better i ambik mood update blog semula, dengan harapan rajin macam mula-mula blogging dulu. Serius, blog ni seronok. Dapat tulis apa yang kita rasa. We write what we think and feel. Tapi kalau feeling tu lari, memang tak dapatlah nak menulis jawabnya. hikhik

Ke mana hilang feeling tu? Haish, tertinggal kat kampung agaknya.


Btw, i baru masuk kerja semalam after bercuti sempena CNY last week. Balik kampung. Snap gambar kemain dengan harapan rajin update blog. Tapi tak jugak begitu. Masih homesick rasanya. LOL.

Tq for those yang keep asking me to update blog especially about Naurah. Well said, Naurah dah pun 6 month++. Her current weight was 7.5kg. Dah kuat makan. Sihat sangat-sangat. Masa jab for 6 month, langsung tak demam. Cuma selsema sikit je. Dah cam orang sangat-sangat. Kalau bercuti weekend, esok harinya nak hantar kat bs, mesti menangis nak ikut ibu pergi kerja. hehehe Comel je. Perasaan? amat seronok. Like kita adalah orang paling penting dalam hidup dia. Tak boleh nak berenggang langsung. I FEEL GREAT,babeh! hikhik

Trust me, being a mother is the best experience that i ever have in my life. Hectic yet sooooooooooo FUN! 

And, a few picture of mine and Naurah.




attend cousin wedding.


yesterday. Heading to bs house.


Also, muka Naurah berbintak.

Waiting to see doctor. Kesian anak ibu muka berbintak.


Why??


Later, yea!

Daaaa..





 P/s : malas-malas. Nah, jadi jugak satu entry. Keep it up mommy. (speak to myself!) :-)




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...