Wednesday, December 4, 2013

Hadapi banjir

Semalam seperti biasa, aku keluar dari rumah untuk ke office around 7.30 am. Sebaik keluar dari taman perumahan, dari jauh dah nampak jalan jem seberang jalan. Aku kena u-turn ke taman sebelah sebab u-turn berdekatan taman aku, telah dijadikan jalan sehala untuk ke Kuantan. 

Pendek kata, aku sampai pukul 8.20 pagi kat office semalam dengan cuaca hujan yang lebat dan perlu meredah banjir yang baru tiba di atas jalan raya. While jalan sebelah (jalan yang menuju ke Kuantan yang jugak jalan sebelah ke taman aku) dah ditutupi air banjir. Dalam ok, event gerai lemang pun dah tenggelam.

Memasuki empat tahun tinggal di Kuantan, ni adalah kali pertama aku berhadapan banjir untuk ke tempat kerja. Tapi alhamdulillah, banjir kat jalan raya je, takde sampai kat kawasan perumahan. Aku tumpang simpati dengan nasib rakan-rakan opis dan rakan-rakan blogger yang duk Kuantan ni, rumah mereka teruk dimasuki air. Ada yang terpaksa dipindahkan ke tempat pemindahan. Tak dapat bayangkan keadaan mereka dengan rumah yang barangnya rosak teruk, dengan nak handle anak lagi. Moga tuhan memberi mereka kekuatan dan dimurahkan rezeki kerana sabar dengan ujian ini. AMIN.

Berbalik cerita aku semalam, sebaik sahaja tiba di office, keadaan agak kelam kabut jugak, belum sempat aku duduk, bos minta balik memandangkan hujan yang lebat kat luar. Bimbang sekiranya hujan lebat berterusan, jalan yang kami lalui untuk balik ke rumah, turut dinaiki air juga. So, tanpa berlengah cepat-cepat kami balik. Yang ada kat opis masa tu tak sampai 10 orang pun. Manakala yang lain terkandas di jalan raya sebab air sudah menaiki jalan raya. Kesian kat dia orang. 

Aku nak singgah kat petro pump untuk ambik duit tapi tak dapat sebab bekalan elektrik terputus. Duit dalam purse ngam-ngam ada RM20 je. Nasib baiklah minyak kereta ada banyak lagi. Sampai hari ni, masih banyak lagi petro pump yang ditutup. Kedai-kedai jangan cakaplah, memang tutup. Kami makan je stok makanan apa yang ada kat rumah.

Masa on the way patah balik ke rumah, air di atas jalan makin naik, makin laju mengalir. Serius, aku berdebar gila. Dengan bas, lori besar berebut nak masuk lorong untuk buat pusing U. Sabar jelah. Jalan yang banyak pecah dan berlubang tak payah cakaplah, berapa kali aku langgar lubang besar sebab tak nampak jalan. Hujan lebat gila.

Sampai je di rumah, terus ambik Naurah. Berpayunglah dalam hujan yang lebat. Kesian Naurah, tiba-tiba badan panas serta hidung meleleh kerana selesema. Maybe sebab terkena tempias hujan kot semasa hantar dan ambik dia dari rumah BS since last week hujan yang lebat. 

Perut aku lapar gila ok. Bukak peti tengok stok makanan yang ada hanya sosej, fries, meatloaf, salad, sawi, carrot, tomato, susu, biskut, telur. Maka, aku pun gorenglah fries and sosej dulu, sementara tunggu nasi masak. Nasi dah masak, goreng telur taruk kicap, laju je makan. Macam orang kebulur. haha Macam mana la orang lain yang berada di pusat pemindahan. Atleast, aku bersyukur ada jugak benda aku dapat makan on the spot bila aku lapar. Harap mereka cekal dan tabah.

Beberapa keping gambar yang aku sempat snap masa tengah drive.


