Friday, November 22, 2013

Rambling friday.

Ehem, rajin pulak update blog. wahaha mentang-mentang handphone rosak kan, so moh la kita update life kat sini. Currently, baharu habiskan sepinggan nasi lemak. Tadi ada program apa entah kat office, so kami ambik nasi lemak dan bihun untuk makan waktu tengah hari. Jimat seyh! kikiki Lepas makan baharu fikir,  bilanya aku nak diet entah. bahah!

Tapi malam-malam memang aku tak makan nasi dah. Sebabnya dah tak perlu masak. Makanan Naurah yang aku bekalkan pagi tadi, masih ada. Memang disimpan untuk dinner dia pulak. Pagi tadi, sempat masak sup brokoli, nasi lembik but not so moi dan sotong goreng kunyit. Alhamdulillah, Naurah dah berselera semula. Aku rasa makanan kat Lotus Desaru Beach Resort tu tak sedaplah. Tu yang Naurah tak nak makan kot. Naurah pun dah reti memilih makanan. 

Owh ye, sebut pasal Lotus Desaru Beach Resort, sebenarnya Jumaat hingga hari Ahad minggu lepas, me and colleague ada program TWC kat Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. Nasib baik dapat bawak Naurah sama-sama. Kalau tak, mau menangis aku tiap malam. Aku rasa belum bersedia lagi nak berjauhan dari Naurah. Bukan aku sorang je tau. Others mommy kat office pun sama. Masing-masing yang ada anak, memang angkut anak. Ofcourse la suami yang jadi babysitter. kehkeh 

Tapikan, sayangnya tak sempat nak copy semua gambar daripada handphone. Eee, serius geram. Walaupun tak banyak sangat tapi tetap rasa macam rugi gila. Kat sana ada tanah lapang yang ditanam dengan rumput carpet. Lepas makan, bawak Naurah santai-santai kat situ. Masa tulah snap gambar Naurah yang cheeky. Kemain ligat dia berjalan. Sayangnyaaaaaaa. Sempat upload 2 keping gambar je kat IG. I is sad.

Gambar dari IG. Kemain suka dia dapat berjalan kat atas rumput ni. Nampak gambar kat belakang yang cenonet tu adalah tempat makan. Seaview. Ok la tapi makanannya tak best pun. hahaha

Gambar kedua kat IG. Petang Sabtu. Lepas habis taklimat around 4.30 pm, bawak Naurah main kat waterpark. Then nampak dia mengigil, naik shutter bus pergi kat padang, tepi pantai.



Itu aje kot gambar yang aku sempat upload. Haih. Maknanya kena pergi sekali lagi ke ape ni?

Tapi aku rasa tak mau pergi dah kot tempat tu. Maybe others hotel kat Desaru, not that one. Selain daripada makanannya yang so-so je, waterpark dia tu aku rasa macam kurang bersih kot. Lepas je mandi, habis badan naurah naik bintik, same goes with their bed. Cuma tempat tu cantiklah, macam palace gitu. Ada banyak apartment, ada perkhidmatan shutter bus kat situ. 

Tapi siapa-siapa yang nak buat kursus office oklah tempat tu. Bukan teruk sangat, cuma kami rasa tak berbaloi, kami travel jauh, berjam-jam, tapi agak mengecewakan. Baik buat kat Cherating je. Dekat pun dekat. 

Esok dah boleh ambik telefon. Baharu dapat sms dari samsung service centre, telefonku dah siap! yeay! tapi sedih jugak, semua data, phone number, picture, note, video etc hilang. Tak sempat backup. Katanya motherboard yang rosak. Motherboard tu ibarat jantung kepada hp. Sad!


 Lepas taip panjang-panjang ni, tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya. hahaha Entry pun main campur je. 

Ok, baru teringat, gambar kat Desaru, actually ada dalam simpanan office tapi gambar kami buat aktivitilah. Dalam beratus gambar tu, satu gambar pun takde gambar aku yang cun. Semuanya debab! Buruk ok. Buruk! Ngeri aku tengok. Walaupun gambar aku dapat baucer RM100 pun bertukar jadi horror! hahaha Rasa nak delete gambar tu semua. Wakaka




K.Bye!





THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. yeay..dah boleh amik tepon....bab ilang data tue macam nak nangis jerk...kat mmc takde ker hana?

    ReplyDelete
  2. Yeayyy...HP dah sembuh. Tapi sayang lah suma dah hilang. Blg nangis tu.

    Cantik gambar 1st tu. Hijau...☺☺

    ReplyDelete
  3. ala no daku pun mesti hilang kan?? sobs!
    bawak la naurah g uss, best!! tehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum mommy and baby sihat ke?
    Umi Qi suka tgk ur daughter tuh berjalan atas padang...cantik betul ye dia... :)

    ReplyDelete
  5. moment menarik dengan anak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...