Tuesday, November 12, 2013

Dayre Application. Lets Dayre ppl!!

*hug and kis* blog! Rindu. Tapi aku tak ada masa nak menulis kat sini. Tapi tak bererti blog dah tak penting bagi aku. Aku sayang blog ni. Kenangan dari zaman bujang, karangan buruk (now pun buruk lagi hahaha) sampai dah ada kisah zuriat aku. Touching gila! *tears* hahaha

Actually, aku baru install application DAYRE kat telefon. Dia umpama mini blog atau lebih tepat lagi ibarat diari online. Siap ada kira total hari dalam setahun, ada tarikh, hari. Cuma tinggal kita update, nyatakan sendiri waktu kejadian yang ingin kita share kat situ.

Setelah baru 3 hari aku guna aplikasi ni, apa boleh aku katakan, aku suka. Tapi tapi tapi tapi tapiiiiiiiiiiii ia tak setanding dengan blogspot. Blogspot is still number one. Masalahnya seperti yang aku nyatakan di atas, iaitu relate dengan MASA yang menyebabkan aku sangat perlukan aplikasi DAYRE ini. Manalah tau, one day aku mengidap amnesia ke, so boleh la aku baca kisah aku hari-hari kat Dayre tu. (mintak jauhlah amnesia tu. hiks)

Aku nak share sikit pasal aplikasi Dayre ni. Disertakan dengan gambar aku screenshot kat telefon.

STEP BY STEP

 Aku pengguna Note II, so kalau nak install tu kena cari kat play store. Cari DAYRE. Sure jumpa. Then install macam biasa. Then ikuti langkah register semua tu.

Step 1


Mula-mula bukak Dayre, dia akan keluar macam ni.

Step 2: Paparan HOME

Lepas tu, dia akan keluar page macam ni. Gambar HOME yang aku circle kat atas tulah, adalah rupa HOME seperti dalam gambar ni. Kat HOME, ada macam-macam button yang boleh kita click. Nanti aku share step by step.


Gambar yang aku code by number 1 hingga 5 adalah the way entry untuk kita publish kat Page Dayre kita. Boleh pilih nak guna kaedah mana satu.

Contoh, kalau nak share diari bergambar, klik je simbol kamera (no.2) then akan keluar choose photo atau nak snap picture terus. Then dah pilih gambar, kena crop dulu dengan menggunakan SCALE & MODE yang telah disediakan. Then dah pilih, baru boleh add caption. Caption sampai 500 patah perkataan. Ikut je step by step. Sangat mudah.

Word PAGE yang aku circle tu, ada button untuk kita lihat PAGE DAYRE kita. Nanti aku tunjuk gambar Page Dayre aku.

 Step 3 :Page Dayre / update diari


Dayre Page

 Beginilah rupa page Dayre lepas klik button yang aku circle word PAGE tu. 

Faham dok? hahahaha


Contoh entry aku publish dalam Dayre semalam.



 Nampak tak, rupanya macam diari tu?

Ada 3 kolum untuk memudahkan kita mencari entry lama. Iaitu DAY, WEEK dan MONTH. Then in between tarikh (Monday, 11 November 2013) boleh tengok older entry or newer entry jugak.

 Kat Dayre jugak, ada counter hari dalam setahun. Last aku update semalam adalah hari ke-315 pada tahun 2013. Gitu.













 Tu dia, diari aku semalam yang aku kongsi guna Dayre Application. Kalau banyak yang kita share kat situ, maka berjelalah akan keluar. Aplikasi ni tak akan asingkan kita punya update by each entry tapi dia akan rangkumkan sekali mengikut tarikh kita update diari kita tu. Yelah, sebab tu namanya diari kan. Kita boleh rakam kejadian yang berlaku the whole day kan.. Kalau nak lagi memorable, catatlah kejadian tu by time.


