Thursday, December 5, 2013

Hantu cerita Korea

Currently tengah layan cerita The Inheritors sambil buat kerja. Boleh gitu? But trust me, sambil buat kerja edaran our magazine, aku layan jugak cerita becauseeeeeeee i am feel very sleepy you know! Semalam Naurah tidur-tidur ayam. Badan dia dedar plus selesema. Asal waktu tidur je mesti nak bunyi-bunyi. Malam tu kemain ligat bergurau dengan ayah. Tak faham ibu kadang-kadang.

Well, rambling today nak share aku terlalu in love dengan cerita Korea. Pendek kata TV kat rumah tu, aku yang punya! hahaha Sampaikan hubs nak tengok sport pun curi-curi waktu like bila aku mandi, masak, solat. haha Sian hubs. Tapikan, now hubs pun layan cerita Korea. Katanya best rupanya. Siap tanya lagi apa next episod if dia OS. Maklumlah kat sana takde ONE HD. Kesiannnn.. lol

Since kat internet dah boleh tengok cerita korea, aku tak sabar nak tengok next episode The Inheritors. Tapi kalau nak search kat internet type THE HEIRS ye. Aku pun tak pasti kenapa tajuk lain.

You know la kan, cite korea ni romantik habis, plus hero handsome and heroin cun. For me. Sangat feeling tengok cerita ni. Bila layan drama Korea dengan hubs, dia ni bukan reti duk diam-diam tau. Orang tengah feeling, mulut dia ada je nak tanya itu ini pasal drama ni. Kadang-kadang kalau dalam drama tengah berlaku konfliks tu kan, baharu dia reti duk diam, tekun tengok. Time tulah aku nak kacau dia, aku curi-curi tengok dia, then dia perasan aku tengok, cepat-cepat cover main hp. Konon main game. Tak layan pun cerita korea tu. hahaha lawak.

Paling tak tahan, dalam dia pura-pura tak layan drama korea yang aku hadap tiap-tiap malam tu, tapi dia sangat alert kalau aku nangis bila gara-gara drama tu. Laju je suruh Naurah ambik tisu. hahaha Like,

Me : sobs.. sobs (aku ni kan, feeling habis tengok drama. pelakon nangis, aku nangis, pelakon ketawa, aku ketawa, pelakon menyinga, dada aku berombak laju. gituuuu kahkah)

Hubs : Naurah, ambik tisu atas meja, bagi kat ibu.

HAHAHAHAHA

Laju je budak kecik tu bangun, jalan terkedek-kedek capai tisu atas meja. haha Naurah pulak, kalau dapat capai tisu, dia akan pegang kotak tisu, then akan tarik sehelai tisu bagi kat aku, selebih tu dia nak main sebenarnya.

Hubs : Bagilah kotak tu kat ibu. Tak cukup sehelai.

Naurah pun terkedek-kedek hulur tisu kat aku. Nak tergelak tau tapi drama tengah sebak habis, tanpa malu Naurah tengok aku nangis, aku cepat-cepat ambik kotak dari tangan dia. 

Hubs : Terima kasih, sayang.

hahaha hubs tau, aku tak mampu berkata-kata punya bila tengah nangis. Sebab tu dia tolong say thank you kat Naurah. 

Teruk kan aku? Heeee Aku pun tak taulah kenapa berhantu sangat cerita korea ni. Makin dilayan makin ketagih. Kalau tak tengok kan, tak keruan jiwa. Bila je ada drama lain nak main, dia dah siap tunjuk preview yang dahsyat-dahsyat sampai kita tertanya, tak sabar nak tengok. Hebat kan iklan dia orang dan plot cerita yang dia orang buat tu. Sampaikan drama yang biasa tengok tu dah habis, supposed hubs dah boleh tengok sport esok malamnya, tapi sebab nak tau apa jadi kat cerita yang dia orang preview semalam tu, mintak balik remote Astro dengan hubs. Mula-mula nak tengok kejap je, alih-alih sampai episod malam berikutnya rasa nak tengok lagi.

