Tuesday, October 1, 2013

The reason why...

1st October update blog setelah sekian lama diabaikan. *tahniah!* :-p

Mesti tak perasankan, aku private blog sejak 2 minggu lepas. Aku tengah tension sebenarnya. Supposed blog adalah salah satu benda yang sangat seronok untuk kita luahkan apa aje (in positive side) tapi since amarah ku pun berpunca dari blog, so why not aku "hibernate" kan for a while. Nak tengok ada tak yang "panas" tak dapat bukak blog aku. Saje nak bakar line,kooooo! haha

ghupe-ghupenya hadoooooooooo jemah ooiiii!!!! 

Tak sampai 5 hari aku tutup blog, dah kalut tanya kawan aku nape blog aku tak boleh bukak. Dang!!!! *mesti jantung kau terbakarkan sekarang ni?*

Time tu rasa nak pi tanya direct je begini...eh, kau kan tak baca blog aku, nape sibuk-sibuk tanya lak? Eh, kau kan nyemak start aku post makanan anak je, bento segala mak nenek, so kenapa sibuk-sibuk nak baca blog aku pulak? Itulah, lain kali kalo taknak komen pun, duk diam-diam sudah. Ni siap bergosip bagai tang aku.

Aku pun heran, apesal nak cari pasal sangat dengan aku. Nak kata blog aku ni best, sebulan sekali kot aku update. Aku pelik ni. Aku pelik sangat.

Sorry la pada kawan-kawan lain yang bukak blog aku, ada yang PM and wassap tanya nape dengan blog. Aku malas nak cerita panjang kat situ. Saje kasi alasan busy. A few yang closed je aku cite A to Z and who she is... Tak baikkan sebarkan aib orang. 

Btw, suka dengan ayat irine share kat IG. Dia lagilah kan famous  ramai haters kan. Aku ni dapat yang seorang kepala ting tong pun dah kecewa bagai. hahaha Kaki sentap mak ni noks! haha


Begini kata irine,

SESEORANG ITU IRI HATI KEPADA KITA KERANA 3 SEBAB:

Pertama, mereka mahu jadi seperti kita

Kedua, mereka tidak selesa dengan diri mereka sendiri

Ketiga, mereka melihat kita sebagai satu ancaman

Mereka sibuk mendedahkan kekurangan kita kerana iri hati dengan kelebihan yang kita miliki.

Ok, dalam kes aku, bukan mereka tapi Dia (awak sorang jekan? ke ada ahli  jemah?? lol) Malangnya takde. Kalau ada, nape orang yang ko pi share gosip tu, boleh bagitau aku? Siap print screen wassap ko menjemah lagi noks! Ahak terbaik!! Orang pun tak suka kau buat gitu. Kesian.

Sick.


Eh, memang betul la aku tak sihat ni. Walaupun ada sikit nak termuntah pasal "itttewwwwwww" kan tapi malas la nak cerita lebih lanjut. 

Btw, semalam aku MC sebab demam sakit urat bagai. Rasa macam dah pangkat nenek-nenek dah bila sakit urat ni. Now aku tau la macam mana rasa orang tua cakap sakit urat, sampai demam sejuk menggigil-gigil bagai kan. Bila called mak, terus kena marah. Dia tau sangat aku memang kuat minum ais. Dahlah jamu apa pun tak makan untuk jaga badan. Mak siap cakap, jangan nak banding badan awak dengan orang lain. Mungkin badan orang lain kuat tapi awak tak. Ok, aku bercuti dari minum ais sekejap. Eh! ngeeeeeeee

Aku selalu perasan, kondisi badan aku tak stabil bila husband aku out station. Aku tabik la siapa yang hebat handle anak sorang-sorang without suami di sisi. Macam officemate aku ni, still PJJ dengan husband, then tengah pregnant lagi, melayan anak kecik yang baru dapat kaki, kau bayangkan tahap lasak macam mana kan budak baru dapat kaki. Plus berjauhan dengan keluarga pulak tu. Hebat ok.

Macam aku ni, baru je husband pi out station seminggu, mulalah kepala nak ting tong! Biasa malam-malam husband yang akan tidurkan Naurah. Manakala aku sedap pi melentok tidur dalam bilik. Bukan apa, kalau Naurah jenis yang tidur awal takpelah jugak. Kalau jam tu tak tunjuk angka 12 memang taknya tidur. Then pagi-pagi kul 5.30 aku dah kena bangun nak masak. Kalau ayah dia ada, baru aku bangun kul 6. Begitu cerita tak cukup tidur daku.

Dari minggu lepas lagi kepala berdenyut-denyut. Then period lambat 2 minggu datang. Sekali this time period datang dia punya sakit tulang-tulang, urat semua tu mak aiiiii, tak tahan. Sampai duduk kat kerusi pun tak boleh tegak, kena menyandar, bagi rasa lega kat bawah perut ni. Aku suspek lemak kat perut aku ni sampai menekan-nekan kat bahagian bawah perut, itu yang sakit sangat tu. hahaha Kesian lemak, nak salahkan dia. Lepas check up kat klinik semalam, then doktor siap scan bagai, katanya normal senggugut time period. Rahim menguncup. Itu yang rasa tak selesa kat bahagian ari-ari. Tapi period dah nak habis ni, masih terasa lagi. Biasanya 1st day period je rasa senggugutnya. 

Ok, lepas ni aku kena gigih lagi makan supplement. Bukan supplement untuk badan je tapi untuk otak sekali. AKU KAN PELUPA ORANGNYA. AKU SORANG JE LUPA. ORANG LAIN TAK! eh... haha terlepas geram pulak. hahaha


K.Bye! Nanti nak update koleksi makanan Naurah.





THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. salam hana,
    kat blog lin tak keluarlah update terbaru hana..still yang lama lagie...napa ekk.
    aperpon take care hana...jaga urat tue badan nak pakai lama kan..lin pon skg nie kerap sangat sakit pinggang ;(

    ReplyDelete
  2. sape tu hana?meh anez pangg sekali..melampau sangat print screen bagai!!!

    ReplyDelete
  3. yeayyyyy~ hana update~ sape kah gerangan.haih~ sabo jelah hana!

    ReplyDelete
  4. alahai..ni yang tak best blogging ni and mematahkan semangat!

    be strong dear and take care

    ReplyDelete
  5. Oh dear! Adik beradik pun boleh macam tu sekarang tau. Apatah lagi org luar. Sobs! Btw take care dear.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...