Wednesday, November 20, 2013

Things around me.

Sejak dua menjak ni, nasib kurang baik. Tapi aku tetap bersyukur sebab semua ujian itu adalah tanda Allah s.w.t sayang kat aku. Tuhan menguji hambanya sebab mahu tengok sejauh mana hamba-NYA patuh pada-NYA kan? Kalau tak diuji, mesti kita rasa hidup kita senang lenang, tanpa sebarang masalah, tak perlu nak meminta-minta dari tuhan, tak perlu bantuan tuhan untuk hidup senang dan lupa diri. Kan? Alhamdulillah.

Walaupun dah agak lama berlalu but i would like to wish all the muslim "Salam Maal Hijrah" semoga kita semakin dekat dengan Allah s.w.t dan semakin baik daripada tahun-tahun yang lepas. See, memang lambat sangat kan. Aku pun ada pasang azam baharu tapi biarlah aku simpan sendiri. Dah come true nanti baru boleh reveal. gitu. hehe

Actually tak tau nak cakap apa sebenarnya. Banyak sangat benda berlaku. Aku hanya cerita apa yang aku rasa boleh diceritakan je kat sini.

Family.

- still had 3 of us. Ibu, ayah and Naurah.

- We moved to another house. Lorong belakang dari taman yang sama. Tapi lokasi strategik which is sebelah je dari rumah BS. So agak senang kerja ibu. Harap-harap pindah kali terakhir untuk episod rumah sewa.Pada hari pindah rumah, hubs still ada. Tapi sehari lepas tu, terus kena OS. So till now, rumah masih tunggang langgang. Haha

- Hubs kena transfer somewhere which is diiringi dengan new position. Sedih sebenarnya. Rasa macam aku ditakdirkan untuk hidup PJJ je. Tapi aku dah biasa sebenarnya. Sebelum ni pun dia pernah OS selama sebulan. So dah biasa hidup berdikari jaga Naurah sorang-sorang. Tak sangka, aku seorang yang kuat sebenarnya. Boleh handle Naurah and housework sorang-sorang.ngeeeeee


Naurah

- Now Naurah dah 1 tahun 3 bulan. Sihat walafiat, timbangan semakin naik. Last timbang setahun hari tu rasanya dalam 9kg ++. Hari tu pergi mall, saje timbang, berat dah 11kg. Maybe ada ralat kat timbangan tapi ibu nak dukung lama-lama memang tak daya. kehkeh Sebab tu, ada untung jugak berjiran dengan BS. Hantar Naurah dulu, baru pergi angkut bag baju dan bakul susu dia.

- Her milestone sangat memberangsangkan sekarang ni. From walking, dia dah mula nak berlari. Padahal ibu tak kejar pun tapi bila dia perasan ibu ada kat belakang dia, sure dia lari lintang pukang. Mean, dia nak main kejar. So, ibu buat-buat jelah kejar dia. Kemain dia ketawa sambil lari.

- Gigi dah ada 8 batang. 4 di atas, 4 lagi kat bawah. Lately air liur dia meleleh keluar walaupun tak kerap sangat. Tak sure ada gigi baru nak tumbuh ke. Now she more behave la part mengigit tu. Takde dah nak gigit bila BF.

- Basic things she know, banyak sangat. Like she know how to clap her hand (sama ada kita suruh tepuk tangan dengan atau sing a song), suka menyanyi daripada menari. The new song that she love to sing is Happy Birthday song. Hari tu dia nyanyi birthday song untuk ayah dia. Sweet sangat. Dia suka tiru gaya orang dewasa buat like bila dia nampak ibu pakai tudung, dia pun sibuk ambik kain nak pakai jugak. Same goes with women wear (u know what it is! haha), sibuk la dia capai kain apa-apa belit kat dada dia. haha such a sweet kid.