Aku ni kira beruntunglah dapat suami yang boleh layan drama Korea sama-sama. Tq biey. *hug* nanti malam ni kita tengok lagi cerita The Inheritors. Tapi, sayang dah tau episod seterusnya apa. ngeeeeeeeee 

Ni, kalau dia tau aku dah tahu what is happen next, mesti sambil dia tengok, bising duk tanya, jap lagi apa jadi. Pantang ada iklan, kemain la dia tanya jap lagi dia buat apa. Hahaha 

Well, ni antara list drama Korea yang aku layan kat One HD


on Monday and Tuesday :

7.40 pm - 8.40 pm : Incarnation of Money 

8.55 pm - 9.55 pm : The Strange Housekeeper

10.10 pm - 11.40 pm : Your Lady (two episodes/ day)


On Wednesday till Thursday : 

7.40 pm - 8.40 pm : Incarnation of Money 

8.55 pm - 9.55 pm : The Inheritors

10.10 pm - 11.40 pm : Your Lady (two episodes/ day)


Friday :

7.45 pm - 9 pm (kot) : Running Man

10.10 - 11.40 pm : Your Lady

11.45 - 1 am : Running Man

Saturday :

9.00 am - 1.00 pm : My Daughter, The Flower ( 5 episod sekali jalan ok. Biasanya lepas subuh, aku akan masak siap-siap. haha)

12.45 pm - 2.00 pm : Jang Ok Jung (dah 3 kali tengok, tak puas-puas. Duk nangis kat situ jugak aku ni. hahaha)



Pastukan salah satu punca aku gemuk kan, sebabnya bila tengok BAREFOOT FRIEND, asyik lapar je perut aku. Kan sekarang episod dia orang pergi rumah selebriti Korea, then duk makan masakan selebriti tu masak. Nampak sedap je. Walaupun semua benda tu aku tak pernah rasa (kecuali bulgogi dan kimchi), duk terliur kat situ jugak aku ni. Tak faham kenapa. Cara dia orang makan tu, punyalah sedap gila makan tu. Cara dia orang explain rasa makanan tu membuatkan makaan tersebut nampak sangat sedap dan menyelerakan. Sekarang tinggal 3 episod je lagi sebelum musim ni habis. Tak bestnya. Owh, dan Uee yang cantik pun ada dalam program tu. Aku kenal Uee yang menjadi gilaan para jejaka Running Man. Now, dia joint Barefoot Friend, wah berseri program tu ada Uee. Gitu.


Ni jadual tayangan kat One HD. Kotlah nak jadi hantu sama-sama kan, jadual ni boleh guide waktu tontonan drama yang aku sebut kat atas tu. ngeeeeeee




So, bukan hantu lagi namanya kalau siang malam hadap cerita korea?heeeeeeeeeeeeeee



K.Bye!





THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. yeahhhhh bole jd geng....best cite the heirs tu....last episode tgk 17....enjoy watching!!!!

    ReplyDelete
  2. hehe suka gak tengok cite korea ni siap buat review drama korea lagi kt blog hihi selalu layan cite korea dgn RM kat tenet jer sbb lebih cepat tpi tgk gak sikit2 kat One tu. Best gak cite Incarnation of money tu, The Heirs okey laa tpi x minat sgt dgn jln cerita die suka lgi cite Masters sun dgn i hear your voice..

    ReplyDelete
  3. astagaaa why everyone I know semua tgh hantu drama korea ni? haha. i minat tp more to show yg gelak2 tu je. zmn minat winter sonata bagai dah berlalu hehe
    u bole geng dgn adik i. tv tu kalau dpt kt dia mmg tgk korean channel je lahhh -__- stress aku haha

    ReplyDelete
  4. Hehehhe sama lah gan Umi Qi...bila melayan cerita seronok mula ar perut tuh lapar selalu...haishhh nk kurus cm ner...hahhahahhaha...Umi Qi pun suka tgk running man...hari2 ketawa kt opis time lunch hour kasi ilang stress gitu hehehhe

    ReplyDelete
  5. best k cita ni...mcm best j...haha...

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...Hana la punya keje ni sampai daku pun layan...btw cite incarnation of money ngan ur lady tu best ke...hahaha..TSH dah habis..ni next week the inheritors habis plak...tgh list cite ape nak layan lps ni..

    ReplyDelete
  7. wah.. tahniah.. boleh pengaruh hubs sekali.. hihi.. fifi pulak tak berape suke tengok tv..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...