 Step 4:  Baca diari rakan-rakan yang kita follow





Nampak tak red circle yang aku tunjuk dengan arrow tu? Button tu kat sebelah simbol HOME je. Simbol sebelah HOME tu macam simbol NEWSLETTER je. So klik kat situ then keluarlah segala macam update dari kawan-kawan yang kita follow. Then klik mana-mana kita nak baca, then boleh LIKE dengan tekan simbol LOVE atau nak KOMEN pun boleh. Nak SHARE kat mana-mana pun boleh. NEWSLETTER ni diasingkan mengikut tarikh yang dia orang update.

STEP 5: Macam mana nak cari rakan yang guna aplikasi Dayre



 Perasan tak yang button aku circle tu..  button tu ada kat atas sekali sebelah kiri di ruangan HOME. Klik je, akan keluar seperti gambar di atas. Kat sini boleh nampak wording SETTING, EXPLORE (cari dayre rakan-rakan) dan NOTIFICATION.


Untuk setting profile





Untuk cari Dayre rakan-rakan, klik word EXPLORE then TAIP USERNAME, klik ruang BLOG then SEARCH. Then klik pada blog yang kita jumpa tu, nanti kat PAGE dia, tengok bahagian atas sekali sebelah kanan, ada button FOLLOW. So klik kat situ je.



 Mudah kan nak layan Dayre ni? 

Aku suka Dayre ni sebab ia praktikal untuk aku update daily activity di mana-mana sahaja. Kadang-kadang kat rumah internet slow sangat, so bila nak update blog, kemain lama upload guna blogger android. Pulak tu, kat blogger android, aku kena karang ayat panjang-panjang dulu, bawahnya baru boleh letak gambar. Then gambar pulak tak boleh masukkan caption. 

Tapi, kalau guna Dayre ni, by picture or video aku boleh masukkan caption untuk jelaskan imej tersebut. sukaa sangat.

Cumaaaaaaa yang aku TAK SUKA pasal Dayre ni, saiz gambar yang boleh di share dalam tu kena ikut ukuran SCALE yang telah disediakan. So tak dapat nak upload gambar penuh. Tak macam blog ni, sebesar mana gambar aku suka boleh je upload. heeeeeeeee

Then, satu lagi ialah Dayre ni selalu hang atau sangkut tau. Asal lama sikit loading, mulalah hang. Geram tau. Aku kemain dah karang nak komen Dayre member, sekali sent tak keluar. 



Ginilah rupa hang tu. Sama ada telefon aku dah berat atau tenet lembap kat rumah aku. Loadingnya agak lama sikit.


But, after all, aku suka aje. Kadang-kadang Naurah dah tidur awal malam-malam, aku ambik peluang ni, update what goes around the whole day. Macam kita tulis diari before tidur gitu. Tapi diari ni orang boleh baca. Erk! hahaha



So lets Dayre people! Username aku, Hanasoffelia. heeeeeeeeee






Till then!
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. Wahhh. Details uols! I like!! Nak tag nama ms komen cmner? Hihi.

    ReplyDelete
  2. boleh jadi cikgu Dayre nih...nanti x fhm Umi qi pm kamu ye comel hehehhe

    ReplyDelete
  3. Ok...skang jugak nak download ☺☺

    ReplyDelete
  4. siap amnesia.hover ko kan jemah! hahahaha.aku suka gak.tp xleh nk commit lah.mcm ko ckp.blog is num 1.

    ReplyDelete
  5. alaaaa dayre pulak...malas la nak install...kang blog terabai heheh..blog di hati ku

    ReplyDelete
  6. nak jugak! dari ari tu nak donlod2 tp tak terbuat2...coii betul...

    ReplyDelete
  7. ni mcm imotiv jugak ke hana? kita selalu update blog kat blogger droid je tp tu ha screen kecik x puas cam update kat pc.. tu yg malas je nk update blog.. gituu :D

    ReplyDelete
  8. Ok i'll be your follower in DAYRE.. :)

    just follow blogspot #394

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...