Tuesday, November 26, 2013

Such a big girl.

Semalam ambik mc sebab demam. Actually demam dah beransur baik tapi badan still sakit-sakit. Lenguh-lenguh satu badan. Start demam hari sabtu. Dahlah berdua je dengan Naurah. Nasib baik BS duk sebelah. Ibu lepak dalam bilik, Naurah duk main kat ruang tamu dengan BS. Kebetulan suami dia kerja hari sabtu tu. Bolehlah dia layan cite kat Astro. haha kemain seronok mereka berdua gelak sakan. Hari ahad tu, dah ok sikit. Tapi bila lepas makan ubat, BS bawak Naurah balik ke rumah dia. Bagi peluang ibu lelap sejam dua. 

Demam dah kebah, baharu hubs dapat balik semalam. Sampai petang semalam suruh hubs ambik telefon kat Samsung Service Centre. Ikutkan boleh dah ambik hari Sabtu tapi tak daya nak drive dengan badan tak sihat lagi. Hari ni hubs dah travel semula. T_T

Actually, bila berjauhan dengan hubs kan, aku yang take over Naurah sorang-sorang, secara tidak langsung, kami berdua jadi sangat berdikari. Aku rasa Naurah ni macam dah jadi kakak-kakak dah. Boleh main sendiri kalau aku tengah masak atau mandi. Pandai-pandai dialah keluar masuk master bedroom and bilik dia, angkut mainan bawak ke ruang tamu. Dia akan main sendiri sehingga dia rasa bosan.Agak lama jugaklah boleh harap dia main sorang-sorang.

Contoh macam hari minggu, dia bangun macam biasa. Tak bagi peluang ibu nak golek lebih pada hari minggu. 1st thing aku buat lepas solat Subuh tu, terus masuk dapur masak breakfast for both of us. Biasanya around 7 am dah masuk dapur. Sebab Naurah akan bangun around 6.30am. Aku pasang Baby TV (kadang-kadang dia tak layan pun). Naurah akan minum susu sambil golek-golek, dah habis susu, dia akan keluar masuk bilik dia atau bilik ibu. Ikut suka dialah nak angkut apa-apa. Biasanya dia akan ambik beg, bantal, kopiah ayah, sejadah. Semua tu akan diangkutnya ke ruang tamu.

While me, akan masak cepat-cepat kat dapur. Sambil masak tu, aku akan masukkan baju kotor dalam mesin. Paling senang dan cepat aku masak ialah sup ayam dan bubur nasi. Kiranya tu makanan aku jugak. Cuma nak bagi rasa sedap untuk tekak, aku akan goreng sambal bilis kering kasi pedas kaw-kaw gitu. hehe Kadang-kadang itu pun ye untuk lunch kami. Aku malas nak masak lauk beriya.

Bila dah siap masak, tengok Naurah dalam mood main lagi, aku cepat-cepat sidai baju. Aku sidai baju kat bilik stor belakang. Dah siap sidai, baharu bagi Naurah makan. Dia suka makan sendiri sekarang. Memang comot habis but who's care, kan? Nanti lepas makan, terus mandi. Biasanya around 9am. Dah mandi, bagi jajan (sama ada buah, biskut, atau kismis). Sementara dia layan jajan dia, aku pulak breakfast.

Around 10am or 11am, Naurah nak nap, so bagi FM, dengan aku sekali tumpang tidur. kahkah Mengantuk ok. Rumah memang bersepah. Harap maklum. Kadang-kadang dia tidur agak lama. Aku tidur kejap je, baharu bangun mandi (buruk kan perangai bila laki takde kat rumah. haha) then kemaskan apa yang patut. 

Tengah hari tu Naurah bangun (around 12 or 1pm), aku kasi makan untuk lunch pulak. Again, dia makan sendiri dengan comotnya. Dan mandi sekali lagi. Lepas mandi, aku teman Naurah main. Kalau nak keluar berdua pun, paling kurang pergi super market dalam taman. Bawak dia main mesin muzik tu. 

Sekarang Naurah jarang nak take nap waktu petang. Dia banyak main. Petang tu, around 3 or 4pm, aku akan pelawa dia makan. Kalau dia nganga mulut bila aku pura-pura suap dia, maknanya memang dia nak makan. So, aku bagi dia makan sekali lagi. This time comot jugak makan. Tapi sekadar "mandi kerbau" je. ngehngeh Cuci ala kadar je dan tukar baju baharu.

Dalam pukul 7 lebih, aku akan bagi Naurah dinner, then lepas makan baharu mandikan dia bersih-bersih. Macam biasa dia akan main macam biasa bila aku solat, mandi atau makan.

Pendek kata, Naurah memang boleh diharap kalau aku ada something nak buat. Agaknya dia pun dah faham keadaan ayah dan ibu dia. Senang sangat nak handle dia. Tak banyak karenah. Bila nak susu, dia akan tunjuk bakul susu. Kalau nak air, dia akan minum sendiri dalam botol yang aku dah sediakan awal-awal, letak kat atas sofa.

Satu benda yang aku yakin nak tinggalkan dia main sorang-sorang bila aku mandi, masak kat dapur ialah, aku ada safety gate, barang-barang berbahaya aku memang simpan elok-elok, dia boleh sepahkan mainan dia sesuka hati tanpa aku marah, aku bagi sepotong epal letak dalam pinggang, dia boleh hadap pinggan tu lama. gigit epal sikit, letak dalam pinggang. hahah comel. Paling senang nak umpan dia main lama-lama, aku bagi periuk satu, pinggang satu, bekas satu dan senduk kecik. Dengan Aamina dia masukkan dalam periuk. kehkeh

Macam hari tu, dia tanpa sengaja terbaling telefon nokia then terkena muka aku yang kebetulan ada pimple bawah dagu. Sakit gila. Sampai berdarah ok. Menitik air mata. Dia ketawa je tengok aku. Gurau katanya (lol). Masa tu aku tengah baring, terus bangun. Then aku dekatkan muka aku depan muka dia, aku cakap, "sakitlah Naurah, terkena handphone tadi. Tengok, darah. Minta maaf dengan ibu cepat".

Suprising is, dia terus hulurkan tangan dia, nak salam. Ya Allah, ibu is melting ok. Terus aku sambut tangan dia, then dia kucup tangan, bye-bye dekat aku. hahahaa Terus dia melangkah masuk bilik dia. kahkah lawak sangat.







 Till then.
TATA!








THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. bgusnya naurah...
    abam hafidh tu asyik ikut mummy dia kehulu kehilir tau... kadang2 dapur pun duk sibuk. orang masak dia main bawang.
    safety gate, asyik tombang je dia buat gayut... T__T laki ganas dia tu...
    naurah bosan tu main sorang.. nak kawan ibu... hihihiih

    ReplyDelete
  2. Hana, tu tandanya Naurah dah boleh dpt adik tu. Hehehehe.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...