Wednesday, November 27, 2013

Suplemen untuk anak

Aku rasa telefon aku ni kena hantar semula kat samsung. Dari semalam lagi data network on-off je. Sakit hati tau. Kadang-kadang talian pun bermasalah jugak. Macam malam tadi, tiba-tiba dapat sms 11 miscall dari hubs. Sms sampai pukul 11 malam. Sedangkan hubs called around 7pm. Bila tengok maxis network dari HP BS, ok pulak. Maknanya bukan masalah rangkaian Maxis tapi telefon aku yang problem. gggrrr.

Dahlah pusat servisnya tutup pukul 6 petang. Tak sempat nak pergi hantar nanti. Annual leave pulak tinggal cenonet je. Simpan untuk emergency je. Kena tunggu hubs balik jugak ni. Buat sementara pakai jelah untuk ambik gambar. 

Hobi aku kan ambik gambar Naurah. Aku rasa tu antara hobi kebanyakkan mak-mak jugak. kan? ngeee Since telefon rosak beberapa hari, hati tak happy betul tak dapat nak snap moment dan aksi Naurah. Kamera kompak ada la tapi budak kecik ni pantang tengok aku pegang. Meraung kalau dia nak. 

Panjang pulak pengenalan entry. haha Sebenarnya just nak share suplemen yang aku bagi kat Naurah. Sebenarnya dah 3 bulan bagi. Dah lama nak share cuma kena take time sikit. Kena observe betul-betul baharu boleh share.

Terbukti khasiatnya (Insya Allah). Actually, aku bagi Naurah makan Black Seed atau Habbatus Sauda. Bukanlah suplemen dari mana-mana produk yang ramai sangat duk jual sekarang. Bukan tak percaya keberkesanannya cuma hati seorang ibu tergerak untuk menggunakan suplemen sunnah ini. Seperti yang disebut-sebutkan dalam mana-mana hadis nabi (selain dari kehebatan kurma, madu, delima dsb):


Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Copy dari link ini.


Dari link tersebut boleh jugak baca khasiat black seed ini. Banyak sangat khasiatnya. Cuma aku akan cerita serba sedikit mengikut pemerhatian aku terhadap Naurah.

biji habbatus sauda

Sebotol seperti di atas aku beli kat pasar malam. RM10 saje. Selain dari habbatus sauda, kakak ni jual jugak produk islamik yang lain seperti buah zaitun, jus delima, air zamzam etc. 

Sebulan pertama perkenalkan habbatus sauda kat Naurah ialah dengan mencampurkannya ke dalam makanannya. Seperti campur sedikit dalam bubur nasi, lauk pauk dan botol minumannya. Dalam sebulan jugak gunakan cara tersebut.

Suatu hari, hati tergerak untuk bagi dia rasa habbatus sauda tanpa campur dengan makanan lain. Honestly bagi tekak aku, memang tak boleh nak kunyah biji tersebut sebab rasanya sedikit pahit dan baunya agak kuat macam rempah. Tapi kalau terpaksa makan tanpa mencampurkan dalam makanan, aku akan telannya dengan air. 

Tapikan, untuk Naurah, bila bagi je beberapa biji kat tapak tangan dia, dengan selamba dia pergi jilat tapak tangan. Siap kunyah-kunyah lagi biji habbatus sauda tersebut. Ibu kagum betul dengan Naurah.

Sejak itu, aku dah jarang campurkan dalam makanan dia. Aku bagi dua kali sehari. Waktu pagi selepas dia bangun tidur, aku akan bagi dia minum air kosong dalam botol air dia dulu. Then letak biji habbatus sauda atas tapak tangan dia, then dia akan makan dengan mudahnya. Lepas tu dia akan kunyah-kunyah (even aku rasa tak perlu kunyah pun sebab teksturnya sangat kecik. Dia pura-pura kunyah mungkin. lol) Then baharu bagi minum air putih.

Sekali lagi bagi dia makan adalah pada waktu malam. Jumlah habbatus sauda tu aku anggarkan je. Mula-mula aku bagi 7 biji sekali makan, macam bagi kismis tu. Tapi jenuh pulak nak kira. So aku main tuang je. kehkeh Ibu berdoa, lebih banyak awak makan, lebih bermanfaat untuk awak ye, Naurah.

 Tapikan semasa habbatus sauda berada di atas tapak tangan dia, sebelum dia makan, aku selawat 3 kali, then berdoa seperti biasa. Naurah sabar je tunggu aku berdoa. Maybe dia ingat, aku baca doa makan kot sebab keadaan tangannya seperti menadah tangan untuk bacaan doa makan. kehkeh Dia dah terbiasa baca doa makan sebelum makan.