 
OTW pergi kerja. Ni jalan 2 lorong untuk menghala ke Gambang. Tapi disebabkan jalan sebelah sudah dinaiki air, maka jalan yang aku lalu nak pergi keje ni, dibuka selorong untuk menghala ke KL dan satu lagi ke Kuantan. Waktu ni pun air sudah melimpah atas jalan. Jalan jem sangat.


Ni rumah yang hampir ditenggelami air berada di sebelah jalan menghala ke highway Gambang. Nasib baik jalan raya berada dikedudukan yang tinggi, kalau tak, memang kereta tak boleh lalu jugak ni.

Gerai lemang yang hampir 50 meter untuk masuk ke taman perumahan aku turut ditenggelami air.

Gambar sewaktu aku balik dari kerja. Nasib baik cepat-cepat balik. Waktu aku datang air tak naik lagi dipermukaan jalan. Hujan sangat lebat waktu ni,.

Ni taman sebelum taman perumahan aku. Kesian sangat. Siapa-siapa yang duk taman ni memang tak dapat keluar. Ni waktu otw pergi kerja, aku ambik gambar. Limpahan air banjir tersebut berada atas jalan raya. Patutnya jalan tu aku akan lalu balik dari kerja nanti. Tapi since jalan tu penuh dengan air, maka kenderaan dari gambang menghala ke bandar Kuantan, terpaksa menentang arus dengan memasuki jalan yang menghala ke highway Gambang



Maybe gambar dari aku tak seberapa tapi keadaan semalam betul-betul cuak. Kawan office yang perlu pulang semula ke rumah mereke di bandar, lagilah mencabar. Jalan highway pun turut dinaiki air. Sedang aku dah melantak kat rumah, mereka masih lagi perlu hadap jem di jalan raya dan meredah banjir. Kesian sangat.

Dengan hujan lebat dari pagi semalam, membawak sehingga malam tadi, dengan guruh dan kilatnya, ingatkan hari ni makin teruk jadinya. Tapi alhamdulillah, cuaca baik hari ni. Nasib baik air atas jalan cepat surut. Namun kawan-kawan yang tinggal sekitar Kuantan masih lagi cuba survive dengan bekalan elektrik dan air terputus sejak malam tadi. Bekalan makanan pun tidak mencukupi. Kesian sangat. Aku nak tolong belikan apa-apa untuk menghala ke bandar pun tak dapat. Jalan keluar dari bandar betul-betul terputus sebab masih lagi banjir di atas jalan raya. Cuma mampu berdoa sahaja semoga semuanya baik-baik aje.


Masih selesema pagi ni. Badan dah tak panas. Semoga baik-baik aje.





Till than.
TATA!







THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. alhamdulillah.. yang penting menantu ku si naurah tu selamat...
    eh tetiba.. :P

    ReplyDelete
  2. doa banjir cepat surut..aminnnn.. time banjir ni take care tau..dok je dlm rumah..prepare ape yg ptt.. huhu

    ReplyDelete
  3. Hanaaaaaaaaaaa. sedihnye i baca. huhu. meh la lari g KL kejap.dh reda baru balik kuantan. huhu..take care u n naurah..

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah untuk mangsa² banjir. Kesian kat org2 tua dan baby2 kecik.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. harap² banjir cepat surut.. amin..

    ReplyDelete
  6. take good care babe. risau dengar pasal banjir ni.. penat sangat mengemas... rumah mak pun penah kena banjir dulu a few months after kawin

    ReplyDelete
  7. Ya Allah teruk sgt2 persekitaran mommy pergi dan balik kerja ye...banjir belum surut...mertua Umi Qi dok kuantan gak...tp sg karang x banjir...harap sgt naurah segera sembuh dari selsema ye nakkk..mmuahhh sikit :*

    ReplyDelete
  8. Hana jaga diri ye. Izza risaukan Na je kat sana sobs.

    Naurah get well soon ! Jaga diri k korang !! *hugs*

    ReplyDelete
  9. take care dear..rasa nk blik kuantan je rse..

    ReplyDelete
  10. kuantan kene terukkan kali ni.. moge semue mangse tabah dan sabar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...