Monday, December 2, 2013

Craving for putu halba

Alhamdulillah dapat makan jugak putu halba semalam. Kalau hujung tahun atau musim tengkujuh ni, takde benda lain yang aku teringan sangat-sangat nak makan melainkan putu halba. Nikmatnya, terasa keenakannya di makan panas-panas dengan cuaca sejuk, hujan di luar rumah. Boleh bayang tak? haha

Bagi yang tak kenal putu halba, boleh refer kat entry blog aku tahun 2010 dan 2012. Yang pasti gaya penulisan dari dahulu sampai sekarang sama. Buruk! hahaa

Tiap tahun mesti nak craving benda sama kan? haha aku pun tak faham. Cuma boleh cakap, tu makanan yang aku biasa hadap since dari zaman kanak-kanak. Dahlah tak jumpa kat tempat lain, so kemain craving mengalahkan preggy mom gitu.

Dan, nasib baik jugak semalam dapat makan sebabnya BS Naurah balik kampung hari Jumaat minggu lepas. Aku terpaksa ambik emergancy leave Jumaat minggu lepas sebab malam tu badan Naurah panas tiba-tiba. Malam tu tidurnya kurang selesa sikit. Start dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 5 pagi, hampir sejam sekali dia merengek nak bf. Kepala aku dah ting tong masa tu.

Pagi Jumaat dia Naurah bangun tidur pukul 10 pagi. Eh, elok je dia ketawa ceria, kepala pun dah tak panas lagi. Sabar jelah. Cuti ibu tinggal sehari je lagi ni. 






So, alang-alang dah cuti, BS Naurah pun ambik kesempatan pulang ke kampung. Aku ok jelah, lagipun dah tak sempat nak time off pagi tu. Kalau dia sedar awal around 7 am, ok lagilah aku bersiap pergi kerja. Maka, bercutilah tiga hari sejak hari Jumaat.

Tapi tak ke mana pun sebab bumi Kuantan dilimpahi dengan hujan rahmat since friday. Kesian jugak kat Naurah, takutlah dia bosan terperap je dalam rumah. Tapi Alhamdulillah, aku boleh manage dia. We do some exciting activity. Masa ni, we talk a lot. Masa ni jugak Naurah dah tahu sebut nama dia sendiri. Tapi of course la sebutannya tak berapa nak jelas. Atleast, dia dah pandai respon dan faham dengan soalan yang diaju.

Aku ajar dia, nama apa? then she will say, Aulah! hehe Supposed Naurah. Tapi takpelah. She did a good job! Ibu bangga dengan Naurah. Nanti bila orang tanya nama, biar dia jawab sendiri. 

Well, ibu lupa nak wish, HAPPY 16 MONTH baby girl! Ibu terharu, dah 16 bulan awak membesar bak juara depan mata ibu.

Antara pencapaian awak setakat ni:

- Dah boleh harap layan diri (bila ibu cakap, ibu nak mandi, nak solat, nak masak, nak sidai baju, dah boleh faham kena main sorang-sorang for a while.)

- Dah faham bila ibu mintak tolong. (Tolong ambik pampers, tolong buang pampers ke dalam tong sampah kat dapur. Bila malam, takut nak pergi dapur sorang-sorang, tarik tangan ibu. Kita berjalan sambil berpimpin tangan sampailah di hadapan tong sampah, awak baling pampers, buangkannya ke dalam tong sampah. Bila ibu berat bontot, malas bangun ambik remote Astro, ibu mintak tolong dengan awak. Kemain laju awak capai remote Astro bagi kat ibu. Bila ibu suapkan makanan kat awak then mulut awak comot, ibu suruh ambik tisu, awak pergi capai sekotak tisu atas meja. Bila ibu nak mandikan awak, ibu suruh ambik tuala, awak laju melangkah masuk bilik, tarik tuala di ampaian.)

- Dah pandai main sembunyi-sembunyi. (Terima kasih Allah, turunkan hujan. sebab kami tak dapat lakukan aktiviti di luar, maka hari sabtu tu, ibu ajak awak main sembunyi-sembunyi. haha Cekal betul cari ibu sampai jumpa.)