Sebanyak ni sekali Naurah makan.

Easy to eat for her. licking up till finish.

Siap kutip lagi mana-mana yang melekat kat tepi mulut. haha

Mengikut pemerhatian aku. Antara kebaikan habbatus sauda ialah meningkatkan imunisasi badan, melawan virus dan pelbagai lagi. Seperti yang aku cerita sebelum ni, tiga hari aku demam diikuti dengan selsema yang agak teruk. Risau jugak takut Naurah berjangkit. Dahlah malam-malam memang dia tidur dengan aku and still BF. Nak kuarantinkan diri pun tak boleh sebab ayah dia OS. BS pernah la pelawa nak jaga Naurah waktu malam, biar Naurah tidur dengan mereka. Tapi hati ini tak kuat nak lepaskan. Demam macam mana pun, cuba gagahkan diri jugak. 

Alhamdulillah, Naurah langsung tak berjangkit. Dengan izin dan kuasa Allah s.w.t., Naurah sihat walafiat. Antibodi dia kuat. Sampai sekarang dia tak pernah batuk atau ada kahak. Last dia demam pun masa berumur 5 bulan tak silap. Aku harap Allah s.w.t. kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk Naurah sampai bila-bila. 

Cuma sebagai seorang ibu, aku akan cuba beri yang terbaik untuk Naurah. Tambahan bila dia dah tak fully BF, khuatir jugak akan kekebalan ketahanan badan dia. Selama ni aku berfikir maybe imunisasi dia kuat sebab khasiat dan zat yang terkandung dalam SI, but since dah campur FM, sebagai seorang ibu aku rasa kena cari benda lain untuk boost her antibody.

Tidak salah kalau ikhtiar. Tambahan pulak bila kita amalkan pemakanan dalam sunnah nabi, lebih berkat rasanya. Plus mencari keberkatan itu adalah dituntut sebenarnya dalam nilai-nilai Islam. So, pada pendapat aku sedikit sebanyak habbatus sauda membantu jugak meningkatkan imunisasi badan Naurah. Dan, yang pasti semua ini mestilah dengan izin Allah s.w.t. Kalau tak, bagilah makan suplemen paling mahal pun, pasti ianya tak menjadi jika bukan dengan izin dari-NYA.


Till then.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

16 comments:

  1. ni syima pon ada jual kn? i amalkn minum habatussauda yg jenis cecair tu tapi x pernah lagi bagi kat ayish...lps ni blh la try bagi

    ReplyDelete
  2. Mcm syok je tgk naurah mkn..haaa ibu zara mesti cuba jgk nnti.. :-)

    ReplyDelete
  3. same la.. habbatus sauda fifi kat rmah pon pakai yang tu.. da tggl separuh da.. bukan takat makan saje je.. dalam bubur pon kadang2 fifi letak.... sup ke.. asal boleh masukkan.. semue fifi masuk..

    ReplyDelete
  4. pasar malam mane tu?
    murahnyaaaa...
    kagum jugak dgn naurah, hebat boleh makan camtu je..hihi

    ReplyDelete
  5. Bagus supplement ni. Dapat kedua-dua kesihatan dan pahala ikut sunnah ;)

    ReplyDelete
  6. sama lah kitorang pun amalkan suppliment habastul sauda ni... ni i beli kat kawan..

    tapi so far kitorang bagi campur dalam makanan. nanti nak try lah bagi direct kat dia

    ReplyDelete
  7. thanks for review...dulu masa awal bersalin memang anis amek habastusauda ni...utk baby pun boleh ea...

    ReplyDelete
  8. Bagus ye mama naurah nih....umi Qi ingat utk dewasa je bagus habbatussawda...rupernya naurah dh amalkan lama dah...terbaik...tetiba Umi Qi pun nak beli sama mcm mama naurah...terima kasih syg dear...menyedarkan umi Qi

    ReplyDelete
  9. bagusnya dia mkn kunyah mcm tu.hehe.so far sy x penah bg yg biji tu bg minyak je.nnti nk try gak lah

    ReplyDelete
  10. Nak try juga lah.

    Alahaiii...mcm soh tukar HP baru jer tu ☺☺

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..kite follow blog ni ye..sudi2 kan la follow blog kite jugak..terima kasih
    http://cikanem.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. lps ni aku nk try la kat muhaimin...muhaimin mmg jarang demam tapi aku nk kuatkan lagi antibodi anak aku..

    ReplyDelete
  13. bagusnye naurah.. senang je dia makan//hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...