- Naurah jugak tau sebut a few word dengan jelas. Antara new word yang dia pandai ialah Allah, ball, tiga (dulu asyik dua memanjang. haha), star (sambil jari tunjuk kat atas.), naurah (called her own name tapi bunyinya naulah. haha). Actually had a few more tapi tak dapat ank recall now in my mind. But, this one word yang ibu tertunggu ialah, i want to hear she called me IBU. Soon maybe. Bayangan BU pun takde lagi. Kalau ayah, memang ada keluar from her mouth kadang-kadang. PAPA and MAMA memang dah lama sangat dia sebut. Soemtimes she called me mama. haha Apa-apa jelah Naurah.

-  Since last week, Naurah became a picky eater. Selalu bagi apa sahaja, dia memang makan. Sebab tu tadi cakap, air liur dia meleleh. Tak sure dia hilang selera makan sebab sakit gusi ke or memang ada masanya dia akan hilang selera makan. Tapi takdelah dia tak makan langsung. Cuma dalam satu, dua suap, the rest dia banyak main. Suka buat bunyi, yummm..yummm... time makan tapi makanannya tak ada pulak masuk dalam mulut. hehe 

- Food supply ke rumah BS atau i would like called it BENTO, kurang memberangsangkan lately. Salah satu puncanya ialah, sebab berpindah rumah. Take time nak kemas semua barang. Semuanya ada 3 kotak. Dengan cabaran husband OS lagi. Kalau aku kemas time Naurah tak tidur, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Biasanya niat nak kemas tu ada. Around 8 or 9 after dia tidur, aku dah pasang niat nak kemaskan. Tapikan suddenly the plan will change bila aku tengah dodoikan dia. Dia nak aje aku baring sebelah masa dia nak tidur tu. So dengan aku-aku sekali yang tidur. haha Bila sedar je, mata memang mengantuk. Bangun pun gara-gara nak solat Isyak, cuci botol susu. Nak mengemas, memang jauh benar jalannya. Badan terus flat. Pagi-pagi tu, around 5.30am or 6am, Naurah dah bangun. Nasib baik la Naurah jenis yang ceria di waktu pagi. Tak ada moody. So bolehlah aku masak bekal dia (simple je pun, sup ayam and moi) dan jerang air panas untuk letak dalam termos dia. While dia layan Baby TV Channel. Nasib baik.


-milk supply so far, masih ada. Cuma aku dah ajar tak fully BF since dia dah 7 bulan. Kenapa entah, aku jadi malas nak pam kat office. Walhal, susu masih banyak lagi. sekarang Naurah hanya BF waktu malam sahaja. Tu pun kadang-kadang dia nak botol more than SI. So, aku rasa, aku tak kan hadapi masalah bila susu kering nanti, atau struggle nak pisahkan anak dari SI. Naurah dah biasa dengan FM, kadang-kadang nak tidur, dah tak payah bobok bontot, bagi FM, dia guling-guling sampailah terlelap. Kadang-kadang jelah. heeeee Since Naurah berusia 7 bulan sehingga 1 tahun 3 bulan, aku bagi dia FM jenama keluaran Mead Johson. From 7 to 13 month dia minum susu Enfalac A+, now tukar step 3 terus, iaitu Enfagrow A+. Alhamdulillah, Naurah tak ada masalah dengan susu.


Myself.

- Makin debab. Baju kurung untuk pergi kerja, yang betul-betul selesa nak pakai sekarang (i mean longgar kat badan) ialah hanya 10 pasang sahaja. Lain-lain hampir 50 pasang lebih tu bak balut nangka tau! I is stresss. Hahaa

- Cita-cita nak diet. Tapi cita-cita takat sebut jelah. Buat belum lagi. hahaa 

- Kerja macam biasa. Cuma rasa bersemangat lebih bila balik dari TWC. Penceramah is super best. Aku rasa bermotivasi sangat. Harap sampai bila-bila. hehee