- Dah pandai bergurau. (Suka sangat jalan sambil pura-pura pejam mata. Sambil dia berjalan, ibu pura-pura cakap "mana ibu ni." Dia buat-buatlah jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk untuk dapatkan ibu. haha lawak. Kalau ibu alih kedudukan, cepat-cepat dia bukak mata, pastu pejamkan mata semula sambil menghala ke arah ibu. Lagi satu pandai sangat geli-gelikan orang. Ibu duk diam-diam tengok tv, dia buat-buatlah sondolkan kepala dia kat leher ibu. Dia tahu ibu geli tang leher, tu yang dia suka sondolkan kepala. Selagi ibu tak ketawa, selagi tulah dia akan buat. Lagi satu, suka geli-gelikan betis dan kaki ibu. Duk diam-diam, tangan dia yang kecik halus tu, mulalah dia buat-buat merayap macam ulat bulu. Serius geli gila. Terkekek-kekek dia ketawa kalau ibu kegelian.)

- Tambahan perkataan yang dia pandai sebut ialah Allah, abang, yak-yak, rain, takut etc. Bila la nak pandai sebut ibu ni. Tak sabar nak tunggu.

- Body movement yang Naurah pandai buat ialah menari, kalau dengar lagu hipa hipa hey kemain suka dia gerakkan bontot. Sekarang suka baca doa. Sambil tadah tangan, mulut terkumat kamit seperti membaca doa, kemain panjang ok berdoa, pastu baharu aminkan tangan. Aku rasa dia belajar sebab tengok BS and aku berdoa panjang selepas solat. Dia punya feeling berdoa tu sambil pejam mata ok. haha sama macam ibu baca doa lepas solat. Waktu tu mesti dia duk atas sejadah depan ibu, tengok ibu berdoa. hehe Selain itu, dah pandai hug. Bila suruh peluk kan, kena request sama ada kita nak peluk sikit atau peluk kuat-kuat. Kalau peluk sikit-sikit je, dia akan hug sambil tangan tepuk-tepuk belakang kita. kalau nak suruh peluk ketat-ketat, dia akan hug sambil tangan peluk leher. Boleh rasa la dia punya hug tu kuat dan lama. Mendalam gitu perasaannya ketika hug kuat-kuat. haha )

- Dah pandai jugak pelbagaikan mimik muka. (Paling tak tahan mimik muka terkejut. Mulut harus terlopong, mata membutang sambil jari telunjuk harus goyang-goyang. Terkejut sangatlah gayanya tu. heee Bila ibu cakap, eeauuww busuknya! cepat-cepat tutup hidung, dengan mulut mencebik. Busuk sangat katanya. kahkah Part paling dia suka buat sekarang ialah, bila pujuk ibu tengah marah. Dia akan condongkan kepala, then say Chak! dengan gembiranya. hahaha Ni BS dia ajar.)


So far tu je, milestone Naurah yang ibu dia ingat semasa umur dia nak meningkat 16 bulan atau 1 tahun 4 bulan. Ibu pasti lepas ni, makin banyak progress pembesaran dia. 


Jalan-jalan waktu petang lepas ibu balik kerja. Model mana pandang camera. kan? haha

Nampak suka sangat kalau petang-petang dapat jumpa kawan-kawan. Ibu pun boleh gosip berjemaah sekali dengan kaum ibu di taman. hahaha Gosip pasal anak ye. ;-)


Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. To mama naurah yang cantik...terima kasih sudi baca sisipan akhbar ttg pneumococcal kempen...ini semua adalah hasil usaha Suara2 Ibu diluar sana termasuk suara gojes...harap sgt kempen ini dpt direalisasikan utk berikan vaksin ini percuma kepada semua masyarakat diluar sana...

    Naurah, best yer kamu naik tricycle...siap berpayung tuh...hehhe byk betul movement development naurah ye...keep it up dear...

    Putu halba....waaaaaaauuuu nama ye sudah cukup menggambarkan ia sgt sedaps weeeee

    ReplyDelete
  2. Budak bijak. Cute tgk mimik muka naurah ☺☺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...