Tuesday, December 17, 2013

Entry ke-3 yang berjaya di publish.

 Tengok, aku tak tau nak letak tajuk apa. haha

Hari ni saje, aku dah taip 2 entry yang setiap satunya panjang berjela yang tak pernah ditaip oleh aku selama ni, malangnya tak dapat di publish atas sebab mengandungi unsur carutan melampau. hahaha

Aku sedih sangat pagi tadi. Aku ni jenis kalau orang marah ke, kutuk ke, mengata kan aku ke memang aku jenis tak melawan depan-depan. Aku diam dan senyum je. Pastu blah, barulah menangis. Lepas menangis baru rasa nak mengamuk,. Hahaha Apa pesen perangai pun tak tau.

Puncanya sebab aku mc semalam. Aku terkena Urinary Tract Infection. Bahasa mudahnya jangkitan kuman pada saluran pundi kencing atau nak mudah lagi kencing kotor. Puncanya banyak. Cuma antara yang aku rasa menyumbang kepada jangkitan kali ini ialah aku tahan kencing. Bayangkan tengah bf naurah yang mana matanya tengah stim nak tidur but at the same time aku nak wee wee (ololoo comel sangat sebut mak-mak nak wee wee. macam baby gitu. hahaha), aku terpaksa tahan sekejap. Kalau aku stop bf dia, for sure dia akan sedar semula then entah bila pulak nak bagi dia tidur. Then bila jadi single mother at weekdays ni, memang taulah macam mana hazabnya kadang-kadang kena tahan kencing and membuang tu bila anak mula nak memerap je. Aku pernah bawak dia masuk tandas sama, gara-gara tak tahan sangat. Nasib ko lah nak hidu segala macam. HAHAHA

Then sebelum kahwin pun aku pun mudah terkena kencing kotor ni, tapi masa kahwin dan pregnant tak pernah kena pulak. This time tiba-tiba muncul kembali.


Yang buat aku sebak tu sebab ada yang pertikaikan aku cuti sakit. Macamkan aku saje-saje nak ambik cuti sakit. Siap cakap lagi, asal isnin je MC. Sedih tau. mana ada asal isnin je mc. Tapi biarlah, hanya tuhan yang tahu segalanya.

Cuma aku nak tambah sikit ayat dari entry yang aku tak jadi nak publish tu, kan best kalo kat dunia ni ada mesin mengesan rasa sakit. Biar yang mana selalu cop orang pura-pura sakit tu tau macam mana rasa sakit itu sebenarnya. Takpun yang mana kaki kelentong ambik mc memanjang pun tak berani nak tipu dah. Bestkan? Aku nak sangat orang rasa sakit aku rasa sampai aku tak boleh datang opis. Tambahan pula bila aku teringat kembali alahan masa pregnant dulu. Kan best orang dapat rasa apa aku rasa. Nak tengok sakit kepala yang ko cakap tu, sama tak sakit kepala macam aku tu. Nanti aku nak suruh anak lelaki aku ciptalah mesin tu. kahkah


Oklah, aku nak balik dah. Hujan makin turun dengan lebat kat bumi Kuantan ni. Nak pergi cari susu dan pampers untuk Naurah.

Semoga hari esok bertambah baik dan aku semakin kuat menghadapi pelbagai karenah. 

Serius, rindu kat hubs. Takde bahu nak sambung nangis malam ni. hahaha ngada sangat!



K.Bye!




 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

12 comments:

  1. ignore sj mulut camtu... kalau rasa sedih ngadu je ngan Allah...

    ReplyDelete
  2. siannya..sabar yer hana.,lin tak pernah kena kencing kotor tapie lin tau mestie seksanya nak membuang..
    alahai ngilu pulak rasa..
    hope hana cepat sembuh..apapon kesihatan diutamakan..kijer nie sampai bila pon takkan habis hana oii...
    take care tau! muahhh

    ReplyDelete
  3. wuwuwuwu kmpem rindu gler seben time2 cenni..kan?

    jom join
    http://cheqmoomoo.blogspot.com/2013/12/hadiah-dari-thaqif-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Aku ni jenis kalau orang marah ke, kutuk ke, mengata kan aku ke memang aku jenis tak melawan depan-depan.

    SAME HERE ;(

    Thats why we're blogger.reti menaip tp tak reti nk bckp,nak2 brbalas mulut brgaduh yg memerlukan kita brckp scara spontan.hehe

    btw ika pon ade mslh kncing ktor dr sekolah smpaila mengandungkn qaisara.nsibla xde pape.and yes,punca nya maybe sbb tahan kencing.opss tahan wee wee

    ReplyDelete
  5. seyes ke sbb sakit tu tahan kencing.aku ni selalu tahan kencing weh.hmm mmg susah kan jd single mother.nasib kita sama~

    ReplyDelete
  6. Tak boleh dibiarkan selalu tahan-tahan kencing ni. Takut bahaya pada kesihatan nanti.

    Pasal MC tu, mulut manusia ni memang payah sikit kita nak tutup. Ada je yang nak komen kasi menyirap. Macam tak boleh tengok orang lebih sikit.

    ReplyDelete
  7. Pernah gak terkena kencing kotor tu masa pregnantkan anak 1st. Tp doctor sarankan banyakkan minum air.

    ReplyDelete
  8. Pernah gak terkena kencing kotor tu masa pregnantkan anak 1st. Tp doctor sarankan banyakkan minum air.

    ReplyDelete
  9. Pernah gak terkena kencing kotor tu masa pregnantkan anak 1st. Tp doctor sarankan banyakkan minum air.

    ReplyDelete
  10. Pernah gak terkena kencing kotor tu masa pregnantkan anak 1st. Tp doctor sarankan banyakkan minum air.

    ReplyDelete
  11. biasa la bila beranak kecil ni.....hangkut masuk toilet perkara biasa...

    Rahsia Rawatan keputihan wanita

    ReplyDelete
  12. Mama naurah,
    Ya Allah, mama naurah sabar sgt2 ye...x baik org pandang serong bila kita TERPAKSA ambil MC....nama pun terpaksa cuti bukan sesaja nak buat sakit....Allah, mama hana please ye take care your self...about mesin pengesan sakit tuh ju rasa itu adalah idea yg sgt2 bagus...jikalau ada ju pun nak tempah, nak buh kt opis sekali hehehhe....itu sebab wujudnya Allah....Allah tahu dimana pihak yg benar...biarlah mereka dengan teka teki tekuk diorg...nanti lama2 diorg malu sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...