- OWH, terbaru yang terjadi kat aku ialah, telefon aku rosak semalam. Mati terus. HUWAAAAAA nau aku pakai telefon cokia yang tak ada wassap, IG, FB, Dayre so on. Pendek kata boleh taip sms dan calling je. Mati kutu aku malam tadi kat rumah. Dah biasa hidup dengan teknologi kan. (haha poyo!) Petang ni nak hantar samsung centre. Nasib baik ada waranty lagi. Tapi bila ngadu kat hubs, telefon rosak, dia gelak je. Siap cakap lagi, ada hikmahnya. Tau ape hikmah dia cakap tu? Maknanya aku kena luangkan lebih masa kat Naurah. Kalau telefon ada mesti kejap, layan IG, wassap, wechat lah pastu kejap-kejap tulis diari. hahahaa DANG! Ok hubs! Alhamdulillah, telefon rosak. Takpelah take time nak repair pun, aku akan manfaatkan betul-betul waktu dengan Naurah.

Tapi sempat lagi husband balas, kalau boleh malam-malam kurangkan layan cite korea tu. hahaha 

So, aku balas la,

"tak payah bayar bil astro, nanti astro kena potong, takdelah sayang tgk lagi" - aku

"tak boleh, kesian naurah nak tengok Baby TV"- hubs

Owh, kesian kat anak. Ok, fine.

Tapikan, Naurah layan Baby tv waktu-waktu pagi semasa aku sediakan bekal dia dan waktu petang semasa aku mandi, solat je. Lepas tu aku layan Korea. hahaha  So, agak-agak Astro tu manfaat untuk siapa sebenarnya? hahaha





Ok, got to go. Had a lot of work to do. 
Sebelum tu, some photo from my dayre. ;-)
my little pie. ibu geram tengok dimple awak yang tak berapa nak dalam tu. heeee
Enjoy watching Baby TV
 
BF.
 Sekian.
TATA!!





THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. hahahaha siap bf diri sendiri lg tu.hubs u pindah lg na? mmg u kuat.i ni nasib ada mil.kalo sorg tu ntah lah apa nk jd.bertabahlahhhh~

    ReplyDelete
  2. Siannya kena PJJ. Sabar yer sis. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    Patutlah menyepi. HP rosak rupanya.

    ReplyDelete
  3. tabah betul mak sorg ni ye suami OS tiap bulan.kalau i mmg kurus kering bdn kot makan hati hahahahah

    gigi kite sama la naurah ade 8btg hehe. err rumah i xsubscribe baby tv cz err i xnk hannah terjebak pdhl xnk kacau if i tgk berita or drama kihkih.tp mmg ade sbb pn xnk bg tgk tv sgt ;p

    http://ourwonderland.blogspot.com/2012/10/why-we-dont-let-haraz-watch-tv.html

    k tata

    ReplyDelete
  4. eh jap. i rs ayat husband i pn sama kot if hp i rsk. ade hikmah lol. sbb i pn sll pgg hp dia sakit mata tgk.gagagag so have fun with naurah.sbnrnye mmg lg bahagia pn xyah tgk hp hehe

    ReplyDelete
  5. samalah kita hana...lin tunggu gaji baru suh asben antar kedai...skg nie pakai ipong lama jerk..gambarr kelam2 gitew...
    takpe hana..maybe position baru tue rezeki bertambah2 murah kan..insyallah, hana kuat!

    ReplyDelete
  6. aha... hana kalau nak tahu, blog hana ni kita baca kat ofis. tapi dekat rumah baru komen.

    bagus jugak hp tu rosak tapi kita tak dapat la nak tengok gambar, video naurah lagi. bento pun nanhado. cepat beli tepon baru. hihi

    gambar last si naurah, amboi..dia. nak nyotnyot tiru macam style ibu dia ea

    ReplyDelete
  7. Hahahaha BF tu kelakar, bijak betul kamu ni Naurahhh

    ReplyDelete
  8. Naurahhhhhhh is so clever girl! Pandai dia clap2 ye...yup betul cakap dear, ur baby sama ngan my baby milestone...seronok kn tgk perkembangan mereka besar....bila nak jumpa ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...